Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

3 Tempat Menarik Di Pak Bara, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pak Bara yang terletak di wilayah Satun di bahagian selatan Thailand merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Koh Lipe. Suasana persekitaran di Pak Bara akan membuatkan anda terpesona dengan keindahan alam semula jadinya. Apa yang menariknya di tempat ini? Mari kita ketahui lebih lanjut tempat menarik di Pak Bara!


3 Tempat Menarik Yang Anda Patut Singgah Bila Berada Di Pak Bara, Bandar Berdekatan Koh Lipe

1. Khao Thanan (Sunflower Garden)

Khao Thanan (Sunflower Garden)
Kredit Gambar: riderchris.com

Khao Thanan iaitu taman yang penuh dengan bunga matahari dan sangat terkenal dengan pemandangannya yang cantik. Taman bunga matahari ini mempunyai musim yang tersendiri untuk berkembang mekar iaitu antara bulan Januari hingga Mac. Pada waktu itu, anda berpeluang untuk mengambil gambar pemandangan bunga yang menakjubkan dan menikmati keindahan semula jadi di taman itu.

Terdapat juga sebuah kafe dengan suasana yang menarik untuk bergambar dan instgrammable. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman bunga matahari dan singgah di kafe untuk bersantai menikmati keindahan sekitar.

Alamat: 3M6R+4H9, Thung Bu Lang, Thung Wa District, Satun 91120, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


2. Pak Bara Viewpoint

Pak Bara Viewpoint
Kredit Gambar: Google Map

Pak Bara Viewpoint merupakan salah satu lokasi ideal untuk bergambar dengan berlatar belakang Laut Andaman yang indah. Di kawasan sekitarnya, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan ringan pada setiap petang. Antara makanan yang popular ialah sate ayam, jagung rebus, somtam dan aiskrim kelapa. Pada hujung minggu pula, terdapat pasar malam yang meriah dan banyak gerai yang menjual makanan seperti daging bakar, aiskrim kelapa dan lain-lain lagi.

Alamat: RPXP+Q9H, Pak Nam, La-ngu District, Satun, Thailand

Waktu Operasi: 24 Jam

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


3. Pak Bara Beach

Pak Bara Beach
Kredit Gambar: beachsearcher.com

Antara tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam ialah di Pantai Pak Bara. Persekitaran di pantai ini sangat indah dengan pasir pantainya yang putih dan air laut yang jernih menjadikannya lokasi yang ideal untuk anda berjemur, berenang dan melakukan aktiviti snorkeling. Di kawasan Pantai Pak Bara ini juga terdapat banyak kedai makan yang menyajikan hidangan makanan laut yang segar pasti akan memikat selera anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati makanan laut sambil menikmati angin pantai yang lembut.

Alamat: Pakbara Pier, Mueang Satun, Satun, Thailand

Waktu Operasi: 24 Jam

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut

Jom baca lagi:


Pak Bara mempunyai tarikan semula jadi yang menakjubkan sesuai untuk pecinta alam semula jadi mengeksplorasi kawasan sekitar. Selain itu, ia juga menjadi tempat tumpuan makanan Thai dan hidangan makanan laut yang pelbagai. Mari kita mulakan rancangan perjalanan ke Pak Bara yang indah!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

Koh Lipe: Cara-Cara Untuk Ke Sana (Mudah & Ringkas)

Koh Lipe, syurga pulau yang indah. Terdapat dua cara yang mudah untuk sampai ke sana. Perjalanan untuk ke sana memerlukan perancangan yang terancang dan...

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan...

4 Destinasi Menarik Pantai Popular Di Koh Lipe

Koh Lipe, sebuah pulau tropika kecil yang terletak di selatan Thailand, terkenal dengan pantainya yang menawan dan keindahan alamnya yang memukau. Pasir pantai yang...

5 Agensi Terbaik Yang Menawarkan Kursus Diving PADI Di Koh Lipe

Jika anda berminat ingin mempelajari aktiviti menyelam (diving) dengan lebih mendalam, anda boleh menyertai Professional Association of Diving Instructors (PADI) Water Course di Koh...

10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

Keindahan pantai-pantai di Koh Lipe atau gelarannya ‘Maldives of Thailand’ akan membuatkan anda berasa tenang dan santai. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong yang memilih...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x