Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

14 Destinasi Menarik Temerloh- LOKASI POPULAR & TERSEMBUNYI

Anda nak tarik nafas dan berehat sebentar dari kesibukan kota? Ayuh ke bandar ikan patin. Mana lagi kalau bukan bandar Temerloh. Banyak sahaja lokasi di bandar Temerloh yang anda boleh kunjungi dan dekat dengan alam semula jadi. Tempat yang kami senaraikan sememangnya menjadi dambaan bagi anda yang inginkan ketenangan dan kedamaian.

Ada sahaja lokasi yang anda boleh masuk secara percuma. Dapat duduk dan lihat Sungai Pahang yang besar itu pun dah cukup untuk menyejukkan mata. Jika anda nak penginapan yang tawarkan suasana kampung pun kami telah senaraikannya. Anda nak ke taman tema air yang berkonsepkan islamik? Ada juga dalam senarai. Anda nak tahu yang mana satu? Setia membaca sampai ke penghujung.


14 Destinasi Menarik Temerloh

1. Pasar Sehari Temerloh

CariDestinasi Pasar Sehari Temerloh

Pasar Sehari Temerloh pastinya menjadi lokasi yang sangat digemari bagi para ibu-ibu. Pasar ini hanya dibuka seminggu sekali sahaja dan ia merupakan pasar yang terpanjang di negeri Pahang. Anda dah sampai di sini, memang anda akan rambang mata. Ditambah lagi dengan sayur dan bahan basah yang segar.

Terletak di pesisir Jalan Lurah Semantan, dan tak jauh dari Sungai Pahang. Anda akan dapat melihat Sungai Pahang dari sini. Best bukan? Sambil membeli-beli dapat juga melihat keindahan Sungai Pahang. Di sini bukan ada sayur dan bahan basah sahaja ya. Ada juga buah-buahan, pakaian dan makanan di jual di sini. Harga pula? Memang murah. Jadi apa tunggu lagi? Setkan masa anda untuk datang ke sini.

Alamat: Jalan Ibrahim, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (7 A.M – 12 P.M)

Hotel TerdekatLokasi | Ulasan Pelancong  


2. Gunung Senyum

CariDestinasi Gunung Senyum

Anda nak terokai Temerloh dengan alam semulajadi? Jika anda ada stamina yang kuat, apa kata anda datang dan terokai Gunung Senyum. Dekat sini, anda akan dapat lihat lebih dari 20 buah gua serta flora dan fauna pelbagai spesies. Pastinya, ada kewujudan flora dan fauna yang anda tak ketahui. Bolehlah, anda tambah ilmu pengetahuan bukan? Bak kata pepatah ‘Ilmu Jambatan Hidup’.

Gunung Senyum berketinggian 1594 kaki dan mengambil masa 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Pastinya anda akan berasa letih jika anda tak punyai stamina yang cukup. Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya. Di sini juga anda akan dapat melihat tinggalan sejarah dan bukti kehidupan manusia pada Zaman Mesolitik. Menarik bukan? Jom terokai Gunung Senyum.

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang, Jengka Reserve Forest Kuala Krau

Hotel TerdekatLokasi | Ulasan Pelancong | Phone:092962755


3. Deerland Park

CariDestinasi Deerland Park

Anda nak lihat si rusa? Haiwan yang paling terkenal di negeri Melaka. Anda harus datang ke Deerland Park. Di sini, anda boleh lihat macam-macam spesies rusa. Ada rusa tempatan dan juga rusa luar negara. Tapi, anda dah sampai ke sini anda tidak akan melihat rusa sahaja. Ada haiwan lain juga seperti burung merak, landak, memerang dan juga beruang madu.

Selain itu, anda boleh melihat pelbagai jenis herba di Deerland Nature. Ada tongkat ali, kacip fatimah dan pikering. Jangan lepaskan peluang untuk lihat dan tambah pengetahuan mengenai khasiat herba tersebut. Tak rugi pun. Anda juga boleh melakukan aktiviti lain di sini seperti merentas hutan, night walking dan juga belajar menyumpit. Memang menyenorokkan.

Alamat: Deerland Park, Bukit Rengat, 28500 Lanchang, Pahang.

