Muzium Senibina Malaysia Melaka – Keindahan Bangunan Ikonik Malaysia bawah Satu Bumbung

Bandar Hilir Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah menarik untuk dilawati. Sekiranya anda berjalan kaki menerusi Jalan Kota dari Stadthuys Red Square menuju ke Kota A Famosa, di sepanjang jalannya ada beberapa muzium yang boleh anda singgah bersama anak-anak. Salah satunya ialah Muzium Senibina Malaysia Melaka yang bertempat di sebuah bangunan 2 tingkat berwarna merah yang dahulunya merupakan salah satu bangunan pentadbiran pihak Belanda pada pertengahan abad ke 18.

Berjalan pada waktu tengahari sekitar Bandar Hilir Melaka boleh berpeluh juga jawabnya. Jadi kalau nak berteduh & rehat sekejap di kawasan yang sejuk, apa kata ke muzium ini yang menempatkan pelbagai replika model bangunan ikonik popular di Malaysia. Jom Baca: Senarai Tempat Sejarah di Melaka


Harga tiket Muzium Senibina Malaysia, waktu operasi & lokasi

muzium senibina melaka

  • Harga Tiket: Percuma untuk semua lapisan masyarakat termasuk pelancong asing. Hanya perlu daftar nama di kaunter masuk.
  • Waktu Operasi: 9.00 am – 5.30 pm setiap hari
  • Lokasi: Muzium Senibina Malaysia Melaka terletak di Jalan Kota di antara dataran Studthuys ke Kota A’ Famosa.
  • Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • Peta: Google Map
  • Waktu lawatan: 7-10 minit

Muzium yang percuma tetapi tetap menarik

muzium percuma senibina malaysia

Kalau dah alang-alang ke Bandar Hilir Melaka, rugi sangat kalau tak masuk ke muzium ini. Bukan kena bayar pun & siap ada aircond lagi. Walaupun harga tiket masuk adalah percuma namun tidak bermakna kondisi dalamannya tidak terjaga. Malah kesemua pameran yang ada di sini lengkap dengan informasi secara detail seperti berkunjung ke muzium yang berbayar. Dari luar bangunan nampak seperti semuanya konkrit tetapi sebaik berada di dalam, berasa seperti berjalan di rumah kayu orang kampung terutamanya di tingkat dua.


Destinasi ideal lawatan sambil belajar

tempat sejarah menarik di melaka

Muzium ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar terutamanya mereka yang minat dalam bidang kejuruteraan awam dan bercita-cita nak jadi arkitek. Di aras satu Muzium Senibina Malaysia ini menempatkan 3 bahagian galeri utama yang umumnya berkenaan dengan sejarah & perkembangan senibina di Malaysia.

Dan yang ramai orang tak tahu, rupa-rupanya ada banyak senibina-senibina di negara kita yang mempunyai kepercayaan masing-masing yang merangkumi budaya kaum-kaum utama di Malaysia. Ada yang berunsurkan mitos, agama & ada juga yang berunsurkan elemen alam semulajadi.


Senibina bangunan ikonik di Malaysia

tempat menarik percuma melaka

Tarikan di aras atas lebih menarik terutamanya di ruangan galeri yang memaparkan pelbagai replika bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti Menara Condong Teluk Intan, Masjid Kapitan Keling, Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu, Gereja St. Andrews dan sebagainya. Di setiap replika juga memaparkan informasi panjang lebar tentang sejarah & senibina asalnya.


Rahsia ketahanan kubu Portugis

tempat sejarah melaka yang percuma

Kebanyakan tempat-tempat menarik di Melaka yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia merupakan tapak & kubu peninggalan tentera Portugis yang dibina setelah menawan Melaka pada tahun 1511. Sehingga kini, kubu seperti Kota A Famosa & Gereja St Paul masih kukuh berdiri yang mencecah lebih 500 tahun usianya. Bahan binaan yang digunakan oleh tentera Portugis merupakan batu laterit atau batu lada yang dipercayai dipotong & dipahat di Pulau Upeh. Kenyataan ini selari kerana sehingga kini masih terdapat kesan-kesan potongan batu lada di Pulau Upeh.

Yang menghairankan, bagaimanakah pada tahun 1500 mereka boleh memotong batu-batu besar ini dengan jumlah yang begitu banyak sekali dan dibawa ke kawasan muara sungai Melaka. Dan bagaimana mereka boleh tahu batu-batu jenis ini tahan lasak sedangkan banyak batu lain yang ada di Melaka. Adakah mereka sudah ada makmal & cara-cara membuat analisa ketahanan batu pada zaman itu?


Keunikan motif yang halus seninya

bercuti ke muzium melaka bajet

Di aras dua juga terdapat ruangan galeri yang menunjukkan peralatan-peralatan pertukangan lama yang sering digunakan pada masa dahulu untuk menghasilkan ukiran kayu dengan seni atau motif yang begitu halus sekali. Di sini pengunjung juga boleh melihat banyak motif-motif dan bongkah ukiran kayu yang sangat unik serta menggunakan cara tradisional untuk penghasilannya.

Tidak hairanlah ramai yang sanggup menghabiskan wang dengan jumlah yang tinggi semata-mata nak dapatkan koleksi pintu atau ukiran kayu yang cantik dengan cara tradisional yang menggunakan tangan. Bayangkan kalau di pantai timur penghasilan songket guna tangan boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit berbanding songket yang dihasilkan menggunakan mesin.


Keseluruhannya, Muzium Senibina Malaysia di Melaka ini memang best kalau anda pandai menghayati seni & ingin lebih mengetahui dengan lanjut tentang sejarah senibina di negara Malaysia. Sekian & wassalam.

4.4/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan...

Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka

Bercuti ke kebanyakan tempat menarik di Melaka seolah-olah kembali pada zaman kegemilangan Negeri Melaka yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan bersejarah yang diiktiraf dunia....

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul...

Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan...

10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet

Melaka merupakan bandar yang bersejarah dan mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong. Oleh itu, terdapat banyak hotel dan rumah penginapan yang murah dan selesa di...

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
7 years ago

Visitor Rating: 4 Stars

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x