Utama Global Harga Tiket Feri ke Langkawi TERKINI – Kini Boleh Bawa Kereta Sendiri

Harga Tiket Feri ke Langkawi TERKINI – Kini Boleh Bawa Kereta Sendiri

75
326147
harga feri ke langkawi terkini

Jika berhasrat bercuti ke Pulau Langkawi, sememangnya perlu menaiki feri sama ada dari jeti di Kuala Kedah, Kuala Perlis atau pun dari Penang. Anda boleh rujuk harga-harga tiket feri ke Langkawi yang terkini di bawah untuk semua destinasi jeti. Memandangkan Pulau Langkawi ini sangat popular sebagai destinasi pelancongan ulong di Malaysia, justeru memang ramai kehadiran pelancong yang bercuti ke sini setiap hari terutamanya pada musim cuti panjang.

Jadual harian perjalanan feri ke Langkawi di Kuala Kedah & Kuala Perlis adalah sangat banyak. Perjalanan feri ada setiap jam bermula seawal 7.00 pagi sehinggalah ke 7.00 petang. Terdapat banyak pilihan syarikat feri di Langkawi & anda boleh pilih mana-mana syarikat kerana harga-harga tiket semuanya adalah sama sahaja. Yang berbeza, hanyalah jenis feri yang digunakan & jadual perjalanan feri masing-masing. Semua feri adalah selesa & selamat untuk perjalanan walaupun bersama kereta ke Pulau Langkawi.

3 Jeti Utama Ke Pulau Langkawi Dari Semenanjung Malaysia

peta pulau langkawi kedah

Untuk bercuti ke Pulau Langkawi, pelancong boleh naik feri di salah satu jeti berikut:

#1 Jeti Kuala Kedah

Kebiasaanya pelancong dari selatan semenanjung Malaysia akan ke jeti di Kuala Kedah untuk menaiki feri ke Langkawi kerana jaraknya lebih dekat berbanding jeti Kuala Perlis. Perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke jeti di Kuah, Langkawi mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit.
Peta Lokasi | Jarak | Hotel Terdekat | Info lanjut

#2 Jeti Kuala Perlis

Ada juga sesetengah pelancong yang lebih gemar ke Jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi walaupun jaraknya agak jauh sedikit dari KL. Kehadiran pelancong di jeti ini juga lebih meriah terutamanya pada cuti sekolah kerana lebih kurang sesak berbanding Jeti Kuala Kedah. Tempoh perjalanan feri ke Langkawi pula adalah 30 minit lebih cepat berbanding dari Kuala Kedah iaitu sekitar 1 jam 15 minit untuk sampai ke Jeti Kuah, di Langkawi.
Peta Lokasi | Jarak | Hotel Terdekat | Info lanjut

#3 Jeti di Penang

Bagi yang ingin ke Langkawi dari Penang ( melalui Pulau Payar), masa perjalanan feri adalah sekitar 2 jam 45 minit. Jadual perjalanan feri ke Langkawi dari Penang pula tidaklah serancak & sekerap di jeti Kuala Kedah atau Kuala  Perlis. Jika berkebetulan anda bercuti di Penang, bolehlah naik feri di sini untuk ke Langkawi.
Peta Lokasi | Jarak | Hotel Terdekat

2 Kawasan Perlabuhan / Jeti di Pulau Langkawi

#1 Jeti Kuah

Jeti Kuah merupakan pintu masuk utama pelancong ke Pulau Langkawi yang menaiki feri dari Semenanjung Malaysia. Sama ada anda menaiki feri penumpang dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis atau Jeti di Penang, ini adalah destinasi pertama yang anda bakal jejakkan kaki di Pulau Langkawi. Berdekatan dengan Jeti Pekan Kuah terdapat banyak tarikan pelancongan yang boleh anda terokai & mempunyai banyak pilihan penginapan menarik untuk anda bermalam.
Peta Lokasi | Jarak | Hotel Terdekat

#2 Dermaga Tanjung Lembung

Merupakan sebuah jeti pelabuhan untuk kapal & bukannya jeti penumpang seperti di Kuah. Namun, jika anda bercuti ke Langkawi dengan membawa kereta sendiri menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis, ini adalah destinasi pertama yang bakal anda jejakkan kaki. Perjalanan feri ke pelabuhan ini juga lebih lama sedikit berbanding ke Jeti Kuah kerana lokasinya yang agak ke barat tanah besar Langkawi. Lokasi pelabuhan ini juga terletak di tengah-tengah antara Pantai Cenang ( 10 km ) & kawasan Pekan Kuah ( 11 km).
Peta Lokasi | Jarak | Hotel Terdekat


