Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

40+ Tempat Makan BEST di KL – Restoran & Warung Makan Menarik Mesti Cuba

Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bagi pelancong ke Malaysia. Hampir kesemua makanan popular negeri-negeri di Malaysia terhidang di sini. Bahkan, pilihan restoran makanan popular negara luar juga senang diperolehi. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Lumpur, bolehlah singgah sebentar di mana-mana restoran & tempat makanan yang menarik di KL seperti di bawah baik daripada sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam.

Majoriti restoran yang dinyatakan di bawah sudah lama bertapak serta telah tersemat di hati warga kota. Restoran-restoran ini juga sering mendapat liputan daripada stesen-stesen tv di Malaysia sebagai rujukan pelancong.


40 Restoran & tempat makan best di KL yang mesti cuba

1. Jibril Publika

jiibril publika

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Berita baik kepada Foodie di sekitar kawasan Kuala Lumpur, anda WAJIB singgah makan di restoran Jibril Publika.

Restoran ini, yang mula bertapak di SS15, Subang Jaya, sememangnya terkenal dan tidak asing dalam menyediakan pelbagai jenis makanan khususnya “butter-based foods”. Dengan hanya menggunakan bahan mentah yang segar, jangan lepaskan peluang untuk merasa semua pilihan yang disediakan antaranya, Salted Egg Butter Chicken, Squid, Prawn, Clams mahupun Lobster.

Pilihan hidangan minuman mocktails Jibril Publika juga unik kerana direka khas oleh pemiliknya sendiri seperti Nojito, Potter, Mockarita dan Kurosawa. Menarik!

Walaupun suasana di kedai ini mempunyai aura yang romatis, ianya tetap sesuai untuk kunjungan bersama keluarga mahupun teman yang tercinta. Anda juga boleh singgah ke cawangan lain di SS15, Subang Jaya atau Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Yang pasti, kedai ini dimiliki oleh Melayu Muslim dan sesuai bagi pelanggan Muslim.

Peta Lokasi 01110993308FacebookWebsite

Alamat: D3-G3-8, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 11.00 am – 10.00 pm


2. Restoran Sambal Hijau

kedai makan best kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran yang terletak di Kampung Sungai Penchala, KL ini sangat menarik untuk diterjah jika anda inginkan selera kampung dengan pelbagai pilihan juadah yang sedap. Tersedia dari makan tengah hari ke makan malam, restoran ini tidak pernah lekang dek kunjungan pelanggan setempat. Mereka menyajikan aneka hidangan ala kampung seperti daging salai masak lemak cili api, udang galah masak lemak, gulai ketam, aneka kerabu, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Jika dihitung dulang lauk yang tersedia, sememangnya melebihi 15 jenis. Walaupun Restoran Sambal Hijau ini beroperasi dari awal pagi sehinggalah lewat malam setiap hari, waktu terbaik untuk datang mencuba menu-menu yang banyak dan masih panas ini adalah sekitar 9 pagi -12 tengah hari. Lauk-pauk di sini cepat habis tau, jadi datang cepat-cepat.

Peta LokasiJarak603-77312045FacebookWebsite

Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 8.00 am – 8.00 pm


3. Restoran Satay Zaini

tempat makan menarik kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bercakap pasal satay, pasti Restoran Satay Hj. Samuri di Kajang yang terlintas di fikiran anda, yang merupakan salah satu tempat makan menarik di Selangor bagi pelancong. Namun kalau anda di KL dan inginkan kelainan rasa satay yang juga sedap, apa kata anda ke Satay Zaini di Jalan Kolam Ayer Lama di Ampang Jaya, Kuala Lumpur. Satay Zaini yang sudah bertapak lebih 35 tahun di KL boleh dikatakan pencabar terdekat Satay Kajang.

Aneka jenis satay yang ada di sini seperti satay ayam, daging, kambing, perut muda, hati ayam, dan limpa. Yang paling mendapat sambutan di sini adalah satay daging & satay perut muda. Tidak lupa juga kuah kacangnya yang memang lemak, berempah, lain dari tempat lain, menjadi pelengkap Satay Zaini. Seeloknya datanglah awal ke sini, kalau lambat makan aranglah jawabnya.

Peta LokasiJarak6013-3693934FacebookWebsite

Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari:6.00 pm – 8.00 pm


4. Restoran Satay Capitol 1951 – Warisan

tempat makan sedap kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi penggemar satay, terdapat satu lagi destinasi yang tidak seharusnya  anda lepaskan untuk merasai sendiri keenakan sataynya. Satay dagingnya yang sangat lembut dan rasanya lebih berempah kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan kedai satay lain. Kuah kacangnya juga sedap dan tidak terlalu pedas.

Selain satay, mereka juga ada menjual makanan bergoreng dan juga soto yang turut popular di sini. Dua cawangan tersedia di Kuala Lumpur iaitu di Pusat Penjaja Selera Muda, Kampung Baru, dan Capital Cafe, Jalan TAR. Anda bolehlah singgah ke mana-mana cawangan yang berhampiran anda.

