Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Lokasi Yang BEST untuk Berbasikal di Malaysia Timur

Berbasikal bukan sahaja menjadi sukan yang digemari rakyat Malaysia khusunya generasi muda malahan ia telah mempengaruhi trend masa kini. Perkataan Jamboree, Fun Ride, Charity Ride, Le Tour De Langkawi dan sebagainya yang asing 10 tahun dahulu tidak lagi sekarang. Kerana aktiviti berbasikal ini boleh dilakukan secara solo, berkumpulan, berdua, dan juga bersama keluarga. Yang mana kaedah tersebut sangat efisien bagi sesiapa yang tidak mampu meluangkan banyak masa untuk beriadah.


1. Nuluh Lapai Lapasan Telipok, Sabah

Nulu lapai

Nuluh Lapai Lapasan Telipok berada di Kampung Lapasan Telipok. Di sini terdapat sebuah bukit yang menjadi tarikan pengemar aktiviti lasak seperti hiking iaitu Bukit Nuluh Lapai. Berdekatan dengannya juga terletak satu lagi bukit di sebelah iaitu Bukit Tiring. Oleh kerana kedua-duanya hanya bersebelahan sahaja, jadi pendaki Nuluh Lapai selalunya akan terserempak dengan pendaki-pendaki lain di Bukit Tiring.

Titik permulaan pendaki ke puncak Bukit Nuluh Lapai berlokasi betul-betul di hadapan jalan masuk ke Gayang Seafood Restaurant yang terkenal dengan hindangan makanan lautnya. Penat dan mencabar itulah yang sering kali menjadi ulasan pendaki apabila cuba menawan puncaknya. Tetapi tatkala sampai sahaja ke puncak tertinggi, mereka pasti akan terpegun dengan pemandangan matahari terbenam yang amat cantik. 

Alamat: Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 jam terbuka

Lokasi | Facebook | Ulasan Google 


2. Marina Bay Park, Sarawak

marina bay

Siapa yang pernah singgah ke Puteri Harbour di Johor Bahru, pastinya akan singgah ke Marina Bay Park di Sarawak juga. Kawasan di sekitar lokasi ini kaya dengan ekosistem flora di sepanjang tepian jalan dan laluan papan kayu yang menghubungkan trek pejalan kaki dan berbasikal.

Sambil beriadah, sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan air laut yang biru. Pengalaman ini sudah tentunya memberikan anda kepuasan yang selayaknya.

Alamat: Marina Bay, 98000 Miri

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 24 jam terbuka

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google | Phone: +6085-423 099 


3. Luak Bay Esplande, Sarawak

Luak Bay Esplande

Semua yang pernah berkunjung ke bandar Sarawak pasti menjejakkan kaki ke Luak Bay Esplande. Lokasi ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandar Miri dan ia merupakan kawasan pantai luas yang menghadap ke Laut China Selatan. Ramai pengunjung membanjiri Esplanade ini untuk menikmati pemandangan menarik di tepi laut, berkelah bersama ahli keluarga, bersantai bersama rakan-rakan terutama diwaktu petang hingga ke malam.

Boleh dikatakan Luak Esplanade menyajikan aktiviti dan tempat basikal terbaik yang lengkap lebih-lebih lagi jika anda mahu meluangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti sukan atau riadah. Di sebelah pagi, ramai yang akan ke sini untuk berbasikal, berjoging, dan bersiar-siar. Banyak gerai makanan dibuka ditepi pantai yang menjual pelbagai jenis makanan tempatan yang enak dan lazat. Di sebelah malam pula, kawasan ini meriah dengn pertunjukan audio kereta dan berbagai lagi aktiviti hujung minggu yang lain. 

Alamat: Luak Esplanade, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 24 jam terbuka

Lokasi | Ulasan Google 


4. Taman Negara Kinabalu, Sabah

taman negara

Salah satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO yang ada di Sabah dan yang pertama di Malaysia tersenarai dalam lokasi menarik untuk berbasikal di Borneo. Kawasan hutan hujan tropika berkeluasan 754 kilometer persegi dikenali sebagai hab tumbuhan yang paling besar dan terpenting di Asia Tenggara. Kerana kawasan ini sangat luas, enam zon telah terlibat antaranya seperti  Hutan Gunung Rendah, Upper Mountain Forest, Hutan Batu Ultrabasic, Hutan Boulder Granit Rendah, Hutan Boulder Atas Granit, Sidang Kemuncak atau Subalpine. 

