Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Tempat Hiking Di Malaysia Timur Yang Sesuai Untuk Penggila Adrenalin!

Antara keistimewaan yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah aktiviti-aktiviti mesra alam semula jadi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti seperti hiking, trekking, bird watching dan banyak lagi. Sabah dan Sarawak kaya dengan kecantikan alam semua jadi yang anda mesti terokai untuk pengalaman yang menerujakan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa hiking merupakan antara aktiviti yang popular termasuk juga di bahagian Malaysia timur kita. Ini kerana Sabah dan Sarawak menawarkan pelbagai tempat yang sesuai untuk anda menjalankan aktiviti hiking. Hiking juga merupakan sebuah aktiviti yang akan menenangkan diri anda. Bukan sahaja anda dapat relaks sepanjang perjalanan di hiking trail namun anda juga boleh menikmati keindahan alam semula jadi yang sebelum ini anda belum lagi merasai.

Malaysia merupakan sebuah tempat begitu menakjubkan kerana terdiri daripada gunung-ganang dan taman-taman nasional yang mempunyai pemandangan indah yang pasti akan menggembirakan anda. Kami telah menyusun beberapa hiking trail di seluruh Malaysia timur yang bebas untuk dicuba oleh peminat hiking yang baru mahupun yang berpengalaman!


1.Silabur Cave, Sarawak

Gua Silabur

Terletak berdekatan dengan bandar Serian dan 60km dari Kuching, Silabur Cave merupakan antara tempat yang sering dikunjungi pelancong. Antara sebabnya adalah ia terkenal dengan aktiviti “caving” yang memberi peluang kepada pelancong yang datang untuk menerokai dua buah gua iaitu gua Silabur dan gua Siturib dalam masa sehari sahaja.

Hiking trail di Malaysia Timur ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam sebelum tiba di pintu gua Silabur. Sewaktu perjalanan hiking ini berlaku, pelancong akan melalui hiking trail berimbun dan jalan-jalan berbatu. Jangan risau, laluan ini selamat untuk dilalui dan terdapat juga pemandu pelancong yang akan sentiasa menjaga keselamatan anda. Selepas menerokai gua Silabur yang akan mengambil masa dalam 1.5 jam, pemandu pelancong akan membawa anda ke gua yang seterusnya yang terletak di kaki bukit Silabur.

Apabila tiba di gua Siturib, anda bebas untuk berehat dan menikmati bekalan makanan dan minuman yang dibawa sepanjang hiking trail kerana gua tersebut ideal untuk anda duduk dan menikmati suasana alam semula jadi.


2.Gunung Serapi Kubah National Park, Sarawak

Gunung Serapi Kubah National Park

Kubah National Park terletak 20 km dari bandar Kuching. Lokasi taman ini menarik perhatian pelancong, terutamanya day trippers, kerana mereka tidak perlu risau tentang perjalanan yang jauh dari bandar utama Sarawak. Terdapat juga penginapan yang disediakan jika anda mahu bermalam di situ.

Gunung Serapi merupakan antara gunung yang boleh dilihat dengan mudah dari bandar Kuching. Bersama dengan gunung Selang dan gunung Sendok, gunung-gunung tersebut merupakan tiga puncak Matang Range. Antara perkara yang menarik tentang tempat ini adalah hiking trail yang tidak licin dan berlumpur. Anda tidak perlu risau akan kekotoran kasut anda kerana trail yang disediakan di bahagia Malaysia timur ini merupakan sebuah jalan raya yang akan membawa anda terus ke puncak gunung Serapi.

Masa yang dianggarkan untuk tiba di puncak adalah dalam 3-3.5 jam. Terdapat juga beberapa tempat rehat jadi anda bebas untuk mengambil masa anda dan menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di situ.

Jika anda seorang penggemar burung, tempat ini juga sesuai untuk anda terokai kerana terdapat pelbagai spesies burung yang mendiami di kawasan tersebut seperti Blue-banded Pitta, Red-naped Trogan dan Rufus backed Kingfisher.


