Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 6 Leisure & Watersport Services Terbaik Di Koh Lipe

Apabila bercuti di Koh Lipe, banyak aktiviti watersport yang boleh dilakukan sambil menikmati keindahan pulau yang menakjubkan. Antara aktiviti watersport yang popular di Koh Lipe ialah snorkeling, menyelam, berkayak dan lain-lain lagi. Adalah lebih mudah jika anda mengambil pakej watersport yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menawarkan aktiviti pelancongan di Koh Lipe. Anda boleh cuba tengok pakej watersport yang disediakan oleh mereka. Mari kita lihat!


6 Servis ‘Leisure & Watersport’ Terbaik Ada Di Koh Lipe Untuk Anda Cuba!

1. DJL Diving Koh Lipe (Diving)

DJL Diving Koh Lipe

Davy Jones Locker Diving (DJL Diving) yang terletak di Pattaya Beach, menawarkan pengalaman menyelam yang mengagumkan dengan pemandangan terumbu karang yang menakjubkan. Pakej-pakej menyelam yang ditawarkan sesuai untuk setiap peringkat, termasuk pemula dan yang berpengalaman. Semua pengajar mereka adalah penyelam profesional dan terlatih jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan dan kepuasan pelanggan pasti terjamin bila mengambil pakej dengan mereka! Setiap kumpulan hanya terdiri daripada 4 orang bagi seorang pengajar untuk memberikan pengalaman menyelam yang lebih bermakna dan menarik.

Komunikasi sepanjang aktiviti juga sangat efisien kerana mereka mempunyai pengajar yang boleh berbahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Penerangan dari para pengajar juga cukup jelas dan mudah difahami. Sangat berbaloi tau mengambil pakej watersport bersama DJL Diving ini. Anda boleh melihat Facebook mereka untuk mengetahui aktiviti yang menarik.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: +66954835371


2. Diving Koh Lipe 

Diving Koh Lipe

Diving Koh Lipe menyediakan pakej-pakej menyelam yang fleksibel mengikut keperluan dan kehendak pelanggan. Mereka mempunyai pakej menyelam untuk satu hari penuh, setengah hari atau waktu malam dan ada lebih dari 30 lokasi menarik untuk menyelam sekitar Koh Lipe. Kebiasaannya seorang pengajar akan mempunyai maksimum 4 orang sahaja bagi memastikan keselamatan pelanggan terjamin serta pengalaman menyelam yang menakjubkan. Di samping itu, peralatan penyelaman lengkap yang disediakan adalah berkualiti tinggi dan terkini untuk menjamin keselesaan dan keselamatan penyelam.

Untuk pengalaman menyelam yang lebih menarik dan selesa, anda boleh mengambil pakej ChalaamWaan dengan Diving Koh Lipe iaitu menaiki bot besar untuk pergi ke tempat menyelam yang jauh. Dive boat mereka dilengkapi ruang rehat yang luas, sundeck, dan bilik air. Pakej ini juga sesuai untuk penyelam yang berpengalaman ataupun pemula.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: +66876226204


3. Adang Sea Divers

Adang Sea Divers

Bagi yang ingin mencuba watersport snorkeling dan menyelam di perairan indah sekitar Koh Lipe, anda boleh memilih pakej yang disediakan oleh Adang Sea Divers. Pelbagai pakej yang ditawarkan sesuai untuk tahap pemula atau yang sudah mahir dalam aktiviti menyelam dan snorkeling. Pengajar penyelam Adang Sea Divers adalah penyelam yang berpengetahuan dan ramah untuk membantu pelanggan dari segala tahap kecekapan.

Pakej snorkeling yang ditawarkan adalah sangat menarik dan sesuai untuk kumpulan kecil ataupun bersama keluarga. Anda juga boleh menyewa bot dari mereka dan menyusun sendiri jadual trip snorkeling mengikut keselesaan.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: +66900700233


4. Castaway Divers Koh Lipe 

Castaway Divers

Castaway Divers menyediakan pelbagai watersport termasuk menyelam, snorkeling, kayak dan canoeing. Anda boleh menyertai pakej menyelam mereka yang tidak lebih dari 4 orang perkumpulan ke pelbagai lokasi menyelam yang menarik dengan harga yang berpatutan dan pengajar yang berpengalaman. Selain itu, pelancong juga boleh menyewa peralatan snorkeling dan menyertai trip snorkeling bersama mereka untuk pengalaman yang luar biasa. Pakej snorkeling pada waktu malam juga ada ditawarkan bagi anda yang ingin merasai kelainan menerokai alam bawah laut.

