Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Jom Tengok 25 Makanan Perlu Dicuba Di Koh Lipe

Koh Lipe adalah destinasi ideal buat para penggemar makanan laut di mana pelancong akan menemui banyak hidangan makanan laut di sekitar pantai dan Walking Street. Selain makanan laut, pulau kecil yang indah ini menawarkan pelbagai hidangan makanan yang menyelerakan yang anda patut cuba. Jom kita lihat senarai makanan tersebut!


1. Pad Thai

Pad Thai Koh Lipe
Kredit Gambar: Internet

Mi goreng gaya Thailand yang terkenal iaitu Pad Thai yang dihidangkan dengan telur, taugeh, udang dan bahan-bahan lain yang memberikan cita rasa khas. Ia juga sering disertakan dengan kacang tanah dan diperah sedikit limau diatasnya menambahkan lagi selera dan aroma hidangan mi goreng Thai klasik ini. Pad Thai mudah didapati di kedai makanan Thai, gerai makan kecil atau street food di sekitar Koh Lipe.

Hotel Terdekat


2. Tom Yam 

Tom Yum Koh Lipe
Kredit Gambar: hot-thai-kitchen.com

Antara hidangan Thailand yang sangat digemari orang Malaysia ialah Tom yam yang merupakan hidangan tradisi masyarakat Thailand. Tom yam adalah sup pedas dan masam yang terkenal dengan kombinasi rasa yang seimbang antara pedas, masam, manis, dan masin. Ia biasanya dimasak dengan udang, ayam, atau makanan laut. Bahan-bahan rempah lain yang dicampurkan ke dalam tomyam akan memberikan rasa sedapnya yang tersendiri.

Antara tom yam yang sering menjadi pilihan apabila datang ke Koh Lipe ialah tom yam goong iaitu tom yam berisi udang. Udang yang segar dimasak bersama tom yam menambahkan lagi kesedapan dalam masakan tersebut.

Hotel Terdekat


3. Massaman Curry

Massaman Curry Koh Lipe
Kredit Gambar: Internet

Kari massaman (massaman curry) adalah kari Thai yang kaya dengan rasa dan mempunyai tekstur kuah yang lembut. Masakan ini mengandungi santan, asam jawa, kentang dan bahan-bahan asas lain serta kebiasaannya dimasak dengan ayam atau daging lembu. Bagi mendapatkan hasil kari Thai yang sungguh lazat, masakan ini mengambil masa yang lama supaya dagingnya empuk dan aroma kari ini dapat meresap ke dalam daging.

Hotel Terdekat


4. Som Tam (Papaya Salad) 

Som Tam (Papaya Salad) Koh Lipe
Kredit Gambar: freepik.com

Hidangan Som tam atau dikenali juga sebagai papaya salad adalah hidangan sampingan Thai yang popular. Hidangan ini merupakan campuran sayur-sayuran, betik muda, kacang dan udang kering. Rasanya pedas, masam dan manis yang lazat dimakan begitu sahaja atau bersama nasi putih.

Hotel Terdekat


5. Nasi Goreng Nenas Thai (Thai Pineapple Fried Rice)

Nasi Goreng Nenas Thai Koh Lipe
Kredit Gambar: cookpad.com

Nasi goreng nenas thai adalah hidangan unik Thailand yang mempunyai gabungan nenas, nasi goreng, sayur-sayuran dan bahan bahan lain. Isi buah nenas dipotong kecil-kecil dan dicampurkan bersama nasi goreng yang pedas, menambahkan lagi rasa masam dan manis dalam masakan. Ditambah pula isi ayam atau udang segar ke dalam menu ini pasti akan memikat selera anda semua. Hidangan nasi goreng nenas thai ini merupakan salah satu hidangan Thailand yang popular di Koh Lipe.

Hotel Terdekat


6. Ikan Siakap Masak Kengsom 

Ikan Siakap Masak Kengsom Koh Lipe
Kredit Gambar: Internet

Ikan Siakap Masak Kengsom adalah hidangan tradisional Thailand yang mempunyai rasa yang masam, pedas, dan aroma wangi. Ikan siakap (barramundi) dimasak dalam kuah pedas yang kaya dengan herba dan rempah ratus seperti kunyit hidup, serai, cili padi dan limau nipis. Menu ikan masak kengsom ini sering dihidangkan dengan nasi putih dan menjadi kegemaran ramai kerana kesegaran dan rasa uniknya yang menggoda selera.