3.Bako National Park, Sarawak

Hiking trail di Bako National Park

Terletak di Muara Tebas Peninsula, Bako National Park merupakan antara taman yang pertama di Sarawak. Taman tersebut merupakan rumah bagi monyet proboscis, salah satu spesies primata yang paling menarik di dunia.

Jika anda mahukan hiking trail yang senang dan mudah untuk dilalui, Delima Trail dan Paku Trail yang disediakan adalah jalan yang sesuai untuk anda. Ini kerana hiking trail tersebut tidak mengambil masa yang lama dan ia senang untuk sesiapa sahaja lalui. Anda akan diberikan satu peta oleh pekerja di situ dan anda bebas untuk menerokai kawasan tersebut sendiri. Trail yang disediakan disyorkan mudah dan anda tidak akan sesat walaupun dikelilingi kawasan seolah hutan rimbun.

Jika anda mahu pengalaman yang lebih menerujakan, anda bebas untuk mencuba hiking pada waktu malam. Aktiviti ini akan diketuai oleh seorang pemandu pelancong dan anda dapat melihat habitat-habitat haiwan seperti burung, katak dan serangga-serangga dan kerenahnya pada waktu malam.


4.Bukit Padang, Sabah

Bukit Padang

Jika anda seorang beginner, Bukit Padang merupakan tempat yang sesuai untuk memulakan hiking anda. Hiking trail Bukit Padang merupakan laluan loop yang bermaksud anda akan menaiki bukit sepanjang 2km dan menurun bukit sepanjang 2km. Trail ini hanya 3.9 km panjang dan anda dapat menyelesaikannya dengan cepat.

Aktivit hiking di Malaysia Timur ini senang kerana laluan yang disediakan adalah dalam bentuk tangga. Anda tidak akan rasa penat malah anda akan merasakan seolah menaiki tangga di rumah sahaja. Perjalanan untuk menuruni bukit juga tidak curam namun jika anda tidak mahu menggunakan jalan tersebut, anda bebas untuk berjalan di sekitar bukit untuk ke bawah.

Sewaktu perjalanan anda di situ, terdapat pokok-pokok yang tinggi yang akan membuatkan perjalanan anda redup dan aman. Anda juga bebas untuk berehat di tempat perhentian dan menikmati suasana alam terdapat di situ.


5.Bukit Botak, Sabah

Bukit Botak

Walaupun diberi nama Bukit Botak, kawasan yang indah ini dikelilingi dengan rumput rampai yang subur dan cantik. Terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Bukit Botak menawarkan dua hiking trail bagi pelancong yang datang.

Hiking trail yang pertama mengambil masa dalam 35 minit sahaja kerana ia merupakan perjalanan yang pendek. Namun, semakin tinggi anda pergi semakin sejuk suasananya. Perkara ini tentu akan mencabar daya ketahanan anda. Hiking trail yang kedua terdiri daripada dua buah bukit yang anda harus lalui untuk menghabiskan hiking trail tersebut. Jangan risau, terdapat juga tempat istirehat yang disediakan dan anda bebas untuk berehat di bukit-bukit tersebut juga. Perkara yang paling menarik tentang lokasi ini adalah akan ada sebuah segmen di mana anda harus berlutut untuk melalui kawasan rumput rampai untuk tiba ke destinasi seterusnya.

Perjalanan ke bukit-bukit tersebut amat berbaloi kerana terdapat pemadangan yang indah sepanjang perjalanan anda. Terdapat juga sebuah hutan anda akan lalui yang bebas untuk anda terokai.


6.Gunung Santubong, Santubong National Park

Santubong National Park

Dengan puncaknya setinngi 810m dari tanah, Gunung Santubong memberi cabaran kepada pelancong yang datang. Terletak berdekatan dengan bandar Kuching, Santubong National Park menawarkan beberapa perkara selain aktiviti hiking juga.

Terdapat pelbagai jenis jungle trek yang ditawarkan kepada mereka yang datang untuk sepanjang perjalanan mereka ke puncak gunung. Terdapat juga haiwan-haiwan liar yang tinggal di taman tersebut seperti monyet proboscis, badak dan hornbills.