Ada banyak lagi rangkaian pakej disediakan oleh Castaway Divers yang adventurous bagi memuaskan pencinta alam bawah laut. Sekiranya anda tidak ingin membasahkan diri dan berenang, anda juga boleh menyewa peralatan kayak dengan mereka untuk menerokai keindahan pulau sekitar Koh Lipe. Perairan yang jernih membolehkan anda melihat jelas hidupan marin dan terumbu karang dari permukaan air ketika berkayak.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: +66874781516


5. Seascape Yacht LIPE

Seascape Yacht LIPE Koh Lipe

Nikmati pengalaman mewah berlayar di sekitar Koh Lipe dan pulau-pulau berdekatan bersama Seascape Yacht Lipe. Mereka menawarkan pakej satu hari yang merangkumi berlayar dan bersnorkeling melihat terumbu karang sekitar Koh Hin Ngam, Koh Yang, Pulau Rawi dan Sailrock. Anda boleh menikmati pelayaran mewah ini secara persendirian atau mengambil pakej kumpulan bersama pelancong-pelancong lain. Kapal layar mereka dilengkapi dengan kemudahan moden dan perkhidmatan yang lengkap bagi menjamin keselesaan pelanggannya.

Untuk merasai pengalaman lebih istimewa apabila bercuti di Koh Lipe, anda boleh mengambil pakej pelayaran melihat matahari terbenam bersama Seascape Yacht Lipe dengan harga yang berpatutan. Anda berpeluang menikmati keindahan laut Andaman sepanjang pelayaran dan jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar-gambar yang menakjubkan. Pakej ini hanya boleh didapati ketika high season (November-April) sahaja.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: +66903103018


6. Pura Vida Diving Koh Lipe Dive Center 

Pura Vida Diving Koh Lipe Dive Center

Pura Vida Diving menawarkan trip menyelam lebih dari 30 tempat di sekitar Koh Lipe kepada penyelam yang berpengalaman. Mereka mempunyai 2 trip yang dijalankan setiap hari iaitu pada waktu pagi dan juga tengah hari. Anda boleh menyertai aktiviti menyelam ini secara perseorangan atau berkumpulan sehingga 10 orang setiap kumpulan, sesuai untuk pergi bersama rakan-rakan atau keluarga. Menariknya mengambil pakej bersama Pura Vida Diving ialah pakej telah termasuk dengan kelengkapan menyelam, insuran dan makanan di atas bot.

Anda berpeluang untuk melihat hidupan marin yang jarang ditemui apabila mengambil pakej bersama mereka. Jangan lepaskan kesempatan ini untuk mengambil gambar-gambar bawah laut yang menakjubkan sama ada gambar landskap atau wide angle, semuanya akan dibantu oleh staf mereka yang berpengalaman untuk mendapatkan gambar seperti yang diinginkan.

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: +66657767010

Jom baca lagi:


Syarikat-syarikat pelancongan di Koh Lipe ini menjanjikan pengalaman luar biasa bagi pelancong yang mencari adventure dan hiburan di Koh Lipe. Dengan pakej percutian yang pelbagai, layanan yang berkualiti tinggi dan kakitangan yang berpengalaman, ini semua berperanan penting dalam menjadikan percutian di Koh Lipe ini sebagai kenangan yang tak terlupakan bagi semua pelanggan. Rasailah pengalaman percutian yang menakjubkan dengan mengambil pakej bersama mereka apabila bercuti di Koh Lipe!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

4 Destinasi Menarik Pantai Popular Di Koh Lipe

Koh Lipe, sebuah pulau tropika kecil yang terletak di selatan Thailand, terkenal dengan pantainya yang menawan dan keindahan alamnya yang memukau. Pasir pantai yang...

7 Tempat Menarik Di Kuala Perlis, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Kuala Perlis mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila singgah di negeri terkecil di Malaysia. Negeri di sempadan Malaysia-Thailand ini mempunyai pemandangan...

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe....

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan...

5 Agensi Terbaik Yang Menawarkan Kursus Diving PADI Di Koh Lipe

Jika anda berminat ingin mempelajari aktiviti menyelam (diving) dengan lebih mendalam, anda boleh menyertai Professional Association of Diving Instructors (PADI) Water Course di Koh...

Top 10+ Tempat Menarik Di Koh Lipe Anda Perlu Lawati

Koh Lipe, pulau di Thailand yang sangat terkenal dengan kecantikan pantai dan pasir putih yang lembut serta halus. Pelbagai aktiviti menarik yang pelancong boleh...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x