Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kemudahan Am Di Koh Lipe Anda Patut Tahu Sebelum Melancong

Koh Lipe merupakan antara destinasi percutian yang terkenal di Thailand. Tempat ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya malah variasi pilihan makanannya juga sering menjadi perhatian pelancong. Kini, telah banyak kemudahan am yang disediakan di Koh Lipe bagi memudahkan lagi urusan para pelancong yang datang. Mari kita ketahui lebih lanjut mengenai kemudahan tersebut!


8 Kemudahan Am Di Koh Lipe Yang Anda Patut Tahu Sebelum Melancong Ke Sana

1. Penginapan

Varin Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Varin Beach Resort

Penginapan yang selesa dan cantik adalah sangat penting agar percutian anda menjadi lebih bermakna. Terdapat banyak jenis pilihan penginapan di Koh Lipe yang mengikut budget dan keselesaan. Anda boleh memilih penginapan yang menghadap pantai, bilik yang mempunyai akses kolam atau bilik dengan pemandangan laut. Sekiranya anda bercuti ke Koh Lipe untuk berbulan madu, variasi pakej bilik bulan madu yang menarik mudah untuk didapati. Kebanyakan penginapan di sini adalah berdekatan dengan tempat tumpuan utama seperti Walking Street dan Terminal Feri, hal ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa pelancong yang datang untuk menerokai pulau ini.

Berikut adalah beberapa penginapan yang boleh anda pilih di Koh Lipe:

Hotel Terdekat


2. Pengangkutan

Pengangkutan di Koh Lipe
Teksi motor dan tuktuk sebagai pengangkutan awam

Bagi pelancong yang ingin bersiar-siar di kawasan sekitar pulau Koh Lipe selain dari berjalan kaki, anda boleh menaiki teksi motosikal yang mudah untuk didapati. Dengan menaiki teksi motosikal ini mudah bagi pelancong untuk melalui jalan yang sempit dan berpeluang melihat suasana kampung berdekatan dengan Sunrise Beach. Selain teksi motosikal, pelancong juga boleh menaiki tuk-tuk untuk ke suatu tempat. Menaiki tuk-tuk adalah lebih selesa dan berbumbung, amat sesuai dinaiki sekiranya cuaca hujan atau panas terik.

Hotel Terdekat


3. Restoran & Kedai Makan

Restoran di Koh Lipe
Restoran Tasneem Halal Food dan Papaya Mom

Restoran dan kedai makan di Koh Lipe amat mudah untuk ditemui dan mempunyai pilihan yang pelbagai termasuk hidangan makanan Thai, makanan berasaskan laut yang segar, makanan Barat, pencuci mulut dan banyak lagi. Kebanyakan kedai makan mula beroperasi sejak awal pagi jadi pelancong tidak perlu bersusah untuk mencari sarapan. Suasana pulau pada waktu malam juga meriah dengan restoran-restoran yang dibuka sehingga waktu malam. Di pulau ini, tidak menjadi kesukaran bagi pelancong Muslim untuk mencari makanan halal kerana terdapat banyak restoran halal yang boleh dikunjungi.

Jom baca: 8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Tak tahu nak makan apa bila dah sampai Koh Lipe? Klik sini!

Hotel Terdekat


4. Masjid

Masjid Al-Marhamah
Kredit Gambar: Google Map

Kemudahan am seperti masjid juga ada disediakan di Koh Lipe ini bagi memudahkan perjalanan percutian pelancong Muslim dalam melaksanakan ibadah. Berdekatan dengan kawasan pekan, terdapat sebuah masjid yang dibina iaitu Masjid Al Marhamah di mana penduduk akan melaksanakan solat Jumaat di situ. Jika ada pelancong Muslim yang berkesempatan untuk datang singgah ke masjid itu, bolehlah menghulurkan sedikit sumbangan bagi fasiliti masjid serta komuniti Islam di tempat itu.

Hotel Terdekat 


5. Kedai Sebaneka

7 Eleven Koh Lipe
Kredit Gambar: thalandmagazine.com & foursquare.com

Kedai serbaneka 7-Eleven sangat popular di Thailand kerana mempunyai pilihan barangan yang pelbagai dan menarik jadi tidak hairanlah di Koh Lipe juga ada 7-Eleven ini. Kedai serbaneka ini terletak di kawasan Walking street yang beroperasi 24 jam. Kedai barangan ini ada menjual pelbagai jenis makanan dan minuman ringan, keperluan asas, produk kecantikan, dan banyak lagi. Terdapat juga makanan dan minuman yang halal dan lazat khusus bagi pelancong Muslim seperti burger dan roti sosej. Penting juga untuk anda tahu yang kedai 7-Eleven ini antara tempat di mana anda dapat menjumpai makanan halal dengan mudah di sekitar Thailand. Jangan lupa untuk semak dahulu logo Halal ya!

Hotel Terdekat 


6. Klinik Kesihatan 

Klinik Koh Lipe
Southern Andaman Medical Clinic dan Siam International Clinic Koh Lipe

Klinik atau perkhidmatan perubatan adalah salah satu kemudahan penting yang perlu ada di suatu tempat. Terdapat dua buah klinik di Koh Lipe yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang profesional iaitu Southern Andaman Medical Clinic dan Siam International Clinic Koh Lipe. Klinik ini dilengkapi dengan kemudahan asas dan boleh memberikan rawatan pertolongan cemas. Bagi pelancong yang ingin menggunakan perkhidmatan perubatan di sini, anda boleh menggunakan insurans pelancongan anda sekiranya ada.

Antara klinik kesihatan yang didapati di Koh Lipe adalah:

Hotel Terdekat


7. Mesin ATM

ATM Koh Lipe
Kredit Gambar: thailandmagazine.com & Google Map

Kemudahan perbankan seperti ATM juga ada disediakan di pulau Koh Lipe ini. Kemudahan ini akan memudahkan pelancong asing yang datang sekiranya memerlukan duit tambahan dalam nilai Baht. Terdapat beberapa ATM yang boleh ditemui di kawasan Walking Street dan berhampiran dengan 7-Eleven. Untuk pengetahuan anda, kad bank dari negara lain mungkin akan dikenakan cas tambahan jika mengeluarkan duit di ATM ini.

Perkhidmatan penukaran wang asing tidak disediakan di Koh Lipe. Disarankan pelancong untuk membawa duit negara Thailand dalam nilai Baht yang secukupnya. Namun begitu, pelancong boleh menggunakan perkhidmatan ATM yang boleh didapati di Walking Street dengan menggunakan kad bank anda.

Antara perkhidmatan ATM yang boleh didapati sekitar Walking Street adalah seperti berikut:

Hotel Terdekat


8. Tour Operator & Travel Agensi

Tour Operator & Travel Agensi
Kredit Gambar: FB Ocean Pro Diving & Ko Lipe Diving School

Antara kemudahan yang disediakan buat pelancong di Koh Lipe ialah kewujudan agensi pelancongan yang dipercayai. Dengan adanya agensi pelancongan ini, percutian anda akan menjadi lebih teratur dan lebih menarik. Variasi pakej yang ditawarkan oleh Fun Tour at Lipe Travel termasuk aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Koh Lipe seperti menyelam (diving), snorkeling, island-hopping dan melihat pulau-pulau berhampiran dan banyak lagi.

Terdapat juga pakej percutian yang termasuk dengan penginapan, trip snorkeling, insurans dan lain-lain seperti yang ditawarkan oleh agensi pelancongan Martin’s LIPE Travel Thailand.

Baca lagi:

Hotel Terdekat


Kesimpulannya, pelbagai kemudahan am yang disediakan dan mudah untuk didapati di pulau Koh Lipe. Dengan kemudahan yang lengkap, Koh Lipe memastikan keselesaan pelancong dan penduduk tempatan dijaga rapi. Jadi, nikmatilah percutian anda dengan tenang dan memanfaatkan kemudahan yang tersedia di pulau ini.

Jadi, apa tunggu lagi?

Mari rancang percutian anda ke Koh Lipe!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong...

21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air...

10+ Hotel Budget-Friendly Berbaloi Di Koh Lipe

Koh Lipe, destinasi percutian yang ideal penuh dengan keindahan pantai dan alam semula jadi. Bagi yang mencari hotel dan resort sebagai tempat penginapan yang...

Top 10 Hotel Family-Friendly di Koh Lipe

Bercuti ke Koh Lipe merupakan destinasi yang sesuai untuk anda dan keluarga menikmati keindahan pantai dan meluangkan masa bersama. Percutian keluarga anda akan menjadi...

4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe!

Koh Lipe sebuah pulau tropika yang menakjubkan di Thailand merupakan destinasi impian bagi para pelancong yang mencari ketenangan di pantai. Sekiranya anda merancang untuk...

Top 6 Leisure & Watersport Services Terbaik Di Koh Lipe

Apabila bercuti di Koh Lipe, banyak aktiviti watersport yang boleh dilakukan sambil menikmati keindahan pulau yang menakjubkan. Antara aktiviti watersport yang popular di Koh...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x