Chef Lek Kolam Seafood

Kedai makan Chef Lek Kolam Seafood ni terletak di dalam daerah Kuala Terengganu dan kalau korang selalu lepak kat Dataran Shahbandar, haa memang dekat sangat lah tu..lebih kurang 700-900m jer..Jalan kaki pon sampai..

Nilah dia salah satu destinasi makan tengahari yang best di bandar KT. Lauk kampung dia memang best. Chef Lek Kolam Seafood ni terletak betul2 di simpang 3 berhampiran dengan flat Sri Kolam. Masa kami tiba dalam pukul 1.30tgh. Memang peak hour lah time ni.

restoran chef lek kolam kt

Kalau kat luar pun berderet kereta, kat dalam takyah cite lah, memang begini lah !! begini macamana? mcm dalam gambar tu..beratur…pergh…dasat kedai ni…dari luar macam biasa2 je..tapi dalam ada ummpph !!

restoran lauk tradisional terengganu

Wahhh….memang banyak lauk pauk di sini…Nampak semua macam sedap2…kawan memang geram semacam dengan sotong goreng tu…dpt sekor pon jadi lah.

nasi ulam kuala terengganu

Pastikan dalam makanan korang ada sayur!! Baru sihat…Petai tu memang feveret sei…tapi yg tak tahan kalau satu rumah makan..tandas memang bau kaw-kaw wa cakap lu…sediakan klorok banyak2.

kedai makan tradisi terengganu

Memang terbaiklah sotong2 ni…kawan memang tak dapat nak menahan nafsu tengok sotong ni…apa lagi jom menyotong kita…nyum3..

lauk pauk restoran terengganu

Tu dia…semua sekali dengan teh ais dan milo panas serta lauk macam dalam gambar atas RM19. Bagi kawan memang dah okay sangat sebab sotong tu memang bapak besar siap ada telur lagi oooo….suasana kat sini memang mcm kedai makan lain, yg slek sket pasal kedai ni ialah suhu…kalau lah derang boleh  buat air pancut2 atas atap ke…kipas dengan semburan air ker…baru best..sejuk sket…

Dari segi kebersihan dan kesedapan…kawan memang puas hati….terbaik lah Chef Lek Kolam Seafood. Koordinat ke Chef Lek Kolam, Kuala Terengganu. lat/lng: 5.336056,103.1411. Selamat mencuba dan menjamu selera di kedai makan best ni. :)

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Keropok Lekor Berkeju dan Lada Hitam

Baru-baru ini CD berkunjung ke salah sebuah kedai keropok lekor yang memang popular di Kuala Terengganu iaitu di Kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng...

Masjid Kristal Terengganu – Ikon Pelancongan Kuala Terengganu

Masjid Kristal Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada...

36+ Tempat Makan Best di Kuala Terengganu PALING POPULAR

Negeri Terengganu Darul Iman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi percutian menarik khususnya di kawasan pulau & pantai. Alang-alang kalau sudah melancong ke tempat menarik...

13 Kafe Best Wajib Serbu di Kuala Terengganu!

Terengganu terkenal dengan keindahan pantainya dengan air membiru dan pasir putih yang terbentang di sepanjang pesisir pantai. Negeri pantai timur ini juga sering mendapat...

Taman Tamadun Islam Terengganu – Destinasi WAJIB di KT

Kalau melawat bandar Kuala Terengganu salah satu tempat menarik wajib yang mesti dikunjungi ialah Taman Tamadun Islam Terengganu yang terletak di Pulau Wan Man...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x