Hotel Terdekat


7. Nasi Pulut Mangga

Nasi Pulut Mangga Koh Lipe
Kredit Gambar: cookpad.com

Pencuci mulut Thai yang sangat popular iaitu nasi pulut mangga. Tekstur makanan ini seperti nasi yang melekit iaitu pulut serta rasanya yang manis dihidangkan dengan hirisan mangga segar. Walaupun menu ini mudah dijumpai di Malaysia, namun anda wajib mencuba nasi pulut mangga apabila bercuti di Koh Lipe kerana rasanya lebih sedap dan menyegarkan.

Hotel Terdekat


8. Pancake Nutella 

Pancake Nutella Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Thai Lady Pancake

Salah satu pencuci mulut yang mudah didapati di sekitar Koh Lipe ialah pancake nutella. Terdapat hirisan buah pisang di dalamnya yang disaluti roti seperti roti canai. Pancake manis dan gebu ini dipenuhi sapuan nutella di atasnya yang pasti akan memikat selera anda. Untuk pengetahuan anda, pancake nutella ini merupakan sajian yang kerap dihidangkan di Koh Lipe sekitar waktu petang hingga malam sebagai snek di sana.

Hotel Terdekat


9. Sate Daging

Sate Daging Koh Lipe
Kredit Gambar: Pinterest

Daging manis dipanggang yang disisipkan dalam tusuk sate dan disajikan dengan kuah kacang mempunyai rasa yang sungguh lazat. Daging tersebut dipotong kecil dan diperap dalam ramuan rempah khas yang memberikan rasa manis sebelum dipanggang. Sate daging adalah antara makanan tepi jalan (street food) yang sangat popular di Thailand. Di selatan Thailand pula, menu sate ini sering menggunakan bahan daging lain seperti ikan, ketam atau udang.

Hotel Terdekat


10. Aiskrim Kelapa

Aiskrim kelapa
Kredit Gambar: Internet

Aiskrim kelapa adalah pencuci mulut yang sangat menyegarkan apabila dinikmati di sekitar kawasan pantai. Kebiasaannya, aiskrim berperisa kelapa berkrim ini merupakan buatan sendiri yang dicampur dengan santan. Anda boleh menemui aiskrim kelapa yang segar ini banyak dijual di sekitar pantai-pantai di Koh Lipe dan dihidangkan di dalam buah kelapa muda. Untuk lebih sedap dan menarik, anda boleh tambah topping seperti jagung, kacang, jeli atau mana-mana topping yang terdapat di gerai itu.

Hotel Terdekat


11. Makanan Laut Segar

Makanan Laut Segar
Kredit Gambar: FB Papaya Mom

Koh Lipe terkenal dengan hidangan makanan laut segar termasuk pelbagai jenis ikan, udang, ketam, sotong dan banyak lagi. Anda boleh menikmati hidangan laut segar ini di pelbagai restoran dan gerai tepi pantai di sepanjang pulau itu. Beberapa hidangan yang popular untuk menikmati makanan laut segar di Koh Lipe ialah ikan bakar, sotong panggang atau bakar, udang masak pedas, dan macam-macam lagi.

Hotel Terdekat


12. Tom Kha Gai 

Tom Kha Gai
Kredit Gambar: Internet

Tom kha gai adalah sup kelapa berkrim dengan ayam dan herba aromatik yang sangat menyelerakan. Hidangan ini mengandungi bahan-bahan seperti santan, cili api, lengkuas, ayam dan lain-lain bagi meningkatkan lagi kelazatan dan aroma sup ini. Penggemar masakan pedas boleh menikmati hidangan ini dengan nasi atau dimakan begitu sahaja.

Hotel Terdekat


13. Sup Sayur “Tom Jued”

Tom Jued Koh Lipe
Kredit Gambar: Tripadvisor

Sup sayur atau “Tom Jued” adalah hidangan sup ringan dan sihat yang popular di Thailand. Ia merupakan sup yang biasanya terdiri daripada ayam atau daging dan sayur-sayuran seperti kubis, buncis, tauhu dan lain-lain lagi. Dengan rasa supnya yang ringan, hidangan ini sangat sesuai dinikmati dengan hidangan pedas Thai yang lain.