Antara aktiviti menarik yang pengunjung boleh lakukan adalah menyelam ke mata air Poring, melawat Farm Butterfly, menerokai Memorial dan Taman Perang Kundasang, menikmati trail treking terbaik, melawat Air Terjun Kepungit, dan melihat bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Alamat:Taman Kinabalu, 88100 Ranau, Sabah, Malaysia

Bayaran Masuk: RM 3 (dewasa), RM 1 (kanak-kanak)

Waktu Operasi: 9 pagi – 4 petang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: +60 88-211 881


5. Hounon Ridge Farmstay and Camping, Sabah

framstay sabah

Kesemua “Hidden Gem” di Sabah mempunyai pemandangan yang sangat memukau kerana geografinya sendiri yang bertanah tinggi dan bergunung-ganang. Namun, destinasi kali ini berlainan pula dengan membawa fake view seperti di New Zealand, malah anda yang datang ke sini pasti berasa benar-benar berada di negara burung kiwi ditemukan.

Hounan Ridge Farmstay and Camping terletak di Bundu Tuhan, dan berkedudukan kira-kira 21 kilometer dari Kinabalu Park yang popular dengan alam semula jadinya. Bagi anda yang gemar dengan suasana pedalaman dan bebas dari teknologi, anda pasti sesuai berada di sini. Sesekali pastinya, mata anda jemu menghadap layar skrin pada telifon sahaja. Apa kata anda lihat dan hayati pula suasana alam yang luar biasa indahnya ini. Bukan hanya berbasikal sahaja, malah di sini ramai juga yang mengadakan akviti seperti camping, BBQ, dan tidur berbumbungkan bintang di langit. Memang awesome.

Alamat: Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia

Bayaran Masuk: RM 35 – RM 260 (bergantung pakej)

Waktu Operasi: 8 pagi – 8 malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: +60 13-850 6463

Whatsapp Hounon Ridge Farmstay and Camping


6. Pekan Ranau, Sabah

pekan ranau

Apa sahaja yang terlintas di fikiran anda pastinya boleh didapatkan di Pekan Ranau. Di sini tidak hanya membawa tarikan versi tempatan sahaja malah di peringkat dunia juga kerana pada musim pelancong asing berkunjung ke Sabah, pekan ini akan menjadi titik temu mereka berkumpul dan membeli buah tangan untuk di bawa pulang.

Selain fungsinya yang menjual pelbagai jenis barang, lokasinya juga sangat strategik. Di mana di pekan inilah, terletaknya Desa Cattle yang dikatakan hampir mirip dengan New Zealand dan membawa julukan New Zealand Malaysia. Di sekelilingnya pula menghimpunkan lokasi pelancongan yang popular di Sabah antaranya seperti Gunung Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Sungai Moroli, dan banyak lagi.

Alamat: Pekan Ranau, Ranau, Sabah

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 10 pagi-6 petang (Isnin-Jumaat), 9.30 pagi-6.30 petang (hari cuti)

Lokasi


7. Kota Kinabalu Waterfront, Sabah

waterfront

Berjalan-jalan sambil makan seafood. Fuh, terasa seperti di syurga lebih-lebih lagi Sabah memang terkenal dengan hidangan seafoodnya yang segar, lazat, dan menyelerakan. Mana tidaknya, segalanya dihidangkan dengan segar! Dari ikan? Ketam? Udang? Dan macam-macam lagi makanan laut segar yang lain, segalanya ditawarkan di sini.

Destinasi yang dimaksud ini adalah Kota Kinabalu Waterfront. Laluan papan sepanjang 1.4 kilometer yang disediakan sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu berjalan kaki menikmati matahari terbenam di waktu senja atau pun beriadah seperti melakukan aktviti berbasikal, berjoging, dan fotografi. Sudah tentu ini lokasi tempat basikal terbaik untuk semua pengunjung.

Alamat: Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 24 jam terbuka

Lokasi | Laman Web| Ulasan Google | Phone: +60 88 212121


8. Perdana Park, Sabah

perdana park

Sebut sahaja tentang Perdana Park pasti fikiran anda sudah terbayang-bayang dengan keindahan air pancut berima yang ada di sana. Destinasi ini tersenarai dalam kategori taman rekreasi yang amat sesuai untuk seisi keluarga kerana ia dilengkapi dengan peralatan bersenam, laluan refleksologi dan trek joging.

Tarikan utama Perdana Park sudah tentunya pada petunjuk air pancut yang ada. Biasanya, petunjukan akan bermula seawal 7 malam dan berlangsung sekitar 10 hingga 20 minit diiringi lagu tem­patan kegemaran ramai seperti “Sayang Kinabalu” serta muzik klasik Mozart. 

