Pulau Rawa Johor: Permata Tropika Eksklusif yang Ramai Belum Tahu

Pulau Rawa Johor merupakan antara destinasi pulau tropika paling cantik di selatan Malaysia. Namun sayangnya, masih terlalu ramai di kalangan kita yang masih belum mengenali pulau ini secara meluas.

Terletak di perairan Johor dalam kawasan Taman Marin Sultan Iskandar, pulau kecil ini cukup terkenal dengan pasir putihnya yang halus, ditemani laut jernih kebiruan dalam keadaan suasana eksklusif yang sangat tenang.

pulau rawa
Kredit gambar: Instagram @jalanjalanmakananginofficials

Walaupun keindahan pulau cantik ini sering dibandingkan dengan pulau antarabangsa seperti Maldives, namun ia tetap kekal lebih privasi dan terjaga dengan cukup rapi.

Artikel kali ini kami akan memperkenalkan kepada anda semua mengenai pulau ini sebagai destinasi percutian eksklusif di Johor, merangkumi lokasi, asal usul nama, status pemilikan, penginapan, aktiviti serta keindahan alam semula jadi yang menjadikannya digelar Maldives Malaysia. Jom terokai!

Lokasi Pulau Rawa Johor & Cara Anda Ke Sana

Pulau tercantik di Johor ini terletak di perairan Johor dan termasuk dalam kawasan perlindungan Taman Marin Sultan Iskandar. Jika ingin ke sini, anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Mersing yang mengambil masa perjalanan dalam sekitar 20 hingga 45 minit bergantung kepada keadaan laut.

Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, perjalanan darat ke Mersing pula mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit iaitu sekitar 352 km. Kami cadangkan supaya anda membuat tempahan awal kerana kemasukan ke pulau ini hanya melalui resort. Tiada konsep walk-in atau masuk melalui feri awam.

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @deven_nathan

Waktu terbaik untuk anda datang bercuti pula ialah antara bulan Mac hingga Oktober. Waktu ini cuaca lebih stabil dan laut juga lebih tenang. Sangat sesuai untuk anda melakukan pelbagai aktiviti air.


Asal Usul Nama Pulau Rawa Johor & Keunikannya

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Anda pastinya tertanya-tanya kan kenapa pulau ini dinamakan “Rawa”? Nama “Rawa” ini sebenarnya dipercayai berasal daripada sejenis burung, yang sering kali dikaitkan dengan burung merpati putih atau nama saintifiknya imperial pigeon (Ducula bicolor). Jangan pelik kerana di Johor, kebanyakan nama pulau berdasarkan haiwan kerana dikatakan ia merupakan tradisi yang biasa dalam sejarah tempatan di negeri ini.

Pulau ini juga sangat unik kerana kawasan orientasinya meliputi dari utara ke selatan Johor. Dasarnya ini dapat membantu melindungi pantai daripada laut terbuka.

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Kawasan di sekitar Pulau Rawa pula dikelilingi terumbu karang cetek yang hampir menyeluruh. Oleh sebab itu, ia destinasi yang sangat sesuai jika anda ingin melakukan aktiviti air seperti snorkeling.

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Walaupun dianggap antara pulau tercantik di Malaysia, ramai rakyat tempatan yang belum pernah dengan nama Pantai ini dan langsung tidak menyedari akan kewujudannya. Mungkin disebabkan aksesnya terhad dan lokasi yang cukup eksklusif.


Status Pulau Rawa Johor Sebagai Pulau Persendirian

Bagi memastikan kelestarian alam sekitar, keselamatan serta privasi pengunjung, pulau cantik ini dipegang milik oleh kerabat Kesultanan Johor dan ia dikawal sangat rapi. Oleh sebab itu, di pulau ini tiada feri awam atau bot nelayan yang dibenarkan membawa pelawat secara bebas.

Anda hanya dibenarkan ke sini sekiranya sudah membuat tempahan penginapan. Peraturan yang dibuat ini menjadikan suasana di Pulau Rawa lebih tenang, bersih dan tidak sesak seperti pulau pelancongan popular lain.


Pilihan Resort di Pulau Rawa Johor

Terdapat dua resort utama di sini yang masing-masing menawarkan pengalaman berbeza iaitu:

Rawa Island Resort yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

 

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @placesmalaysia
pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @placesmalaysia

Resort ini terkenal dengan suasana damai dan mesra keluarga.

Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Antara tarikan utamanya ialah gelongsor air ikonik yang terus menuju ke laut. Rawa Island Resort turut menyediakan pelbagai lagi kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton dan bola keranjang, permainan snooker, pingpong, spa serta lain-lain.

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @placesmalaysia

Pakej penginapan di sini biasanya termasuk tiga kali makan sehari, sesuai untuk anda yang mahukan percutian santai tanpa perlu risau tentang soal makanan.

Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Website 

Alang’s Rawa Lebih Santai & Lebih Bajet

alangsrawa
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Pilihan resort ini lebih ringkas dan sesuai untuk backpacker atau anda yang sukakan suasana santai. Harganya juga lebih mesra bajet.

alangsrawa
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
alangsrawa
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Suasana di sini pula biasanya lebih meriah terutama jika anda bercuti pada hujung minggu. Bukan itu sahaja, di resort ini juga anda boleh menikmati pengalaman BBQ dinner di tepi pantai.

Website


Keindahan Alam & Pengalaman Percutian Pulau Rawa Johor

Jika ke sini, anda boleh merasai dan bermain dengan pantainya yang berpasir putih lembut sambil menikmati kedinginan air lautnya yang sangat jernih hingga nampak kebiruan dari jauh. Keindahan semula jadi Pulau Rawa Johor masih kekal terpelihara kerana di sini pembangunan masih lagi dalam kawalan.

rawa island
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Jadi, tidak hairanlah ramai yang menggelar pulau popular di Johor ini sebagai Maldives Malaysia kerana landskap tropika yang hampir sempurna serta suasana pulau yang cukup-cukup eksklusif.

Aktiviti Menarik di Pulau Rawa Johor

pulau rawa johor
Kredit gambar: Instagram @pridestour
pulau rawa di johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Antara aktiviti popular yang boleh anda lakukan di salah satu pulau tercantik di Malaysia ini adalah seperti:

  • Snorkeling di kawasan terumbu karang cetek yang sesuai untuk pemula dan kanak-kanak.
  • Berkayak mengelilingi pulau.
  • Jungle trekking ringan menikmati pemandangan hutan tropika.
  • Bermain beach volleyball di pantai.
  • Meluncur di gelongsor air terus ke laut.
pulau rawa di johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Melalui gabungan aktiviti santai dan alam semula jadi yang boleh lakukan di atas menjadikan pulau ini sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga, pasangan mahupun seorang diri.


Destinasi Percutian Tenang Untuk Keluarga & Pasangan

pulau rawa di johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Jika anda mencari pulau cantik di Malaysia yang menawarkan kombinasi sempurna antara keindahan alam, privasi dan pengalaman percutian tropika eksklusif, jom datang ke Pulau Rawa Johor.

Hanya mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan bot dari Mersing, semua yang anda impikan ketika percutian boleh dinikmati di sini.

Walaupun pulau ini kurang dipromosikan, ia sebenarnya antara pulau yang tercantik di Johor dan sangat wajar dianggap permata tersembunyi Malaysia.

pulau rawa di johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort
pulau rawa di johor
Kredit gambar: Instagram @rawaislandresort

Kemudahan penginapan yang cukup terhad menjadikan suasana di pulau menarik ini lebih tenang dan privasi. Jadi, jika anda mengimpikan percutian ala Maldives tanpa perlu ke luar negara, kami sangat sarankan anda ke sini kerana ia sememangnya pilihan yang cukup ideal.

Jangan lupa, sekiranya anda ingin ke sini, tolong rancang perjalanan lebih awal, buat tempahan, dan nikmati sendiri keindahan tropika yang masih terpelihara ini. Selamat bercuti!

Baca juga: 56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

10 Kedai Jual Kerusi Gaming Malaysia Murah & Best di Lembah Klang

Ramai akan bertanya, kenapa kerusi gaming (gaming chair) diperlukan padahal kerusi biasa juga boleh digunakan dengan harga yang jauh lebih murah? Adakah kerusi gaming...

10 Syarikat Penghantaran Barang yang Anda Perlu Tahu!

Pernahkah anda mengalami kesukaran apabila mahu memilih syarikat penghantaran barang untuk menyampaikan barang anda? Para penjual barangan online ataupun pelanggan yang ingin mengirim barang...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

10+ Tips Penting Perlu Anda Tahu Jika Merancang Bercuti Di Krabi

Krabi, adalah salah satu destinasi yang menarik dan eksotik yang menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan dengan pantainya yang berpasir putih dan pemandangan yang...

8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik (Paling BEST)

Siapa yang tidak sukakan keindahan alam semula jadi? Rata-rata semua orang menyukainya terutamanya kepada pencinta alam. Salah satu tujuan anda melancong adalah untuk merehatkan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x