Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Tempat Menarik Di Kuala Perlis, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Kuala Perlis mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila singgah di negeri terkecil di Malaysia. Negeri di sempadan Malaysia-Thailand ini mempunyai pemandangan yang cukup indah dan terkenal dengan buah mangga harumanis yang sungguh lazat rasanya. Bukan itu sahaja, banyak lagi tempat menarik lain yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga dan anak kecil ataupun bersama rakan-rakan. Mari kita lihat!


7 Tempat Menarik Di Kuala Perlis, Bandar Berdekatan Koh Lipe

1. Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayang
Kredit Gambar: FB Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayang adalah salah satu tempat menarik yang mesti dilawati apabila tiba di Kuala Perlis. Muzium tempatan ini menyimpan pelbagai kisah sejarah negeri Perlis dan hasil arkeologi yang ditemui pada zaman dahulu. Bangunan muzium ini adalah berasaskan seni bina rumah melayu di negeri Perlis iaitu bumbung bangunan yang panjang. Untuk pengetahuan semua, Muzium Kota Kayang pernah menjadi tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis pada suatu ketika dahulu.

Terdapat 3 galeri utama di dalam muzium ini iaitu galeri umum yang menceritakan sejarah dan kebudayaan di negeri Perlis, galeri arkeologi yang menempatkan hasil penyelidikan Kota Kayang serta galeri diraja yang menceritakan salasilah diraja negeri Perlis. Muzium yang kaya dengan sejarah ini menjadi pusat rujukan mengenai sejarah negeri Perlis dan dapat memulihara warisan dan kebudayaan negeri. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah sejarah negeri Perlis, boleh mengunjungi Muzium Kota Kayang ini yang beroperasi pada setiap hari kecuali Isnin minggu pertama setiap bulan.

Alamat: Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali isnin pertama setiap bulan (9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotel Terdekat |Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


2. Taman Negeri Perlis

Taman Negeri Perlis
Kredit Gambar: Google Map

Hutan simpan di negeri Perlis iaitu Taman Negeri Perlis terletak berhampiran dengan Pekan Wang Kelian. Taman seluas 5000 hektar ini merupakan hutan separuh luruh kerana mengalami satu fenomena di mana pokok-pokok di taman ini menggugurkan daunnya. Pelancong berpeluang untuk menemui spesis flora dan fauna yang jarang ditemui pada waktu kini seperti pokok Bogak dan beruk kentoi. Terdapat juga aktiviti lain yang ditawarkan di sini iaitu menjelajah gua, berkhemah, melihat burung-burung, mendaki gunung dan banyak lagi. Kemudahan asas seperti surau, tandas, chalet dan kantin juga ada disediakan di taman ini.

Alamat: 02200 Kaki Bukit, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web


3. Snake & Reptile Farm

Snake & Reptile Farm
Kredit Gambar: itc.gov.my

Taman Ular dan Reptilia di negeri Perlis ini adalah satu-satunya taman ular di Malaysia dan merupakan taman ular yang terbesar di Asia Tenggara. Taman ini menjadi tarikan pelancong dan tempat yang harus dilawati oleh penggemar ular atau reptilia. Terdapat lebih kurang 150 ekor ular dengan pelbagai spesis yang boleh ditemui di sini termasuklah spesis ular dari luar negara. Pelancong berpeluang untuk mendekati setengah spesis ular tersebut dan mengambil gambar yang menakjubkan. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat persembahan ular yang diadakan dengan bayaran RM 1 sahaja. Selain ular, haiwan reptilia lain yang boleh didapati di sini ialah buaya tembaga, biawak dan iguana.

Di taman yang besar ini ada menyediakan fasilti asas seperti tempat duduk dan ruang untuk rehat. Terdapat juga haiwan lain seperti kura-kura, arnab, kucing dan sebagainya. Taman ini sangat sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga dan anak-anak sambil meningkatkan pengetahuan mengenai haiwan reptilia.

Alamat: Taman Ular dan Reptilia Perlis, Jalan, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


4. Gua Kelam

Gua Kelam
Kredit Gambar: forestry.perlis.gov.my

Antara gua yang unik di Malaysia ialah Gua Kelam dengan kepanjangan batu kapur sehingga 370 meter. Gua yang terletak di Kaki Bukit ini akan memberikan anda pengalaman luar biasa kerana perlu melalui jambatan gantung yang agak mencabar untuk masuk ke dalam gua. Nama Gua Kelam ini merupakan nama yang diberi oleh pelombong-pelombong bijih timah di kawasan itu kerana suasananya yang kelam di dalam gua. Laluan pejalan kaki di dalam gua adalah sepanjang 1.5 kilometer yang mempunyai jalan simen, tanah dan laluan anak sungai. Di hujung gua pula, terdapat pemandangan lembah yang menakjubkan dan suasana yang tenang dengan kehijauan pokok-pokok, amat sesuai bagi pencinta alam semula jadi. Terdapat Taman Rahsia Perlis atau dikenali sebagai Secret Garden of Perlis di dalam gua tersebut. Anda perlu berjalan lebih kurang 30 minit dari pintu masuk gua untuk tiba ke taman itu.

