Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan terbaik untuk honeymoon di Koh Lipe ini adalah sangat penting agar percutian tersebut menjadi lebih bermakna. Jom pilih hotel-hotel yang mewah ini bagi melengkapkan percutian idaman anda!


10 Hotel Terbaik & Berbaloi Di Koh Lipe Untuk Anda Ber-Honeymoon!

1. Irene Resort (Irene Pool Villa)

Irene Resort (Irene Pool Villa)
Kredit Gambar: Laman Web Irene Resort

Irene Resort menawarkan penginapan mewah dan suasana yang menyenangkan yang terletak di Sunrise Beach dan hanya beberapa langkah ke Sunset Beach. Penginapan yang dikelilingi ketenangan alam semula jadi dan pemandangan laut yang menyenangkan adalah sangat sesuai untuk honeymoon anda. Hotel ini berkedudukan strategik yang berhampiran dengan pantai, jadi anda boleh ke pantai dengan hanya berjalan kaki. Menariknya penginapan di sini adalah mempunyai kolam renang persendirian beserta dengan pemandangan pantai.

Terdapat restoran hotel yang menyajikan hidangan orang Asia dan beroperasi seawal jam 6 pagi hingga 12 malam. Anda juga boleh berkunjung ke restoran halal yang berhampiran seperti restoran Sri Lipe dan Tasneem Halal Food atau berjalan-jalan di Walking Street.

Alamat: 91 moo 7, T. Ko Sarai, A.Mueng, Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook 


2. Bulow Casa Grand View Resort

Bulow Casa Grand View Resort
Kredit Gambar: Laman Web Bulow Casa Grand View Resort

Antara penginapan mewah di Sunrise Beach, Koh Lipe yang sesuai untuk honeymoon ialah Bulow Casa Grand View Resort. Terdapat pilihan bilik dengan pemandangan laut serta akses ke kolam renang dan bilik dengan pemandangan taman yang dikelilingi flora yang indah. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan bathtub, jakuzi dan akses Wi-Fi. Tempat makan di Bulow Casa sangat menyenangkan dengan restoran gaya moden serta pemandangan matahari terbit pada waktu pagi. Di samping itu, restoran berhampiran yang anda boleh kunjungi ialah Tasneem Halal Food dan Nee Papaya Thaifood.

Anda boleh membuat permintaan untuk terapi floating pada pihak hotel ketika penginapan untuk merasai ketenangan yang luar biasa. Selain itu, anda juga boleh menghabiskan masa bersantai di pantai berhampiran iaitu Sunrise Beach, Sunset Beach dan Karma Beach atau berjalan di Walking Street.

Alamat:  2 Moo 8 T. Kohsarai A, Koh Lipe, 1, Sunrise Beach, Mueang Satun District, Satun 91110, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Akira Lipe Resort

Akira Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Akira Lipe Resort

Akira Lipe Resort terletak di Pattaya Beach dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Walking Street. Mereka menawarkan penginapan yang ideal untuk hari istimewa anda termasuk honeymoon. Terdapat bilik penginapan yang mempunyai akses ke kolam yang besar dan villa yang lebih privasi lokasinya serta persekitaran yang indah dihiasi taman bunga. Kelengkapan dalam bilik termasuk selipar bilik, peti ais, sofa dan internet yang laju akan memberikan keselesaan kepada anda sepanjang penginapan honeymoon di Koh Lipe.

Fasiliti yang terdapat di hotel ini ialah restoran dan bar, kolam renang, gim, bilik karaoke, tempat permainan kanak-kanak dan bilik mesyuarat. Restoran halal lain yang berhampiran ialah Nee Papaya Thaifood, Sri Lipe Halal Thai Food dan Tasneem Halal Food.

Alamat: 370 Moo 7 Koh Lipe, Koh Sarai Sub-district, Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Ananya Lipe Resort

Ananya Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Ananya Lipe Resort

Terletak di Pattaya Beach, Ananya Lipe Resort adalah salah satu penginapan mewah yang terkenal di Koh Lipe. Resort yang selesa ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik yang luas termasuk pakej penginapan untuk honeymoon. Pakej tersebut mempunyai bilik dengan pemandangan laut serta balkoni yang dilengkapi dengan kerusi dan meja yang kemas. Kemudahan lain yang disediakan di resort ini adalah ruang untuk perbincangan atau mesyuarat, restoran,kolam renang, tempat permainan kanak-kanak, tempat urutan Thai dan banyak lagi yang beroperasi pada setiap hari.

