Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Port Tempat Makan Best di Koh Lipe, Thailand

Koh Lipe, pulau tropika di Thailand bukan hanya menawarkan keindahan pantai yang memukau, tetapi juga mempunyai pilihan tempat makan yang halal khas buat pelancong beragama Islam yang melancong ke sini. So, pelancong Muslim terutama sekali dari Malaysia tidak perlu risau mengenai makanan halal ye. Jom kita lihat kedai makan best dan viral di Koh Lipe!


1. Tasneem Halal Food

Tasneem Halal Food Koh Lipe
Kredit Gambar: Google Map

Tasneem Halal Food merupakan salah satu restoran halal yang terkenal di Koh Lipe. Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan pelbagai menu masakan Thai yang halal, bahkan rasanya juga cukup lazat dan menyelerakan. Lokasi kedai dekat sahaja dengan Sunrise Beach dan dibuka dari awal pagi iaitu jam 6 pagi. Kalau korang nak tahu, kedai ini selalu menjadi hotspot pada waktu pagi untuk bersarapan. Antara menu yang wajib dicuba ialah Seafood Somtam, Seafood masak Kensom dan teh tariknya yang pekat lagi cunz! Ada rasa kelainannya ya teh tarik buatan Malaysia dan di Koh Lipe, Thailand ini. Nak merasai perbezaanya, jomlah datang ke Koh Lipe.

Pilihan menu lain juga sangat banyak serta saiz hidangan yang besar. Bukan itu sahaja, harga juga amat berpatutan maka, tidak hairanlah ramai pelanggan yang berkunjung berulang-kali ke kedai ini untuk mencuba menu yang berbeza. Selain itu, restoran ini juga ada menjual kuih-muih Thai dan makanan dalam bungkusan yang kebiasaannya tersedia sekitar awal pagi waktu sarapan.

Alamat: F8Q5+H6 Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pagi – 9.00 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


2. Nee Papaya Thaifood & BBQ 

Nee Papaya Thaifood Koh Lipe
Kredit Gambar: Fb Nee Papaya Thaifood & BBQ

Restoran Nee Papaya, satu lagi kedai makan mesra Muslim dan halal di Koh Lipe yang terletak di hujung jalan di Walking Street dan berdekatan dengan Sunrise Beach. Restoran ini menyajikan masakan Thai dan makanan laut segar seperti udang, lobster, oyster, pelbagai jenis ikan dan lain-lain. Yang lebih menarik, anda boleh pilih makanan laut itu sendiri kemudian, pilih jenis sajian sama ada nak iaitu bakar atau panggang.

Menu yang sering menjadi pilihan kebanyakan pengunjung ialah seafood somtam, oyster dan tomyam seafood. Harganya juga berpatutan dan sangat berbaloi untuk anda singgah ke restoran Nee Papaya ini.

Alamat: 325 Walking St, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi -11.30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook 


3. Sri Lipe Halal Thai Food

Sri Lipe Halal Thaifood Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Sri Lipe Halal Thai Food

Lagi satu pilihan tempat makan halal di Koh Lipe ialah Sri Lipe Halal Thai Food. Kedai makan ini terletak di sekitar Walking Street yang menyajikan hidangan masakan Thai yang sungguh menyelerakan. Makanan yang berasaskan laut, hidangan salad betik (papaya salad) dan satay ayam adalah antara menu yang mesti dicuba apabila singgah di kedai ini. Pilihan minuman buah dan pencuci mulutnya juga sangat menyegarkan dan menyelerakan. Sangat sesuai dinikmati ketika cuaca panas atau setelah penat berjalan-jalan di pulau Koh Lipe. Selain itu, restoran ini menyediakan pilihan makanan set dan bufet makanan laut dengan harga yang sangat berbaloi untuk anda cuba.

Alamat: F8P4+W59, Walking St, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi -10.45 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


4. Bung Roon 3 (BungRoon Restaurant) 

BungRoon Restaurant Koh Lipe
Kredit Gambar: Google Map

Restoran Bung Roon terletak di kawasan Walking Street mempunyai banyak pilihan makanan laut yang segar. Anda boleh pilih sendiri makanan laut seperti udang, sotong dan ikan serta jenis masakannya kemudian akan ditimbang untuk dikira harga. Antara menu yang wajib dicuba ialah Pad Thai Seafood, siakap stim masak sour plum dan grilled squid. Pengalaman yang cukup indah makan di sini apabila anda dapat menikmati hidangan makanan laut sambil menikmati angin pantai yang nyaman. Pada waktu malam pula, suasana makan malam anda di tepi pantai akan dimeriahkan lagi dengan nyanyian buskers di restoran ini.

