Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Hotel Family-Friendly di Koh Lipe

Bercuti ke Koh Lipe merupakan destinasi yang sesuai untuk anda dan keluarga menikmati keindahan pantai dan meluangkan masa bersama. Percutian keluarga anda akan menjadi lebih menyeronokkan apabila mempunyai tempat penginapan yang ideal dan selesa. Disini kami senaraikan hotel-hotel yang familyfriendly di Koh Lipe untuk anda pilih sebagai percutian keluarga. Jom tengok!


1. Sita Beach Resort

Sita Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Sita Beach Resort

Sita Beach Resort yang terletak berhadapan dengan laut Andaman, menawarkan suasana penginapan yang tenang dan pemandangan yang cantik. Terdapat banyak pilihan bilik penginapan termasuk suite untuk keluarga, bilik untuk berbulan madu dan bilik yang mempunyai kolam persendirian. Kelengkapan dalam bilik termasuk pengering rambut, televisyen, peti ais dan ada juga bilik yang ada bathtub yang besar. Terdapat juga kolam renang yang besar dan kolam khas untuk kanak-kanak dengan pemandangan laut yang menakjubkan.

Fasiliti mereka dilengkapi juga dengan jakuzi, spa, restoran yang menghidangkan sajian Thai dan antarabangsa serta bar yang dibuka setiap hari. Terdapat juga restoran dan bar yang berhampiran seperti Chareena Halal dan Monkey Bar Lipe.

Alamat: 149 Moo 7 Koh Lipe Subdistrict Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Ananya Lipe Resort

Ananya Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Ananya Lipe Resort

Terletak di Pattaya Beach, Ananya Lipe Resort adalah salah satu hotel family-friendly yang mewah dan terkenal di Koh Lipe. Resort yang selesa ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik yang luas termasuk bilik dengan pemandangan laut, bilik yang mempunyai akses terus ke kolam renang, dan bilik untuk keluarga. Kebanyakan bilik di sini mempunyai balkoni jadi, anda boleh menikmati pemandangan laut atau kolam renang dengan tenang dan nyaman. Selain itu, lokasi hotel berhampiran dengan pantai Pattaya Beach, Sunset Beach dan Sunrise Beach jadi anda boleh berjalan-jalan menikmati keindahan pantai.

Kemudahan lain yang disediakan di resort ini adalah ruang untuk perbincangan atau mesyuarat, restoran yang menyajikan pelbagai hidangan antarabangsa, tempat permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Semua kemudahan ini dibuka setiap hari. Anda juga boleh singgah ke restoran lain yang berhampiran iaitu Sri Lipe Halal Thai Food.

Alamat: 433 Moo 7, Koh Lipe, Koh Sarai Sub district, Muang District, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook 


3. Idyllic Concept Resort

Idyllic Concept Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Idyllic Concept Resort

Idyllic Concept Resort yang terletak di Sunrise Beach menawarkan suasana penginapan yang sangat tenang untuk percutian anda. Terdapat pilihan bilik dengan pemandangan laut, kolam renang atau taman serta bilik yang mempunyai bathtub. Di resort ini juga terdapat dua kolam renang yang besar termasuk kolam untuk kanak-kanak yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam. Sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana lokasi kolam dewasa dan kanak-kanak adalah bersebelahan sahaja.

Fasiliti lain yang ditawarkan termasuklah gim, restoran makanan Thai dan antarabangsa, bilik mesyuarat, dan perkhidmatan Wi-Fi. Selain dari restoran hotel, ada banyak lagi pilihan restoran yang berdekatan, antaranya ialah Sri Lipe Halal Thai Food dan Tasneem Halal Food.

Alamat: Sunrise Beach, Tarutao National Marine Park, Amper Meung, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Akira Lipe Resort

Akira Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Akira Lipe Resort

Akira Lipe Resort terletak di tempat tumpuan utama di Koh Lipe iaitu di Pattaya Beach dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Walking Street. Hotel mewah yang family-friendly ini menawarkan 5 jenis pilihan bilik mewah dan klasik Thai termasuk suite villa serta bilik dengan akses ke kolam renang. Yang menariknya, resort ini mempunyai 3 kolam renang yang sangat besar iaitu sebuah kolam outdoor dan dua kolam yang dikelilingi bilik penginapan di mana anda boleh akses ke kolam secara terus dari bilik sahaja. Di resort ini juga mempunyai banyak lagi fasiliti lain yang selesa seperti restoran dan bar, gim, bilik karaoke, tempat permainan kanak-kanak dan bilik mesyuarat.

Anda berpeluang untuk menikmati sarapan mewah secara bufet yang menyajikan makanan Thai, Cina dan Barat di restoran hotel mereka. Selain itu, terdapat juga kedai makan popular yang berhampiran seperti Papaya Mom dan Sri Lipe Halal Thai Food.

Alamat: 370 Moo 7 Koh Lipe, Koh Sarai Sub-district, Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Serendipity Resort Koh Lipe

Serendipity Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Serendipity Resort Koh Lipe

Seperti namanya, Serendipity Resort menawarkan penginapan yang tenang dan privasi kerana lokasinya yang agak terpencil iaitu di Sunrise Beach. Biliknya yang dikelilingi alam semula jadi dan berkonsepkan kayu dengan gaya moden memberikan anda sekeluarga ketenangan semula jadi. Anda boleh pilih bilik yang mempunyai kolam persendirian, bilik dengan pemandangan laut atau kolam renang yang dilengkapi dengan balkoni. Kemudahan asas di setiap bilik juga ada disediakan.

Di resort ini, terdapat restoran yang menyajikan hidangan lazat iaitu hidangan Thai, hidangan antarabangsa dan makanan laut segar yang ditangkap setiap hari dan beroperasi dari pagi hingga malam. Anda juga boleh singgah ke Tasneem Halal Food untuk merasai hidangan seafood somtam mereka yang lazat serta kuih-muih ada dijual pada waktu pagi.

Alamat: 1154 Moo 2 Tambol Paknam, Ampur La-ng,  Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Anda Lipe Resort

Anda Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Anda Lipe Resort

Anda Lipe Resort terletak di Sunrise Beach mempunyai suasana penginapan yang nyaman dikelilingi alam semula jadi. Lokasi hotel juga strategik kerana berdekatan dengan kedai 7 Eleven dan Walking Street. Penginapan di sini merupakan bilik banglo yang luas dan sangat cantik dengan elemen gaya Bali dan Thai sesuai untuk anda dan keluarga berehat dengan tenang. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan seperti cerek, minibar, peti ais, pengering rambut dan sebagainya. Fasiliti lain di resort ini termasuk kolam renang yang besar dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 70 orang.

Selain itu, terdapat juga restoran dan bar yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam. Restoran ini menyajikan hidangan Thai dan hidangan barat yang akan memikat selera anda. Bagi penggemar makanan laut, anda juga boleh singgah ke Sri Lipe Halal Food dan Tasneem Halal Food yang terletak berhampiran dengan hotel.

Alamat: 103 Koh Lipe (Sunrise Beach), M.7, T.Koh Sarai, A.Maing, Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan |  Laman Web | Facebook


7. Mountain Resort

Mountain Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Mountain Resort via agoda.com

Mountain Resort merupakan hotel family-friendly yang sangat ideal untuk percutian keluarga anda di Koh Lipe kerana kedudukannya yang strategik terletak di Sunrise Beach dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari Walking Street. Biliknya dilengkapi dengan televisyen, pendingin hawa, peti ais dan yang paling penting ialah mempunyai akses Wi-Fi percuma. Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga dengan berjalan-jalan di taman dan Sunset Beach atau bermandi-manda di kolam renang.

Penginapan di sini termasuk pakej sarapan pagi di Mountain Restaurant bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi. Terdapat juga restoran lain yang berhampiran iaitu Tasneem Halal Food yang terletak di Walking Street.

Alamat: Moo 7, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Zodiac Sun Resort

Zodiac Sun Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Zodiac Sun Resort

Terletak di Sunrise Beach, Zodiac Sun Resort menawarkan penginapan berhadapan dengan pantai yang indah. Penginapan di sini adalah berkonsepkan banglo pantai dengan suasana yang damai. Dengan lokasinya yang strategik menghadap pantai, mereka mempunyai bilik dengan pemandangan laut dan bilik yang terletak berhadapan dengan pantai. Selain itu, mereka juga mempunyai pilihan bilik serta balkoni yang luas, sesuai untuk percutian keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen, peti ais, cerek dan lain-lain. Di hotel ini tidak mempunyai kolam renang, namun anda boleh bersantai bersama keluarga di Sunrise Beach dan Karma Beach.

Sarapan yang lazat di restoran mereka ada disediakan khas untuk pelanggannya. Anda juga boleh pergi ke Walking Street yang terletak tidak jauh dari hotel dan singgah ke restoran Tasneem Halal Food. Antara servis lain yang ditawarkan adalah penghantaran ke jeti dari lapangan terbang dan tiket bot untuk ke Koh Lipe.

Alamat: Moo 7, Koh Sarai District, A. Muang North Point Beach, Koh Lipe, Thailand, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. The Cliff Lipe Resort

The Cliff Lipe Resort
Kredit Gambar: Laman Web The Cliff Lipe Resort

Suasana resort yang tenang dan romantik di The Cliff Lipe Resort ini sesuai untuk pasangan bulan madu, keluarga dan rakan-rakan. Kedudukannya yang strategik dan unik, menawarkan anda pengalaman yang menakjubkan iaitu makan malam privasi sambil melihat matahari terbenam yang menakjubkan. Penginapan di sini berkonsepkan banglo dan villa dengan hiasan gaya Bali yang indah. Terdapat balkoni yang luas di villa mereka untuk anda bersantai melihat pemandangan laut atau matahari terbenam. Antara fasiliti yang ditawarkan ialah jakuzi dengan suasana romantis, kolam renang, urutan tradisional Thai dan akses Wi-Fi.

The Cliff Lipe juga ada menawarkan sarapan premium yang akan dihidangkan ke pintu bilik anda dengan layanan mantap dari staf mereka. Selain restoran hotel, anda juga boleh kunjungi restoran Papaya Mom dan BungRoon Halal yang terletak di Walking Street untuk menikmati hidangan makanan Thai yang pelbagai.

Alamat: 69 M.7, Koh Lipe, T.Koh Sarai, Satun, Sunset Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Bundhaya Resort

Bundhaya Resort
Kredit Gambar: Laman Web Bundhaya Resort

Bundhaya Resort adalah penginapan yang sangat selesa dan merupakan hotel yang family-friendly, sesuai untuk penginapan keluarga kecil atau rakan-rakan di Koh Lipe. Bilik di sini berkonsepkan banglo dengan pemandangan kolam renang, pantai ataupun taman yang boleh memuatkan dua hingga empat orang dewasa dalam satu bilik. Kemudahan di dalam bilik termasuk minibar, peti ais, televisyen, mesin kopi, Wi-Fi dan lain-lain lagi. Di Bundhaya Resort ini juga mempunyai fasiliti sauna dan jakuzi, kolam renang, servis dobi dan penyewaan basikal untuk bersantai di Sunrise Beach dan Pattaya Beach.

Di samping itu, mereka mempunyai restoran hotel yang menghidangkan sarapan secara bufet dan mempunyai fasiliti BBQ untuk makan malam. Restoran lain yang berdekatan ialah Nee Papaya Thaifood dan Tasneem Halal Food.

Alamat: 147 Moo 7, Koh Lipe, T. Koh Sarai, Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook

Mencari hotel berdekatan sekitar pantai di Koh Lipe? Klik sini!


Percutian anda sekeluarga ke Koh Lipe pasti akan lebih bermakna apabila mempunyai penginapan yang ideal dan selesa. Anda boleh bersantai dan berehat di hotel yang family-friendly ini dengan tenang sambil menikmati keindahan pulau Koh Lipe dan meluangkan masa bersama ahli keluarga. Jadi, apa tunggu lagi? Jom bercuti ke Koh Lipe!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Koh Lipe – Umpama “Maldives” Versi Thailand

Koh Lipe, sebuah pulau indah yang terletak di selatan Thailand. Pulau kecil ini lebih dikenali sebagai Maldives of Thailand merupakan salah satu hidden gems...

4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe!

Koh Lipe sebuah pulau tropika yang menakjubkan di Thailand merupakan destinasi impian bagi para pelancong yang mencari ketenangan di pantai. Sekiranya anda merancang untuk...

3 Tempat Menarik Di Pak Bara, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pak Bara yang terletak di wilayah Satun di bahagian selatan Thailand merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Koh Lipe. Suasana persekitaran di Pak...

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan...

6 Tempat Menarik Di Langkawi, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah, Malaysia ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana landskapnya yang indah dan kisah...

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x