Bayaran Masuk:

  • Dewasa (RM 6)
  • Kanak-kanak (RM4)

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10 A.M – 5 P.M)

Hotel TerdekatLokasi | Ulasan Pelancong | Phone:0139881345

Whatsapp Deerland Park


4. Kolam Mandi Hafiz Berhala Gantang

CariDestinasi Kolam Mandi Hafiz Berhala Gantang

Jika anda nak mandi-manda di kolam renang pastinya anda harus mandi dengan berlainan jantina. Tetapi, lain pula konsep yang digunakan di Kolam Mandi Hafiz Berhala Gantang ini. Anda akan mandi secara berasingan dan aurat serta pengaulan juga terbatas. Barulah anda tak berasa malu kan?

Anda dilarang sama sekali untuk memakai seluar pendek. Ada kolam kanak-kanak juga disediakan. Pendek kata, seluruh seisi keluarga dapat bersuka ria. Lebih-lebih lagi dengan konsep islamik yang diketengahkan di sini. Anda juga boleh memancing di kolam khas yang telah disediakan. Jika anda dah penat, anda boleh mengisi tenaga dengan membeli makanan dan minuman di kedai makan di sini. Setelah itu, bolehlah anda sambung mandi lagi.

Alamat: Kolam Tahfiz, Kampung Berhala Gantang, 28000 Temerloh, Pahang

Bayaran Masuk: Dewasa (RM5)

Kanak-kanak (RM3)

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (3:00 P.M – 6:30 P.M)

Sabtu – Ahad (9:00 A.M – 6:30 P.M)

Hotel TerdekatLokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0179137973

Whatsapp Kolam Mandi Hafiz Berhala Gantang


5. Taman Tasik Temerloh

CariDestinasi Taman Tasik Temerloh

Anda nak beriadah pada waktu petang? Ayuh ke Taman Tasik Temerloh. Macam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Anda boleh berjogging sambil melihat pemandangan Tasik Temerloh. Barulah lebih bersemangat untuk keluarkan peluh. Nak main basikal pun tiada masalah. Anda boleh bawa basikal sendiri dan main di taman ini.

Jika anda nak tahu, di sini ada pertandingan memancing yang dianjurkan hanya setahun sekali sahaja. Anda nak berkayak dan naik bot ada perkhidmatan menyewa disediakan. Tetapi, anda boleh sahaja datang lepak dan melihat gelagat manusia. Bawalah anak-anak bermain di taman permainan, mereka pasti berasa seronok.

Alamat: Taman Tasik Bandar Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Hotel TerdekatLokasi | Ulasan Pelancong 


6. Esplanade Temerloh

CariDestinasi Esplanade Temerloh

Terletak di kawasan yang sama dengan Dataran Patin, Esplanade Temerloh juga merupakan lokasi tarikan pelancongan yang wajib anda kunjungi. Anda akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi Sungai Pahang yang besar tu. Anda jga boleh lepak dan duduk sambil menikmati pemandangan.

Anda juga boleh menyewa bot jika anda nak rasai pengalaman melalui Sungai Pahang. Anda jangan lupa keluarkan lensa kamera untuk berswafoto dan OOTD untuk kenang-kenangan. Manatau dapat tangkap gambar burung yang jarang dijumpai di sini. Dapat juga anda tenangkan fikiran dengan angin sepoi-sepoi bahasa daripada Sungai Pahang.

Alamat: Jalan Ibrahim, 28000 Temerloh, Pahang

Hotel TerdekatLokasi | Ulasan Pelancong


7. Kubang Gajah Waterpark

CariDestinasi Kubang Gajah Waterpark

Anda nak cari keseronokkan di bandar Temerloh? Haa, apa kata anda pergi ke Kubang Gajah Waterpark ini. Pasti anda tak sangka di sini pun ada taman tema air bukan? Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, sudah tentu anda akan berasa teruja jika melihat kolam air luas.

Walaupun tidak lah sebesar Sunway Lagoon, tapi anda akan berasa seronok. Harga tiket pun murah sahaja. Anda boleh sahaja berendam, berenang sambil melihat pemandangan awan biru pastinya akan membuatkan anda berasa tenang sahaja. Bawalah yang tersayang pada waktu cuti dan hujung minggu. Memang best!

