Harga Tiket Zoo Melaka & Night Safari Terkini

Bagi yang bercadang bercuti ke Melaka, salah satu desinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung yang berkeluarga ialah Zoo Melaka dan Night Safari. Ada sedikit perubahan harga tiket Zoo Melaka & Night Safari kalau berbanding sebelumnya.


Terdapat beberapa pakej tiket Zoo Melaka yang ditawarkan untuk melawat Zoo pada siang hari ataupun untuk Night Safari. Secara umumnya harga untuk melawat zoo di siang hari dan Night Safari Melaka adalah sama.



Pakej-pakej harga tiket Zoo Melaka & Night Safari 2015

harga-tiket-zoo-melaka-terkiniHarga-harga tiket Zoo Melaka untuk warga negara Malaysia bagi setiap kategori adalah seperti di bawah dan pastikan anda membawa kad pengenalan (MyKad/MyKid) ketika membeli tiket di kaunter kelak:

  • Dewasa ( 13-59 tahun) : RM 17.80 seorang
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 7.10 seorang
  • Warga Emas ( 60 tahun keatas): RM 7.10 seorang
  • Bayi ( 3 tahun kebawah): Percuma

Harga tiket kemasukan ke Zoo Melaka untuk pelancong dari luar Malaysia:

  • Dewasa ( 13-59 tahun) : RM 23.70 seorang
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 17.80 seorang
  • Warga Emas ( 60 tahun keatas): RM 7.10 seorang
  • Bayi ( 3 tahun kebawah): Percuma

Menarik: Senarai Padat Tempat Menarik di Melaka 2015

Harga tiket Zoo Negara Melaka untuk mereka yang dikategorikan OKU ( Orang Kelainan Upaya). Sila bawa kad OKU anda untuk pengesahan.

  • OKU Dewasa: RM 7.10 seorang
  • OKU Kanak-kanak: RM 5.00 seorang

zoo melaka ticket price 2017Semua pakej-pakej harga tiket masuk Zoo Melaka untuk setiap kategori seperti di atas adalah untuk melawat zoo pada siang hari dan juga untuk Night Safari.

Jom Baca: 4 medan ikan bakar di Melaka

Harga Perkhidmatan Tram di Zoo Melaka adalah seperti di bawah dan anda boleh membeli tiket tram di kaunter tiket tram di Zoo Melaka:

  • Dewasa : RM 5.00 seorang
  • Kanak-kanak: RM 3.00 seorang

Waktu operasi Zoo Melaka dan Night Safari

Zoo Melaka dibuka setiap hari untuk melawat binatang pada siang hari dan waktu beroperasi bermula jam 9 pagi sehinggalah ke 5.30 petang.

Untuk Night Safari di Zoo Melaka, hanya dibuka pada setiap malam Jumaat dan Sabtu sahaja setiap minggu. Namun ketika musim cuti sekolah dan cuti umum, Night Safari dibuka setiap hari. Waktu beroperasi Night Safari Zoo Melaka ialah daripada 8 malam sehingga ke 11 malam. Tiket yang terakhir anda boleh beli ialah pada pukul 10.30 malam.


Waktu pertujukan dan memberi makan haiwan di Zoo Melaka

Untuk mendapatkan kepuasan yang maksima ketika berada di Zoo Melaka, anda boleh membawa anak-anak untuk aktiviti-aktiviti berikut:

  • Bird Show
    • Hari bekerja: 11 pagi dan 4 petang
    • Hari hujung minggu dan cuti umum/sekolah: 11 pagi, 2 petang dan 4 petang
  • Interaksi bersama harimau
    • 12 pm setiap hari
  • Memberi makan gajah
      • Hujung minggu dan cuti sekolah/umum: 11.30 pagi dan 2.30 petang

Saksikan video menarik di atas ketika persembahan burung dan video jalan-jalan  di Zoo Melaka. Sumber video: Gohouki & nazrimanshor nazri

Jom Baca: Pilihan restoran Jalan Jalan Cari Makan di Melaka

Kemudahan fasiliti yang lengkap untuk pengunjung

Zoo Melaka menyediakan kemudahan asas yang sangat diperlukan para pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Antara yang ada:

  1. Tandas awam
  2. Bilik solat
  3. Bilik persalinan bayi
  4. First aid station
  5. Lost & found
  6. Locker
  7. Kawasan parkir kereta

Memandangkan Zoo Melaka ini agak besar dan anda mungkin menghabiskan masa berjam lamanya, sila ikuti tips berikut:

  1. Bawa topi dan cermin mata hitam terutamanya pada waktu tengahari
  2. Sediakan payung kerana hujan boleh turun bila-bila masa.
  3. Sediakan insect repellent terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak.
  4. Pakai kasut yang selesa dan elakkan pakai high hell
  5. Bawa air mineral secukupnya.
  6. Ada masalah anda boleh berhubung dengan staff beruniform di sini.

Bagi yang bercuti ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk ke sini bersama anak-anak. Harga-harga tiket Zoo Melaka pun tidaklah semahal seperti di sesetengah zoo yang lain di Malaysia.

Harga Tiket Zoo Melaka & Night Safari Terkini
5 (100%) 1 vote
  • 2
    Shares

3 Komen

  1. Taufiq 14/12/2016
  2. rozina 02/10/2016
  3. rozina 25/08/2016

Sila Komen

Sila SHARE