Alamat: Jalan Melati, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 5 pagi – 9 malam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google 


9. Kundasang Mount Valley Recreation, Sabah

kundasang valley

Terkenal dengan gelaran Alam Ajaib Sabah, Kundasang Mount Valley Recreation terus memikat hati para pengunjung dengan 10 bahagian tarikan. Antaranya seperti Winter Section, Spring Section, Magic Mirror, Sabah Kampung House, Sabah Custom, Item Collector, 3D Picture, Recycle Item, Galery, dan Alat Music Sabah. 

Kalau anda berniat untuk mencuba flying fox yang berkepanjangan 125 meter ini, jangan lupa untuk membawa kamera GoPro anda kerana cantiknya tidak terkata hanya dengan foto dan video boleh memberikan anda memori yang indah. Tak cukup sehari di sini? Jangan risau, anda boleh menginap di chalet terbaik di kawasan perbukitan dengan pemandangan yang memukau.

Alamat: Bt 37, Jln Kelangaan, Kg Kinsaraban,88300 Kundasang Ranau Sabah

Bayaran Masuk: RM 25 (dewasa), RM 15 (kanak-kanak)

Waktu Operasi: 8.30 pagi – 6 petang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 088-888 778


10. Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah

jambatan tamparuli

Penduduk tempatan asal Tamparuli pasti tahu lagenda jambatan gantung ini. Menurut lagenda, disebalik pembinaan jambatan ini ia sebenarnya menyimpan kisah yang amat tragis dan menyayat hati cinta tiga segi antara Sumandak Dusun, pegawai British, dan pemuda tempatan sekitar tahun 1950an. Fakta menarik untuk anda, Jambatan Gantung Tamparuli berbeza dengan Jambatan Tampuruli. Jambatan Tamparuli sebenarnya merupakan sebuah jambatan konkrit yang berada di bawah Jambatan Gantung Tamparuli. Kedua-dua jambatan ini adalah berbeza.

Selain menjadi lokasi pelancong dan riadah, jambatan ini juga digunakan untuk penduduk setempat menyeberangi Sungai Tamparuli. Anda perlu mendaki sedikit untuk sampai pada permulaan laluan. Dengan panjang sekitar 200 meter, ia mampu untuk memberi laluan kepada pacuan 4 roda yang lain. 

Alamat: Jalan Bontoi, Tamparuli, 89250 Tamparuli, Sabah

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 7 pagi – 5 petang

Lokasi | Ulasan Google 


11. Kota Kinabalu Wetland Centre, Sabah

wetland centre

Kota Kinabalu Wetland Centre adalah kawasan wisata bakau yang sangat menarik dan sering menjadi lokasi panas di Kota Kinabalu sama ada dari pengunjung tempatan atau asing. Kawasan hutan seluas 24 hektar dan terkenal dengan laluan papan kayu 1.5 kilometer ini menyimpan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.

Pengunjung memerlukan waktu hanya 45 minit untuk menghabiskan trek laluan yang disediakan sambil menikmati udara segar, memerhatikan burung, tumbuhan dan haiwan liar yang lain.

Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: RM 5 (tempatan), RM 15 (asing)

Waktu Operasi: 8 pagi – 6 petang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 088-246 955


12. Pantai Sawangan, Sabah

pantai sawangan

Pantai Sawangan terletak di Kuala Penyu, kira-kira 7 kilometer dari Pekan Kuala Penyu dan berhadapan dengan Pulau Tiga. Air laut di persisiran pantai ini boleh dikatakan clean and clear kerana anda boleh melihat sendiri apa sahaja jenis hidupan akuatik yang sedang berenang di bawah. 

Mungkin pulau ini tidaklah terlalu terkenal seperti pulau-pulau lain di Sabah seperti Pulau Mabul dan Pulau Mataking. Tetapi setiap destinasi pasti ada daya tarikannya yang tersendiri sehingga membuat pengunjung yang datang ke sini akan datang lagi dan lagi tanpa jemu. Kerana pantai ini bukan sahaja mementingkan kemudahan bagi mereka yang ingin bermandi-manda ke pantai, laluan dan kawasan sekitarnya juga sangat mesra kepada pengguna yang mahu berbasikal atau beriadah di tepi pantai. 

