Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe. Kalau anda seorang divers profesional mahupun pemula, kami Cari Destinasi kongsikan 14 diving sites yang popular khas untuk anda di Koh Lipe.

Jom kita tengok!


1. Koh Hin Ngam

Koh Hin Ngam Koh Lipe
Kredit Gambar: Thailand Tourism Direstory

Koh Hin Ngam yang terkenal dengan batu granit berwarna hitam yang unik menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk menerokai terumbu karang dan menemui pelbagai spesies hidupan laut yang indah dengan aktiviti menyelam. Penyelam berpeluang menemui ikan buntal, udang, belut laut dan lain-lain lagi. Ada kawasan menyelam yang agak cetek di sini menjadikannya lokasi yang sesuai untuk pemula belajar menyelam.

Hotel Terdekat


2. 8 Mile Rock 

8 Mile Rock Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Forra Diving Resort

Lokasi 8 Mile Rock kira-kira 8 batu dari pulau Koh Lipe menawarkan tempat menyelam yang unik kepada para penyelam. Kawasan menyelam di sini menampilkan formasi batuan yang besar di dasar laut di mana anda boleh melihat kumpulan ikan, jerung terumbu dan pelbagai spesis lain. Oleh kerana keadaan dasar lautnya yang dalam, 8 Mile Rock ini sesuai untuk penyelam yang sudah mahir dan berpengalaman.

Hotel Terdekat


3. Stonehenge

Stonehenge Koh Lipe
Terumbu karang yang berwarna-warni di bawah laut

Tempat menyelam di Koh Lipe iaitu Stonehenge adalah antara yang popular di Thailand. Pengunjung boleh datang ke lokasi ini dengan menaiki bot dari Koh Lipe yang mengambil masa lebih kurang 10 minit. Tempat menyelam di sini popular dengan formasi batu yang mengagumkan serta laluan untuk berenang. Terdapat banyak terumbu karang yang berwarna-warni serta hidupan laut seperti sekumpulan barakuda, kuda laut, udang, ketam dan banyak lagi.

Hotel Terdekat


4. Yong Hua Shipwreck

Yong Hua Shipwreck Koh Lipe
Peninggalan bangkai kapal yang menjadi kawasan hidupan marin dan terumbu karang

Yong Hua Shipwreck merupakan artificial reef yang dicipta oleh sunken fishing trawler yang tenggelam lebih dari 2 dekad. Kini, lokasi bangkai kapal tenggelam itu menjadi rumah kepada pelbagai spesis marin menjadikannya tempat menyelam yang unik. Terdapat karang lembut dan keras di lokasi tersebut serta ikan barakuda dan ikan tuna. Perjalanan untuk ke tempat ini sedikit mencabar dan perlu bimbingan orang yang berkemahiran untuk membawa anda ke lokasi.

Hotel Terdekat


5. Adang Island

Adang Island Koh Lipe
Perairan yang jernih dan pemandangan bawah laut yang jelas di Adang Island

Pulau Adang adalah salah satu tempat popular untuk snorkeling dan menyelam di Koh Lipe. Kawasan perairan yang jernih ini memberikan pemandangan bawah laut yang sangat menakjubkan dengan keindahan terumbu karang dan hidupan marin yang banyak seperti ikan belut laut, ikan pari karang, kerang dan ikan-ikan kecil. Lokasi menyelam di Adang Island ini sesuai untuk latihan menyelam terutama bagi pemula kerana perairannya yang tidak terlalu dalam.

Hotel Terdekat


6. Koh Taru 

Koh Taru
Kredit Gambar: Laman Web Forra Diving Resort

Salah satu tempat menyelam sekitar Koh Lipe yang sesuai untuk pemula adalah Koh Taru. Pemandangan bawah laut sangat indah dengan warna-warni dari terumbu karang yang dikelilingi banyak spesis ikan seperti Yellow Snapper. Selain itu, penyelam juga berpeluang untuk menemui ikan Coral Catshark berenang-renang di bawah batu-batu. Kedalamannya yang mencukupi untuk menyelam bakal memberikan anda pengalaman menyelam yang menarik dan santai.

Hotel Terdekat


7. Koh Yang

Koh Yang
Kredit Gambar: Internet

Koh Yang merupakan spot menyelam yang sesuai untuk pemula kerana airnya yang tenang. Anda berkesempatan untuk melihat penyu, spesies nudibranch, dan haiwan laut lain yang unik. Di bahagian perairan yang cetek pula menjadi rumah kepada terumbu karang yang sihat dan cantik, ikan buntal, ular katam, dan butterflyfish. Pendek kata, memang banyaklah makhluk bawah laut yang mempesonakan.

Hotel Terdekat


8. Koh Talang 

Koh Talang
Pelbagai hidupan marin di bawah laut termasuk ikan-ikan kecil dan kuda laut

Lokasi menyelam di Koh Talang adalah destinasi yang ideal bagi penyelam yang sudah mahir ataupun pemula kerana kawasan menyelam di sini mempunyai kawasan yang cetek dan yang lebih dalam. Tempat menyelam di sini menawarkan pemandangan bawah laut yang indah dengan terumbu karang yang hidup subur dan berwarna-warni. Terdapat juga hidupan laut seperti nudibranch, ikan pari, kuda laut dan banyak lagi yang pasti akan membuatkan para penyelam terpesona.

Hotel Terdekat


9. Pattaya Corner

Pattaya Corner Koh Lipe
Kredit Gambar: Internet

Pattaya Corner merupakan salah satu lokasi menyelam yang popular di Koh Lipe. Untuk pergi ke Pattaya Corner ini, pelancong boleh menaiki bot laju yang mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Kawasan menyelam di sini sangat cantik dipenuhi terumbu karang dan variasi hidupan laut seperti ikan buntal, snapper dan kuda laut. Terdapat juga batu-batuan besar yang dipenuhi karang lembut dan penyelam berpeluang untuk menemui lionfish di sekitar situ.

Hotel Terdekat


10. Seven Rocks

Seven Rocks Koh Lipe
Kredit Gambar: Internet

Seven Rocks adalah tempat menyelam yang menarik dengan banyak terumbu karang di celah-celah batu dan kawasan yang sempit. Para penyelam berpeluang menikmati keindahan hamparan terumbu karang yang luas dan berwarna-warni. Di samping itu, terumbu karang di sini dihuni pelbagai spesis ikan bawah laut antaranya ialah ikan lepu (lionfish), kuda laut, ikan pari dan macam-macam lagi. Melakukan aktiviti menyelam di Seven Rocks ini sememangnya berbaloi kerana ia memberikan anda pengalaman menyelam yang memuaskan.

Hotel Terdekat


11. Far Islands

Far Islands Koh Lipe
Kawasan pulau yang terpencil dan pemandangan bawah laut yang cantik

Spot menyelam di Far Islands merupakan kumpulan kepulauan kecil yang terdiri daripada Koh Sarang, Hin Son, Sailrock dan Koh Pung. Kawasan menyelam di sini menampilkan pemandangan indah dengan penampakan terumbu karang di bawah air laut yang jernih. Penyelam berpeluang untuk melihat ikan pari, hiu dan spesies langka lainnya. Pengalaman menyelam di Far Islands ini akan memberikan anda kejutan istimewa dalam menyelam dengan alam bawah laut yang mengagumkan.

Hotel Terdekat


12. Sailrock

Sailrock Koh Lipe
Kredit Gambar: Internet

Tapak menyelam yang terkenal dengan dinding terumbu karang yang dramatis iaitu Sailrock. Ada batu-batu besar yang dikelilingi dengan karang lembut yang cantik serta dihuni pelbagai jenis ikan. Para penyelam akan menemui kehidupan bawah laut yang besar-besar seperti ikan tuna dan barakuda. Pengalaman menyelam yang menarik dan menakjubkan dapat dirasai apabila anda menyelam di Sailrock.

Hotel Terdekat


13. Koh Sarang

Koh Sarang
Kredit Gambar: Laman Web Forra Diving Resort

Koh Sarang adalah tempat menyelam yang jarang dikunjungi dan terletak jauh di selatan Far Islands. terumbu karangnya sangat indah dan ceria warnanya seperti dijaga rapi. Di sini penyelam berkesempatan untuk melihat pinnacle underwater di bawah laut yang berbentuk seperti pokok krismas menambahkan lagi keunikan pemandangan di bawah laut. Anda juga dapat menghayati kehidupan marin yang kaya dengan spesies ikan seperti triggerfish, scorpionfish, dan ikan batu karang yang indah. Pengalaman menyelam yang damai dan menyenangkan boleh dirasai apabila menyelam di Koh Sarang ini.

Hotel Terdekat


14. Koh Pung 

Koh Pung
Kredit Gambar: Laman Web Adang Sea Divers

Tempat menyelam di Koh Pung menawarkan pemandangan terumbu karang yang menakjubkan dan kedalamannya yang ideal sesuai untuk semua tahap menyelam. Di lokasi menyelam ini memiliki batu granit yang dikelilingi karang lembut yang ceria warnanya. Para menyelam bakal menemui kehidupan laut yang menarik dan unik di sekitar tempat ini seperti ikan lepu iaitu lionfish dan scorpionfish, nudibranch, udang kecil dan ikan-ikan kecil yang bergerak dalam kumpulan.

Hotel Terdekat


Pakej Diving Adang Sea Divers

Diving Adang Sea Divers
Kredit Gambar: FB Adang Sea Divers

Untuk merasai pengalaman menyelam yang lebih menarik, anda boleh mengambil pakej menyelam bersama Adang Sea Divers. Mereka menawarkan pakej trip menyelam termasuk penginapan dan pengangkutan untuk ke lokasi menyelam. Adang Sea Divers mempunyai pakej yang sesuai untuk semua tahap, dari tahap pemula sehinggalah yang berpengalaman.

Bagi anda yang ingin menyertai kelas menyelam, Adang Sea Divers juga ada menawarkan kelas kemahiran menyelam dengan harga yang berbaloi. Pakej mereka termasuk peralatan untuk menyelam, insuran dan makan tengah hari. Jurulatih mereka mempunyai lesen menyelam dan merupakan golongan profesional dalam bidang menyelam. Maklumat lanjut mengenai pakej diving di Koh Lipe yang ditawarkan mereka boleh layari laman web di bawah.

Hotel Terdekat | Laman Web | Facebook | Lokasi | Phone: +66900700233

Baca lagi:


Diving sites di Koh Lipe sememangnya memberikan pengalaman menyelam yang luar biasa dengan air lautnya yang jernih sekaligus memberikan pemandangan bawah laut yang mengagumkan. Dengan terumbu karangnya yang indah dan peluang untuk melihat pelbagai jenis kehidupan bawah laut, Koh Lipe merupakan syurga bagi para penyelam dari seluruh dunia. Jadi apa tunggu lagi, jom bercuti dan menyelam di Koh Lipe!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

Keindahan pantai-pantai di Koh Lipe atau gelarannya ‘Maldives of Thailand’ akan membuatkan anda berasa tenang dan santai. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong yang memilih...

Top 5 Tempat Snorkeling Popular di Koh Lipe

Snorkeling di Koh Lipe merupakan antara aktiviti yang menarik dan ideal untuk dilakukan di sana. Koh Lipe merupakan sebuah pulau indah terkenal dengan keindahan...

4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe!

Koh Lipe sebuah pulau tropika yang menakjubkan di Thailand merupakan destinasi impian bagi para pelancong yang mencari ketenangan di pantai. Sekiranya anda merancang untuk...

Koh Lipe – Umpama “Maldives” Versi Thailand

Koh Lipe, sebuah pulau indah yang terletak di selatan Thailand. Pulau kecil ini lebih dikenali sebagai Maldives of Thailand merupakan salah satu hidden gems...

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong...

Jom Tengok 25 Makanan Perlu Dicuba Di Koh Lipe

Koh Lipe adalah destinasi ideal buat para penggemar makanan laut di mana pelancong akan menemui banyak hidangan makanan laut di sekitar pantai dan Walking...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x