Alamat: Jalan, Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (9.00 pagi – 5.30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


5. Al-Hussain Mosque

Masjid Al-Hussain
Kredit Gambar: FB Masjid Al-Hussain & Google Map

Masjid Al-Hussain merupakan mercu tanda yang terkenal di Perlis. Masjid terapung ini dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis dan menghadap Selat Melaka. Reka bentuk masjid menggunakan tema seni bina tropika Islamik yang moden diilhamkan oleh Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. Keunikan masjid ini menjadi tarikan utama para pelancong dengan dindingnya yang dihiasi batu kerikil, batu karang, marmar, granit dan bangunnanya tidak dicat bagi mewujudkan elemen alam semula jadi. Warna kubah masjid ialah warna kuning keemasan dan biru yang menjadi simbolik warna bendera Perlis. Uniknya lagi masjid ini ialah pancaran cahaya warna merah, biru, putih dan hijau akan dinyalakan apabila sudah masuk waktu solat. Hal ini dapat memberi isyarat kepada nelayan di tengah laut mengenai masuknya waktu solat.

Alamat: 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


6. Perlis Herbal Garden

Perlis Herbal Garden
Kredit Gambar: foursquare.com

Pelbagai jenis tanaman herba yang boleh didapati di Taman Herba Perlis seluas 12 hektar yang terletak bersebelahan dengan Taman Ular dan Reptilia. Taman herba ini dibina pada tahun 1998 bagi menempatkan tanaman herba yang digunakan oleh penduduk tempatan bagi tujuan perubatan tradisional. Antara tumbuhan ubatan yang boleh dijumpai ialah tongkat ali, kacip fatimah, mengkudu dan lain-lain. Terdapat juga koleksi tumbuhan liar yang sedia ada dan tumbuhan ubatan yang dibawa dari negara luar. Pelancong bukan sahaja dapat mempelajari mengenai tumbuh-tumbuhan di sini malah berpeluang untuk merasai khasiatnya.

Alamat: 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web


7. Superfruits Valley

Superfruits Valley
Kredit Gambar: Google Map

Superfruits Valley iaitu ladang buah-buahan yang patut anda kunjungi jika sampai di Kuala Perlis. Terletak di daerah Chuping dan bersebelahan dengan Kelab Golf Putra, ladang ini telah diusahakan sejak tahun 2016 tetapi masih belum dibuka kepada umum ketika itu. Terdapat 4 jenis tanaman utama iaitu buah tin, markisa, gac dan lemon. Pemilik ladang menanam dan menjaga ladang dengan baik secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang racun perosak bagi menghasilkan buah yang berkualiti tinggi. Pelancong yang datang boleh membeli buah-buahan segar yang dijual di ladang ini. Selain buah-buahan segar, mereka juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan buah seperti kopi dengan campuran tin, garam markisa, minuman jus segera dan lain-lain. Untuk pengetahuan pelancong, kenderaan yang sesuai untuk ke ladang ini ialah pacuan 4 roda kerana perlu mengharungi jalan tanah merah yang tidak rata.

Alamat: 02450 Padang Besar, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 4.00 petang)

Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook

Jom baca lagi:


Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Perlis terutama bagi penggemar alam semula jadi untuk menikmati keindahan di negeri terkecil di Malaysia ini. Di samping itu, banyak perkara yang dapat dipelajari seperti kisah sejarah dan ilmu pengetahuan mengenai haiwan dan tumbuh-tumbuhan apabila melawat tempat-tempat menarik di sini. Mari pergi ke Kuala Perlis untuk melihat keindahan alam semula jadinya!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10+ Hotel Budget-Friendly Berbaloi Di Koh Lipe

Koh Lipe, destinasi percutian yang ideal penuh dengan keindahan pantai dan alam semula jadi. Bagi yang mencari hotel dan resort sebagai tempat penginapan yang...

4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe!

Koh Lipe sebuah pulau tropika yang menakjubkan di Thailand merupakan destinasi impian bagi para pelancong yang mencari ketenangan di pantai. Sekiranya anda merancang untuk...

Koh Lipe – Umpama “Maldives” Versi Thailand

Koh Lipe, sebuah pulau indah yang terletak di selatan Thailand. Pulau kecil ini lebih dikenali sebagai Maldives of Thailand merupakan salah satu hidden gems...

3 Tempat Menarik Di Pak Bara, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pak Bara yang terletak di wilayah Satun di bahagian selatan Thailand merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Koh Lipe. Suasana persekitaran di Pak...

21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air...

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x