Isi Kandungan
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air laut yang biru kehijau-hijauan yang sesekali menghempas pasir pantai, Koh Lipe adalah tempat terbaik untuk berehat dan berseronok. Pulau ini sememangnya salah satu tempat yang terbaik untuk dilawati di Thailand!
Dikelilingi dengan laut yang tenang dan gunung-ganang, pulau yang dikelilingi hutan, Koh Lipe sesuai untuk semua bukan sahaja kepada penggemar pantai. Aktiviti-aktiviti yang ada disini akan membuatkan pengembara menghabiskan masa berseronok disini. Jangan risau kerana walaupun pulau ini hanyalah pulau kecil, tapi ianya menawarkan banyak aktiviti dari pagi sampailah malam. Keseluruhan pulau ini boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki, jadi anda tidak perlu risau tentang pengangkutan untuk pulang.
Masa berjalan agak perlahan disini. Kemeja dan kasut bukanlah sesuatu yang biasa disini. Penduduk pulau juga sentiasa akan menyapa anda dengan melambaikan tangan mereka dan mengucapkan “sawadee ka” dengan ceria. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Thailand dan Koh Lipe juga tidak kurang hebatnya.
Aktiviti Di Pantai Sunrise Koh Lipe
Dikenali sebagai Hat Chao Ley di kalangan penduduk tempatan, pantai pasir putih sepanjang 2 km ini terletak di timur Koh Lipe. Pantai ini agak kurang menarik jika dibandingkan dengan alternatif lain seperti Pantai Pattaya di Koh Lipe. Walaupun terdapat banglo-banglo yang terletak di tepian pantai disini, banyak juga pembangunan resort yang baru dibina. Tempat yang tenang ini juga dikurniakan dengan kecantikan semula jadi dan suasana yang tenang membuatkan pengunjung berat untuk meninggalkan tempat ini.
Jika anda ingin ‘backpacking’ ke Thailand dan bersantai di pantai adalah aktiviti yang anda ingin lakukan di Koh Lipe maka pencarian anda patut berhenti pantai ini.
1. Melihat Matahari Terbit
2. Snorkel Di Pantai
3. Tonton Filem di Bar Sukan OMG!
4. Sertai Kelas Yoga Di Resort Pantai Castaway Koh Lipe
5. Berkayak Ke Pulau Terpencil
Tempat Penginapan Terbaik di Pantai Sunrise
Oasis Lipe Resort (Bermula dari $27* / semalam)
Mali Resort Sunrise Beach (Bermula dari $55* / semalam)
Castaway Beach Resort (Bermula dari $30* / Semalam)
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
6. Mencari Plankton Bercahaya
Pilihan Pengginapan Di Pantai Sunset :
Bayview Resort (Bermula dari RM 58.72* / semalam)
Raya Resort (Bermula dari RM 62.91* / semalam)
Kafair Huts (Bermula dari RM 125.82* / semalam)
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Aktiviti Di Pantai Pattaya Koh Lipe
Ini merupakan pusat tarikan pelancong yang utama untuk merancang aktiviti yang ingin anda lakukan di Koh Lipe dan anda akan tahu sebabnya apabila anda sampai ke sini. Pantai yang terbentang luas dengan pasirnya yang memutih dan air laut yang membiru telah lama menjadi tempat lepak kegemaran bagi ‘backpackers’, ‘flashpackers dan juga mereka yang suka tinggal di resort. Ramai pelancong memilih untuk tinggal disini kerana terdapat banyak pilihan bar, restoran dan penginapan. Apabila tiba musim puncak (November-April), terdapat beberapa pilihan pantai yang lebih sunyi terletak hanya 10-15 minit berjalan kaki dari Pattaya.
Jika anda adalah seseorang yang inginkan keterujaan, aktiviti-aktiviti ‘outdoor’ dan mencabar di Koh Lipe, anda disarankan untuk terus membuat tempahan aktiviti yang ditawarkan disini.
Tempat Penginapan Terbaik Di Pantai Pattaya
Mali Beach Resort Pattaya Beach (Bermula dari $58* / semalam)
Akira Lipe Resort (Bermula dari $90* / semalam)
Charming Lipe Villas (Bermula dari $52* / semalam)
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Aktiviti Di Walking Street Koh Lipe
Walking Street di Koh Lipe boleh dianggap sebagai pusat bandar utama di pulau itu. Ianya seperti jalan utama dan anda dapat mencari hampir kesemuanya yang anda perlukan dari bandar Thai yang sibuk termasuklah pusat-pusat urutan, banyak bar dan restoran, pengendali pusat pelancongan dan pelbagai kedai yang menjual cenderahati. Menghabiskan masa berjalan di sekitar Walking Street adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan kerana jalan ini merupakan jalan utama disini.
7. Berjalan Di Sekitar Pulau
8. Menikmati Hidangan Pad Thai Yang Sedap
9. Nikmati Roti Dari Kedai Thai Pancake 2
10. Membeli belah Cenderahati dan Pakaian Pantai
11. Menjadi ‘Trash Hero’ Koh Lipe
12. Menikmati Urutan Thai Di Pantai
13. Berenang di Air Biru Yang Jernih Pulau Andaman
14. Berehat Sambil Ditemani Buku
15. Pergi ke Trip Snorkeling dengan Bot Panjang
16. Mendaki Koh Adang Untuk Menyaksikan Pemandangan Koh Lipe
Tempat Penginapan Terbaik Di Koh Lipe
La Luna Italian Restaurant & Accommodation (Bermula dari $110* / semalam)
Ten Moons Lipe Resort (St Bermula dari from $88* / semalam)
Serendipidy Resort (Bermula dari $87* / semalam)
*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa
Koh Lipe menanti anda…
Dengan pelbagai aktiviti yang ada di Koh Lipe anda pasti dapat mencari sesuatu yang sesuai untuk anda. Walaupun anda perlukan berusaha sedikit untuk sampai ke sini, tetapi itu pasti akan membuatkan perjalanan anda lebih istimewa. Bila anda turun sahaja dari bot dan menjejakkan kaki ke pasir pantai yang lembut, anda akan dapat merasakan semua usaha anda berbaloi.
Koh Lipe bukanlah pulau yang penuh dengan parti jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain di sekiranya tetapi sebaliknya pulau ini menawarkan suasana yang lebih tenang. Anda boleh berjalan ke mana-mana saja dengan bebas tanpa menggunakan selipar atau kasut. Ini adalah erti percutian yang sebenar. Ditambah dengan beberapa aktiviti luar yang menarik, bar dan makanan yang hebat anda akan mengetahui sebab mengapa pulau ini menjadi makin popular setiap tahun.
Jika ini masih tidak dapat meyakinkan anda untuk ke sini, jalan terakhir adalah dengan mengemas beg pakaian anda dan terbang ke sini untuk merasainya sendiri di Koh Lipe.