Alamat: Waterpark Kubang Gajah No 1, Taman Awam Kubang Gajah,28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur

Bayaran Masuk:

  • Dewasa (RM 10.00)
  • Kanak-kanak (RM5.00)
  • Warga Emas & OKU (RM 3.00)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9 A.M – 7:30 P.M)

Hotel TerdekatLokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0193247786

Whatsapp Kubang Gajah Waterpark


8. Jambatan Gantung Kuala Semantan

CariDestinasi Jambatan Gantung Kuala Semantan

Haa, jambatan ini la yang anda kena lalu kalau anda nak seberang sungai Pahang. Dekat sahaja dengan Esplanade Temerloh. Berketinggian 40.22 meter dan panjangnya 86 meter. Memang akan rasa gayat jika naik ke sini. Anda juga harus berhati-hati ketika menaiki jambatan ini demi keselamatan anda.

Anda dibenarkan untuk melalui jambatan ini hanya 4-5 orang sahaja pada sesuatu masa. Jika anda taknak ke Dataran Patin, anda boleh sahaja naik untuk berswafoto dan rasai pengalaman menaiki jambatan gantung ini. Di bawah jambatan ini, ada sangkar ikan dimana mereka menangkap ikan sungai seperti ikan patin. Waktu malam pun anda boleh datang ke sini. Dapat lihat tulisan Temerloh yang disinari dengan lampu putih. Memang cantik!

Alamat: Jambatan Gantung Kuala Semantan, 28000 Pahang.

Hotel TerdekatLokasi | Ulasan Pelancong 


Tempat Makan Di Temerloh

9. Vanilla Temerloh

CariDestinasi Vanilla Temerloh

Anda jangan terkejut ya jika di Temerloh ada kebun untuk tanam vanilla. Lokasi ini menjadi tumpuan baharu dan sememangnya padat dengan pengunjung pada waktu cuti dan hujung minggu. Anda dah penat berjalan di sekitar bandar Temerloh? Jom, sejukkan tekak anda dengan menikmati aiskrim vanilla yang menggunakan 100% ekstrak vanilla dari kebun.

Anda juga boleh melihat kebun vanilla dari jauh dan jika berpeluang anda boleh lihat cara pekerja di sana mengambil vanilla. Ada port yang disediakan khas untuk anda bergambar juga. Teknik pemasaran yang bagus sesuai dengan dunia digital. Selain aiskrim anda juga menikmati coco-jar, jeli kelapa dan juga nasi kandar. Kedai makan yang sesuai untuk makan tengah hari dan juga untuk dapat pencuci mulut.

Alamat: Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (11 A.M – 7 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0173890277

Whatsapp Vanilla Temerloh


10. Hogoh De Coco

CariDestinasi Hogoh De Coco

Coconut shake yang terkenal pastinya terletak di negeri Melaka. Tapi tahukah anda di Temerloh ni ada satu kafe yang menjual coconut shake yang tidak kurang sedapnya dengan coconut shake di Melaka. Anda harus datang ke Hogoh De Coco untuk merasainya sendiri. Pengunjung yang datang ke sini biasanya singgah sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Ada pelbagai jenis coconut shake yang anda patut cuba. Antaranya ialah coconut shake Durian 24. Memang rasa lemak berkrim ditambah pula dengan rasa manis daripada kelapa. Memang layan habis lebih-lebih lagi anda minum pada waktu panas terik. Ada juga pisang goreng, ayam goreng, wedges dan nasi lemak untuk anda makan bersama coconut shake. Dijamin sedap!

Alamat: Jalan Dato’ Abu Samah, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 A.M – 7 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:092973277


11. Warung Selai

CariDestinasi Warung Selai

Warung Selai merupakan kafe yang berkonsepkan klasik tetapi menyediakan juadah makanan Melayu dan Barat. Gabungan yang kontra tetapi lain daripada yang lain. Kafe ini betul-betul seperti warung Melayu pada zaman dahulu. Sebaik anda masuk sahaja di kafe, anda akan mendengar lagu-lagu klasik diputarkan. Dekorasi dan hiasan dalam akan membuatkan anda rasa seperti makan di rumah.

Menu yang digemari ramai ialah Grilled Chicken with French Fries. Bahagian ayam yang disajikan memang besar. Anda boleh kongsi jika tak dapat habiskan. Selain itu, anda boleh juga cuba Spaghetti Aglio Olio dan pencuci mulut seperti Brownies. Nak cuba makanan Melayu? Ada Nasi Lemak, Mee Kari dan Lontong. Memang membangkitkan selera, harga juga murah. Jom, makan disini!