Alamat: No. 10, Sawangan Beach Road, 89747, Kuala Penyu, Sabah, Malaysia, 89747 Kuala Penyu

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 24 jam terbuka

Lokasi | Facebook | Ulasan Google 


13. Camp Kuala Penyu Resort, Sabah

camp kuala penyu

Sesiapa pun yang mahu bercuti di luar negeri sudah tentu mahukan tempat penginapan yang terbaik. Kali ini destinasi yang patut anda kunjungi sedikit istimewa kerana anda bukan sahaja boleh berbasikal malah menginap dan melakukan sukan-sukan lasak yang lain antaranya menaiki banana boat, berkayak, bermain volleyball, dan bersiar-siar di tepi pantai dengan menggunaan ATV. Lokasinya masih berada di Kuala Penyu, Sabah yang majoriti didiami oleh masyarakat Dusun Tatana. 

Dalam melancong anda perlu bijak dalam menentukan pilihan. Sewajarnya, anda memilih lokasi penginapan yang boleh memberikan anda kepuasan bukan sahaja dari segi servis dan makanan malah juga aktviti-aktiviti yang disediakan khususnya di Sabah yang terdapat kepelbagaian bangsa dan budaya.

Alamat: Jalan Lapangan Terbang Kuala Penyu, 89740 Kuala Penyu, Labuan

Bayaran Masuk: untuk penginapan bermula dari RM 90

Waktu Operasi: 2 petang – 12 tengah malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 019-822 9987

Whatsapp Camp Kuala Penyu Resort


14. Taman Awam Teluk Likas, Sabah

teluk likas

Taman Teluk Likas adalah lokasi tumpuan pengunjung di waktu pagi dan petang untuk beriadah. Ia terletak di Jalan Tuan Stephens atau juga dikenali sebagai Coastal Highway. Pengunjung yang datang dari pelosok negeri berpeluang untuk bermandi-manda, memukat ikan, dan berkelah sambil menghirup udara segar. 

Kerana taman basikal ini di tepi laut, anda boleh melihat pemandangan persisiran Bandar Kota Kinabalu, Bangunan Yayasan Sabah, dan kapal-kapal besar yang berlayar di tengah laut dari jauh. Boleh dikatakan ini adalah klon Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan warga kota metropolitan tersebut. Ini kerana tumpuan orang ramai yang hadir di Taman Teluk Likas juga biasanya dari warga Bandar Kota Kinabalu berikutan jaraknya hanya 5 minit sahaja jika memandu. 

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi:  24 jam terbuka

Lokasi | Ulasan Google


15. Taman Awam Miri, Sarawak

taman awam miri

Taman Awam Miri lebih besar berbanding taman awam biasa dan lebih meriah dengan tarikannya yang tersendiri. Jika anda belum pernah merasai pengalaman meniti titian gantung atau canopy walkaway yang tinggi, cuba anda lakukannya di Taman Awam Miri. Walaupun ketinggiannya tidaklah setinggi taman negara tetapi bagi yang baru mahu mencuba pasti anda akan gayat juga. 

Lokasi ini sangat strategik untuk beriadah bersama keluarga kerana bukan sahaja infrastrukturnya terjaga dengan baik malah landskap taman basikal ini juga sangat cantik serta terdapat pokok-pokok besar yang rendang membuatkan suasana sekeliling tidak panas sebaliknya redup pada tengahari. Tarikan lain yang ada di sini selain titian kanopi adalah seperti taman botani, menara tinjau, dan kolam renang awam. 

Alamat: Bintulu – Miri Rd, Taman Awam Miri, 98000 Miri, Sarawak

Bayaran Masuk: percuma

Waktu Operasi: 24 jam terbuka

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google


Sesibuk mana pun anda, anda perlu rehat. Berbasikal adalah salah satu terapi untuk anda rehatkan diri dari kesibukan yang berpanjangan lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai kerjaya yang keluarga.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Memerhati Burung di Semenanjung Malaysia yg Best

Produk ekopelancongan dan biodiversiti memberi manfaat yang sangat ketara dalam menjana peningkatan ekonomi dari sudut pelancongan sebagai contoh bird watching di Malaysia. Melancong bukan...

8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari...

15 Pulau di Semenanjung Malaysia yang Best untuk Snorkeling

Malaysia sangat bertuah kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi laut. Pulau-pulau di negara ini masih terjaga dan terpelihara. Kebanyakan pulau-pulau yang ada menjadi habitat bagi...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...

10 Tempat Bermain Paintball Yang Best Di Selangor

Adakah anda mahu mencuba perkara yang baru? Jika jawapan anda ya, inilah aktiviti yang sesuai untuk anda. Aktiviti paintball sudah lama berada di Malaysia...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x