Anda boleh luangkan masa pada waktu malam bersama pasangan di Art Beach Club untuk melihat pertunjukan api dan melayani musik yang dimainkan oleh DJ. Bagi yang ingin menikmati makanan laut segar dan masakan Thai, anda juga boleh kunjungi restoran Papaya Mom dan BungRoon Halal.

Alamat: 433 Moo 7, Koh Lipe, Koh Sarai Sub district, Muang District, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook 


5. Idyllic Concept Resort

Idyllic Concept Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Idyllic Concept Resort

Idyllic Concept Resort yang terletak di Sunrise Beach menawarkan suasana penginapan yang sangat tenang untuk percutian honeymoon anda. Biliknya yang cantik elegan dan luas dilengkapi dengan bathtub, mempunyai pemandangan laut yang indah dan akses ke kolam renang. Terdapat juga lokasi bilik yang lebih privasi dikelilingi taman dan mempunyai balkoni yang sangat sesuai untuk pasangan honeymoon menikmati masa romantik bersama. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan untuk berjalan-jalan di Walking Street, Sunset Beach dan Sunrise Beach.

Fasiliti lain yang ditawarkan termasuklah gim, restoran makanan Thai dan antarabangsa, bilik mesyuarat, dan perkhidmatan Wi-Fi. Selain itu, restoran lain yang berhampiran adalah seperti Benny’s On The Beach (Vegan) dan Tasneem Halal Food.

Alamat:  Sunrise Beach, Tarutao National Marine Park, Amper Meung, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Sita Beach Resort

Sita Beach Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Sita Beach Resort

Sita Beach Resort yang terletak berhadapan dengan laut Andaman, menawarkan suasana penginapan yang tenang dan pemandangan yang cantik serta kemudahan untuk akses secara terus ke pantai. Terdapat banyak pilihan bilik penginapan termasuk bilik untuk keluarga dan bilik untuk honeymoon yang luas. Pakej bilik honeymoon mereka yang dihiasi dengan gaya tradisional Thai ini mempunyai balkoni dan jakuzi persendirian yang boleh melihat pemandangan laut. Kelengkapan dalam bilik termasuk pengering rambut, televisyen, peti ais, selipar bilik dan bathtub yang besar.

Fasiliti mereka dilengkapi dengan kolam yang besar, jakuzi, spa, restoran yang menghidangkan sajian Thai dan antarabangsa serta bar yang dibuka setiap hari. Selain itu, anda juga boleh kunjungi restoran Chareena Halal yang terletak tidak jauh dari hotel.

Alamat: 149 Moo 7 Koh Lipe Subdistrict Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Bundhaya Resort

Bundhaya Resort
Kredit Gambar: Laman Web Bundhaya Resort

Bundhaya Resort adalah penginapan yang sangat selesa dan sesuai untuk keluarga kecil dan pasangan honeymoon di Koh Lipe ini. Bilik-bilik di sini berkonsepkan banglo mewah yang dikelilingi alam semula jadi beserta pemandangan kolam renang, pantai ataupun taman. Persekitaran yang nyaman dan mempunyai balkoni yang privasi memberikan suasana yang romantis bersama pasangan honeymoon anda. Kemudahan di dalam bilik termasuk minibar, peti ais, televisyen, mesin kopi, Wi-Fi dan lain-lain lagi.

Di Bundhaya Resort ini juga mempunyai fasiliti sauna dan jakuzi, restoran dan tempat BBQ, servis dobi dan penyewaan basikal untuk bersantai di Pattaya Beach dan Sunrise Beach. Terdapat juga restoran lain yang berdekatan seperti Nee Papaya Thaifood dan Tasneem Halal Food.

Alamat: 147 Moo 7, Koh Lipe, T. Koh Sarai, Muang, Pattaya Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Wapi Resort

Wapi Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Wapi Resort via agoda.com

Terletak di Sunrise Beach, Wapi Resort merupakan penginapan yang menyenangkan dikelilingi pokok pine yang teduh sesuai untuk percutian honeymoon di pulau Koh Lipe. Terdapat pelbagai jenis pilihan bilik penginapan seperti banglo berhadapan pantai, bilik atau dipanggil cottage dengan pemandangan laut, banglo di dalam taman yang sedikit terpencil kedudukannya dan lain-lain lagi. Persekitarannya yang privasi dan hiasan bilik yang minimalis memberikan keselesaan buat anda dan pasangan untuk meluangkan masa bersama.Di hotel ini mempunyai fasiliti seperti tempat urut, servis dobi dan Wi-Fi tetapi tidak mempunyai kolam renang.

Selain itu, terdapat juga restoran hotel yang menyajikan makanan Thai dan bermacam jenis air serta pencuci mulut untuk para pelanggannya. Kedudukan hotel yang berdekatan dengan Walking Street, Terminal Feri dan 7 Eleven memudahkan anda untuk berjalan di kawasan sekitar dan mengunjungi kedai makan popular seperti Nee Papaya Thaifood.

Alamat: Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Anda Lipe Resort

Anda Lipe Resort Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Anda Lipe Resort

Anda Lipe Resort terletak di Sunrise Beach mempunyai suasana penginapan yang nyaman dikelilingi alam semula jadi. Penginapan di sini merupakan bilik banglo yang luas dan sangat cantik dengan reka hiasan gaya Bali dan Thai sesuai untuk percutian honeymoon yang romantik. Biliknya dilengkapi dengan kemudahan seperti cerek, minibar, peti ais, pengering rambut dan sebagainya. Terdapat juga bilik yang mempunyai balkoni untuk anda berehat menikmati alam sekitar bersama pasangan anda. Fasiliti yang boleh didapati di resort ini termasuk kolam renang yang besar dan bilik mesyuarat.

Selain itu, terdapat juga restoran dan bar yang menyajikan hidangan Thai dan barat yang beroperasi setiap hari dari pagi hingga malam. Antara restoran lain yang boleh dikunjungi berhampiran hotel seperti Benny’s On The Beach (Vegan), Sri Lipe Halal Thai Food dan Tasneem Halal Food.

Alamat: 103 Koh Lipe (Sunrise Beach), M.7, T.Koh Sarai, A.Maing, Satun, Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand, 91000

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan |  Laman Web | Facebook


10. Ten Moons Lipe Resort

Ten Moons Lipe Resort
Kredit Gambar: Ten Moons Lipe Resort via agoda.com

Terletak di Sunrise Beach, Ten Moons Lipe Resort menawarkan penginapan yang tenang menghadap pantai dan suasana yang privasi sesuai untuk pasangan honeymoon dan percutian keluarga. Penginapan berkonsepkan banglo ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan iaitu menghadap laut dan taman. Anda boleh menikmati keindahan pemandangan laut dan matahari terbit bersama pasangan dari dalam bilik dengan tenang. Kelengkapan dalam bilik termasuk televisyen, Wi-Fi percuma, peti ais, pengering rambut dan balkoni privasi.

Hotel ini mempunyai Restoran & Cocktail Bar yang menyajikan hidangan Thai, makanan laut segar, cocktails dan wain. Bagi yang ingin mencari makanan halal berhampiran anda boleh kunjungi Tasneem Halal Food, Nee Papaya Thaifood dan banyak lagi kedai di Walking Street.

Alamat: 31 Moo 7 Koh Lipe Koh Sarai District, Satun 91100, Thailand

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook

Jom baca lagi:


Jadi, yang mana satu pilihan hotel untuk penginapan honeymoon anda di Koh Lipe? Pelbagai pilihan yang boleh anda pilih dari senarai di atas ini. Jom ke Koh Lipe dan menikmati hospitaliti yang memuaskan di sana!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

24 Hotel Menarik Berdekatan Pantai Di Koh Lipe

Selamat datang di Koh Lipe, salah satu destinasi pulau terindah di Thailand! Jika anda mencari pengalaman pantai yang istimewa lagikan romantis, maka Koh Lipe...

Top 10+ Tempat Menarik Di Koh Lipe Anda Perlu Lawati

Koh Lipe, pulau di Thailand yang sangat terkenal dengan kecantikan pantai dan pasir putih yang lembut serta halus. Pelbagai aktiviti menarik yang pelancong boleh...

Top 10 Hotel Family-Friendly di Koh Lipe

Bercuti ke Koh Lipe merupakan destinasi yang sesuai untuk anda dan keluarga menikmati keindahan pantai dan meluangkan masa bersama. Percutian keluarga anda akan menjadi...

Top 5 Tempat Snorkeling Popular di Koh Lipe

Snorkeling di Koh Lipe merupakan antara aktiviti yang menarik dan ideal untuk dilakukan di sana. Koh Lipe merupakan sebuah pulau indah terkenal dengan keindahan...

5 Agensi Terbaik Yang Menawarkan Kursus Diving PADI Di Koh Lipe

Jika anda berminat ingin mempelajari aktiviti menyelam (diving) dengan lebih mendalam, anda boleh menyertai Professional Association of Diving Instructors (PADI) Water Course di Koh...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x