Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Homestay Best di Temerloh untuk Percutian Anda!

Adakah anda sedang merancang percutian yang santai dan unik untuk musim cuti sekolah ini? Anda bolehlah mempertimbangkan untuk memasukkan Temerloh dalam list destinasi percutian anda! Temerloh juga dikenali sebagai “Titik Tengah Semenanjung” kerana lokasinya yang berada di tengah Semenanjung Malaysia.

Daerah yang popular di Pahang ini juga mempunyai pelbagai jenis homestay yang akan memudahkan anda untuk menerokai tempat-tempat menarik di Temerloh. Di dalam artikel ini, kami akan membawa anda untuk mencuba 6 homestay best di Temerloh yang menawarkan pengalaman tak dapat dilupakan.

6 Homestay Best di Temerloh untuk Percutian Anda!


1. Casa Mutiara Homestay, Taman Pulai Mutiara

Casa Mutiara Homestay, Taman Pulai Mutiara

Casa Mutiara Homestay ini mempunyai lokasi yang sangat strategik. Lokasinya hanya dalam jarak 10 km dari tempat-tempat menarik dan kedai-kedai makan viral di Temerloh. Homestay ini menawarkan penginapan yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi, 4 bilik tidur, dan 3 bilik air. Setiap bilik dilengkapi dengan katil king dan queen, serta penghawa dingin. 

Dikelilingi oleh suasana alam semulajadi yang hijau, anda boleh menikmati aktiviti BBQ dan berenang dengan privasi penuh. Untuk memeriahkan acara movie night anda pula, homestay ini terdapat televisyen berukuran 55″ dan 32″ dengan akses Netflix, Astro, Discovery, Animal Planet, serta sambungan Unifi. 

Anda juga boleh menikmati penginapan yang menyeronokkan di Casa Mutiara dan menyimpan kenangan indah bersama keluarga atau rakan-rakan anda dengan banyak tempat menarik untuk bergambar.

Alamat:  2, Jalan Pulai Mutiara 6, Taman Pulai Mutiara, 28000, Temerloh, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Casa Mutiara


2. IzzyStay, Kampung Paya Luas

IzzyStay, Kampung Paya Luas

Telah beroperasi selama 11 tahun, IzzyStay berpengalaman luas dalam menyediakan penginapan yang selesa dan eksklusif untuk para pelancong yang bercuti di Temerloh. Mereka mempunyai 3 unit homestay yang terletak di alamat yang sama.

Lokasi homestay ini hanyalah 5 minit dari hospital dan 10 minit dari bandar Temerloh, menjadikan tempat mereka sangat strategik dan mudah diakses. Homestay mereka juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, pasaraya, kedai dobi, stesen minyak, dan masjid.

Buat anda yang rindu suasana kampung atau ingin menikmati suasana kampung buat kali pertama, IzzyStay adalah sempurna untuk anda! Kehidupan di homestay ini adalah seperti di kampung, di mana suasana aman, tenang, hijau, dan damai. Hal ini menjadikannya tempat yang sempurna untuk berkumpul bersama keluarga atau untuk berehat dari kesibukan harian.

Alamat: 6, Lorong Jaya, Kampung Paya Luas, 28000 Temerloh, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp IzzyStay


3. Teratak Rimba, Paya Pulai

Teratak Rimba, Paya Pulai

Sejak tahun 2020, Teratak Rimba telah memperolehi reputasi yang tinggi dari pengunjung-pengujung mereka. Terletak di perkampungan Kampung Tanjung Besar, homestay ini dikelilingi oleh hijauan seperti pokok kelapa, buah-buahan, getah, dan kelapa sawit.

Tempat ini sesuai untuk pencinta alam dengan udara yang segar dan kicauan burung di pagi hari. Aktiviti seperti berjogging, berbasikal mengelilingi kampung, dan berehat dari kesibukan bandar juga boleh dilakukan di sini. Di malam hari pula, kawasan perkampungan ini menjadi tenang dengan lampu-lampu yang berwarna-warni, dan pengunjung dapat menikmati pemandangan bintang di langit.

Mereka menawarkan 6 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti aircond dan kipas, televisyen dengan siaran yang jelas, kelengkapan tempat tidur dan peralatan memasak yang lengkap, serta bilik air yang bersih.

Homestay ini juga menyediakan pelbagai kemudahan tambahan seperti gelanggang badminton, laluan berjogging dan berbasikal, kolam mandi untuk kanak-kanak, taman bunga/pokok buah-buahan, sangkar burung, kucing dan arnab, peralatan BBQ, serta set khemah untuk keluarga. Paling menarik sekali, masakan kampung dan ikan patin juga disediakan mengikut permintaan. Best kan?

Alamat: Jalan Kampung Tanjung Besar, Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Teratak Rimba


4. Homestay An-Najah, Taman Temerloh Jaya

Homestay An-Najah, Taman Temerloh Jaya

Anda sedang mencari penginapan dengan harga yang berpatutan dengan sentuhan dekorasi yang elegan? Di Homestay An-Najah, setiap ruangannya direka dengan teliti untuk memberikan suasana yang memikat hati untuk tetamu mereka.

Di ruang tamu mereka yang luas, anda dapat menikmati masa berkualiti bersama keluarga sambil menonton pelbagai rancangan menarik melalui saluran Astro yang disediakan. Setiap bilik tidur di Homestay An-Najah juga dilengkapi dengan penghawa dingin, untuk memastikan keselesaan tidur yang terjamin.

Selain itu, jika anda berhasrat membuat masakan sendiri, dapur mereka juga dilengkapi dengan kemudahan memasak yang berkualiti untuk menyajikan ahli keluarga anda dengan mudah.

Harga penginapan di sini sangat berpatutan, hanya RM200 sehari pada hujung minggu dan RM180 pada hari biasa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendiami homestay yang selesa ini!

Alamat:  No 30, Jalan TJ 4/4, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay An-Najah


5. Ar Rayyan Homestay, Kampung Padang Lalang

Ar Rayyan Homestay, Kampung Padang Lalang

Ar Rayyan Homestay adalah destinasi penginapan bajet yang selesa dengan harga paling murah, hanya RM90 setiap malam! Dikelilingi suasana desa yang tenang, homestay ini merupakan tempat yang sempurna buat anda yang mahu melarikan diri daripada kebisingan bandar. 

Dengan kemudahan seperti rak penyidai pakaian, televisyen, bilik air, peti ais, dapur lengkap dengan perkakasan memasak, periuk nasi, dan cerek elektrik, homestay ini pastinya dapat memenuhi keperluan percutian anda.

Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti rak penyimpanan, 2 bilik tidur dengan katil double, almari, bantal, cadar, dan selimut. Homestay ini juga menyediakan seterika dan papan seterika, ruang letak kereta yang khas, 2 set kerusi dan meja luar untuk bersantai, serta padang mini untuk aktiviti atau sukaneka buat rombongan anda.

Dengan sistem pengawasan kamera (CCTV) untuk keselamatan kenderaan yang diparkir dan alat pemadam api sebagai langkah keselamatan tambahan, homestay ini memberikan sistem keselamatan terbaik untuk anda.

Penghantaran sarapan pagi juga tersedia dengan kos yang berpatutan. Yang paling menarik, homestay ini juga sangat berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Deerland Park Lanchang serta Taman Tema Air Kubang Gajah.

Alamat: No 27 A, Batu 5, Jalan Maran, Kampung Padang Lalang, 28000 Temerloh, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Ar Rayyan


6. Kampungstay, Desa Murni Sanggang

Kampungstay, Desa Murni Sanggang

Homestay yang sangat terkenal di Temerloh ini telah bertapak dalam industri pelancongan sejak dari tahun 1995. Dengan 28 tahun pengalaman dalam menyediakan penginapan yang terbaik, mereka telah lama berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan.

Untuk memberikan anda pengalaman yang terbaik di Temerloh, Kampungstay Desa Murni mengutamakan pengalaman pelancongan luar bandar berlatarkan suasana perkampungan yang damai. Mereka boleh memberikan akomodasi yang terbaik untuk 10 sehingga 40 keluarga pada waktu yang sama.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan kemudahan yang mempunyai gabungan elemen moden dan tradisional, kemudahan seperti Wi-Fi, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dan tempat letak kereta adalah tersedia untuk anda.

Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan seperti spa, sauna, dan bekam. Aktiviti seperti memancing, melukis batik, dan pengembaraan kampung dengan pemandu pelancong untuk pengembara solo, pasangan, dan keluarga juga ada disediakan oleh krew mereka di sini.

Alamat: Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Kampungstay


Kesimpulannya, Temerloh merupakan destinasi percutian yang ideal, terutamanya bagi mereka yang mencari pengalaman alam semulajadi dan makanan yang enak. Dengan pelbagai jenis homestay yang menarik dan berkualiti, pilihan-pilihan ini bakal memudahkan anda untuk menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Temerloh.

Kami berharap dengan artikel ini, anda dapat memilih homestay yang terbaik di Temerloh untuk merealisasikan percutian yang unik dan menarik! Jika anda juga sedang mencari homestay yang lain untuk merehatkan minda anda, kami syorkan anda untuk melayari artikel kami di mana kami senaraikan 8 Pilihan Homestay Terbaik di Changlun.

4.7/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Stesen Bas Temerloh – Ayuh Kita Meneroka Temerloh!

Temerloh sinonim dan terkenal sebagai “Bandar Ikan Patin”. Ianya menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara untuk singgah ke sini untuk merasai sendiri masakan...

14 Makanan Sedap Di Temerloh – SEDAP & BUAT KECUR AIR LIUR

Sebut je Temerloh mesti anda akan terus teringat akan patin masak tempoyak. Menu ini memang tak dapat dipisahkan jika ke Temerloh dan sentiasa digemari...

14 Destinasi Menarik Temerloh- LOKASI POPULAR & TERSEMBUNYI

Anda nak tarik nafas dan berehat sebentar dari kesibukan kota? Ayuh ke bandar ikan patin. Mana lagi kalau bukan bandar Temerloh. Banyak sahaja lokasi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x