Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

24 Hotel Menarik Berdekatan Pantai Di Koh Lipe

Selamat datang di Koh Lipe, salah satu destinasi pulau terindah di Thailand! Jika anda mencari pengalaman pantai yang istimewa lagikan romantis, maka Koh Lipe adalah pilihan yang sesuai. Pulau ini terkenal kerana hotel dan penginapannya yang majoriti berhampiran dengan pantai yang memukau, air laut yang jernih dan keindahan alam yang menakjubkan. Jom tengok pelbagai pilihan penginapan tepi pantai di Koh Lipe!


1. Sita Beach Resort

Sita Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Sita Beach Resort

Hotel dengan gaya klasik Thai di Sita Beach Resort menawarkan suasana penginapan yang tenang dan pemandangan yang cantik. Lokasi hotel adalah berhadapan dengan laut dan kebanyakan bilik-bilik di sini mempunyai suasana dan pemandangan tepi pantai. Hotel ini berkedudukan strategik kerana berdekatan dengan pantai seperti Pattaya Beach, Sunrise Beach dan Sunset Beach. Kelengkapan dalam bilik termasuk pengering rambut, televisyen, peti ais dan ada juga bilik yang ada bathtub yang besar. Terdapat juga kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan pemandangan laut yang menakjubkan.

Fasiliti mereka dilengkapi dengan jakuzi, spa, restoran yang menghidangkan sajian Thai dan antarabangsa serta bar yang dibuka setiap hari. Di samping itu, terdapat juga restoran dan bar yang berhampiran seperti Chareena Halal dan Monkey Bar Lipe.

Alamat: 149 Moo 7 Koh Lipe Subdistrict Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Ananya Lipe Resort 

Ananya Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Ananya Lipe Resort

Terletak di Pattaya Beach, Ananya Lipe Resort adalah salah satu penginapan tepi pantai yang mewah dan terkenal di Koh Lipe. Resort yang selesa ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik yang luas dan selesa termasuk bilik dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Kebanyakan bilik di sini mempunyai balkoni jadi, anda boleh menikmati pemandangan laut atau kolam renang dengan tenang dan nyaman. Selain itu, lokasi hotel berhampiran dengan pantai Pattaya Beach, Sunset Beach dan Sunrise Beach maka anda boleh berjalan-jalan menikmati keindahan pantai.

Kemudahan lain yang disediakan di resort ini adalah ruang untuk perbincangan, restoran yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa, tempat permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Walking Street terletak hanya beberapa minit berjalan kaki sahaja dari hotel. Oleh itu, mudah untuk anda mendapatkan makanan Thai di restoran yang terkenal seperti restoran Papaya Mom.

Alamat: 433 Moo 7, Koh Lipe, Koh Sarai Sub district, Muang District, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook 


3. Idyllic Concept Resort

Idyllic Concept Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Idyllic Concept Resort

Idyllic Concept Resort yang terletak di Sunrise Beach menawarkan suasana penginapan yang sangat tenang untuk percutian anda. Terdapat pilihan bilik dengan pemandangan laut yang menakjubkan dan mempunyai balloni untuk anda bersantai menikmati angin pantai. Kelengkapan dalam bilik termasuk bathtub, cerek, pengering rambut dan banyak lagi. Di resort ini juga terdapat dua kolam renang yang besar termasuk kolam untuk kanak-kanak yang dibuka dari pagi hingga malam. Sekiranya anda ingin menikmati keindahan pantai, anda boleh berjalan-jalan santai di Sunrise Beach dan Sunset Beach yang sungguh tenang suasananya.

Fasiliti lain yang ditawarkan termasuklah gim, restoran makanan Thai dan antarabangsa, bilik mesyuarat, dan perkhidmatan Wi-Fi. Selain dari restoran hotel, ada banyak lagi pilihan restoran yang berdekatan, antaranya ialah Nee Papaya Thaifood dan Tasneem Halal Food.