Hotel Terdekat


14. Fried Chicken 

Fried Chicken
Kredit Gambar: Internet

Ayam goreng di Koh Lipe adalah salah satu hidangan yang mudah didapati di pulau ini. Terdapat banyak kedai makan dan gerai tepi jalan yang menyajikan ayam goreng yang rangup dan berperisa. Kebiasaannya, dihidangkan bersama sos pencicah Thai yang pedas dan manis rasanya. Ia adalah hidangan yang lazat dan sering menjadi pilihan untuk mereka yang menggemari hidangan ayam semasa melancong di Koh Lipe.

Hotel Terdekat


15. Kuew Teow “Pad See Ew”

Pad See Ew
Kredit Gambar: hot-thai-kitchen.com

Mi beras lebar yang dipanggil kuew teow atau dikenali juga sebagai pad see ew di Thailand. Pad see ew adalah hidangan popular dalam masakan Thailand yang dibuat dari mi beras yang digoreng rata dengan campuran kicap, telur, sayur-sayuran dan pilihan daging seperti daging ayam, daging lembu atau udang. Bahan-bahan lain yang dimasukkan dalam masakan ini akan memberikan anda rasa yang lazat dan memikat selera.

Hotel Terdekat


16. Tom Klong Pla Too 

Tom Klong Pla Too
Kredit Gambar: jollykitchenwithkiet.com

Tom Klong Pla Too adalah hidangan sup Thai pedas dan masam yang biasanya dimasak dengan ikan tenggiri. Dalam bahasa Thai, “Tom Klong” merujuk kepada sup yang pedas dan masam manakala “Pla Too” merujuk kepada ikan tenggiri. Kuahnya yang unik berwarna seperti oren atau merah jambu kerana campuran daripada bahan rempah yang digunakan. Hidangan ini dilengkapi dengan campuran sayur seperti tomato dan daun bawang bagi meningkatkan lagi rasa sedap dan aroma sup.

Hotel Terdekat


17. Coconut Shake

Coconut Shake
Kredit Gambar: Tripadvisor

Air coconut shake adalah minuman menyegarkan yang dibuat dengan air kelapa segar dan dicampur dengan ais. Ada juga yang menambahkan aiskrim vanilla di atasnya untuk memberikan rasa manis dan segar pada minuman itu. Minuman ini sungguh lazat dinikmati ketika cuaca panas dan berjalan di pesisiran pantai. Anda boleh mendapatkannya di gerai-gerai minuman sekitar pantai di Koh Lipe.

Hotel Terdekat


18. Pad Krapow (Basil Stir-fry) 

Pad Krapow (Basil Stir-fry)
Kredit Gambar: cookpad.com

Hidangan yang wajib dicuba apabila bercuti di Koh Lipe ialah pad krapow yang merupakan hidangan tumis berperisa dengan daun selasih Thai (basil) dan pilihan protein seperti daging ayam cincang. Kebiasaannya menu ini dihidangkan dengan rasa pedas dan dimakan bersama nasi putih dan telur mata. Pad krapow adalah makanan rutin rakyat Thailand dan telah menjadi kegemaran ramai orang Malaysia.

Hotel Terdekat


19. Minuman Segar Smoothie

Minuman Segar Smoothie
Kredit Gambar: thethaiger.com

Terdapat pelbagai jenis minuman segar smoothie yang boleh anda nikmati, terutamanya semasa cuaca panas di pulau Koh Lipe. Anda boleh mencuba smoothie buah-buahan segar seperti mangga, nanas, pisang, atau strawberi yang dicampur dengan jus buah segar, yogurt, dan ais. Minuman yang menyegarkan ini biasanya boleh didapati di La Moon Lipe atau gerai-gerai minuman di Koh Lipe, dan ia merupakan pilihan yang sempurna untuk melegakan dahaga.

Hotel Terdekat


20. Larb Gai 

Larb Gai
Kredit Gambar: The Kitchn

Salah satu hidangan tradisional yang terkenal di Koh Lipe ialah larb gai iaitu salad ayam yang pedas rasanya. Hidangan ini terdiri daripada daging ayam yang dicincang halus dan dimasak dengan rempah-rempah seperti cili, serai, daun limau purut, dan macam-macam lagi. Bagi menambahkan lagi kelazatannya, hidangan ini sering disajikan dengan perahan limau nipis dan boleh juga dimakan dengan nasi.