Alamat: 3387 Koh Lipe 1floor Koh Lipe Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Hotel Terdekat  | Lokasi | Ulasan


5. Benny’s On The Beach Koh Lipe

Benny’s On The Beach Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Benny’s On The Beach

Restoran yang telah beroperasi sejak 2018 ini memfokuskan menu makanan vegetarian. Benny’s On The Beach menyajikan minuman dan makanan berasaskan produk vegan sahaja iaitu yang berasaskan sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan. Semua menu mereka adalah bebas daging termasuklah pork free dan bersesuaian dengan vegetarian. Memandangkan kedai makan ini berasaskan produk makanan vegan, ianya juga mesra Muslim dan selamat untuk pelancong. Apabila datang ke kedai ini, jangan lupa untuk mencuba menu falafel mereka, pad thai dan Glass Noodle Salad. Sungguh lazat dan menyelerakan.

Alamat: Ko Tarutao, Koh Lipe, Satun 91110, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 6.00 petang)

Hotel Terdekat  | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


6. Mah Noh Kitchen 

Mah Noh Kitchen Koh Lipe
Kredit Gambar: Google Map

Kedai makan Mah Noh Kitchen terletak di Walking Street yang dibuka seawal jam 7.00 pagi. Kedai ini ada menyajikan makanan Thai untuk sarapan sehinggalah makan malam. Bagi yang mencari sarapan berat pada waktu pagi seperti nasi goreng, Mah Noh Kitchen adalah destinasi yang sesuai. Anda boleh teruskan aktiviti percutian tanpa risau untuk mencari makanan halal kerana anda boleh beli bungkus sahaja dari kedai ini selepas bersarapan. Saiz hidangannya juga besar dan sungguh memuaskan, berbaloi dengan harganya. Antara menu musttry di kedai ini ialah Tom Yam Goong, Pad Thai dan Grilled Seafood.

Alamat: F8R4+5XV, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 pagi – 9.30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


7. Chareena Halal @Chareena Hill Beach Resort

Chareena Halal Koh Lipe
Kredit Gambar: Laman Web Chareena Halal

Restoran Chareena Halal iaitu restoran di dalam Chareena Hill Resort menyajikan hidangan Thai dan makanan laut segar yang ditangkap setiap hari. Anda boleh menikmati hidangan makanan laut segar sebagai menu makan tengah hari sambil menghirup udara pantai dan melihat pemandangan pantai yang indah dari restoran ini. Antara menu yang wajib dicuba ialah nasi goreng, Green Curry, dan satay ayam. Sambil menikmati hidangan makanan yang menyelerakan di Chareena Halal, anda juga boleh mendapatkan akses Wi-Fi dari restoran tersebut.

Alamat: 448 moo 7 , Pattaya Beach, Koh Lipe, Muang, Satun 91000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 8.00 malam)

Hotel Terdekat  | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


8. Papaya Mom 

Papaya Mom Koh Lipe
Kredit Gambar: FB Papaya Mom

Salah satu kedai makan yang popular di Walking Street ialah Restoran Papaya Mom yang sentiasa mempunyai pelanggan yang ramai. Disarankan sebaiknya anda datang awal ke restoran ini untuk menikmati suasana makan yang lebih menenangkan. Variasi pilihan sajian makanan boleh didapati di restoran ini termasuk makanan laut segar, masakan Thai yang lazat dan pencuci mulut yang menyegarkan. Apabila datang ke Papaya Mom, anda harus mencuba menu Grilled Chicken, Raw Oyster beserta makanan sampingannya, dan Udang Panggang kerana rasanya yang sungguh memikat lagi menyelerakan.

Alamat: Walking St, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 9.30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


Kesimpulannya, kebanyakan tempat makan di Koh Lipe ini semuanya best, sedap & berbaloi! Diharapkan senarai kedai makan halal di Koh Lipe ini serba sedikit dapat membantu anda semasa food hunting di sana! Koh Lipe sangat terkenal dengan sajian makanan lautnya yang penuh menyelerakan dan memuaskan! Ada rasa nak pergi Koh Lipe tak? JOM JOM!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Tempat Snorkeling Popular di Koh Lipe

Snorkeling di Koh Lipe merupakan antara aktiviti yang menarik dan ideal untuk dilakukan di sana. Koh Lipe merupakan sebuah pulau indah terkenal dengan keindahan...

21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air...

Top 6 Leisure & Watersport Services Terbaik Di Koh Lipe

Apabila bercuti di Koh Lipe, banyak aktiviti watersport yang boleh dilakukan sambil menikmati keindahan pulau yang menakjubkan. Antara aktiviti watersport yang popular di Koh...

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

8 Kemudahan Am Di Koh Lipe Anda Patut Tahu Sebelum Melancong

Koh Lipe merupakan antara destinasi percutian yang terkenal di Thailand. Tempat ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya malah variasi pilihan makanannya...

14 Tempat Diving Best & Popular di Koh Lipe

Aktiviti menyelam atau diving ini tidak asing bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti sukan air ini terutama sekali di sekitar kawasan Koh Lipe....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x