Alamat: Sunrise Beach, Tarutao National Marine Park, Amper Meung, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 9100

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Akira Lipe Resort 

Akira Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Akira Lipe Resort

Terletak di Pattaya Beach yang merupakan tempat tumpuan utama di Koh Lipe, Akira Lipe Resort menawarkan penginapan tepi pantai dengan gaya mewah dan klasik Thai. Pelbagai jenis pilihan bilik yang sesuai untuk percutian keluarga dan berbulan madu termasuk bilik yang mempunyai akses ke kolam renang. Yang menariknya, resort ini mempunyai sebuah kolam outdoor dan dua kolam besar yang dikelilingi bilik penginapan di mana anda boleh akses ke kolam secara terus dari bilik sahaja. Di resort ini juga mempunyai banyak lagi fasiliti lain yang selesa seperti restoran dan bar, gim, bilik karaoke, tempat permainan kanak-kanak dan bilik mesyuarat.

Anda berpeluang untuk menikmati sarapan mewah secara bufet yang menyajikan makanan Thai, Cina dan Barat di restoran hotel mereka. Selain itu, terdapat juga kedai makan popular di Walking Street yang berhampiran seperti Papaya Mom dan Sri Lipe Halal Thai Food.

Alamat: 370 Moo 7 Koh Lipe, Koh Sarai Sub-district, Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Anda Lipe Resort

Anda Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Anda Lipe Resort

Anda Lipe Resort terletak di Sunrise Beach mempunyai suasana penginapan yang nyaman dikelilingi alam semula jadi. Lokasi hotel tepi pantai ini juga strategik kerana berdekatan dengan kedai 7 Eleven dan Walking Street. Penginapan dengan gaya Bali dan Thai ini merupakan banglo mewah yang luas dan menghadap pantai sesuai untuk anda dan keluarga berehat dengan tenang. Di dalam bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti cerek, minibar, peti ais, pengering rambut dan sebagainya. Fasiliti lain di resort ini termasuk kolam renang yang besar dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 70 orang.

Selain itu, terdapat juga restoran dan bar yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam. Restoran ini menyajikan hidangan Thai dan hidangan barat yang akan memikat selera anda. Bagi penggemar makanan laut, anda juga boleh singgah ke Sri Lipe Halal Food dan Tasneem Halal Food yang terletak berhampiran dengan hotel.

Alamat: 103 Koh Lipe (Sunrise Beach), M.7, T.Koh Sarai, A.Maing, Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan |  Laman Web | Facebook


6. Mountain Resort 

Mountain Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Mountain Resort via agoda.com

Terletak di Sunrise Beach, Mountain Resort menawarkan penginapan tepi pantai dengan pemandangan laut yang menakjubkan, sesuai untuk percutian keluarga dan pasangan berbulan madu. Biliknya dilengkapi dengan televisyen, pendingin hawa, peti ais dan yang paling penting ialah mempunyai akses Wi-Fi percuma. Terdapat juga bilik yang mempunyai balkoni yang luas dengan pemandangan laut dan bilik yang menghadap pantai. Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga atau pasangan dengan berjalan-jalan di Sunrise Beach dan Sunset Beach atau bermandi-manda di kolam renang hotel.

Penginapan di sini termasuk pakej sarapan pagi di Mountain Restaurant bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi. Kedudukan hotel adalah berdekatan dengan Walking Street jadi anda juga boleh berkunjung ke restoran lain yang berhampiran iaitu Sri Lipe Halal Thaifood dan Papaya Mom.

Alamat: Moo 7, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Zodiac Sun Resort

Zodiac Sun Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Zodiac Sun Resort

Terletak di Sunrise Beach, Zodiac Sun Resort menawarkan penginapan berhadapan dengan pantai yang indah serta berkonsepkan banglo pantai yang damai. Dengan lokasinya yang strategik menghadap pantai, mereka mempunyai bilik dengan pemandangan laut dan bilik yang terletak berhadapan dengan pantai dilengkapi dengan balkoni yang luas, sesuai untuk keluarga atau pasangan bulan madu menikmati pemandangan laut yang indah. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen, peti ais, cerek dan lain-lain. Di hotel ini tidak mempunyai kolam renang, namun anda boleh bersantai bersama keluarga atau pasangan di Sunrise Beach dan Karma Beach.

