Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10+ Hotel Budget-Friendly Berbaloi Di Koh Lipe

Koh Lipe, destinasi percutian yang ideal penuh dengan keindahan pantai dan alam semula jadi. Bagi yang mencari hotel dan resort sebagai tempat penginapan yang bersesuaian dengan budget dan mesra poket, di sini kami ringkaskan pilihan penginapan di Koh Lipe untuk anda.

Mari kita tengok!


11 Hotel Budget-Friendly Terbaik & Berbaloi Di Koh Lipe Untuk Anda Cuba!

1. Longbay Lipe Bungalow

Longbay Lipe Bungalow Koh Lipe
Kredit Gambar: Longbay Lipe Bungalow via agoda.com

Longbay Lipe Bungalow terletak di Sunset Beach menawarkan penginapan yang selesa dengan kelengkapan fasiliti yang pelbagai. Penginapan di sini berkonsepkan kayu dengan reka bentuk moden yang menghadap pantai dan luas maka, sesuai untuk penginapan keluarga atau trip berkumpulan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh pilih bilik yang mempunyai balkoni untuk pengalaman bersantai yang lebih menarik serta barangan seperti tuala, air minuman, perkhidmatan Wi-Fi dan lain-lain lagi boleh didapati di dalam bilik penginapan.

Di kawasan hotel tidak mempunyai kolam tetapi masih terdapat kemudahan lain seperti mesin ATM, kedai runcit, bar serta akses Wi-Fi untuk kegunaan ramai. Lokasi hotel adalah strategik kerana berdekatan dengan Stesen Feri, Karma Beach, Sunrise Beach serta kedai-kedai makan popular seperti Nee Papaya Thaifood, Tasneem Halal Food dan Sri Lipe Halal.

Alamat: Sunset Beach, Koh Lipe, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan


2. Plawan Resort 

Plawan Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Plawan Lipe Resort via agoda.com

Plawan Resort merupakan sebuah hotel yang mempunyai lokasi yang strategik iaitu 80 meter sahaja dari Sunset Beach dan tidak jauh dengan Sunrise Beach. Penginapan hotel budget di Plawan Resort ini sangat berbaloi untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan di Koh Lipe kerana hiasan biliknya yang cantik dan kemas serta persekitaran hotel yang menyenangkan. Perkhidmatan Wi-Fi juga boleh diakses dari setiap bilik. Walaupun hotel ini tidak mempunyai kolam renang, anda boleh menghabiskan masa dengan bersantai di pesisiran pantai Karma Beach, Sunset Beach dan Sunrise Beach.

Kelengkapan seperti peti ais, pemanas air, pendingin hawa dan lain-lain ada disediakan di dalam bilik. Jika memerlukan barang asas yang lain boleh pergi ke 7Eleven berhampiran atau kedai-kedai di Walking Street. Restoran makanan halal juga banyak yang berhampiran antaranya ialah Nee Papaya dan Tasneem Halal Food.

Alamat: Sunset Beach, Koh Lipe, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook 


3. Lipe Beach Resort

Lipe Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Lipe Beach Resort

Penginapan berkonsepkan rumah banglo kayu di Lipe Beach Resort dan terletak berhadapan pantai, akan memberikan anda ketenangan luar biasa ketika bersantai dan berehat. Anda boleh pilih pelbagai jenis penginapan seperti bilik dengan pemandangan pantai, bilik yang dikelilingi taman, dan penginapan yang luas untuk keluarga. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik adalah tuala mandi, tuala pantai, peti ais dan perkhidmatan Wi-Fi percuma. Di hotel ini tidak mempunyai kolam renang, tetapi anda boleh meluangkan masa menikmati keindahan pantai di Pattaya Beach dan Sunset Beach.

Terdapat sebuah restoran/bar di hotel ini iaitu Elephant Beach Bar & Restaurant yang dibuka dari pagi hingga malam. Kedudukan hotel adalah berdekatan dengan Zodiac Beach Bar di mana anda boleh melihat pertunjukan api pada waktu malam di tepi pantai sambil menikmati tin coke dan spring roll yang halal. Selain itu, anda boleh kunjungi restoran berhampiran seperti Sri Lipe Halal Thai Food.

Alamat: 143 Moo 7 Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Cabana Lipe Resort 

Cabana Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Cabana Lipe Resort

Terletak di Sunrise Beach, Cabana Lipe Resort menawarkan penginapan hotel budget di Koh Lipe ini yang mempunyai balkoni untuk anda menikmati pemandangan dan angin pantai. Pelbagai jenis bilik beserta akses Wi-Fi yang ditawarkan sesuai untuk keluarga dan trip dengan kawan-kawan. Kemudahan yang boleh didapati di dalam bilik adalah seperti tuala, minibar, peti ais, pengering rambut dan lain-lain bergantung pada pakej bilik hotel. Walaupun hotel ini tidak mempunyai kolam, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam di pulau indah yang berhampiran seperti Koh Hin Ngam dan Koh Usen.

Antara fasiliti yang terdapat di hotel ini ialah restoran atau bar yang terletak hanya beberapa langkah dari bilik hotel anda. Restoran lain yang berhampiran adalah Nee Papaya Thaifood, Benny’s On The Beach dan lain-lain. Terdapat juga kemudahan di hotel seperti penyimpanan bagasi, servis teksi, dan servis dobi.

Alamat: 404 Moo 7 Koh Lipe Koh Sarai, Muang, Satun, Sunrise Beach, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Mali Resort Pattaya Beach

Mali Resort Pattaya Beach Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Mali Resort Pattaya Beach

Mali Resort Pattaya Beach yang terletak di kawasan hujung Pattaya Beach menawarkan penginapan dengan reka bentuk Bali yang moden. Bilik-bilik di sini terletak berdekatan dengan pantai dan mempunyai pemandangan laut atau pemandangan taman sebaik sahaja anda membuka pintu bilik hotel. Terdapat kelengkapan seperti televisyen dan peti ais untuk sesetengah bilik dan ada juga bilik yang mempunyai balkoni untuk anda menikmati suasana pantai. Bagi yang inginkan privasi dan ketenangan semula jadi, anda boleh mengambil pilihan bilik Tropical Villas di mana lokasinya lebih terpencil dan dikelilingi alam semula jadi.

Hidangan sarapan Thai dan Barat ada disediakan di restoran mereka yang dikelilingi keindahan taman manakala untuk makan malam pula ada pelbagai hidangan makanan laut segar. Selain itu, anda boleh mengunjungi restoran lain yang berdekatan dan terletak di Walking Street seperti Bung Roon Halal dan Sri Lipe Halal Thaifood.

Alamat: 306, Koh Sarai, Koh Lipe, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Dong Talay Lipe Beach Resort 

Dong Talay Lipe Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Dong Talay Lipe Beach Resort via agoda.com

Dong Talay Lipe Beach Resort terletak di Pattaya Beach menawarkan pelbagai pilihan jenis bilik yang luas dan cantik hiasan dalamannya serta dilengkapi dengan perkhidmatan Wi-Fi. Terdapat juga pilihan bilik yang mempunyai dua bilik tidur, sangat sesuai untuk keluarga atau trip berkumpulan yang terdiri dari 4 orang dewasa. Kebanyakan bilik di sini mempunyai balkoni jadi anda boleh menikmati pemandangan pantai dari bilik. Kemudahan di dalam bilik termasuk tuala, peti ais, almari pakaian, pengering rambut dan banyak lagi. Anda boleh menghabiskan masa lapang dengan bermandi-manda di kolam mereka yang besar atau berjalan di pesisiran pantai Pattaya Beach, Sunrise Beach dan Sunset Beach yang berdekatan dengan hotel.

Hotel yang berkedudukan strategik ini memudahkan anda berjalan kaki ke Walking Street yang mempunyai bermacam jenis kedai dan restoran termasuk 7 Eleven, Nee Papaya, Sri Lipe Halal Thaifood dan lain-lain. Selain itu, mereka juga mempunyai restoran hotel, servis dobi, penghantaran ke lapangan terbang dan lain-lain.

Alamat: 434 Moo 7, T. Parknam, Satun, Pattaya Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


7. Varin Beach Resort

Varin Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Varin Beach Resort

Varin Beach Resort merupakan hotel yang terletak di lokasi yang strategik iaitu di Pattaya Beach dengan harga yang berpatutan. Bilik hotel yang selesa dan cantik sesuai untuk keluarga dan trip bersama kawan yang boleh memuatkan 2 hingga 4 orang satu bilik. Terdapat juga pilihan bilik yang lebih besar yang boleh memuatkan sehingga 8 orang, sesuai untuk percutian kumpulan yang ramai. Kebanyakan pakej penginapan di sini sudah termasuk dengan sarapan pagi dan di dalam bilik dilengkapi dengan almari pakaian, tuala, peti ais dan sebagainya. Kolam renang yang besar di hotel ini adalah percuma sekiranya anda menginap di Varin Beach Resort manakala untuk orang luar akan dikenakan bayaran.

Antara fasiliti lain yang terdapat di sini ialah tempat permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat, dan restoran yang dibuka pada setiap hari. Restoran di sini adalah bebas pork dan kebanyakan stafnya adalah orang Muslim. Kedudukan hotel adalah strategik kerana berhampiran dengan Walking Street jadi, anda boleh pergi ke restoran Thai seperti Papaya Mom, Tasneem Halal Food dan lain-lain.

Alamat: 171 M.7 T. Koh Sarai A. Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Castaway Resort Koh Lipe 

Castaway Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Castaway Resort

Castaway Resort merupakan antara penginapan hotel budget dan mesra poket di Koh Lipe yang mempunyai pemandangan pantai yang indah. Hotel butik ini terletak di Sunrise Beach dan berhampiran dengan Walking Street di mana terdapat pelbagai jenis kedai dan restoran seperti Tasneem Halal Food. Bilik berkonsepkan banglo kayu dua tingkat di hotel ini mempunyai ruangan yang luas dan mempunyai pemandangan laut, pantai atau taman. Sekiranya anda ambil bilik dengan pemandangan taman, anda boleh menikmati udara segar semula jadi sambil bersantai dalam hammock yang telah disediakan. Di hotel ini tidak mempunyai kolam, tetapi anda boleh meluangkan masa bersama keluarga berjalan di pantai, menyertai kelas yoga atau pergi ke spa mereka untuk massage.

Pihak hotel sangat mementingkan keselesaan para pelanggan dengan menyediakan jaring nyamuk dan kipas untuk kegunaan pada waktu malam. Perkhidmatan Wi-Fi juga boleh diakses di setiap bilik. Selain itu, terdapat restoran dan bar yang dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 11 malam.

Alamat: 1065 Moo 2 PakNam, Langu, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Casa De Lipe Resort

Casa De Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Casa De Lipe Resort

Casa De Lipe Resort terletak di Sunset Beach menawarkan penginapan yang berbaloi untuk percutian keluarga dan trip berkumpulan. Biliknya yang luas dihiasi dengan panel kayu dan bercat putih memberikan elemen estetik dan suasana yang tenang sepanjang penginapan di Koh Lipe. Pelbagai jenis pilihan bilik yang ditawarkan seperti bilik dengan pemandangan laut dan bilik yang mempunyai kolam persendirian. Kemudahan di dalam bilik adalah seperti televisyen, perkhidmatan Wi-Fi, pendingin hawa atau kipas serta peti ais. Dengan harga budget, anda berpeluang untuk merasai pengalaman penginapan yang istimewa dengan sarapan pagi di kolam persendirian.

Terdapat restoran hotel iaitu The Deck yang menyajikan hidangan makanan laut segar serta pelbagai jenis hidangan lain. Restoran lain yang berdekatan adalah Sri Lipe Halal Thai Food yang terkenal dengan hidangan sate ayam.

Alamat: Moo 8 T. Koh Sarai, 142, Sunset Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


10. Chareena Hill Beach Resort 

Chareena Hill Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Chareena Hill Beach Resort

Terletak di Pattaya Beach, Chareena Hill Beach Resort menawarkan penginapan yang privasi dan selesa dengan pemandangan laut yang menakjubkan dan kemudahan akses ke pantai. Hanya 5 minit sahaja untuk ke pantai Pattaya Beach dan Sanom Beach. Banyak jenis pilihan bilik untuk keluarga atau kumpulan seperti Double Rooms dan Family Rooms. Biliknya yang luas dengan harga yang berpatutan ini dilengkapi dengan balkoni beserta hammock atau kerusi, televisyen, minibar, peti ais dan yang paling penting adalah perkhidmatan Wi-Fi percuma. Fasiliti yang boleh didapati di hotel ini seperti restoran, penyimpanan bagasi dan sebagainya namun tidak mempunyai kolam renang.

Restoran The Bay di hotel ini adalah halal yang menyajikan makanan Thai dan antarabangsa serta minuman buah-buahan yang segar. Terdapat juga restoran lain yang berdekatan seperti BungRoon Halal dan Sri Lipe Halal Thaifood.

Alamat: 448 moo 7 , T. Koh Sarai, A. Muang, Satun, Pattaya Beach, Koh Lipe, Muang, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


11. Coco Beach Bungalow 

Coco Beach Bungalow Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Coco Beach Bungalow

Hotel berkedudukan strategik di Sunrise Beach dan terletak berhampiran dengan Stesen Feri iaitu Coco Beach Bungalow menawarkan penginapan yang tenang dan lebih privasi serta mempunyai akses secara terus ke Walking Street. Penginapan di sini tidak mempunyai kolam dan hanya mempunyai bilik dengan pemandangan taman. Kemudahan di dalam setiap bilik dilengkapi dengan tuala pantai, pendingin hawa, perkhidmatan Wi-Fi, peti ais dan lain-lain lagi. Yang lebih menariknya, di setiap bilik mempunyai balkoni yang luas serta meja kopi dan kerusi untuk anda bersantai menghirup udara segar.

Penginapan hotel yang tenang ini mempunyai tempat makan yang menyajikan pelbagai hidangan yang akan memikat selera anda. Antara sajian yang popular ialah kari ayam rangup dan salad betik (papaya salad) mereka. Selain itu, anda juga boleh singgah ke restoran lain yang berhampiran iaitu Tasneem Halal Food dan kedai 7 Eleven.

Alamat: 248 Moo 7, T. Koh Sarai, A. Muang, Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook

Jom baca:


Banyak hotel mesra budget yang menarik di Koh Lipe ini yang pasti membuatkan percutian anda sangat berbaloi. Dengan pilihan penginapan mesra poket yang kami senaraikan ini diharapkan dapat memudahkan percutian anda di Koh Lipe!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

Top 6 Leisure & Watersport Services Terbaik Di Koh Lipe

Apabila bercuti di Koh Lipe, banyak aktiviti watersport yang boleh dilakukan sambil menikmati keindahan pulau yang menakjubkan. Antara aktiviti watersport yang popular di Koh...

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan...

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong...

4 Destinasi Menarik Pantai Popular Di Koh Lipe

Koh Lipe, sebuah pulau tropika kecil yang terletak di selatan Thailand, terkenal dengan pantainya yang menawan dan keindahan alamnya yang memukau. Pasir pantai yang...

Top 10 Hotel Family-Friendly di Koh Lipe

Bercuti ke Koh Lipe merupakan destinasi yang sesuai untuk anda dan keluarga menikmati keindahan pantai dan meluangkan masa bersama. Percutian keluarga anda akan menjadi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x