Tempat-tempat Menarik di Taiping Perak

senarai tempat menarik bandar taiping

Table of Contents

Beruntung mereka yang berada di Taiping, Perak kerana banyak tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan tempat pelancongan di negeri Perak khususnya dan untuk entri ini saya akan fokuskan tempat-tempat menarik di Taiping pula.

Jom kita lihat 7 destinasi menarik untuk dilawati bersama keluarga di Taiping, Perak.

Jom Baca: Tempat Makan Best di Ipoh Pilihan JJCM TV3


Taman Tasik Taiping (Lake Garden)

taman tasik taiping perakLake Garden atau Taman Tasik Taiping ini merupakan sebuah taman tasik semulajadi dan dahulunya tasik ini merupakan tapak pelombongan biji timah.

Namun sekarang biji timah tiada lagi dan ditukarganti menjadi sebuah taman yang sangat cantik untuk berekreasi bersama keluarga.

Bagi mereka yang nak relaks-relaks dan berjogging, sangat disarankan untuk ke Lake Garden. Memang menyegarkan bersenam sambil menghirup oksigen yang segar dari pokok-pokok besar di sekeliling.

Selain berjogging, anda juga boleh bermain paddle bot ataupun membawa anak-anak kecil bermain di playground yang tersedia.


Zoo Taiping

zoo taiping di perakBoleh dikatakan tempat menarik di Taiping yang paling popular malah juga sangat terkenal di negeri Perak sendiri.

Di sini anda boleh melawat ke zoo pada waktu siang atau pun malam ( Night Safari). Seperti di zoo-zoo lain juga, binatang di sini memang tidak kurang banyaknya dan dikatakan mempunyai lebih 1300 ekor binatang dari 180 spesis !! Banyak tu !

Antara binatang-binatang yang pasti membuatkan anak-anak kita teruja ialah harimau belang, singa, zirafah, orang utan, badak dan maca-macam lagi binatang dari dalam dan luar negara.

Zoo Taiping dibuka setiap hari dari 8.30 am sehinggalah 6.00 pm.


Night Safari di Zoo Taiping

tempat menarik di taiping waktu malamBagi anda yang mencari tempat menarik di Taiping pada waktu malam, jangan lupa untuk masukkan aktiviti Night Safari di Zoo Taiping di dalam perancangan anda.

Konsep Night Safari ini memang sangat menarik kerana di sini anda berpeluang melihat binatang-binatang liar dan buat pada waktu malam. Maklumlah, ada sesetengah binatang di siang hari mereka tidur, di malam hari baru berjaga dan aktif.

Waktu beroperasi Night Safari di Zoo Taiping ialah

  • 8 malam – 11 malam untuk setiap Ahad sehingga Jumaat.
  • 8 malam – 12 malam untuk setiap Sabtu sahaja.

Tiket yang ditawarkan pula boleh kata agak berpatutan iaitu RM 10 untuk kanak-kanak dan RM 20 untuk dewasa. Bagi mereka yang belum pernah mempunyai pengalaman melihat binatang buas di waktu malam, sangat disarankan untuk mencuba.


Bukit Larut ( Maxwell Hill)

tarikan pelancongan di taiping perakKalau dah berada di Taiping ni, tak perlu susah-susah nak ke Cameron Highland atau Bukit Fraser kalau anda nak destinasi percutian di kawasan yang sejuk ! Kat Taiping pun ada.

Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang nakkan ketenangan ataupun mungkin sebagai tempat berbulan madu. Maklumlah sejuk :)

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nama Inggeris Bukit Larut ini ialah Maxwell Hill? kenapa tidak diletak Moist Hill ke atau Wet Hill ? hehe. Jawapannya kerana Bukit Larut ini pernah menjadi tempat tinggal orang British sekitar tahun 1880 dan nama Maxwell diambil sempena nama George Maxwell.

Antara aktiviti menarik di Bukit Larut yang boleh anda cuba ialah:

  • Melihat pemandangan cantik dari puncak terutamanya di waktu senja
  • melihat bunga-bunga liar
  • melihat unggas-unggas yang pelbagai jenis
  • jungle trekking

Muzium Perak

muzium perak taiping bestBagi yang bercuti di sini bersama anak-anak, sangat sesuai kalau singgah sebentar di Muzium Perak ni. Selain melihat artifak-artifak sejarah anak-anak juga boleh belajar dan memantapkan lagi tahap ilmu sejarah.

Seperti di kebanyakan muzium-muzium lain di seluruh Malaysia, Muzium Perak ini juga menawarkan pelbagai artifak-artifak yang mempunyai seribu cerita berkenaan dengan sejarah negeri Perak.