Hotel Terdekat


21. Sotong Bakar/Panggang

Sotong Bakar
Kredit Gambar: RASA

Sotong bakar yang lembut dan berasap dihidangkan bersama sos pencicah pedas yang begitu memikat rasanya. Sotong ini dibersihkan, dipotong menjadi kecil dan kemudian dibakar atau dipanggang dan dicampurkan dengan rempah khas seperti minyak, lemon, bawang dan lain-lain. Hidangan sotong bakar ini mudah didapati di sekitar Koh Lipe atau di Walking Street.

Hotel Terdekat


22. Gaeng Keow Wan (Green Curry) 

Gaeng Keow Wan (Green Curry)
Kredit Gambar: Asian Inspirations

Kari Thai yang dipanggil gaeng keow wan juga dikenali sebagai kari hijau (green curry) dibuat dengan cili hijau serta campuran santan membuatkan kuahnya sedikit likat. Hidangan ini sungguh enak dimasak dengan ikan, ayam atau daging lembu dan memberikan rasa yang pedas dan manis. Antara bahan lain yang dimasukkan dalam hidangan ini ialah terung, gula, sos ikan dan sayur-sayuran lain.

Hotel Terdekat


23. Ayam Masak Sweet & Sour

Ayam Masak Sweet & Sour
Kredit Gambar: Pinterest

Selain ayam goreng, ayam masak sweet & sour juga adalah hidangan yang sering menjadi pilihan pelancong di Koh Lipe. Ayam yang dipotong kepada bahagian yang kecil digoreng dan dicampurkan ke dalam kuah sweet & sour. Kuahnya yang berasa masam dan manis dibuat dari campuran sos cili, tomato, nenas dan bahan-bahan lain secukup rasa. Hidangan ini sungguh lazat disajikan bersama nasi putih yang panas.

Hotel Terdekat


24. Kanom Krok 

Kanom Krok
Kredit Gambar: Pinterest

Pencuci mulut tradisional Thai yang dipanggil kanom krok merupakan pancake bersaiz mini berbentuk setengah bola. Makanan ini dibuat dari campuran santan, tepung beras dan gula merah dan dimasak menggunakan kuali besi khas yang mempunyai lekapan berbentuk separuh bulat. Pancake ini mempunyai aroma yang wangi dan rasa manis serta tekstur permukaan yang licin.

Hotel Terdekat


25. Pulut Ayam

Pulut Ayam
Kredit Gambar: cookpad.com

Pulut ayam adalah antara menu yang mesti dicuba apabila sampai ke pulau indah ini. Pulut ayam merupakan nasi pulut yang dimasak bersama santan, dihidangkan bersama ayam panggang dan kadangkala diiringi dengan kuah pedas atau kacang. Ayam tersebut digaul dengan pelbagai rempah seperti bawang putih, lada putih, kicap cair dan sebagainya sebelum dipanggang. Hidangan ini dilengkapi dengan kuah sos yang pedas beserta pulut nasi pasti membuatkan anda terliur.

Hotel Terdekat


Banyak pilihan makanan yang boleh anda cuba apabila datang ke Koh Lipe ini selain makanan laut. Semua makanan ini boleh dijumpai di gerai-gerai seperti BungRoon, Nee Papaya, dan gerai lain yang terdapat di sekitar Koh Lipe. Walaupun kebanyakan makanan ini boleh didapati di Malaysia, namun anda patut cuba rasa asli makanan Thai ini apabila bercuti di sana. Jadi, mari nikmati kelazatannya di koh Lipe!

Baca Lagi: 8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air...

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan...

10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

Keindahan pantai-pantai di Koh Lipe atau gelarannya ‘Maldives of Thailand’ akan membuatkan anda berasa tenang dan santai. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong yang memilih...

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe....

4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe!

Koh Lipe sebuah pulau tropika yang menakjubkan di Thailand merupakan destinasi impian bagi para pelancong yang mencari ketenangan di pantai. Sekiranya anda merancang untuk...

24 Hotel Menarik Berdekatan Pantai Di Koh Lipe

Selamat datang di Koh Lipe, salah satu destinasi pulau terindah di Thailand! Jika anda mencari pengalaman pantai yang istimewa lagikan romantis, maka Koh Lipe...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x