Senarai Harga Tiket Feri Ke Langkawi Tanpa Bawa Kereta dari Semua Jeti

Berikut merupakan harga tiket feri untuk penumpang bagi 3 lokasi jeti ke Pulau Langkawi;

1. Harga tiket feri ke Langkawi dari Jeti KUALA KEDAH

  • Masa Perjalanan: 1 Jam 45 Minit

Kategori Harga Sehala Harga 2 hala
Dewasa ( 12 tahun keatas) RM 23 RM 46
Kanak-Kanak ( 3-11 tahun) RM 17 RM 34
*Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun) percuma percuma

*percuma tetapi tiada tempat duduk bayi disediakan

Beli tiket feri atas talian (lebih murah!)

2. Harga tiket feri ke Langkawi dari Jeti KUALA PERLIS

  • Masa Perjalanan: 1 Jam 15 Minit

Kategori Harga Sehala Harga 2 hala
Dewasa ( 12 tahun keatas) RM 18 RM 36
Kanak-Kanak ( 3-11 tahun) RM 13 RM 26
*Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun) percuma percuma

*percuma tetapi tiada tempat duduk bayi disediakan

Beli tiket feri atas talian (lebih murah!)

3. Harga tiket feri ke Langkawi dari JETI PENANG

  • Masa Perjalanan: 2 jam 45 minit

Kategori Harga Sehala Harga 2 hala
Dewasa ( 12 tahun keatas) RM 60 RM 120
Kanak-Kanak ( 3-11 tahun) RM 45 RM 90
Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun) RM 25 RM 50

Kadar harga tiket feri di atas adalah TIDAK termasuk Port Handling Charge. Dewasa: RM 10 / sehala & Kanak-Kanak: RM 6.30 / sehala.

Beli tiket feri atas talian (lebih murah!)


Harga Tambang Feri Ke Langkawi Untuk Kenderaan

naik feri dengan kereta langkawi
sumber foto: Langkawi Auto Express

Kini sudah ada syarikat feri yang telah menyediakan perkhidmatan untuk membawa kereta anda sendiri menaiki feri ke Langkawi. Tidak perlu susah-susah payah lagi untuk sewa kereta di Langkawi. Harga tambang membawa kereta sendiri menaiki feri adalah berbeza mengikut jenis kenderaan & kapasiti enjin cc.

Untuk makluman, hanya Jeti Kuala Perlis sahaja yang menawarkan perkhidmatan membawa kenderaan sendiri menaiki feri ke Langkawi.

Disyorkan untuk buat tempahan awal & belian di laman web untuk kemudahan anda.

1.0 Harga Tambang Feri Untuk Kenderaan Dari JETI KUALA PERLIS

Hanya terdapat beberapa sahaja syarikat feri yang menyediakan perkhidmatan membawa kenderaan ke Langkawi iaitu Langkawi Roro & Langkawi Auto Express.

Sebagai panduan, senarai harga-harga di bawah ini merujuk kepada jadual tambang yang dikeluarkan oleh Syarikat Langkawi RoRo. Jadi, harganya mungkin berbeza jika anda rujuk dengan syarikat lain.

Harga tambang feri untuk kenderaan adalah tidak termasuk dengan tambang penumpang. Harga bayaran penumpang adalah mengikut kiraan biasa per individu.

Anda boleh membuat belian tiket di kaunter secara walk-in, atau buat tempahan di laman web secara atas talian. Tempahan di laman web juga lebih murah sedikit. Namun, diskaun untuk belian di laman web hanya untuk beberapa kategori sahaja. Sila rujuk jadual-jadual di bawah ini.

1.1 Harga Tambang Penumpang

Harga tambang penumpang untuk belian di kaunter atau di laman web adalah sama sahaja.

Kategori Harga Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Harga 2 hala (Beli di Kaunter Tiket) Harga Sehala (Tempahan di Web) Harga 2 hala (Tempahan di Web)
Dewasa ( 12 tahun keatas) RM 18 RM 36 RM 18 RM 36
Kanak-Kanak ( 2-11 tahun), OKU & Warga Emas ( 60 tahun & keatas) RM 13 RM 26 RM 13 RM 26
OKU RM 13 RM 26 RM 13 RM 26
Warga Emas ( 60 tahun & keatas) RM 13 RM 26 RM 13 RM 26
*Kanak-Kanak ( 23 bulan & kebawah) RM 3 RM 6 RM 3 RM 6