Untuk maklumat lanjut apa yang ada di sini anda boleh jengah ke sini.


Bandar Taiping

bandar taiping menarikBandar atau Pekan Taiping mempunyai tarikannya tersendiri yang pasti anda tidak mahu lepaskan.

Antara yang unikknya di sini, pengaruh bangunan dan rumah kedai di Bandar Taiping sangat dipengaruhi oleh budaya Inggeris. Maklumlah dulu Taiping ini merupakan tempat pengeluaran biji timah.

Selain itu di area Bandar Taiping terkenal dengan pengeluaran buah durian terutamanya di area Bukit Gantang dan Batu Kurau. Kalau datang musim buah durian memang wajib singgah di sini dan pekena isi durian yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia.


Kuala Sepetang

tempat makan best taiping perakKuala Sepetang boleh disimpulkan sebagai destinasi untuk anda releks-releks dan makan-makan. Maklumlah, dah nama pun KUALA maka makanan di sini sudah tentulah yang berasaskan seafood.

Antara yang menjadi kegilaan pengunjung kalau ke Kuala Sepetang ialah pekena Mee Udang. Antara kedai yang popular kalau cakap pasal Mee Udang di Kuala Sepetang ialah Mee Udang Mak Jah.

Selain aktiviti pekena makan Mee Udang, anda boleh juga melakukan aktiviti lain seperti:

  • melawat kilang pembuatan arang tradisional
  • naik bot dan memancing di kuala bersama nelayan
  • melihat kelip-kelip
  • melihat tapak sejarah station kereta api Melayu pertama di Port Weld
  • Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang

Tempat menarik di Taiping untuk Jalan Jalan Cari Makan?

>> Pilihan Hotel TERBAIK di Taiping, Perak <<

Kalau dah melancong ke sesuatu tempat, memang tak sah kalau tak makan makanan yang unik dan sedap di sini. Berikut merupakan 3 tempat makan menarik di Taiping untuk dicuba.

  • Mak Jah Mee Udang di Kuala Sepetang
  • Taiping Yong Taufu di Medan Selera Bomba
  • JS Muara Restoran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak

Jangan lupa untuk terjah-terjah ke tempat-tempat menarik di Taiping seperti di atas dan sila komen kalau anda ada cadangan yang menarik untuk para pelancong yang akan ke Taiping. Bagi yang mencari hotel di Taiping, anda boleh rujuk di sini.

4.2/5 - (46 votes)
Subscribe
Notify of
guest

46 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
azam
azam
8 years ago

1.1.18 nk naik taiping up homestay 1,,, bole pm kat http//:www.wasap.my/60132001390

waffy
waffy
8 years ago

Nak makan mee udang patut pergi pekan lama tur…kuah dia masak time kita order dan udang dia fresh…aku lupa nama kedai dia tapi kedai dia nama lelaki siap tulis since 1951

Abang Long Fadhil
Abang Long Fadhil
8 years ago

saya baru balik dari river cruise kuala sepetang. Best dapat tengok helang dan matahari terbenam. Petang tadi singgah makan mee udang makjah rasa biasa-biasa jer. ok lah tapi harga mahal RM13 sepinggan udang saiz sederhana. malam ni nak try gi pusing taiping pulak.

Muhamada amin
Muhamada amin
8 years ago

Pekena org ja depa ni.. sembang sedap.. ak mkn ckit ja.. weee muntah

Iza
Iza
8 years ago

Betul la tak sedap…pastu mahal plk tu.sy pun x fhm ape yg special yg org katakan….

Suenana
Suenana
8 years ago

Saya suka taman tasek taiping dan zoo tpg.

Along
Along
9 years ago

Kuey Tiau Doli & Yong tau foo bomba terbaik

Hazila
Hazila
9 years ago

Jln jln kat taiping, susahnya nak cari mkn. Tandas awam pun kotor. Takde yg menariknya…

anok perak
anok perak
9 years ago
Reply to  Hazila

Tempat ang ceruk alam bajet kotorkan nma tempat org hang sedaq sikit asal usul hang jngan dok wat cita ja harap muslimah ja klu laki aku swing dh back hand

Baca Lagi

  • 16 Aug, 2015
Pulau Pangkor tak lekang dek kunjungan pelancong dalam dan luar negeri samaada masa cuti sekolah dan hari biasa....
  • 16 Aug, 2015
Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat popular di kalangan warga setempat...
  • 25 Aug, 2015
Bagi yang bercuti ke Taiping, Perak salah satu destinasi yang sangat popular di daerah ini sudah tentulah Zoo...
  • 23 Oct, 2019
Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Kalau anda...
46
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination