Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan bersejarah yang boleh dilawati. Negeri Melaka penuh dengan keunikan sejarahnya tersendiri dan itu menjadi daya penarik pelancong untuk melawat bandar Melaka bersejarah. Antara tempat menarik dan bersejarah yang sering menjadi tumpuan adalah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Kota A’Famosa, Rumah Terbalik Melaka dan banyak lagi. Tempat untuk bersantai atau berkelah seperti Pantai Klebang juga merupakan antara tempat yang sering dikunjungi terutamanya pada waktu petang dan malam.

Tempat penginapan seperti hotel atau homestay juga amat mudah untuk didapati di bandar Melaka. Untuk pengalaman yang lebih menarik sekiranya datang ke Melaka, anda boleh jalan-jalan Melaka dengan kereta atau memandu sendiri. Sekiranya memerlukan perkhidmatan kereta sewa, di Melaka banyak perkhidmatan kereta sewa dan mudah untuk didapati.

Kereta Sewa di Melaka yg Best & Murah


1.  RJS Car Rental

RJS Car Rental

Jika anda memerlukan kereta sewa lebih dari dua hari, RJS Car Rental adalah pilihan yang sesuai kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Anda boleh dapat harga lebih murah atau harga promosi sekiranya ada dijalankan oleh RJS sekiranya sewa untuk hari yang bamyak. Untuk pengetahuan anda, promosi dari RJS Car Rental adalah sangat best dan sangat menjimatkan. Feedback dari pelanggan mereka sebelum ini mengatakan servis mereka adalah terbaik, pantas dan memuaskan. Yang paling penting keadaan kereta dalam keadaan baik dan bersih. Barulah keselesaan ketika memandu akan terjamin.

Sekiranya berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut. Staf mereka adalah sangat mesra dalam melayan pelanggan.

Alamat: 2, 1, Jalan Panglima 2, Taman Panglima, 75400 Malacca

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-6742974

Whatsapp RJS Car Rental

 

2.   SayangKereta – Sewa Kereta & Sewa MPV Melaka

SayangKereta-Sewa Kereta & Sewa MPV Melaka

Nak cari kereta sewa atau MPV untuk jalan-jalan Melaka, boleh hubungi SayangKereta yang terletak di Ayer Molek, Melaka. Seronok kalau ronda-ronda Melaka dengan memandu sendiri. Boleh menikmati pemandangan semahunya. Mereka ada model kereta Bezza, Alza, Myvi dan lain-lain. Anda boleh pilih saja dan berbincang dengan SayangKereta. Mereka menyediakan kereta transmisi auto kerana mudah untuk digunakan. Jadi, untuk perjalanan jauh atau dekat anda boleh merasai pengalaman yang selesa di Melaka. Servis dan layanan yang diberikan adalah bagus kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka.

Anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa untuk bertanya tentang model kereta dan harga. Sebarang urusan boleh dilakukan melalui nombor telefon di bawah atau whatsapp.

Alamat: 42, Jalan PJ 9, Taman Pengkalan Jaya, 75460 Ayer Molek, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 11.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-6323688

Whatsapp SayangKereta

 

3.  Zul Kereta Sewa Melaka

Zul Kereta Sewa Melaka

Zul Kereta Sewa Melaka beroperasi di Bukit Rambai, Melaka menawarkan kadar harga kereta sewa yang berpatutan. Individu mahupun korporat yang ingin sewa kereta dengan mereka dijamin akan berpuas hati dengan servis mereka. Mereka mempunyai pelbagai jenis kereta sewa seperti kereta kompak, sedan, MPV dan kereta mewah. Mereka akan memastikan keadaan kereta sewa sentiasa dalam keadaan baik agar keselesaan dan keselamatan pengguna terjamin. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan kereta sewa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pengambilan kereta. Selain sewa kereta, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan drebar. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa serta pemandu, boleh hubungi mereka untuk urusan lebih lanjut.

Alamat: 23, Jalan Perawan 1, Taman Bukit Rambai, 75250 Tanjung Kling, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 7.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-6914447

Whatsapp Zul Kereta Sewa

 

4. Kereta Sewa Melaka Sentral

Kereta Sewa Melaka Sentral

Kereta Sewa Melaka Sentral menawarkan perkhidmatan kereta sewa pada harga yang cukup murah di Melaka. Sekiranya anda sewa lebih dari 4 hari, mereka mempunyai pakej harga yang lebih murah. Memang sangat berbaloi lah! Mereka mempunyai kereta jenis kompak, hatchback dan MPV. Anda boleh pilih ingin perkhidmatan kereta sewa transmisi manual atau auto mengikut model kereta yang ada. Lokasi pickup dan drop off kereta di beberapa tempat seperti Melaka Sentral, lapangan terbang Melaka dan kawasan sekitar Bandar Melaka adalah percuma. Selain perkhidmatan kereta sewa, mereka juga ada menyediakan homestay untuk pengunjung yang datang ke Melaka. Mereka menjanjikan harga tawaran yang lebih berbaloi sekiranya anda menyewa kereta berserta homestay.

Untuk sebarang urusan atau tempahan boleh whatsapp melalui pautan di bawah. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai servis yang ditawarkan atau sebarang promosi yang sedang dijalankan boleh lawati Facebook atau laman web mereka.

Alamat: DT1864, Jalan Angkasa Nuri 24, Taman Angkasa Nuri, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 8.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-3953335

Whatsapp Kereta Sewa Melaka Sentral

 

5. NDQ Car Rental Melaka

NDQ Car Rental Melaka

NDQ Car Rental Melaka terletak berdekatan dengan Bandar Melaka dan lokasi yang strategik. Oleh itu, mudah untuk anda dapatkan kereta sewa sekiranya tiba di Melaka dengan pengangkutan awam seperti bas. NDQ Car Rental juga adalah antara perkhidmatan sewa kereta yang terbaik di Melaka. Hal ini kerana, servis yang ditawarkan oleh staf mereka adalah sangat baik dan mesra pelanggan. Mudah untuk berurusan dengan mereka bagi tempahan kereta sewa. Kereta sewa mereka juga sentiasa dalam keadaan bersih dan yang paling penting selamat untuk pengguna. Feedback dari pelanggan mereka sebelum ini mengatakan, mereka berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan.

Alamat: 18, Jalan Keladi 4, Taman Balai Panjang Murni, 75250 Malim Jaya, Melaka

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10199776

Whatsapp NDQ Car Rental

 

6.  D’RIA Car Rental

D'RIA Car Rental

Bagi anda yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa di kawasan Masjid Tanah secara pandu sendiri, anda boleh menyewa kereta dengan D’Ria Car Rental. Jika anda ada masalah kereta rosak masuk workshop, ada urusan penting di suatu tempat atau tidak mempunyai kenderaan untuk jalan-jalan di Masjid Tanah, anda boleh selesaikan segera dengan menggunakan perkhidmatan dari D’Ria. Harga yang ditawarkan juga adalah murah dan berpatutan. Sesuai bagi pelajar IPT yang berdekatan di Masjid Tanah untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari mereka. Soal servis, tak perlu cakap lah, memang terbaik and superb servis mereka! Mereka ada kereta kecil, MPV dan van dengan pakej sewa harian, mingguan dan bulanan. Anda boleh whatsapp mereka untuk mendapatkan senarai kereta yang ada berserta harga.

Alamat: Lorong 29, Taman Sri Aman, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 9.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-4419280

Whatsapp D’RIA Car Rental

 

7.  Perkhidmatan Kereta Sewa Hanif

Perkhidmatan Kereta Sewa Hanif

Kereta Sewa Hanif berpusat di Kuala Sungai Baru dan beroperasi pada setiap hari. Mereka menyediakan perkhidmatan sewaan dan pajakan kereta. Kereta sewa mereka sentiasa berada dalam keaadan yang baik dan bersih. Pelanggan yang telah menggunakan servis mereka berpuas hati dengan keadaan kereta yang diterima. Sudah lah harga sewa kereta murah, kereta bersih dan selesa untuk digunakan. Layanan staf Kereta Sewa Hanif juga mesra dan tiptop. Mudah untuk berurusan dengan staf mereka. Mereka juga ada menjalankan promosi yang gempak dari semasa ke semasa. Anda boleh lawati halaman Facebook mereka untuk mengetahui promosi terkini. Perancangan dan tempahan awal adalah digalakkan agar anda tidak terlepas slot sewa kereta dari mereka.

Alamat: Jalan Ayer Molek / Lubuk China, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 8.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3859858

Whatsapp Kereta Sewa Hanif

 

8.  RS Global Sewa Kenderaan Melaka

RS Global Sewa Kenderaan Melaka

Sekiranya memerlukan perkhidmatan sewa bas, van atau lori di Melaka, RS Global Sewa adalah pilihan yang tepat untuk anda. Sesuai bagi anda yang mempunyai perancangan unutk jalan-jalan Melaka dalam jumlah yang ramai. Lokasi mereka terletak di Telok Mas, Melaka yang hanya memerlukan lebih kurang 30 minit untuk ke Bandaraya Melaka. Selain itu, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta seperti Perodua Axia, Bezza, Saga, Avanza, Hyundai Starex dan banyak lagi. Ada kereta jenis transmisi auto dan juga manual mengikut model. Anda boleh sewa kereta secara pandu sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan drebar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan mereka, boleh whatsapp terus di pautan di bawah.

Alamat: Lot 1760, Jalan Seri Emas 40, Taman Seri Telok Emas, 75460 Telok Mas, Melaka

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-6305282

Whatsapp RS Global

 

9.  HT Transport And Travel

HT Transport And Travel

HT Transport and Travel menawarkan harga sewa kereta bajet yang sesuai mengikut kemampuan anda. Fokus dan keutamaan mereka adalah sewaan kereta bajet bagi membantu anda yang memerlukan. Kereta yang disediakan oleh mereka adalah kereta baharu dan pasti selesa untuk digunakan. Keadaan kereta juga akan dipastikan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum diserahkan kepada pelanggan. Servis penghantaran kereta sewa juga ada disediakan bagi memudahkan lagi urusan pelanggan. Yang penting mereka tepati masa orangnya. Kebanyakan testimoni mereka berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan. Sekiranya anda berminat unutk menggunakan perkhidmatan HT Transport and Travel, boleh whatsapp nombor yang tertera untuk pertanyaan lanjut.

Alamat: DT 4297, Jalan Murai Jaya 2, Taman Murai Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 8.00am – 12.00am, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-2711767

Whatsapp HT Transport And Travel

 

10.  Car Rental MPV Melaka (TMQ Car Rental)

TMQ Car Rental

TMQ Car Rental merupakan ahli Koperasi Pengusaha Kereta Sewa Malaysia Berhad. Model kereta sewa yang boleh didapati di TMQ Car Rental adalah seperti Axia, Myvi, Alza Vellfire dan lain-lain. Sekiranya sewa lebih dari sehari, anda boleh dapatkan kadar harga yang lebih murah. Senang kata, sewa lebih lama adalah lebih jimat. Bagi yang ingin bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan di Melaka, anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari mereka. Anda juga boleh sewa kereta untuk sebulan. Jangan risau soal keselamatan kerana TMQ Car Rental adalah syarikat yang boleh dipercayai dan mementingkan keselamatan pengguna.

Tempahan kereta sewa boleh dilakukan melalui laman web mereka seperti pautan di bawah. Anda disarankan untuk buat tempahan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum hari pengambilan kereta.

Alamat: H-2-1 Pangsapuri, Jalan P6, Taman Pelangi, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-3335565

Whatsapp TMQ Car Rental


 

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam...

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul...

Muzium Sejarah & Etnografi Melaka – Satu Tiket untuk 5 Muzium

Kalau anda mulakan perjalanan percutian anda di Bandar Hilir Melaka di sekitar dataran Stadthuys yang menempatkan mercu tanda I Love Melaka serta berdekatan dengan...

Top 10 Tempat Penginapan Tepi Pantai Best di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah semestinya tempat percutian kegemaran rakyat Malaysia jika bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Disebabkan lokasinya yang terletak hanya beberapa jam sahaja dari...

Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing....

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
zul kereta sewa
2 years ago

TERBAIK! terima kasih krn mempromosikan zul kereta sewa…

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x