Peta LokasiJarak6017-2233308Facebook

Alamat: No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari: 3.00 pm – 8.00 pm (kecuali Ahad)


5. Restoran Dapur Sarawak

restoran dapur sarawak kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Susah kan nak dapat makanan Sarawak yang rasanya memang asli kalau bukan di negerinya sendiri. Namun, terdapat satu kedai makan Kuala Lumpur yang menghidangkan juadah popular negeri Sarawak yang menyelerakan dan asli. Antara anekanya ialah mi kolok, laksa Sarawak, nasi aruk dabei, bihun belacan, nasi manok panggang & macam-macam lagi. Kalau anda teringing mencuba masakan Borneo Malaysia bolehlah ke sini. Restoran ini terletak di Jalan Sarikei, Pekeliling dan dibuka setiap hari.

Peta LokasiJarak603-40317987Facebook

Alamat: No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 10.00 am – 10.30 pm


6. SAMUDRA Anjung Patin Ville

tempat makan sedap kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran yang terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur ini sangat ideal untuk anda sekiranya anda berhajat nak makan ikan sungai terutamanya dari Sungai Pahang seperti ikan patin buah, lampam, sebarau, tenggalah, baung, kerai, udang galah dan sebagainya. Dan sudah tentu menu-menu di sini lebih kepada masakan ala-ala kampung seperti masak tempoyak, asam pedas, lemak cili api, bakar sambal dan aneka jenis masakan kampung lain.

Dibuka setiap hari, restoran ini sesuai untuk anda lunch dan dinner. Suasana restoran pun luas, tenang dan sangat selesa, baik untuk makan berdua atau beramai-ramai. Anda pasti akan menyukai suasana rumah kampung kedai makan ini.

Peta LokasiJarak6019-6076737 | Facebook | Instagram

Alamat: 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 11:30am–8pm


7. Restoran Raso Omak Den

restoran omak eden kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nama restorannya sudah cukup untuk menjelaskan yang menu-menu di sini lebih kepada masakan asli orang Negeri Sembilan terutamanya masakan Minang. Memang banyak pilihan masakan kampung yang tersedia di sini. Masakan popularnya semestinya aneka masak lemak cili api, keli sambal, sambal tempoyak daun kayu, itik salai, daging salai, ayam kampung salai dan ikan bakar. Kalau anda orang Nogori kepingin nak makan sedap, menu kampung sendiri, sila singgah ke restoran ini di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada setiap hari (kecuali Jumaat).

Peta LokasiJarak

Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 8am–5pm (kecuali umaat)


8. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

mee tarik warisan restaurant

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi ini amat terkenal di kalangan penggemar makanan Cina Muslim kerana mereka menghidangkan pelbagai jenis masakan mi bergoreng/ bersup yang menu-menu masakannya dibawa khas dari China dan disesuaikan dengan cita rasa tempatan. Uniknya mee yang ada di sini memang sangat kenyal dan tebal, tidak seperti mee kuning biasa.

Pengunjung yang ke kedai makan best di KL ini boleh melihat sendiri bagaimana mee tarik ini dibuat dengan tangan secara live. Harganya yang berpatutan dengan saiz hidangan yang tidak menghampakan ditambah dengan rasa hidangannya yang lazat menjadikan restoran ini kegemaran pengunjung. Boleh ke restoran ini yang terletak di Jalan Utama Tasik 3, Kuala Lumpur.

Peta LokasiJarak603-8964944Facebook

Alamat: 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 11.00 am – 8.00 pm


9. Gerai Seri Menanti Ikan Bakar Jalan Bellamy

ikan bakar jalan bellamy kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau bercerita tentang destinasi ikan bakar di Kuala Lumpur, salah satu tempat makan best di KL yang boleh anda cuba ialah di warung yang terletak di Jalan Bellamy berdekatan dengan Muzium Diraja KL. Pelbagai pilihan lauk yang dibakar terjual di sini, antaranya ikan terubuk, ikan kembung, pari, sotong dan ayam. Yang menjadikan ikan bakar di sini lain dari yang lain adalah resipi rempah ikan bakarnya yang dibuat sendiri yang memang anda takkan jumpa di tempat lain.

Kalau berniat nak datang tu, lebih baik anda ke sini sebelum waktu makan tengah hari untuk mengelak dari bertembung dengan pekerja-pekerja sekitar yang makan di sini. Kalau tidak jenuh nak menunggu tempat duduk kosong.

Peta LokasiJarak6018-4724085Facebook

Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 10.00 am – 4.00 pm


10. Asam Pedas Sejati Melaka

asam pedas sejati kampung pandan kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Tak perlu susah payah ke Kota Laksamana, Melaka, kalau nak makan asam pedas claypot yang menggelegak panas dan sedap. Di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur juga terdapat sebuah restoran yang memang popular dengan menu asam pedas Melaka. Macam-macam jenis ikan ada di sini untuk juadah makan tengahari anda. Sebaik sampai di sini, pengunjung boleh memilih ikan-ikan mentah fresh di atas meja seperti pari, kembung atau tenggiri dan akan terus dimasak di dapur. Rasa kick asam pedas yang baru dimasak memang terbaik. Tengok sahaja gambar asam pedas dengan kuahnya yang pekat itu pun sudah mengiurkan.