1.2 Tambang Feri Untuk Kereta Sedan

Kapasiti Enjin Kenderaan Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
bawah 1500 cc RM 171 RM 332 RM 161 RM 312
bawah 2000 cc RM 204 RM 388 RM 194 RM 368
bawah 3000 cc RM 248 RM 476 RM 238 RM 454
atas 3001 cc RM 292 RM 584 RM 282 RM 564

1.3 Tambang Feri Untuk MPV / 4WD / JEEP / SUV / Pick-Up

Kapasiti Enjin Kenderaan Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
bawah 2000 cc RM 226 RM 432 RM 216 RM 412
bawah 3000 cc RM 248 RM 476 RM 238 RM 456
atas 3001 cc RM 281 RM 542 RM 271 RM 522

1.4 Tambang Feri Untuk Super Car

Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
Super Car RM 402 RM 804 RM 392 RM 784

1.5 Tambang Feri Untuk Coach / Bas

Kapasiti Enjin Kenderaan Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
COASTER (14-19 SEATS) RM 313 RM 586
BUS MINI (20-24 SEATS) RM 391 RM782
BUS (25-34 SEATS) RM 501 RM 1002
BUS (35 SEATS & ABOVE) RM 698 RM 1358

1.6 Tambang Feri Untuk Motosikal

Kapasiti Enjin Kenderaan Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
bawah 125 cc RM 67 RM 124 RM 57 RM 104
bawah 250 cc RM 78 RM 136 RM 68 RM 116
bawah 500 cc RM 105 RM 190 RM 95 RM 170
atas 501 cc RM 127 RM 234 RM 117 RM 214

1.7 Tambang Feri Untuk Basikal

Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
Basikal RM 33 RM 56 RM 30 RM 50

1.8 Tambang Feri Untuk Lori

Sehala (Beli di Kaunter Tiket) Dua hala (Beli di Kaunter Tiket) Sehala (Tempahan di Web) Dua Hala (Tempahan di Web)
1 & 2 tan (BTM) RM 270 RM 540
bawah 3 tan (BTM) RM 303 RM 586
bawah 4 tan (BTM) RM 347 RM 694
bawah 5 tan (BTM) RM 402 RM 804
bawah 6 Ttan (BTM) RM 622 RM 1244

Info Penting Jika Ingin Bawa Kereta Sendiri Ke Langkawi

Servis kedua-dua syarikat ini iaitu Langkawi Roro & Langkawi Auto Express adalah di jeti Kuala Perlis sahaja. Anda akan berlabuh di Perlabuhan Tanjung Lembong, Langkawi & bukannya di Jeti Kuah.

Tempoh perjalanan feri ke Jeti Tanjung Lembong juga lebih lama sedikit sehingga 2 jam lebih. Slot kekosongan & jadual feri untuk membawa kenderaan sendiri adalah terhad untuk setiap hari. Jadi perlu buat tempahan awal.

Dokumen & maklumat penting yang diperlukan untuk bawa kenderaan sendiri ke Langkawi:

  • Salinan IC & lesen pemandu
  • Salinan IC penumpang
  • Salinan geran kereta
  • Butiran penumpang ( Nama & IC)
  • Nombor telefon pemandu kereta

Jika anda bukan pemilik kenderaan & geran atas nama orang lain, perlukan dokumen sokongan iaitu;

  • Surat kebenaran ( authorization letter) dari pemilik kenderaan.

Tempahan boleh dibuat seawal 1 bulan sebelum tarikh perjalanan & selewat-lewatnya adalah 3 hari sebelum tarikh masuk ke Pulau Langkawi. Lagi awal tempah lagi bagus kerana slot harian cepat penuh terutamanya pada musim cuti panjang.

Kenderaan perlu berada di holding area berdekatan jeti sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masa perjalanan.

Umumnya, dokumen yang diperlukan oleh 2 syarikat ini adalah sama sahaja. Mungkin, syarat atau prosedur sahaja yang ada perbezaan bagi setiap syarikat. Jadi sila semak di laman web rasmi atau hubungi terus pihak syarikat untuk pengesahan.

Adakah berbaloi bercuti ke Langkawi bawa kereta sendiri?

Ramai tertanya-tanya, mana lebih berbaloi jika bercuti di Langkawi dengan bawa kereta sendiri atau sewa kereta di Langkawi.