Sarapan yang lazat di restoran mereka ada disediakan khas untuk pelanggannya. Anda juga boleh pergi ke Walking Street yang terletak tidak jauh dari hotel dan singgah ke restoran Tasneem Halal Food. Antara servis lain yang ditawarkan adalah penghantaran ke jeti dari lapangan terbang dan tiket bot untuk ke Koh Lipe.

Alamat: Moo 7, Koh Sarai District, A. Muang North Point Beach, Koh Lipe, Thailand, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. The Cliff Lipe Resort 

The Cliff Lipe Resort
Kredit Gambar: Laman Web The Cliff Lipe Resort

Suasana hotel yang tenang dan romantik di The Cliff Lipe Resort ini sesuai untuk percutian keluarga, pasangan berbulan madu dan trip berkumpulan. Penginapan di sini berkonsepkan banglo dan villa dengan hiasan gaya Bali dan terletak berhampiran pantai. Terdapat pilihan bilik yang mempunyai balkoni yang luas untuk anda bersantai melihat pemandangan laut dan matahari terbenam yang menakjubkan. Antara fasiliti yang ditawarkan ialah jakuzi dengan suasana romantis, kolam renang, urutan tradisional Thai dan akses Wi-Fi.

Di hotel ini juga ada menawarkan sarapan premium yang akan dihidangkan ke pintu bilik anda dengan layanan mantap dari staf mereka. Selain restoran hotel, anda juga boleh kunjungi restoran Papaya Mom dan BungRoon Halal yang terletak di Walking Street untuk menikmati hidangan makanan Thai yang pelbagai.

Alamat: 69 M.7, Koh Lipe, T.Koh Sarai, Satun, Sunset Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Bundhaya Resort

Bundhaya Resort
Kredit Gambar: Laman Web Bundhaya Resort

Bundhaya Resort menawarkan penginapan yang sangat selesa dan sesuai untuk keluarga, pasangan berbulan madu atau trip bersama kawan. Penginapan tepi pantai yang berkonsepkan banglo kayu ini mempunyai pilihan bilik dengan pemandangan kolam renang, pantai ataupun taman yang boleh memuatkan dua hingga empat orang dewasa dalam satu bilik. Kemudahan di dalam bilik termasuk minibar, peti ais, televisyen, mesin kopi, Wi-Fi dan lain-lain lagi. Di Bundhaya Resort ini juga mempunyai fasiliti sauna dan jakuzi, kolam renang, servis dobi dan penyewaan basikal untuk anda bersantai di Sunrise Beach dan Pattaya Beach.

Di samping itu, mereka mempunyai restoran hotel yang menghidangkan sarapan secara bufet dan mempunyai fasiliti BBQ untuk makan malam. Restoran lain yang berdekatan dan hanya beberapa minit berjalan kaki seperti Nee Papaya Thaifood dan Tasneem Halal Food.

Alamat: 147 Moo 7, Koh Lipe, T. Koh Sarai, Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Lipe Beach Resort 

Lipe Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Lipe Beach Resort

Penginapan di Lipe Beach Resort ini berkonsepkan rumah banglo kayu dan menghadap pantai. Persekitarannya yang nyaman akan memberikan anda ketenangan luar biasa untuk bersantai dan berehat. Terdapat pelbagai jenis pilihan bilik seperti bilik dengan pemandangan pantai, bilik yang dikelilingi taman, dan penginapan yang luas untuk keluarga. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik adalah tuala mandi, tuala pantai, peti ais dan perkhidmatan Wi-Fi percuma. Di hotel ini tidak mempunyai kolam renang, tetapi anda boleh meluangkan masa menikmati keindahan pantai di Pattaya Beach dan Sunset Beach.

Terdapat sebuah restoran/bar di hotel ini iaitu Elephant Beach Bar & Restaurant yang dibuka dari pagi hingga malam. Kedudukan hotel adalah berdekatan dengan Zodiac Beach Bar di mana anda boleh melihat pertunjukan api pada waktu malam di tepi pantai sambil menikmati tin coke dan spring roll yang halal. Selain itu, anda boleh kunjungi restoran berhampiran seperti Sri Lipe Halal Thai Food.

Alamat: 143 Moo 7 Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


11. Cabana Lipe Resort

Cabana Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Cabana Lipe Beach Resort

Terletak di Sunrise Beach, Cabana Lipe Resort menawarkan penginapan tepi pantai yang mempunyai balkoni untuk anda menikmati pemandangan dan angin pantai. Pelbagai jenis pilihan bilik yang luas sesuai untuk percutian keluarga dan kawan-kawan. Dalam bilik dilengkapi dengan peti ais, tuala, minibar dan akses Wi-Fi bergantung pada pakej bilik hotel. Walaupun hotel ini tidak mempunyai kolam, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam di pulau indah yang berhampiran seperti Koh Hin Ngam dan Koh Usen.

Di samping itu, di hotel ini terdapat restoran atau bar yang terletak hanya beberapa langkah dari bilik hotel anda. Restoran lain yang berhampiran adalah Nee Papaya Thaifood, Benny’s On The Beach dan lain-lain. Kemudahan lain yang disediakan di hotel adalah seperti penyimpanan bagasi, servis teksi, dan servis dobi.

Alamat: 404 Moo 7 Koh Lipe Koh Sarai, Muang, Satun, Sunrise Beach, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


12. Mali Resort Pattaya Beach

Mali Resort Pattaya Beach Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Mali Resort Pattaya Beach

Mali Resort Pattaya Beach menawarkan penginapan berdekatan pantai dengan bilik reka bentuk Bali yang moden dan sesuai untuk keluarga dan trip berkumpulan. Anda berpeluang untuk memilih bilik dengan pemandangan laut atau pemandangan taman. Terdapat kelengkapan seperti televisyen dan peti ais untuk sesetengah bilik dan ada juga bilik yang mempunyai balkoni untuk anda menikmati suasana pantai. Selain itu, pilihan bilik yang lebih privasi juga boleh didapati kerana lokasinya yang agak terpencil dan dikelilingi alam semula jadi yang menenangkan. Di hotel yang menghadap pantai ini tidak mempunyai kolam renang, tetapi anda boleh berjalan dan bersantai di Pattaya Beach dan Sunset Beach yang indah.

Terdapat restoran hotel yang menyajikan sarapan dengan hidangan Thai dan Barat manakala untuk makan malam pula ada pelbagai hidangan makanan laut segar. Selain itu, anda boleh mengunjungi restoran lain yang berdekatan dan terletak di Walking Street seperti Bung Roon Halal dan Sri Lipe Halal Thaifood.

Alamat: 306, Koh Sarai, Koh Lipe, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


13. Dong Talay Lipe Beach Resort

Dong Talay Lipe Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Dong Talay Lipe Beach Resort via agoda.com

Dong Talay Lipe Beach Resort yang terletak di Pattaya Beach menawarkan penginapan tepi pantai dengan persekitaran yang cantik dan tenang. Pelbagai pilihan bilik yang disediakan termasuk bilik yang mempunyai dua bilik tidur, sangat sesuai untuk keluarga atau trip berkumpulan yang terdiri dari 4 orang dewasa. Bilik-bilik di sini kebanyakannya mempunyai balkoni yang dilengkapi kerusi jadi anda boleh bersantai bersama keluarga dan menikmati persekitaran yang indah. Kemudahan di dalam bilik termasuk tuala, peti ais, pengering rambut dan banyak lagi. Anda boleh menghabiskan masa lapang dengan bermandi-manda di kolam hotel atau berjalan di pesisiran pantai Pattaya Beach, Sunrise Beach dan Sunset Beach yang berdekatan dengan hotel.

Hotel yang berkedudukan strategik ini memudahkan anda berjalan kaki ke Walking Street yang mempunyai bermacam jenis kedai dan restoran termasuk 7 Eleven, Nee Papaya, Sri Lipe Halal Thaifood dan lain-lain. Selain itu, mereka juga mempunyai restoran hotel, servis dobi, penghantaran ke lapangan terbang dan lain-lain.

Alamat: 434 Moo 7, T. Parknam, Satun, Pattaya Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


14.  Wapi Resort 

Wapi Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Wapi Resort via agoda.com

Terletak di Sunrise Beach, Wapi Resort adalah sebuah penginapan tepi pantai di Koh Lipe yang dikelilingi pokok pine yang teduh memberikan ketenangan buat percutian anda sekeluarga, pasangan berbulan madu atau trip berkumpulan. Terdapat pelbagai jenis pilihan bilik penginapan yang luas seperti banglo berhadapan pantai, rumah kecil atau dipanggil cottage dengan pemandangan laut, banglo di dalam taman yang sedikit terpencil kedudukannya dan lain-lain lagi. Persekitarannya yang privasi, hiasan bilik minimalis dan dilengkapi dengan kemudahan seperti peti ais, pendingin hawa, dan balkoni akan memberikan keselesaan sepanjang penginapan anda. Terdapat juga fasiliti hotel seperti tempat urut, servis dobi dan Wi-Fi tetapi tidak mempunyai kolam renang.

Selain itu, terdapat juga restoran hotel yang menyajikan makanan Thai dan pelbagai jenis pencuci mulut buat pelanggannya. Kedudukan hotel yang berdekatan dengan Walking Street, Terminal Feri dan 7 Eleven memudahkan anda untuk berjalan di kawasan sekitar dan mengunjungi kedai makan popular seperti Nee Papaya Thaifood.

Alamat: Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


15. Ten Moons Lipe Resort

Ten Moons Lipe Resort
Kredit Gambar: Ten Moons Lipe Resort via agoda.com

Terletak di hujung Sunrise Beach, Ten Moons Lipe Resort merupakan penginapan berkonsepkan banglo dengan gaya Thai sesuai untuk percutian keluarga, bulan madu dan kawan-kawan. Di hotel ini mempunyai penginapan dengan pemandangan laut atau pantai serta bilik yang dikelilingi taman bagi memberikan anda suasana yang lebih tenang dan privasi. Anda juga boleh menikmati keindahan pemandangan laut dan matahari terbit dari balkoni bilik anda sahaja. Kelengkapan dalam bilik termasuk televisyen, Wi-Fi percuma, peti ais, pengering rambut dan banyak lagi.

Terdapat Restoran & Cocktail Bar di hotel ini yang menyajikan hidangan Thai, makanan laut segar, cocktails dan wain. Bagi yang ingin mencari makanan halal, and boleh kunjungi restoran berhampiran iaitu Tasneem Halal Food, Nee Papaya Thaifood dan banyak lagi kedai di Walking Street.

Alamat: 31 Moo 7 Koh Lipe Koh Sarai District, Satun 91100, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


16. Varin Beach Resort 

Varin Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Varin Beach Resort

Varin Beach Resort merupakan salah satu hotel tepi pantai di Pattaya Beach yang sesuai untuk penginapan keluarga dan trip berkumpulan. Terdapat banyak pilihan bilik yang selesa dan cantik hiasan dalamannya termasuk bilik besar yang boleh memuatkan sehingga 8 orang. Kelengkapan dalam bilik seperti almari pakaian, tuala, televisyen dan lain-lain lagi ada disediakan. Kolam renang yang besar di hotel ini adalah percuma sekiranya anda menginap di Varin Beach Resort manakala untuk orang luar akan dikenakan bayaran. Antara fasiliti lain yang terdapat di sini ialah tempat permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat, dan restoran yang beroperasi pada setiap hari.

Penginapan di sini sudah termasuk dengan sarapan halal di hotel mereka untuk para pelanggannya. Restoran di sini adalah bebas pork dan kebanyakan stafnya adalah orang Muslim. Kedudukan hotel sangat strategik kerana berhampiran dengan Walking Street jadi, anda boleh pergi ke restoran Thai seperti Papaya Mom, Tasneem Halal Food dan lain-lain.

Alamat: 171 M.7 T. Koh Sarai A. Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


17. Castaway Resort Koh Lipe

Castaway Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Castaway Resort

Castaway Resort merupakan antara penginapan di Koh Lipe yang mempunyai pemandangan pantai yang indah. Hotel butik ini terletak di Sunrise Beach dan berhampiran dengan Walking Street di mana terdapat pelbagai jenis kedai dan restoran halal seperti Tasneem Halal Food dan Nee Papaya Thaifood. Bilik di sini berkonsepkan banglo kayu klasik dan moden yang dilengkapi dengan dek dan hammock di setiap bilik. Terdapat banglo dua tingkat dengan pemandangan laut atau taman serta banglo satu tingkat yang dikelilingi alam semula jadi. Di hotel ini tidak mempunyai kolam, tetapi anda boleh meluangkan masa bersama keluarga berjalan di pantai, menyertai kelas yoga atau pergi ke spa mereka untuk massage.

Kemudahan seperti jaring nyamuk, kipas, Wi-Fi, dan tuala ada disediakan bagi menjamin keselesaan para pelanggannya. Selain itu, terdapat juga restoran dan bar yang dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 11 malam dan spa urutan tradisional Thai yang menghadap pantai.

Alamat: 1065 Moo 2 PakNam, Langu, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


18. Bella Vista Beach Resort Koh Lipe 

Bella Vista Beach Resort
Kredit Gambar: Laman Web Bella Vista Beach Resort

Terletak di Pattaya Beach, Bella Vista Beach Resort menawarkan penginapan dengan pemandangan pantai yang indah dan hanya beberapa minit sahaja berjalan dari pantai. Biliknya yang luas dengan reka hiasan yang minimal sesuai untuk percutian keluarga dan kumpulan. Terdapat pilihan bilik yang dikelilingi taman atau bilik yang mempunyai pemandangan laut. Antara kelengkapan yang disediakan di dalam bilik ialah televisyen, peti ais, teh dan kopi, perkhidmatan Wi-Fi dan banyak lagi bergantung pada pakej bilik yang diambil. Di hotel ini tidak mempunyai kolam, namun mereka ada menyediakan bot panjang untuk melawat Koh Adang dan Koh Rawi.

Bella Vista Beach Resort juga mempunyai restoran dan bar yang menghadap pantai dan menyajikan hidangan berasaskan hidupan laut yang segar. Selain itu, lokasinya yang strategik ini berhampiran dengan restoran popular di Walking Street iaitu Sri Lipe Halal Thaifood dan BungRoon Halal.

Alamat: 277 Moo 7, Pattaya Beach, T. Koh Sarai, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


19. Salisa Resort

Salisa Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Salisa Resort

Penginapan tepi pantai yang terletak di Sunrise Beach, Koh Lipe iaitu Salisa Resort adalah berkonsepkan banglo mewah dan sesuai untuk penginapan keluarga, pasangan berbulan madu dan trip berkumpulan. Banglo dengan reka hiasan minimalis ini dilengkapi dengan kemudahan seperti peti ais, pengering rambut, cerek dan yang paling penting ialah perkhidmatan Wi-Fi. Terdapat pilihan bilik dengan pemandangan laut yang dilengkapi balkoni, bilik dengan pemandangan taman dan bilik biasa/standard. Di hotel ini tidak mempunyai kolam, namun anda boleh meluangkan masa dengan berjalan di pantai berhampiran seperti Pattaya Beach, Karma Beach dan Sunrise Beach.