Trail berliku yang terletak di Malaysia timur ini merupakan antara tarikan pelancong kerana hiking trail yang panjang. Walaupun begitu, gunung Santubong mempunyai hutan hujan yang menakjubkan untuk anda terokai. Bukan sahaja anda boleh lihat habitat haiwan-haiwan liar yang lain, anda juga bebas untuk mengambil masa menikmati suasana berada dalam kawasan hutan apabila anda menuju ke puncak. Pemandangan yang terdapat di puncak tersebut amat berbaloi. Jika anda mahukan sesuatu aktiviti yang extreme, inilah peluang anda!


7.Kipungit & Langganan Waterfall, Sabah

Kipungit & Langganan Waterfall

Jika anda tahu akan Poring Hot Springs yang terkenal dengan kolam air panas mereka, anda boleh menjeguk sekali Kipungit dan Langganan Waterfalls yang terdapat di kawasan itu juga. Terletak di dalam Kinabalu National Park, hiking trail yang terdapat di Malaysia timur ini dibahagikan kepada dua hiking trail yang bebas untuk pelancong pilih.

Hiking trail yang pertama, Kipungit Falls, merupakan perjalanan yang akan berlangsung sepanjang 2km. Aktiviti ini sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam aktiviti hiking. Bukan sahaja anda dapat melakukan aktiviti yang ringan, anda juga akan mendapat ganjaran menikmati pemandangan air terjun yang terdapat di situ.

Jika anda mahukan lebih cabaran, anda boleh memulakan perjalanan di hiking trail kedua iaitu Langganan Falls. Hiking trail ini lebih sesuai kepada mereka yang sudah biasa dengan aktiviti hiking kerana perjalanannya akan berlangsung sepanjang 7km. Terdapat juga sebuah air terjun di akhir perjalanan jadi anda bebas untuk berehat dan menikmati keindahan alam sekitar yang terdapat di situ.


8.Taman Bukit Tawau, Sabah

Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau dikategorikan sebagai “hidden gem” negeri Sabah. Dengan tanahnya yang kaya, ia mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk pertumbuhan hutan hujan yang tropika yang subur. Bukan itu sahaja, taman ini juga mempunyai sejarah yang amat menarik.

Puncak utama Taman Bukit Tawau ini terdiri daripada gunung Magdelina dan gunung Lucia yang asalnya dari gunung berapi. Disebabkan asal usulnya sebagai gunung berapi, tanah yang terdapat di sekelilingnya membantu hutan hujan tropika yang terdapat di situ tumbuh dengan elok dan cantik. Hiking trail yang terdapat di bahagian Malaysia timur ini berlangsung sepanjang 6km. Terdapat tempat rehat semula jadi yang bebas untuk anda gunakan sepanjang perjalanan anda.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa haiwan liar yang mendiami kawasan tersebut jadi anda ada peluang untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dalam habitat semula jadi mereka. Antara haiwan yang terdapat adalah gajah pygmy, tupai terbang, musang dan burung enggang. Anda juga dibenarkan untuk menyelam di sungai hutan tersebut dan berkelah di situ juga.


Secara kesimpulannya, hiking merupakan sebuah aktiviti yang menerujakan dan pasti akan membuat anda lebih jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi. Semoga senarai di atas membantu anda menerokai aktiviti ini dengan lebih mendalam

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

10 Tempat Memerhati Burung di Semenanjung Malaysia yg Best

Produk ekopelancongan dan biodiversiti memberi manfaat yang sangat ketara dalam menjana peningkatan ekonomi dari sudut pelancongan sebagai contoh bird watching di Malaysia. Melancong bukan...

10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema...

15 Lokasi Yang BEST untuk Berbasikal di Malaysia Timur

Berbasikal bukan sahaja menjadi sukan yang digemari rakyat Malaysia khusunya generasi muda malahan ia telah mempengaruhi trend masa kini. Perkataan Jamboree, Fun Ride, Charity...

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x