Jawapannya bergantung kepada 2 faktor utama;

  1. Jumlah hari bercuti di Langkawi. Jika bercuti di Langkawi dalam tempoh 1-2 hari, sewa kereta di Langkawi lebih berbaloi. Jika tempoh yang lama seperti seminggu, bawa kereta sendiri lebih berbaloi.
  2. Musim ketika bercuti di Langkawi. Adakah pada musim puncak / peak season seperti musim cuti sekolah atau musim biasa. Faktor ini sangat berkait rapat dengan kos-kos sewa kereta kerana pada musim puncak / peak season, majoriti harga kereta sewa di Langkawi akan naik sekitar 30%-40%.

Contoh Situasi: Bercuti di Langkawi 4 hari

Bawa Perodua Myvi ke Langkawi;

  • Tambang Feri untuk kereta bawah 1500 cc = RM 312 (pergi & balik)

*jika bawa kereta sendiri ke Langkawi, tidak perlu fikirkan kos parkir kereta di kawasan Jeti Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis.

Jika sewa kereta Myvi di Langkawi pada BUKAN musim puncak / peak season. Katakan harga sewa Myvi musim ini RM 70 / sehari

  • RM 70 x 4 hari = RM 280

*jika anda bawa kereta & parkir kereta di jeti Kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis, perlu kira juga kadar parkir kereta harian. Katakan kadar parkir kereta di jeti pada bukan musim puncak RM 10 / sehari. Perlu tambah RM 40 dalam kiraan di atas.

Jika sewa kereta Myvi di Langkawi pada musim puncak / peak season. Katakan harga sewa Myvi musim ini RM 120 / sehari

  • RM 120 x 4 = RM 480

*jika anda bawa kereta & parkir kereta di jeti Kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis, perlu kira juga kadar parkir kereta harian. Katakan kadar parkir kereta di jeti pada musim puncak RM 15 / sehari. Perlu tambah RM 60 dalam kiraan di atas.

Kesimpulannya, ianya bergantung kepada musim & tempoh masa bercuti di Langkawi.


Jadual Feri ke Langkawi

Jadual perjalanan feri ke Langkawi terutamanya di Kuala Kedah & Kuala Perlis untuk setiap hari memang banyak. Boleh dikatakan pada setiap jam, pasti ada feri yang akan bertolak ke jeti Kuah, Langkawi. Setiap jadual feri ke Langkawi adalah berbeza mengikut syarikat.

Jadi tiada masalah untuk membeli tiket ‘on the spot’ sebaik sampai di Kuala Kedah/ Kuala Perlis. Waktu cuti sekolah, kehadiran pelancong tempatan yang bercuti ke Langkawi memang banyak & mungkin perlu beratur panjang.

1. Jadual feri ke Pulau Langkawi dari jeti Kuala Perlis & Kuala Kedah

jadual perjalanan feri ke langkawi
sumber: Langkawi Auto Line Ventures

Jadual feri ke Langkawi di atas ini adalah disediakan oleh syarikat Langkawi Ferry Line Ventures. Semua jadual perjalanan harian feri boleh berubah & ianya bergantung kepada keadaan gelora serta pasang surut air laut.

2. Jadual feri ke Pulau Langkawi dari jeti Penang

Jadual perjalanan feri ke Langkawi dari Penang pula tidaklah serancak  & sekerap seperti di Jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Ini disebabkan beberapa faktor seperti jaraknya ke Pulau Langkawi adalah lebih jauh & makan masa perjalanan lebih lama sekitar 2 jam 45 minit.

Berikut merupakan jadual perjalanan dari Penang ke Langkawi yang disediakan oleh syarikat Langkawi Online.

Perjalanan Masa Masa
Penang > Langkawi 8.30 am 2.00 pm
Langkawi > Penang 10.30 am 3.00 pm

3. Jadual feri bawa kenderaan ke Langkawi dari Jeti Kuala Perlis

Jadual untuk mereka yang berhasrat membawa kereta sendiri ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis juga adalah berbeza setiap bulan kerana bergantung kepada keadaan pasang surut air.

Untuk perkembangan semasa &  jadual harian yang diselia oleh Syarikat Langkawi Ro-Ro, sila semak di;

Untuk perkembangan semasa & jadual harian yang diseliakan oleh Syarikat Langkawi Auto Express, sila semak di halaman rasminya;


Tempahan Tiket Feri Penumpang ke Langkawi Secara Atas Talian

Seperti yang telah dinyatakan, anda boleh buat pembelian tiket penumpang ke Langkawi secara walk-in atau secara online. Jika anda beli tiket secara walk-in di Jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis terutamanya pada musim bukan cuti sekolah, mungkin tiada masalah besar.

Tetapi pada musim cuti sekolah, alamatnya kena beratur panjang untuk beli tiket di kaunter.

Salah sebuah syarikat feri di Langkawi yang menyediakan tempahan tiket secara online adalah Ferry Line Ventures Sdn Bhd. Untuk beli tiket secara atas talian dengan syarikat ini, anda boleh ke pautan ini & ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

Anda juga boleh buat bandingan harga tiket kat EASYBOOK, harganya selalunya lebih murah!

Langkah 1 – Sign Up

beli tiket feri langkawi online

Klik butang Sign-Up & anda akan dibawa ke ruangan untuk isi maklumat peribadi.

 

Langkah 2 – Isi Maklumat Peribadi Anda

beli tiket feri kuala perlis online

Isi nama, nombor telefon, password, email & klik butang Sign Up Now.

 

Langkah 3 – Sahkan Akaun di Email

cara beli tiket feri ke pulau langkawi

Satu email pengesahan akan dihantar ke alamat email anda. Klik pautan untuk proses pengesahan akaun. Jika email tidak sampai dalam masa 5 minit di dalam inbox, semak dalam spam folder.

Langkah 4 – Daftar masuk ( login)

harga tiket feri langkawi murah 2019

Sebaik anda klik pautan pengesahan di email, anda akan dibawakan ke ruangan daftar masuk / Login. Klik butang Click Here to Login & masukkan email serta pasword yang telah anda tetapkan dalam langkah 2.

Langkah 5 – Isi Maklumat Perjalanan

bagaimana beli tiket feri ke langkawi

Sebaik anda daftar masuk / login, anda akan dibawakan ke halaman untuk masukkan butiran perjalanan anda. Umumnya, terdapat 6 langkah di ruangan ini iaitu;

  1. Search Trip:
    • Pilih lokasi jeti & tarikh perjalanan ( rujuk gambar atas)
  2. Select Trip:
    • Pilih waktu perjalanan feri pada tarikh yang telah anda tetapkan.
  3. Select Ticket:
    • Semak jumlah harga tiket yang perlu dibayar
  4. Passenger Details:
    • Masukkan butiran pembeli tiket
  5. Payment:
    • Buat pembayaran menggunakan kredit/debit kad atau online transfer
  6. Status:
    • status semasa proses pembelian tiket anda

Sebaik pembayaran sudah dibuat & status berjaya, anda akan menerima email berserta puatan muat turun boarding pass dalam bentuk PDF. Download dokumen tersebut & print. SIAP !

Jika tiada email sampai dalam inbox selepas buat pembayaran, sila semak dalam spam folder di email anda. Jika tiada juga, hubungi pihak syarikat untuk laporan.

Mudah sahaja bukan ? Tidak perlu lagi untuk ke kaunter tiket di jeti & beratur panjang untuk beli tiket. Dengan boarding pass di tangan, anda boleh terus ke bahagian terminal feri.

Terma & Syarat;

  • Bayaran balik  untuk tambang & tambahan tidak dibenarkan
  • Penukaran butiran perjalanan tidak dibenarkan
  • Mesti berada sekurangnya 1 jam sebelum waktu perlepasan

Cari Hotel di Langkawi

Secara umumnya kebanyakan syarikat feri menawarkan harga tiket feri ke Langkawi sama ada dari jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis pada kadar yang sama & yang berbeza hanyalah jadual perjalanan serta kondisi feri masing-masing.

Jika anda ada soalan, sila BERHUBUNG TERUS dengan pihak syarikat feri seperti yang telah dikongsikan di atas.
4.3/5 - (61 votes)
Subscribe
Notify of
guest

75 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Nor ismail
Mohd Nor ismail
8 months ago

Assalamualaikum..saya nak Chek harga tiket moto nvx 155 dan 2 orang pegi dan balik

Haji sazali
Haji sazali
1 year ago

Assalamualaikum..nak check harga kete Alza 1.5cc berapa naik ferry…ini termasuk driver ko

Kalau penumpang dewasa berapa tickets
Anak anak 12 tahun kebawah berapa tickets

Alias yahaya
Alias yahaya
1 year ago

Saya nk tempah bawak kereta msuk lngkawi 5.12.2022

Shazrina
Shazrina
2 years ago

Hi,boleh sy tahu ini hrg tiket utk bw krt ke langkawi utk tahun 2022 ke?

Adnan
Adnan
2 years ago

Sy nk book.msuk ngan kereta pd 25/11

Norazlinda Mohamad nor
Norazlinda Mohamad nor
2 years ago

Sy nak bookimg slot untuk masuk langkawi guna van toyota hiace high roof 2000cc brp ya..

Mimie
Mimie
2 years ago

Hi cara sy nk book masuk Langkawi bersama kereta

75
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x