Antara fasiliti yang disediakan ialah restoran dan bar, peralatan BBQ, peralatan sukan dan banyak lagi. Di restoran hotel ini menyajikan hidangan makanan Thai. Anda juga boleh berkunjung ke restoran lain yang berdekatan seperti Mah Noh Kitchen dan Nee Papaya Thaifood.

Alamat: Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


20. Casa De Lipe Resort

Casa De Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Casa De Lipe Resort

Casa De Lipe Resort yang terletak di Sunset Beach, Koh Lipe menawarkan penginapan yang mempunyai akses ke pantai serta pemandangan laut yang menakjubkan. Biliknya yang luas dihiasi dengan panel kayu dan bercat putih memberikan elemen estetik dan suasana yang tenang sepanjang penginapan anda sekeluarga dan rakan-rakan di Koh Lipe. Anda boleh memilih bilik dengan pemandangan laut, bilik yang mempunyai kolam persendirian atau bilik yang menghadap pantai. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik termasuk televisyen, perkhidmatan Wi-Fi, pendingin hawa atau kipas serta peti ais. Terdapat juga pakej penginapan yang termasuk dengan sarapan pagi persendirian di bilik hotel.

Casa De Lipe ini mempunyai sebuah restoran iaitu The Deck yang menyajikan hidangan makanan laut segar serta pelbagai jenis hidangan lain. Anda juga boleh berjalan-jalan di Walking Street dan berkunjung ke restoran berdekatan iaitu Sri Lipe Halal Thai Food yang terkenal dengan hidangan sate ayam.

Alamat: Moo 8 T. Koh Sarai, 142, Sunset Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


21. Chareena Hill Beach Resort

Chareena Hill Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Chareena Hill Beach Resort

Terletak di Pattaya Beach, Chareena Hill Beach Resort menawarkan penginapan tepi pantai dengan pemandangan laut yang memukau. Lokasi hotel adalah beberapa minit sahaja berjalan kaki untuk ke pantai Pattaya Beach dan Sanom Beach. Pilihan biliknya yang luas dengan hiasan gaya moden ini boleh memuatkan sehingga 4 orang sesuai untuk penginapan keluarga dan kawan-kawan. Kelengkapan dalam bilik termasuk peti ais, perkhidmatan Wi-Fi, balkoni beserta hammock dan banyak lagi. Antara fasiliti yang boleh didapati di hotel ini adalah restoran, penyimpanan bagasi dan sebagainya namun tidak mempunyai kolam renang.

Restoran The Bay di hotel ini adalah halal yang menyajikan makanan Thai dan antarabangsa serta minuman buah-buahan yang segar. Terdapat juga restoran lain yang berdekatan di Walking Street seperti BungRoon Halal dan Sri Lipe Halal Thaifood.

Alamat: 448 moo 7 , T. Koh Sarai, A. Muang, Satun, Pattaya Beach, Koh Lipe, Muang, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


22. Andaman Beach Resort Lipe 

Andaman Beach Resort Lipe
Kredit Gambar: FB Andaman Beach Resort Lipe

Penginapan yang sangat tenang menghadap pantai iaitu Andaman Beach Resort Lipe terletak di Sunrise Beach, Koh Lipe. Penginapan yang hanya beberapa langkah dari pantai ini mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik sesuai untuk trip keluarga dan kumpulan. Terdapat bilik dengan pemandangan taman atau pemandangan pantai yang sangat indah dilengkapi dengan hammock di hadapan bilik. Walaupun di hotel ini tidak mempunyai kolam renang, mereka ada menyediakan kerusi dengan persekitaran yang cantik untuk anda bersantai di pesisiran pantai. Kelengkapan yang disediakan di dalam bilik adalah seperti televisyen dan tuala.

Andaman Beach Resort Lipe mempunyai restoran yang menyajikan makanan halal jadi mudah bagi pelancong Muslim untuk mencari makanan jika menginap di hotel ini. Lokasinya yang strategik memudahkan anda untuk berjalan-jalan di Walking Street, berkunjung ke restoran halal seperti Mah Noh Kitchen dan Tasneem Halal Food.

Alamat: 366 moo.7, Koh Lipe, Sunrise Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


23. Forra Diving Resort Pattaya Beach

Forra Diving Resort Pattaya Beach
Kredit Gambar: Forra Diving Resort Pattaya Beach via agoda.com

Forra Diving Resort merupakan penginapan tepi pantai yang terletak di bahagian barat Pattaya Bay yang mempunyai suasana nyaman dan persekitaran yang cantik di Koh Lipe ini. Mereka mempunyai penginapan berkonsepkan banglo kayu dan juga buluh dengan ruangan yang luas sesuai untuk percutian keluarga dan trip berkumpulan. Anda boleh memilih penginapan dengan pemandangan laut yang indah atau penginapan yang dikelilingi taman tropika untuk lebih privasi. Kelengkapan di dalam bilik adalah seperti almari, cerek, jaring nyamuk dan lain-lain lagi mengikut pakej penginapan. Di hotel ini tidak mempunyai kolam renang, tetapi mereka mempunyai rumah kelab di pantai dengan pusat menyelam (diving).

Di samping itu, terdapat juga restoran Itali di hotel yang terkenal dengan pasta buatan sendiri. Anda boleh menikmati masa anda di restoran dan bar mereka dengan akses Wi-Fi percuma dan pemandangan pantai yang cantik. Kedudukan hotel adalah strategik kerana berhampiran dengan restoran Papaya Mom, Sri Lipe Halal Thaifood dan 7 Eleven.

Alamat: Pattaya Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


24. Coco Beach Bungalows 

Coco Beach Bungalow Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Coco Beach Bungalow

Coco Beach Bungalows yang terletak di Sunrise Beach, Koh Lipe dan berhampiran dengan Stesen Feri ini menawarkan penginapan yang tenang di tepi pantai serta mempunyai akses secara terus ke Walking Street. Di hotel ini tidak mempunyai kolam dan hanya mempunyai bilik berkonsepkan banglo dengan pemandangan taman. Kemudahan di dalam setiap bilik dilengkapi dengan tuala pantai, pendingin hawa, perkhidmatan Wi-Fi, peti ais dan lain-lain lagi. Yang lebih menariknya, di setiap bilik mempunyai balkoni yang luas serta meja kopi dan kerusi untuk anda bersantai menghirup udara segar dengan selesa.

Terdapat restoran hotel iaitu Coco Beach Restaurant yang mempunyai akses terus ke pantai dan pemandangan laut yang indah. Pelbagai hidangan lazat yang disajikan dan yang sering menjadi pilihan ramai ialah kari ayam rangup dan salad betik (papaya salad). Selain itu, anda juga boleh singgah ke restoran lain yang berhampiran iaitu Tasneem Halal Food dan kedai 7 Eleven.

Alamat: 248 Moo 7, T. Koh Sarai, A. Muang, Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook

Baca Lagi: Top 10 Hotel Family-Friendly di Koh Lipe


Dah jumpa penginapan tepi pantai yang sesuai untuk anda bercuti di Koh Lipe? Banyak pilihan penginapan yang menarik dengan pemandangan pantai yang memukau. Jom bercuti ke Koh Lipe!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

3 Tempat Menarik Di Pak Bara, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pak Bara yang terletak di wilayah Satun di bahagian selatan Thailand merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Koh Lipe. Suasana persekitaran di Pak...

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe....

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong...

Top 5 Tempat Snorkeling Popular di Koh Lipe

Snorkeling di Koh Lipe merupakan antara aktiviti yang menarik dan ideal untuk dilakukan di sana. Koh Lipe merupakan sebuah pulau indah terkenal dengan keindahan...

Koh Lipe – Umpama “Maldives” Versi Thailand

Koh Lipe, sebuah pulau indah yang terletak di selatan Thailand. Pulau kecil ini lebih dikenali sebagai Maldives of Thailand merupakan salah satu hidden gems...

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x