Alamat: Lot 4172, Jalan Maran, Batu 4, 28000, 28000, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8:30 A.M – 6 P.M)

LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0123501032

Whatsapp Warung Selai


Penginapan Di Temerloh

12. Kampungstay Desa Murni

CariDestinasi Kampungstay Desa Murni

Anda inginkan penginapan di bandar tetapi nak feel-feel kampung? Kampungstay Desa Murni merupakan lokasi penginapan yang paling ideal bagi anda. Terletak hanya 15 minit sahaja dari Tol LPT, lokasinya memang strategik dan senang diakses. Anda akan dapat rasakan seperti berada di kampung kerana binaan-binaan homestay ini dibuat daripada kayu dan bercirikan rumah kampung Melayu.

Anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan oleh pihak homestay untuk melihat kawasan kampung di sini. Aktiviti yang ditawarkan seperti memancing dan mencating batik juga ada untuk disertai. Kemudahan di sini lengkap dengan kolam renang, Wifi dan taman permainan kanak-kanak. Ana juga rawatan bekam serta mendapatkan urutan di spa. Pastinya harga berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan kepada anda.

Alamat: Lot 1674 Jalan Homestay Desa Murni, 28020 Temerloh, Pahang

Semak HargaLokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:092847949


13. Hotel Green Park

CariDestinasi Hotel Green Park

Anda inginkan penginapan di Temerloh yang murah tetapi selesa? Maka, Hotel Green Park merupakan hotel yang ideal untuk anda. Terletak berdekatan dengan bandar Temerloh, lokasi hotel ini strategik dan juga senang diakses. Anda juga boleh makan di Restoran Green Park yang terletak di bangunan hotel. Tak perlu keluar jauh untuk makan. Lebih jimat masa.

Anda akan dapat akses Wifi, bilik sepenuhnya menggunakan penyaman udara dan juga televisyen skrin rata. Bagi ruangan parkir pula, anda boleh parkir di tepi jalan kerana hotel tidak menyediakan ruangan parkir bagi tetamu.  Anda boleh memilih bilik mengikut keselesaan anda. Semak harga hotel di pautan yang telah disediakan.

Alamat: 1, Jalan Merbuk, Taman Sri Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Semak HargaLokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:072687419


14. Hotel Seri Malaysia

CariDestinasi Hotel Seri Malaysia

Pastinya anda tahu akan Hotel Seri Malaysia. Mempunyai rangkaian hotel hampir di seluruh Malaysia menjadikannya hotel yang terkenal bagi mereka yang inginkan hotel dengan harga berpatutan dan servis yang memuaskan. Hotel Seri Malaysia Temerloh terletak di tebing Sungai Semantan yang indah. Menjanjikan suasana yang tenang dan mendamaikan.

Anda boleh melakukan aktiviti team building di sini. Jika anda ingin mengajurkan event, ada juga hallroom untuk anda sewa. Untuk itu, anda berbincang dengan pihak pengurusan. Bagi harga bilik pula anda boleh klik pada pautan yang telah disediakan.

Alamat: Jalan Hamzah, Kampung Lubuk Cemperai, 28000 Temerloh, Pahang

Semak HargaLokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:092965776


Anda dapat rasai suasana kampung dan kedamaian yang ditawarkan di Bandar Temerloh? Bandar Temerloh memang banyak lokasi alam semula jadi dan sudah tentu dengan hidangan signature, ikan patin masak tempoyak. Destinasi percutian di Temerloh pastinya yang diimpikan oleh warga kota. Jauh dari haruk-pikuk kota dan juga kesesakan lalu lintas. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Ajak keluarga anda untuk datang ke Temerloh. Rancang perjalanan anda sebaiknya dan selamat bercuti!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

14 Makanan Sedap Di Temerloh – SEDAP & BUAT KECUR AIR LIUR

Sebut je Temerloh mesti anda akan terus teringat akan patin masak tempoyak. Menu ini memang tak dapat dipisahkan jika ke Temerloh dan sentiasa digemari...

6 Homestay Best di Temerloh untuk Percutian Anda!

Adakah anda sedang merancang percutian yang santai dan unik untuk musim cuti sekolah ini? Anda bolehlah mempertimbangkan untuk memasukkan Temerloh dalam list destinasi percutian...

Stesen Bas Temerloh – Ayuh Kita Meneroka Temerloh!

Temerloh sinonim dan terkenal sebagai “Bandar Ikan Patin”. Ianya menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara untuk singgah ke sini untuk merasai sendiri masakan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x