Peta LokasiJarak6012-9180642

Alamat: 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 11.00am – 5.30 pm (kecuali Jumaat)


11. Restoran Mee Kari Udang Galah

tempat makan menarik kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mi kari udang galah merupakan satu menu yang sangat unik yang susah nak didapati di tempat lain. Namun di Kuala Lumpur, anda boleh mencubanya di Restoran Mee Kari Udang Galah, Bandar Sri Permaisuri yang diresipikan oleh Haji Saharuddin. Memandangkan trademark di sini adalah udang galah, maka, banyak juga menu lain yang turut dimasak melibatkan si udang galah ni.

Antaranya mi rebus udang galah, nasi beriyani udang galah, mi goreng udang galah & mi bandung udang galah. Mengikut bajet masing-masing pengunjung boleh pilih sendiri saiz udang galah yang diidamkan. Ingat, ukur baju di badan sendiri.

Peta LokasiJarak603-91741956Facebook

Alamat: 16, Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 4.00pm – 8.00pm (kecuali Ahad)


12. Restoran Ewa (Nasi Ayam Krispi)

restoran cina halal kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran ini terkenal dengan masakan halal Cina dan antara menu wajib cuba di sini yang menjadi signature dish mereka adalah ikan siakap hitam masak steam, kari kepala ikan, butter prawn, cantonese mee, udang masak daun kari (kum heong), udang cili padi, udang celup tepung petai dan ketam bunga cili padi. Memang unik masakan panas di sini dan kalau anda nak rasa menu sebegini untuk makan tengah hari atau malam, anda boleh ke Jalan Sungai Penchala, KL. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin).

Peta LokasiJarak6019-2960206Facebook

Alamat: 2831, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.00 pm


13. Gobang Maju Patin Tempoyak

gobang restaurant kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau di Temerloh, Pahang, nama Gobang ini memang cukup terkenal dengan masakan patin tempoyak yang sedap & lazat. Tak perlu merantau jauh-jauh sehingga ke Temerloh, kerana di KL juga ada cawangannya yang mengamalkan proses masakan and menggunakan resepi yang sama dan terletak di Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai. Selain masak tempoyak, restoran ini juga ada menyediakan menu masakan lain seperti mi kari daging, ikan bakar, ikan patin goreng, siput sedut, udang galah, gulai ayam & beberapa menu ikan sungai lain yang sesuai untuk dijamu oleh penggemar masakan Melayu Pahang.

Peta LokasiJarak603-3691705Facebook

Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap Hari: 11.00 am- 5.00 pm (kecuali Isnin)


14. Warung Sate Mak Long & Cafe

tempat makan sedap kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang berada di Jalan Puchong, KL, anda boleh membawa keluarga atau rakan-rakan anda untuk menikmati pelbagai menu masakan panas dan makanan santai yang sedap di sini. Restoran dengan dekorasi yang klasik ini memberi pengalaman kampung vibes kepada pelanggannya. Persekitaran restorannya yang lapang, tenang & makanannya pula sedap pasti membuka selera anda untuk dinner bersama yang tersayang. Menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini adalah satay daging berempahnya berserta tauhu bakar.

Peta LokasiJarak6014-9674507Facebook

Alamat: Lot 4, Batu 6, Jalan Puchong, Kampung Petaling, 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 6.00 pm – 8.00 pm (kecuali Isnin & Selasa)


15. Muhibbah Seafood Restaurant

muhibbah restaurant kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda ingin mencari menu makanan laut Cina dicampur sentuhan masakan Thai yang panas, sedap dan sememangnya best, bolehlah singgah ke Restoran Muhibbah Seafood yang terletak di Sungai Penchala, KL. Kedainya luas dengan persekitaran semulajadi yang  menyamankan seperti berada di luar bandar dan ditambah pula dengan makanannya yang sedap, cukup untuk memberikan kepuasan. Kedai makan ini ialah muslim friendly dan halal ya. Anda boleh ke sini sama ada untuk makan tengahari ataupun untuk makan malam.

Peta LokasiJarak603-77273153Facebook

Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 12.00pm – 2.00pm, 6.00pm – 9.00pm


16. Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

nasi ayam hainan melawati kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Menunya simple dan lokasi kedainya biasa-biasa sahaja namun sambutan yang diberikan ketika lunch memang luar biasa ramainya. Kedai ini terletak di Medan Selera Taman Melawati dan diusahakan oleh pasangan Cina muaalaf yang sudah bertapak lebih 30 tahun di KL. Murah dan sesuai untuk anda yang ingin merasai sendiri kesedapan nasi ayam hainan yag dijamin sedap. Beroperasi setiap hari kecuali Khamis dan bermula pada 11 pagi sehingga habis makanan. Kebiasaanya sebelum Asar sudah licin.

Peta LokasiJarak

Alamat: Medan Selera Taman Melawati, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 10.30 am – 6.00 pm (kecuali Khamis), 10.00 am – 4.00 pm (Sabtu)


17. Nasi Lemak Saleha

restoran nasi lemak saleha kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang merindui nasi lemak kampung yang sedap, salah satu destinasi yang paling popular di Kuala Lumpur adalah Restoran Nasi Lemak Saleha yang terletak di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur. Macam-macam lauk nasi lemak boleh menjadi pelengkap antaranya sambal ikan bilis, paru, sotong, rendang, dan sambal kerang. Walaupun signature dish mereka adalah nasi lemak berlauk, namun bukan bermakna tiada pilihan makanan lain yang sedap di sini. Anda juga boleh bersarapan pagi atau makan malam di sini dengan roti canai, pulut kuning, lontong, satay, laksa, nasi ayam, mee kari & pelbagai makanan santai bergoreng lain seperti pisang goreng atau popia goreng.

Peta LokasiJarak6013-2829836Facebook

Alamat: No 11A, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.00 am – 8.00 pm


18. Nasi Lemak Antarabangsa

kedai makan sedap di kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi Lemak Antarabangsa adalah antara jenama nasi lemak di Kuala Lumpur yang popular dan paling lama berada di Kuala Lumpur sejak tahun 70 an lagi. Nasi Lemak Antarabangsa diresepikan oleh Puan Normi dan telah banyak mendapat liputan rancangan tv dalam negara. Kalau di Kampung Baru, Kuala Lumpur gerai nasi lemak ini sentiasa penuh terutamanya di sebelah malam sebagai port lepak. Nasi lemak yang disediakan boleh dimakan dengan pelbagai pilihan lauk seperti kerang, sambal sotong, paru, rendang dan sebagainya. Waktu puncak terutamanya hujung minggu memang kena beraturlah jawabnya walaupun hanya nak dapatkan sebungkus nasi lemak.

Peta LokasiJarak6011-51111991FacebookWebsite

Alamat: 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 8.00 am – 8.00 pm


19. Nasi Lemak Wak Manjo

nasi lemak wak manjo kampung baru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu lagi jenama nasi lemak yang popular di KL yang makin mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti juga di restoran nasi lemak yang lain, aneka lauk pilihan menjadi kegemaran orang Kuala  Lumpur untuk dimakan dengan nasi lemak seperti paru, limpa, sotong dan sebagainya. Kedainya agak luas, jadi, sesuai untuk anda datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Juga terletak di Kampung Baru, anda boleh ke sini untuk mencubanya baik waktu siang ataupun malam.

Peta LokasiJarak011-63361963Facebook

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 8.00 am – 8.00 pm


20. Restoran ZK

zk restaurant kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran mamak ini cukup terkenal dengan nasi kandar terutamanya menu kari kepala ikan dan ayam goreng cicah madu. Restoran yang terletak di Kampung Attap, KL ini sering menjadi lokasi makan tengah hari pekerja disekitarnya. Jadi jika anda melancong ke KL atau hanya mengidam kari dan ingin bersantapan kari kepala ikan yang pekat melekat, seeloknya anda ke sini sebelum jam 12 tengahari sebab takut anda kena beratur panjang. Kari kepala ikan di sini memang power.

Peta LokasiJarak603-2273 9786

Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Wilayah Persekutuan, 50460 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 am – 4.00 pm


21. Bangsar Fish Head Corner (Anuar Kari Kepala Ikan)

warung kari kepala ikan bangsar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nak makan di sini memang sangat menguji kesabaran kerana setiap hari memang tak pernah lekang dikunjungi pelanggan untuk mendapatkan kari kepala ikan dan kena beratur panjang adalah perkara biasa. Kedai makan mamak ini memang dapat menarik penggemar kari kepala ikan setiap hari. Selain kari kepala ikan, sotong gorengnya juga sangat sedap. Kalau anda memang peminat tegar kari kepala ikan, bolehlah mencuba nasib untuk mendapatkannya di sini.

Peta LokasiJarak6012-6144111

Alamat: 6A, Lorong Ara Kiri 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 am -5.00 pm


22. Restoran Rosdet Tomyam

rosdet tomyam kampung baru

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi penggemar makan malam masakan panas ala Thai atau Melayu, anda boleh mencubanya di restoran ini yang terletak di Kampung Baru. Yang paling menjadi tumpuan pengunjung adalah ikan steam lemon, ikan kerabu mangga, poktek seafood dan tomyamnya yang memang terbaik. Pelbagai pilihan makanan laut di sini yang boleh dipilih dan dicuba. Ruang makannya banyak, tempat luas dan servis pun pantas. Dibuka bermula waktu petang sehinggalah malam.

Peta LokasiJarak6016-908 2454

Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 2.30 pm – 8.00 pm (kecuali Isnin)


23. Mash Nasi Ayam

nasi ayam sedap kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Walaupun restoran ini kecil namun ianya sudah bertapak di Kampung Datuk Keramat sejak tahun 1982 lagi. Menu utama di sini hanyalah nasi ayam semata-mata dan setiap hari dibuka seawal 9.30 pagi sehinggalah petang bergantung kepada stok nasi dan ayamnya. Setiap hari memang sentiasa ramai orang akan menjamu selera di sini namun jangan risau, kerana servisnya cepat. Maklumlah menu makanan pun satu jadi kalau pengunjung datang ke sini memang sah-sahlah nak makan nasi ayam.

Peta LokasiJarak6016-6820986Facebook

Alamat: 6x, Jalan Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9.30 am – 5.30 pm


24. The Khan Mongolian Restaurant

mongolian bbq kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda suka bufet makanan seafood/BBQ sambil makan malam beramai-ramai bersama keluarga, salah satu restoran yang menarik dan boleh anda cuba adalah The Khan Mongolian Restaurant yang kepakarannya menghidangkan Mongolian Muslim BBQ dan steamboat. Selain itu, ada macam-macam lagi hidangan ala Mongolia yang pasti memberi satu pengalaman makan yang unik kepada anda seisi keluarga.

Peta LokasiJarak603-41418566Facebook

Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am


25. RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY)

restoran nasi beriyani kl sedap

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran yang menyediakan pelbagai makanan baik yang ringan mahupun makanan berat seperti nasi beriyani. Mereka sering dipenuhi pengunjung dari sekitar Kuala Lumpur yang ingin menjamah menu popular di restoran ini seperti roti nan cheese leleh, ayam tandoori dan nasi beriyani bukhari. Kalau anda craving roti nan cheese yang padu, di sinilah anda wajib dapatkannya. Anda boleh ke mana-mana cawangan restoran ini di sekitar KL yang terletak di Jalan Medan Tuanku.

Peta LokasiJarak603-26970700Facebook

Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 11.00 am – 1.00 am


26. Moon’s Kitchen

kedai western sedap kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran yang sudah lama bertapak di Kuala Lumpur ini terkenal di kalangan mereka yang gemarkan makanan western. Antara menu kegemaran ramai yang sering mendapat permintaan tinggi oleh pengunjung adalah steak dan juga menu udang karang (lobster) panggang yang pasti menggoda sesiapa yang melihatnya. Kalau di KL anda boleh ke No 10, Medan Selera Pandan Indah, Pandan Indah, KL yang dibuka setiap hari dari 5 petang -12 tengah malam.

Peta LokasiJarak603-5887081FacebookWebsite

Alamat: No 10, Medan Selera Pandan Indah, Jalan 3/3C Pandan Indah, 55100 Ampang, KL

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am


27. Restoran Kaw’d

tempat makan menarik di ampang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran yang terletak di Ampang ini sesuai untuk para penggemar makanan barat terutama sekali burger bakar. Suasana restorannya yang santai dihiasi lampu malap sesuai untuk anda menikmati kelazatan makanan yang disajikan dengan tenang. Anda boleh mendapatkan menu barat seperti meat ball, aneka pasta & sebagainya yang pasti buat anda tak menang tekak.

Restorannya yang berada di corner lot sungguh mudah dicari ditambah pula dengan papan iklan yang anda memang takkan terlepas pandang . Anda boleh ke restoran ini yang terletak di Waterfront Ampang yang dibuka setiap hari kecuali Jumaat.

Peta LokasiJarak6017-3250244FacebookInstagram

Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang

Waktu Operasi: 12.00 pm – 8.00 pm


28. Mak Teh Ikan Bakar Pasar Dato’ Keramat

medan ikan bakar kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang tiba-tiba mempunyai nafsu membuak-buak ingin menjamah ikan bakar pada waktu makan tengahari, anda boleh terus ke gerai ini yang terletak di deretan medan selera di Pasar Dato Keramat. Pelbagai jenis pilihan ikan bakar disediakan seperti pari, terubuk, jenahak, siakap dan kembung. Selain menu berbakar, di sini juga terdapat lauk pauk lain yang rata-ratanya berasaskan ikan seperti masak asam pedas, kari, gulai dan sebagainya.

Peta LokasiJarak |  6016-3363123

Alamat: 10x, Jalan Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 10.00 am – 4.00 pm (kecuali Ahad)


29. Restoran Hadramawt Palace

hadramawt palace kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi penggemar Nasi Arab Yaman, boleh lah menuju ke kedai makan ini yg terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (berdekatan Hospital Prince Court). Disediakan oleh chef dari Yamen sendiri, anda boleh menikmati menu asli arab seperti Nasi Mandy yang disediakan dengan kualiti yang tinggi. Anda yang penggemar nasi arab tu memang wajib ke tempat makan menarik di KL ini.

Restoran ini kelihatan sungguh mewah dihiasi dengan hiasan dalaman berkonsepkan Arab Yaman pasti akan memukau anda. Luaranya yang memang kelihatan seperti istana dan dalamanya sungguh luas, memang sesuai untuk anda yang inginkan pengalaman makan mewah.

Peta Lokasi603-21433333 | Laman web | FacebookInstagram

Alamat: Lot No, 251, Bukit Bintang St, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am


30. Restoran Ala Kampung (Kedai Kuning)

kedai makan sedap kuala lumpur

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Terkenal dengan pelbagai pilihan sajian ala kampung oleh masyarakat setempat yang amat menyelerakan dan sedap. Lauk-pauknya memang sesuai dimakan waktu tengah hari dan dijamin dapat memuaskan perut anda. Menu istimewa ikan keli yang digoreng rangup adalah yang paling best dan amat digemari pelanggannya. Dicicah pula dengan beberapa pilihan air asam, sambal belacan, budu dan sambal tempoyak, sudah cukup untuk membuatkan pelanggan datang lagi.

Walaupun ikan kelinya sentiasa laris, anda tak perlu risau kerana ikan baru akan sentiasa dimasak sehingga tutup kedai. Mereka juga ada menjual mi celup yang sedap. Kedai makan ini sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya waktu lunch sampai lauknya pon selalu habis dan anda mungkin perlu tunggu untuk mereka topup lauk baru. .

Peta Lokasi | +60173557143

Alamat:  5, Jln Cheras Utama 15/b, Taman Cheras Utama, 56100 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: 11.00 am – 4.00 pm


31. Ahroy Thai Cuisine

makanan sedap kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Makanan Thai yang disediakan oleh Ahroy Thai Cuisine ni memang best. Antara manu yang paling digemari di sini tentunya Tomyam mereka sendiri yang sangat sedap dan tidak lupa juga nasi goreng nanas yang dihidangkan di dalam nanas itu sendiri. Selain itu terdapat juga masakan Thai lain seperti kangkung belacan, pulut mangga dan cendol Thai.

Anda mungkin akan ragu-ragu akan status halal mereka kerana majoriti pelanggan mereka adalah kaum cina, tetapi jangan risau kerana mereka ada sijil halal dari JAKIM. Logo halal juga terpampang di depan pintu kedai. Kedainya agak kecil dan terletak berdekatan Leisure Mall, Cheras.

Peta Lokasi+60391332330 | Laman web | FacebookInstagram

Alamat: 48, Jalan Manis 1, Taman Bukit Segar, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 12.00 pm – 3.30 pm, 6.00 pm – 8.00 pm


32. Sweetree

makanan best kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran ini terletak di Ampang (berdekatan PPR Hilir Ampang) adalah restoran Korea yang mempunyai sijil halal. Mereka menyediakan bukan sahaja makanan Korea yang sedap tetapi ada juga beberapa menu barat yang harus dicuba. Jadi kalau anda bawak member yang tidak menggemari makanan Korea tu, boleh sahaja pesan makanan barat mereka. Harga makanan mereka agak tinggi tetapi memang sesuai dengan portion dan rasa makanan. Hiasan dalaman mereka juga unik kerana terdapat sebuah pokok besar di dalamnya yang kelihatan dari luar kedai.

Peta Lokasi+60172821550 | Laman web | FacebookInstagram

Alamat:  Lot 12 & L1Lot 13 L1, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 1.00 am – 9.30 pm


33. Suki-Ya

makanan sedap kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mencari makanan Jepun yang sedap di Malaysia bukanlah satu masalah. Suki-ya menyediakan bufet makan tengahari dan juga dinner berkonsepkan celup-celup. Di sini, yang best adalah daging-daging mereka yang dihiris nipis serta diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil halal. Terdapat juga beberapa variasi makanan beku celup-celup yang boleh dipilih. Sos-sos pencicah mereka menjadi pelengkap daging lembut yang telah empuk.

Mereka juga menyediakan beberapa jenis sushi sebagai pelengkap pengalaman makanan Jepun anda. Terdapat beberapa cawangan yang telah dibuka di seluruh Kuala Lumpur salah satunya di Mytown.

Peta Lokasi+60392267732 | Laman web | FacebookInstagram

Alamat:  90, L2-042 Level 2, MY Town Shopping Centre, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm


34. The Podium Penchala

tempat makan viral kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang mencari tempat makan best di KL dengan seleksi makanan di satu tempat yang sama, anda silalah ke The Podium Penchala. Macam-macam makanan boleh dijumpai di sini – baik barat, baik Melayu. Mereka menggabungkan semua kedai-kedai makan kecil yang ada di dalam satu buku menu. Jadi, anda hanya perlu order di meja anda dan tak perlu pergi ke lain-lain kedai untuk membuat bayaran asingan.

Makanan yang paling menarik di sini ialah variasi spageti yang sedap dan juga kentang goreng keju yang memuaskan. Spageti Olio Oglio di sini memang terbaik. Rasanya sungguh lazat dan pedasnya cukup memikau. Selalunya mereka akan penuh pada waktu malam kerana menjadi tempat lepak orang-orang KL tapi jangan risau sebab kedai makan ini agak luas dan ada dua tingkat.

Peta Lokasi+601113341881 | Facebook | Instagram

Alamat: Jalan Damansara, Off, Lebuhraya Damansara – Puchong, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 4.00 pm – 2.00 am


35. Malatoop

makanan best kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makan Cina muslim di TTDI ini menyediakan menu yang simple sahaja seperti ayam goreng pedas. Tapi kepedasan di tempat makan menarik di KL ini bukan biasa-biasa. Mala yang diperbuat daripada Lada Sichuan digunakan sebagai pemedas makanan mereka. Anda boleh memilih sehingga 4 tahap kepedasan – Baby, Okey, Pasti and Betul-Betul Malatoop.

Jangan risau tentang rasa ayam itu, kerana walaupun tahap kepedasannya tinggi, rasa sedap ayam itu masih ada. Sila berhati-hati ketika memilih tahap kepedasan, jangan sampai anda bermalam di dalam bilik air. Kalau taknak makan ayam, mereka juga menyediakan makanan lain seperti ikan dan juga kambing.

Peta Lokasi+601128382406 | Laman web | Facebook | Instagram

Alamat: 36, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 8.00 pm


36. Restoran Al-Rawsha

kedai makan kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Dari luarannya anda pasti dapat agak Al-Rawsha ialah kedai makan Timur Tengah kerana seni binanya yang memang nampak Arabnya. Mereka menyediakan masakan asli arab dari Lubnan. Kalau tekak tu memang terasa sangat nak makan makanan arab, sinilah antara tempat wajib pergi. Hiasan dalaman yang sungguh mewah sesuai untuk anda menikmati makanan Lubnan yang sedap.

Banyak makanan yang ada di sini. Sudah tentulah nasi arab ada juga. Tempatnya yang besar dan luas memang sangat sesuai untuk anda makan beramai-ramai dan mengadakan sambutan hari jadi. Anda pasti tidak akan kecewa berhidang di sini kerana suasana dan makanan mereka yang best.

Peta Lokasi+60392006600FacebookInstagram

Alamat: No. 8, Jalan Kampung Pandan, Kelab Golf di Raja Selangor, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 8.00 am – 8.00 pm


37. SeoulNami Korean BBQ

kedai makan best kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di The Gardens Mall, terdapat satu restoran korea yang sedap. SeolNami Korean BBQ ialah salah satu kedai makan Korea untuk mereka yang teringin nak bakar-bakar macam dalam cerita Korea tu. Anda akan diberi daging atau ayam serta sayur untuk membalut daging dan ayam sebelum dikunyah.

Kedai makan ini pork-free, mesra muslim dan hanya menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal. Anda boleh menikmati kepelbagain makanan Korea mereka terutama sekali daging mereka yang tebal dan lembut selepas dibakar sendiri. Memang dapat feel Korea-lah makan disni.

Peta Lokasi+60322023336 | Laman WebFacebook Instagram

Alamat: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.30 pm


38. Sri Nirwana Maju Bangsar

kedai makan viral kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Makan nasi kari atas daun pisang memang best. Salah satu restoran banana leaf yang sedap terdapat di Bangsar ialah Sri Nirwana Maju. Anda boleh memilih protin yang anda inginkan seperti ikan ataupun ayam varuval dan hidangan sampingan seperti kuah kari dan sayur akan dihidangkan kepada anda di meja sebagai set. Kuah karinya juga boleh diminta tanpa had. Mereka akan menghidangkan makanan anda di atas daun pisang. Jadi, janganlah pelik kalau tiada pinggan tu ya.

Makanan mereka memang sangat sedap dan berbaloi degan harganya juga. Tempat makan ini acap kali dikerumuni orang, oleh it, anda akan diminta untuk beratur dan tunggu sebentar sebelum menikmati juadah kari di sini.

Peta Lokasi  | +60322878445Facebook

Alamat: 43, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 9.00 pm


39. Merchant’s Lane

kedai makan menarik kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Umum pasti tahu di Petaling Street terdapat banyak tempat-tempat menarik, Merchant’s Lane adalah satu daripadanya. Tempat makan best di KL ini agak tersorok kerana berada di tingkat atas rumah kedai serta pintu masuk yang agak kecil. Akan tetapi, kedainya yang sangat klasik dapat menarik hati penggemar makanan yang gemarkan suasana makan yang best. Mereka menyediakan makanan barat yang sesuai dengan cita rasa Malaysia.

Selain dari makanan berat mereka juga menyediakan kek dan kopi. Saiz makanan yang besar sesuai dengan harga makanan yang agak tinggi. Rasanya juga sangat sedap dan memang secukup rasa. Kedai makan ini terletak dia atas kedai alat tulis. Jadi, pastikan anda tidak terlepas pandang semasa mencari kedai makan sedap ini.

Peta Lokasi +603-20221736Facebook | Instagram

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 11.30 pm – 10.00 am (kecuali Rabu), Sabtu & Ahad: 9.30 am – 10.00 pm


40. Plan B@TRX

tempat makan best kl

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Plan B mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur, merupakan antara tempat makan best di KL. Salah satunya adalah di TRX. Makanan yang disajikan di sini terdiri daripada makanan barat seperti spageti dan burger. Plan B merupakan kedai makan yang popular di kalangan pengemar makanan kerana makanan mereka memang A lah. Portion makanan mereka yang juga banyak memang dapat mengisi perut yang lapar. Makanannya memang best, tapi airnya agak mahal sedikit dengan cawan yang tak berapa besar.

Hiasan dalaman yang moden diterangi cahaya semula jadi memberikan gambaran yang mewah kepada pengunjungnya. Sambil menikmati makanan, anda dapat melihat keindahan pemandangan luarannya kerana kedai makan ini berkonsepkan rumah kaca. Selain di TRX, Plan B juga ada di beberapa lokasi lain seperti Mid Valley.

Peta Lokasi |  +6012-7983522 | Laman WebFacebook

Alamat: Kafe TRX City, Persiaran TRX Barat, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10.00 am – 9.00 pm


41. Restoran Rebung

tempat makan best KL jjcm

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang ingin menikmati sarapan pagi, bufet tengah hari atau makan malam, masayarakat Melayu dengan kepelbagaian menu makanan, apa kata anda ke Restoran Rebung yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanah air, Dato’ Chef Ismail. Restoran ini sememangnya one stop centre hidangan ala kampung yang sedap di KL, baik dari juadah santai, kuih muih, sehinggalah lauk pauk yang pasti membuatkan anda rambang mata.

Lokasinya yang strategik, mudah diakses dan menjadi tempat makan viral KL ini terletak di Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana. Tersedia dengan fasiliti seperti tempat letak kereta yang banyak, kedai yang besar dan kemudahan yang lengkap memberikan suasana seperti makan di hotel kepada pengunjung.

Peta LokasiJarak603-22762525Facebook

Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari: 8–10am, 11:30am–3pm, 3:30–5:30pm, 6:30–8pm


Cari Penginapan Menarik di KL

Kalau anda inginkan sesuatu tempat di KL yang mempunyai banyak pilihan makan, destinasi Kampung Baru merupakan jawapan yang tepat baik untuk makan pagi, tengahari atau malam. Namun di kawasan ini memang sentiasa penuh dan kesabaran memang diperlukan terutamanya kalau nak cari parking kereta.

Apa yang pasti kalau anda bercuti sehari dua di KL pasti tak dapat nak terjah kesemua restoran-restoran menarik di Kuala Lumpur di atas. Semoga senarai 28 restoran di KL seperti di atas memberi anda idea mana nak terjah untuk acara jalan jalan cari makan di Kuala Lumpur anda kelak. Sila komen di bawah sekiranya anda ada cadangan destinasi makan menarik lain di KL. Jangan lupa SHARE & Wassalam.

4.3/5 - (71 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 ‘Hotspot’ Kedai Mamak di Kuala Lumpur Anda Patut Cuba!

Kedai mamak merupakan salah satu ‘port’ lepak terbaik yang sering menjadi pilihan orang ramai. Hal ini kerana suasananya yang menarik dan santai. Sebut sahaja...

Sate Kajang Haji Samuri Taman Melati

Baru-baru ni sebelum melayan Sate Willy di Sungai Ramal, saya ada singgah melepas gian di Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Ni salah satu...

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

7 Perkhidmatan Van Sewa di Kuala Lumpur yang Terbaik dan Murah

Sedang mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur? Sama ada untuk membawa penumpang mahupun barang, van merupakan kenderaan yang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia...

Tempat Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah kotaraya yang pesat dengan pembangunan namun tidak bermakna di sini tiada langsung destinasi pelancongan yang bercirikan alam semulajadi samaada...

44 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

44 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Azry
7 months ago

Korang patut review kedai ni Homebakeratclover kt Radia bukit jelutong Shah alam. MMG Rambang mata nak buat pilihan

Mimpi Laila
1 year ago

Bestnya .Banyak betul List tempat2 makan menarik . Terima kasih sudi share. Insyaallah nak try nanti

Trophy
4 years ago

Terima kasih buatkan list ni. senang saya nak cari kedai makan sedap lepas ni.

Ftinfzra_
Ftinfzra_
4 years ago

cuba pula di restoran masakan salai di Itik Salai Berdengung, bandar tun razak, cheras, kl.. main menu ada itik salai,ayam salai daging salai dalam masak lemak cili api,dan macam2 menu menarik lagi,tempat bersebelahan Masjid Az-zubair Ibnul Awwam di cheras,kl. selamat emncuba

AYU
AYU
4 years ago
Reply to  Ftinfzra_

NI TAMAN TENAGA NI

Akbar
Akbar
4 years ago

Nak promote kedai masak lemak Salai,
OM Salai dalam foodcourt Jawi, sebelah ALHijrah hadapan Masjid Negara.
Bau salai dia pekat melekat.

adibah zahirah
5 years ago

bleh tak nk tanye berapa agk ii harga utk every dish dlm nih

yan
yan
5 years ago

As salam…ade jugak asam pedas yg sedap n ikan bakar ala portugis di wangsa maju. Asam pedas yag ckup rasanya mmg xjemu mkn setiap hari pun. Begitu juga dgn ikan bakarnye yg ckup rasa dan harum. Pendek kata mmg terpukau la..cube sekali mmg nk hari2. Kalau xpercaya sila la ke AB Corner wangsa maju..dduk dan order.

Hubungi Kami

44
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x