8 Air Terjun di Selangor KL yang BEST & MENARIK

Table of Contents

Siapa sangka di Negeri Selangor, di sebalik kemodenan dan pembangunan yang pesat di bandar-bandar besar seperti di Shah Alam dan Klang, rupa-rupanya banyak tempat berkelah dan berpiknik yang menarik di sini. Kali ini, saya akan kongsikan beberapa air terjun di Selangor dan sekitar Kuala Lumpur yang popular dan sesuai untuk berkelah dengan keluarga.

Memandangkan air terjun di Selangor ni banyak dan ada beberapa jenis tahap kelasakannya, pastikan anda pilih air terjun yang betul kalau nak berkunjung, sebab ada yang senang nak pergi dengan kereta, dan ada juga yang susah nak pergi dan memerlukan 4WD serta pendakian menaiki ceruman bukit dan curam.

Senarai Air Terjun di Selangor yang best & senang diakses dengan kereta melalui jalan raya

Senarai berikut merupakan air terjun yang senang nak diakses dan sesuai kalau nak bercuti bersama keluarga dan anak-anak di hujung minggu sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

air terjun di selangor kl


1. Air Terjun Sungai Gabai – Hulu Langat

air terjun yang best di selangorAir Terjun Sungai Gabai memang sangat popular di daerah Hulu Langat dan lokasinya boleh diakses dengan kereta malah dengan motosikal. Sampai sahaja di persimpangan nak masuk ke Air Terjun Sungai Gabai, anda perlu melalui jalan kampung yang hanya jauhnya kurang daripada 1 km.

Memang jalan kampung ini agak kecil dan kalau ada kereta yang datang dari arah hadapan, anda mungkin kena reverse dan mencari ruang jalan di tepi jalan yang lebar sedikit. Ikuti cerita penuh saya di sini ketika berkelah di Air Terjun Sungai Gabai beberapa bulan lepas.

Info lain;

  • air terjun yang bertingkat. Makin naik atas makin menarik. Bahagian atas sesuai untuk mereka yang pandai berenang sahaja kerana agak dalam.
  • ada tempat parking kereta ( hujung minggu terhad). dekat je dengan air terjun yang bawah.
  • sesuai untuk kanak-kanak dan berkelah dengan keluarga di bahagian bawah.
  • Surau dan bilik air ada tapi agak usang
  • pondok ada tapi ada yang usang. kalau weekend memang pack
  • air terjun yang menegak
  • sumber air daripada sungai kecil

2. Air Terjun Sungai Tua di Ulu Yam

air terjun sungai tua ulu yamMerupakan salah satu air terjun di Selangor yang best untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga yang terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua, di Ulu Yam, Selangor. Destinasi air terjun ini mempunyai kemudahan pondok di tepi sungai dan air sungai yang cetek dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Akses dengan kereta pun mudah sahaja.

Pastikan kalau nak mandi di Air Terjun Sungai Tua ni, cuaca baik dan tidak hujan. Kalau hujan dinasihatkan agar tukar plan ke hari lain. Kalau tak nanti jadi macam di dalam video di bawah, terkena kepala air yang deras.


3. Air Terjun Kancing Selayang

air terjun mandi manda selangorAir Terjun Kancing pula terletak di antara Selayang dan Rawang di Hutan Lipur Kanching. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkelah dengan keluarga dan anak-anak yang masih kecil.

Permukaan air terjun serta kemudahan yang ada sesuai sebagai destinasi anda untuk berkelah di hujung minggu. Jarak dari Kuala Lumpur pun tidak jauh dan akses ke lokasi air terjun juga mudah dengan kereta.

Bagi mereka yang nak aktiviti yang mencabar, terdapat juga trail untuk trekking. Walaupun tidaklah terlalu mencabar seperti di trek yang lain, namun cukuplah untuk melepaskan gian bagi mereka yang kaki jungle trekking.

Air terjun ini juga bertingkat dan mempunyai sehingga 7 tingkat. Seperti di kebanyakan air terjun yang bertingkat lain, setiap tingkat air terjun di sini menawarkan permukaan sungai dan batuan air terjun yang berbeza. Untuk cerita pengalaman pengunjung yang pernah ke sini, anda boleh rujuk di sini.


4. Air Terjun Komanwel di Selayang

taman rimba komenwel selangorAir terjun ini tidaklah bertingkat dan terletak di Taman Rimba Komenwel dan hanya berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching. Kalau dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 30 minit memandu dan kalau dari bandar Rawang, sekitar 10 minit sehaja.

Lokasi Taman Rimba Komenwel ini juga mempunyai pelbagai kemudahan untuk aktiviti secara perseorangan, berkeluarga atau berkumpulan:

  • mempunya 24 bilik penginapan dengan harga berpatutan
  • mempunyai tapak perkhemahan

Selain aktiviti menarik mandi air terjun, banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di kawasan Taman Rimba Komenwel ini seperti:

  • menunggang kuda ( RM 7 satu round)
  • paintball untuk lebih 10 orang ( 10 pagi-4 petang). RM 85 seorang dengan 500 butir peluru, topeng keselamatan, baju pelindung
  • flying fox & abseiling
  • trek mountainbike ( kena bawa basikan sendiri)
  • aktiviti berakit untuk berkumpulan
  • jungle trekking. di awasi petugas dari Jabatan Perhutanan
  • andas, surau dan dewan serbaguna juga berada di dalam tahap terbaik.

Ikuti cerita seorang pengunjung yang pernah ke Air Terjun Komenwel di sini dan laporan utusan di sini.


5. Air Terjun Perdik di Hulu Langat

air terjun ulu perdik selangorBertingkat dan sesuai untuk trekking sahaja. Terletak di hutan lipur perdik yang merupakan Hutan Rekreasi. Nak datang sini dari KL pun senang, turun jalan dari jalan Bukit Ampang (melalui Menara Tinjau) sampai simpang di Masjid Hulu Langat Batu 14, ke kiri sehingga ke Pangsun (15 minit).

Di tengah jalan anda akan jumpa singbord ke kanan menuju ke Sungai Gabai, jngan ikut signboard itu, tapi terus sampai ada signboard Kg Hulu Perdik. Masuk simpang ini sehingga ke hujung di mana anda boleh park kereta.

Air Terjun Sungai Perdik memang sesuai untuk aktiviti jungle trekking dan perkhemahan. Tidak seperti lokasi air terjun di Selangor yang lain, di sini lokasi perkelahan sangat dekat dengan kawasan letak kereta.

Kalau nak berkhemah dan camping sememangnya lokasi di Air Terjun Perdik ini merupakan antara yang paling menarik di Selangor. Kemudahan lengkap, lokasi strategik, tapak perkhemahan dekat dengan jeram dan nak ke bandar yang terdekat pun hanya beberapa minit sahaja.

Air Terjun Pendik juga sering menjadi pilihan organisasi untuk melakukan aktiviti team building dan kem bina jati diri.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pendakian, anda boleh cuba mendaki Bukit Chenuang yang tingginya 850 meter dari aras laut yang ada di sini. Video menarik mengenai air terjun ini di bawah. Memang tinggi dan berbatu.


6. Air Terjun Sungai Tekala di Hulu Langat

air terjun tekala hulu langatTerletak di Hutan Rekreasi Sungai Tekala di Hulu Langat dan merupakan satu destinasi air terjun di Selangor yang popular. Air Terjun ini memang senang nak sampai dan terletak tak jauh daripada empangan Semenyih. Boleh dikatakan air terjun di kawasan Hulu Langat ni semuanya merupakan destinasi air terjun di Selangor dan KL yang paling dekat nak datang. Hanya terletak di sebalik Bukit Ampang dan hanya 10-20 minit nak sampai ke sini dari batu 14 Hulu Langat.

Kalau di hujung minggu memang ramai orang di sini bersama keluarga. Nak masuk pun murah, dewasa cuam RM 1 dan kanak-kanak cuma RM 0.50.

Bagi yang ada anak-anak bawah 6 tahun, sangat sesuai bawa mereka mandi di sini kerana airnya tak begitu deras dan juga cetek. Kalau orang dewasa, mungkin rasa biasa-biasa sahaja sebab tak boleh nak berenang kuak kupu-kupu kerana cetek. Ikuti cerita seorang blogger yang pernah berkelah di Air Terjun Sungai Tekala di Hulu Langat di sini.


7. Air Terjun Sungai Congkak

air terjun sungai congkak hulu langatAir Terjun Sungai Congkak merupakan satu lagi destinasi air terjun yang menarik boleh diakses dari Kuala Lumpur. Juga dikenali sebagai Congkak Park dan Resort yang dikendalikan oleh Bandan Pelancongan Selangor.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tapak perkhemahan, kawasan ber’camping’, pondok berehat dan kemudahan asas lain seperti tandas dan tempat persalinan. Air terjun ini juga tidak jauh dari beberapa lokasi air terjun sekitar Hulu Langat yang turut tidak kurang menariknya untuk dijadikan lokasi berkelah pada hujung minggu. Tonton video di bawah untuk lihat apa yang ada dan apa yang menariknya di Air Terjun Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Sumber video ini daripada Youtube. Lihat kemudahan dan suasana sekeliling yang anda boleh jangkakan di sekitar Air Terjun Sungai Congkak & Chalet di ECO Resort di sini.


8. Air Terjun Kemensah

air terjun kemensah selangorMerupakan air terjun yang paling dekat dari bandaraya KL iaitu Air Terjun Kemensah yang hanya terletak di area Zoo Negara.

Di sini juga ada menyediakan pondok untuk berteduh dan berkelah bersama keluarga. Sangat sesuai bagi mereka yang nakkan destinasi air terjun yang menarik di Selangor dan KL, dekat dan air terjun yang jernih dan best.

Bagi mereka yang nak terjun tarzan ke dalam air, bolehlah ke sini. Di sini juga ada beberapa pilihan penginapan yang pasti memberi anda satu pengalaman yang unik untuk bermalam berhampiran dengan air terjun.


Banyak lagi air terjun di Selangor yang best dan pemandangannya yang cantik, namun kebanyakannya agak pedalaman nak masuk dan susah nak sampai ke lokasinya. Semoga senarai 8 air terjun di Selangor ini memberi anda idea kemana nak pergi berkelah dengan keluarga di hujung minggu.

4.1/5 - (35 votes)
Subscribe
Notify of
guest

30 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jhonny
Jhonny
9 years ago

Pasal air terjun pon nak jadi gaduh..pastu org citer pasal air terjun..tiba2 masuk mat rempit apahal plak

bangsa johor
bangsa johor
8 years ago
Reply to  Jhonny

sbb mat rempit menyusahkan org….

bangsa melayu
bangsa melayu
8 years ago
Reply to  Jhonny

betul sebab mat rempit ni sampah masyarakat

WakMalu
WakMalu
9 years ago

Masing2 serabut dh brother tu prnh kena kacau ngan bikers dia tahu ah ap durjana nyer. Mmg lh diorng buat hal sndiri jer tp kengkadang buat orng rasa x senang sebab klau bawak moto elok2 xpa ni press moto mcm nk terbang bingit nya so klau budak2 especially baby xnyer menangis kt situ so ruin the fun for their parent. Tp klau bikers/mat rempit sejati xdanyer nk kacau hidup orng standard budak2 bru nk up jer yg serabut sikit. Tp sikit jerlah xdalh byk mner

Cool
Cool
9 years ago

Mat rempit byk gay

syed azhar
syed azhar
9 years ago

Site yang baik. Harap dapat masukkan air terjun serendah.

antirempit
antirempit
10 years ago

Kubur pn ade mat rempit.semak je dowg ni..

fcuk off
fcuk off
10 years ago

Ade.. g kubur lah setan.. baru xde mat rempit

bangsa johor
bangsa johor
8 years ago
Reply to  fcuk off

betul ke kubur takde mat rempit?….byk dlm kubur tu mat rempit mati masa race haram…

amat
amat
10 years ago

ada tempat yang hari minggu yang takde geng mat rempit. bukan apa takut dorang ni mengancam keselamatan pengunjung yang datang.

zam
zam
9 years ago
Reply to  amat

apesal dieorg nk ancam pengunjung dieorg di penjenayah ke..ko ckap mcm dieorg ni pengganas..agak2 la nk wat statement pon bro..tgk kiri kanan dulu..dieorg manusia jugak..xde Nye nak ganggu ko..

Org biase je..
Org biase je..
9 years ago
Reply to  amat

Mind set blake.. ingt mat rempit jahat lake ke? Mat rempit pon org gop.. mu tu xdop hati base jahat.. ckp ape gitu.. mat rempit pon nk mndi gop.. ingt mu soranng bleh g mandi sungai.. mu ingt sungai tu hok tok mu.. kalu dop, same2 la paka.. jgn wat cam harta mok pok mu.. lol

kaki rider
kaki rider
9 years ago
Reply to  Org biase je..

Sungaai tu bapa dia punya tu..dia blh mnd sorg je.nt mti lemas jgn minta tlg mat rempit.tpi usaha sendiri dri air tu..ada nya mat rempit dorg la yg blh jdi penyelamat .orgg gila mcm bro ni elok duduk jamban diam2

Biker 1000cc
Biker 1000cc
9 years ago
Reply to  Org biase je..

Ha’a.mat rempit mmg mcm tu je perangai.tgk kt komen sini la mcm mana dia punya ayat. takde wawasan. x kacau konon muka pn muka pecah.taik.

bangsa johor
bangsa johor
8 years ago
Reply to  Org biase je..

mat rempit org ke?..mcm beruk je perangai masing2….

1 2 3

Baca Lagi

  • 8 Jun, 2015
Kuala Selangor merupakan satu destinasi pelancongan yang menawarkan beberapa tarikan unik dan juga eksotik. Berikut merupakan beberapa tempat-tempat...
  • 15 Apr, 2016
Adakah ini kali pertama anda bercuti di Shah Alam ? Jika ya, teruskan membaca untuk ketahui tempat menarik...
  • 17 Apr, 2016
Bagi anda yang mencari destinasi bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, apa kata pergi ke...
  • 24 May, 2016
Daerah Petaling merupakan salah satu daripada 9 daerah-daerah utama di negeri Selangor yang boleh dibahagikan kepada 3 kawasan...
30
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination