Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Koh Lipe – Umpama “Maldives” Versi Thailand

Koh Lipe, sebuah pulau indah yang terletak di selatan Thailand. Pulau kecil ini lebih dikenali sebagai Maldives of Thailand merupakan salah satu hidden gems di Thailand. Bukan itu sahaja, Koh Lipe juga adalah sebahagian daripada Tarutao National Marine Park iaitu taman marin pertama yang dibina di Thailand pada tahun 1974. Persekitaran pantai di pulau ini tersangatlah cantik dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang jernih bak kristal menjadikannya lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong ideal untuk bercuti. Keindahan di pulau ini sangat sesuai bagi anda yang gemar OOTD dan ambil gambar tempat-tempat yang cantik untuk upload ke sosial media.


Kenapa Anda Perlu Pilih Koh Lipe Sebagai Destinasi Percutian Seterusnya?

Koh Lipe, Thailand terkenal dengan suasana pantai dan airnya yang memukau, makanan yang sedap untuk dinikmati, dan pelbagai pilihan aktiviti menarik untuk dicuba. Berikut adalah beberapa perkara tentang kenapa anda perlu pilih Koh Lipe sebagai destinasi percutian anda akan datang:

1. Keindahan Alam Semula Jadi

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-keindahan-alam-semula-jadi
Keindahan pantainya yang jernih, pasirnya yang putih. Pasti anda akan jatuh cinta!

Koh Lipe sangat terkenal dengan keindahan pantainya berpasir putih yang sangat lembut dan air laut yang membiru dan jernih. Anda juga boleh menerokai hidupan bawah laut yang sangat cantik dan dipenuhi terumbu karang yang berwarna-warni. Bukan itu sahaja, di Koh Lipe juga adalah antara spot terbaik untuk melihat matahari terbit dan matahari terbenam. Menikmati keindahan pantai di Koh Lipe adalah salah satu terapi yang sesuai buat mereka yang gemar akan alam semula jadi.

Hotel Terdekat


2. Suasana Pulau Yang Tenang & Santai 

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-suasana-pulau-yang-tenang-dan-santai
Persisiran pantainya yang tenang menjadikan Koh Lipe ini lebih selesa sesuai untuk bercuti!

Bagi anda yang inginkan ketenangan, percutian ke Koh Lipe ini adalah destinasi yang ideal untuk anda. Ini kerana keindahan pantai dan air yang jernih dapat memberikan anda suasana yang tenang dan damai secara semula jadinya. Di sana, anda boleh luangkan masa bersantai di persisiran pantai dengan berjalan kaki atau menaiki skuter untuk melihat lebih banyak lagi keindahan dan kawasan menarik penuh istimewa di Koh Lipe.

Hotel Terdekat


3. Pantai-Pantainya Yang Terkenal 

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-pantai-pantainya-yang-terkenal
Koh Lipe terkenal dengan pantai-pantainya yang mempunya keistimewaannya yang tersendiri.

Terdapat tiga pantai utama yang terkenal dalam kalangan pelancong iaitu, Pattaya Beach, Sunrise Beach, dan Sunset Beach. Secara keseluruhannya, Pattaya Beach menjadi destinasi pantai yang sering menjadi tumpuan ramai pelancong kerana terdapat pelbagai aktiviti yang berlaku di sana. Selain daripada tumpuan pelancong untuk bermandi-manda, bersantai dan melakukan aktiviti watersport, Pattaya Beach merupakan pantai utama di Koh Lipe kerana ia tempat di mana tempat imigresen berlaku dan bot berlabuh dan berlepas untuk menurunkan pelancong ke pulau ini. Sunrise Beach pula menjadi tumpuan pelancong dengan keistimewaanya menampilkan panorama untuk melihat matahari terbit manakala Sunset Beach pula menawarkan panorama indah matahari terbenam dengan penuh memukau di Koh Lipe.

Hotel Terdekat


4. Terumbu Karang Yang Menarik & Kawasan Tapak Selam Yang Mengagumkan 

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-terumbu-karang-menarik-tapak-selam-mengagumkan
Anda berpotensi untuk melihat terumbu karang yang terang warnanya dan memukau semasa menyelami keindahan marin di Koh Lipe!

Keindahan Terumbu Karang (Coral Reef) di bawah laut di Koh Lipe ini pasti membuatkan anda terpegun dan terpesona. Anda boleh merasai pengalaman diving yang mengagumkan untuk melihat keindahan kehidupan bawah laut. Untuk pengetahuan anda, Koh Lipe ada banyak diving sites yang menarik dan indah untuk diterokai! Berminat untuk menyertai aktiviti menyelam di Koh Lipe? Terdapat banyak servis yang menawarkan aktiviti menyelam dan PADI untuk anda sertai! Yang paling penting, aktiviti diving ini dibawah pemantauan pelatih yang pakar dan profesional agar anda sentiasa selamat sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Hotel Terdekat


5. Pelbagai Pilihan Makanan & Tempat Penginapan Menarik

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-pelbagai-pilihan-makanan-tempat-penginapan-menarik
Pelbagai pilihan aneka makanan berkonsepkan makanan laut & Selatan Thai menarik untuk dicuba sambil bermalam di hotel/resort yang berbaloi!

Anda tidak perlu risau tentang tempat penginapan di Koh Lipe kerana di sini terdapat banyak pilihan tempat untuk bermalam daripada hotel 5 bintang, chalet tepi pantai hinggalah ke tempat penginapan berbajet dan lain-lain lagi untuk disesuaikan dengan citarasa anda. Kemudahan yang disediakan di tempat penginapan juga mencukupi untuk keselesaan pelancong. Pilihan makanan juga sangat banyak dan pasti akan memikat selera anda. Selain daripada makanan ala Thai, terdapat juga kedai makan yang menawarkan makanan ala Barat dan makanan antarabangsa yang anda boleh pilih. Buat pelancong Muslim, kedai makan Mesra Muslim dan Halal juga mudah didapati di Koh Lipe.

Hotel Terdekat


Bila Waktu Sesuai untuk Pergi ke Koh Lipe?

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bila-waktu-sesuai-ke-koh-lipe
Keindahan Koh Lipe dengan air jernihnya boleh dilihat dengan jelas terutama pada waktu kemuncak atau High Season.

Antara bulan November hingga April atau Mei adalah waktu terbaik atau dipanggil High Season untuk bercuti ke Koh Lipe. Majoriti gerai-gerai dan kedai makan di kawasan sekitar dibuka dan aktiviti watersport juga banyak ditawarkan. Cuaca di sana pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk pergi melancong ke Koh Lipe.

Selain daripada itu, antara bulan Jun hingga Oktober dikenali sebagai waktu rendah atau dipanggil Low Season di mana cuaca di sana tidak sebaik ketika waktu High Season jadi tidak ramailah pelancong akan kesana. Dalam tempoh Low Season juga kebanyakan kedai-kedai disana tidak beroperasi waktu itu atas faktor kekurangan kedatangan pelancong ditambahkan lagi dengan faktor cuaca yang kurang baik dan pergerakan laut yang bergelora.

Jadi, jika berminat untuk ke Koh Lipe terutama pada High Season, amatlah disarankan untuk buat tempahan lebih awal kerana kebanyakan tempat penginapan akan penuh dan tiket akan cepat habis.

Hotel Terdekat


Di Mana Lagi Bandar Berdekatan Koh Lipe?

Selain Koh Lipe yang menawan ini, berikut adalah bandar berdekatan Koh Lipe yang anda boleh kunjungi:

Satun:

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bandar-berdekatan-koh-lipe-satun
Phu Phat Cave, antara destinasi tarikan pelancong yang menarik untuk dilawati di Satun.

Wilayah Satun adalah wilayah kecil yang terletak di selatan Thailand dan bersempadan dengan Perlis, Malaysia. Terdapat pengangkutan feri yang menghubungkan Satun dengan Koh Lipe yang menjadikannya salah satu pintu masuk popular untuk mengunjungi Koh Lipe. Antara tarikan di Satun ialah Phu Phat Cave atau dikenali juga sebagai Gua Gunung Berlian (Diamond Mountain Cave) iaitu salah satu gua terbesar di Thailand.


Pak Bara

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bandar-berdekatan-koh-lipe-pak-bara
Khao Thanan (Sunflower Garden) menjadi antara tarikan pelancong yang harus dilawati bila berada di Pak Bara.

Terletak di pantai barat daya Thailand, Pak Bara merupakan pantai peranginan yang terletak di wilayah Satun. Di sini juga merupakan pintu gerbang utama untuk pergi ke Koh Lipe kerana lokasi ini adalah kawasan utama feri dan bot berlabuh dan berlepas untuk ke Koh Lipe. Di sepanjang pantai Pak Bara terdapat banyak kedai makan yang halal. Khao Thanan (Sunflower Garden) adalah antara lokasi menarik di sini yang menampilkan pemandangan indah ladang bunga matahari yang berkembang mekar.

Pastikan anda semak dahulu waktu yang sesuai untuk melawat tempat ini kerana bunga matahari berkembang ada musim dan waktunya.


Trang:

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bandar-berdekatan-koh-lipe-trang
Keunikan Morakot Cave penuh dengan keajaiban alam semula jadinya yang indah di Trang

Jika anda berpuas hati dengan percutian anda di Koh Lipe, kunjungilah ke bandar Trang! Trang ialah bandar besar yang terletak di pantai barat daya Thailand dan ada banyak pasar-pasar basah dan pasar penjaja di kawasan sekitarnya. Antara tarikan pelancong yang berbaloi untuk dilawati ketika berada di Trang adalah Emerald Cave atau nama lainnya Morakot Cave. Gua ini menjadi salah satu tarikan menarik di Trang atas faktor keunikan alam semulajadinya yang sangat memukau.


Hat Yai:

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bandar-berdekatan-koh-lipe-hat-yai
Khlong Hae Floating Market antara tarikan pelancong yang cukup terkenal terutama sekali dalam kalangan pelancong Malaysia

Hat Yai adalah bandar tarikan pelancong yang menarik di selatan Thailand dan menjadi pintu masuk ke wilayah tersebut. Terdapat penerbangan domestik dan antarabangsa yang boleh anda ambil dari sini ke Lapangan Terbang Hat Yai sebelum atau selepas meneruskan perjalanan ke Koh Lipe, Thailand. Paling utama sekali, Khlong Hae Floating Market antara tarikan pelancong yang cukup terkenal terutama sekali dalam kalangan pelancong Malaysia di mana makanan tempatan yang ditawarkan boleh didapati secara Halal dan terdapat pelbagai makanan Selatan Thai yang boleh dipilih dan dicuba dengan harga yang berbaloi.


Langkawi, Malaysia:

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bandar-berdekatan-koh-lipe-langkawi
Lawati Skybridge dan Eagle Square yang menjadi salah satu tarikan pelancong ikonik di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi adalah sebuah pulau yang terkenal di Malaysia dengan pelbagai tarikan pelancongnya yang tersendiri. Jarak antara Koh Lipe dan Pulau Langkawi hanya memakan masa lebih kurang satu jam setengah dengan menaiki feri. Terdapat pelbagai penerbangan dan feri yang menghubungkan Langkawi dengan Koh Lipe jadi anda hanya perlu menyemak sahaja info terkini melalui laman web tertentu untuk memudahkan perjalanan anda. Bila tiba di Pulau Langkawi ini, jangan lupa untuk lawati Skybridge dan Eagle Square yang menjadi salah satu tarikan pelancong ikonik di sana!


Kuala Perlis, Malaysia:

caridestinasi-koh-lipe-maldives-of-thailand-bandar-berdekatan-koh-lipe-kuala-perlis
Muzium Kota Kayang, tempat tarikan pelancong penuh sejarah di Kuala Perlis

Kuala Perlis adalah bandar pelabuhan di utara Malaysia yang menjadi pintu gerbang bagi
perjalanan ke Koh Lipe. Terdapat feri yang menghubungkan Kuala Perlis dengan pulau tersebut. Jika berkesempatan, lawati Muzium Kota Kayang yang menjadi tempat tarikan pelancong penuh sejarah yang menyimpan khazanah warisan sejarah negeri Perlis.

Nak tahu cara mudah & ringkas ke Koh Lipe tak? Klik sini!

Baca lagi:


Kesimpulannya, Koh Lipe Thailand merupakan tempat percutian yang sangat indah untuk dilawati terutama sekali bersama pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita dan rasai sendiri pengalaman indah di sana!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air...

Top 10+ Tempat Menarik Di Koh Lipe Anda Perlu Lawati

Koh Lipe, pulau di Thailand yang sangat terkenal dengan kecantikan pantai dan pasir putih yang lembut serta halus. Pelbagai aktiviti menarik yang pelancong boleh...

3 Tempat Menarik Di Pak Bara, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pak Bara yang terletak di wilayah Satun di bahagian selatan Thailand merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Koh Lipe. Suasana persekitaran di Pak...

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong...

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe....

5 Agensi Terbaik Yang Menawarkan Kursus Diving PADI Di Koh Lipe

Jika anda berminat ingin mempelajari aktiviti menyelam (diving) dengan lebih mendalam, anda boleh menyertai Professional Association of Diving Instructors (PADI) Water Course di Koh...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x