Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu kecil di jalan raya boleh datang melayang ke cermin depan, menyebabkan keretakan boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

Jadi, sebaiknya kita terus tukar ganti cermin kereta yang teruk itu dengan segera. Jom tengok senarai tujuh kedai cermin kereta dengan servis tip top di Batu Caves! Jangan risau, semua kedai cermin kereta yang kami senaraikan ini telah memperoleh 4.0 bintang dan ke atas dan menerima banyak ulasan positif di Google Review.

7 Kedai Cermin Kereta di Batu Caves


1. Kedai Cermin Kereta Nine Autoglass, Taman Greenwood

Kedai Cermin Kereta Nine Autoglass, Taman Greenwood

Cermin depan kereta anda retak sebab terkena batu? Jom tukar di Kedai Cermin Kereta Nine Autoglass di Batu Caves. Owner kedai ini dan pekerjanya sangat peramah, menjaga kebersihan, dan melakukan tugas mereka secara profesional.

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kecekapan para pekerja sewaktu mengendalikan cermin depan kereta, terutama apabila mereka meletakkan gam dengan betul untuk memastikan tiada kebocoran berlaku.

Selain itu, harga yang ditawarkan di kedai ini juga berpatutan. Tidak hairanlah kedai ini memperoleh 5.0 bintang di Google Review! Ini kerana mereka mempunyai customer service yang terbaik!

Alamat: 1, Jalan 6 Taman Batu, Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Nine Autoglass


2. Suhas Windshield Medics, Taman Sri Batu Caves

Suhas Windshield Medics, Taman Sri Batu Caves

Anda mencari kedai cermin kereta yang beroperasi setiap hari? Ayuh datang ke Suhas Windshield Medics. Para pekerja yang berpengalaman di sini pasti dapat menyelesaikan masalah cermin depan kereta anda dengan mudah, cekap dan cepat.

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pekerja di Suhas Windshield Medics ini. Mereka sangat profesional dan peramah. Tidak hairanlah ramai pelanggan yang datang dan memberi 4.8 bintang di Google Review untuk kedai cermin kereta di Batu Caves ini.

Alamat: 117, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (11.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Suhas Windshield


3. FA Hisham Auto Glass, Jalan Samudera Utama

FA Hisham Auto Glass, Jalan Samudera Utama

Adakah anda risau akan dikenakan sebarang hidden charges sekiranya pergi ke kedai cermin kereta? Anda tak perlu risau jika anda mendapatkan servis di kedai cermin kereta FA Hisham Auto Glass yang terletak di Kawasan Industri Batu Caves ini.

Hal ini kerana semua di kedai ini menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Bukan itu saja, ramai pelanggan telah memberi ulasan bahawa servis yang mereka lakukan sangat laju, terbaik dan berkualiti.

Para pekerja juga tidak sombong dengan pelanggan serta cara kerja yang bagus dan kemas merupakan sebab kedai cermin kenderaan ini memperoleh 4.8 bintang di Google Review. Malah, harga yang ditawar di sini juga berpatutan. Pasti anda tidak menyesal menukar ganti cermin kenderaan anda di sini.

Alamat: 1027, Jalan Samudera Utama, Kawasan Industri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Laman web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp FA Hisham


4. Wargacorp Windscreen Specialist, Kawasan Perindustrian Selayang Baru

Wargacorp Windscreen Specialist, Kawasan Perindustrian Selayang Baru

Anda sedang mencari cermin depan kereta yang murah tetapi berkualiti? Jika ya, anda patut cuba mendapatkan servis di kedai cermin kereta Wargacorp Windscreen Specialist di Batu Caves ini.

Kerja-kerja pembaikan cermin depan kereta anda akan dilakukan dengan pekerja yang profesional. Maka, hasil kerja mereka memang terbaik dan cekap. Selain itu, staf di kedai ini juga sangat peramah dengan pelanggan.

Kedai yang memperoleh 4.7 bintang di Google Review ini sangat peka dengan keadaan pelanggan. Mereka siap menyediakan tempat menunggu yang dilengkapi aircond untuk keselesaan pelanggan. Menarik, kan?

Alamat: No. 4A, Lot 17495, Kawasan Perindustrian Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu (8:30 am – 5.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6127 8666


5. Dolwa Windscreen Batu Caves, Taman Samudra

Kedai Cermin Kereta Dolwa Windscreen Batu Caves, Taman Samudra

Kedai cermin kereta Dolwa Windscreen Batu Caves pun tidak kurang hebatnya. Ia memperoleh 4.7 bintang di Google Review. Rata-rata pelanggan memuji dan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kedai ini.

Selain itu, para pekerja di Dolwa Windscreen Batu Caves juga melakukan tugas mereka dengan cepat, bersih dan berkualiti. Kami pasti anda akan berpuas hati jika anda mendapatkan servis di kedai ini.

Alamat: 562, Jalan Samudera Utara 1, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi| Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dolwa Windscreen


6. BSG Auto Glass, Taman Samudra

BSG Auto Glass, Taman Samudra

Adakah anda tidak mahu menunggu lama hanya untuk menukar ganti cermin depan kereta anda? Mari datang ke kedai cermin kereta BSG Auto Glass di Batu Caves ini. Kedai ini beroperasi enam hari seminggu dan dibuka seawal 9 pagi.

Menurut para pelanggan, proses repair cermin depan kereta hanya mengambil masa satu jam sahaja! Walaupun cepat, kerja-kerja yang mereka dijalankan tetap dilakukan dengan teliti dan terperinci. 

Anda juga boleh berehat sebentar semasa menunggu cermin depan kereta anda siap dibaiki. Hal ini kerana Kedai BSG Auto Glass turut menyediakan ruangan menunggu yang selesa untuk para pelanggan. Bukan itu sahaja, bos dan pekerja juga peramah dan harga yang dikenakan juga berpatutan.

Alamat: 30, Jalan Samudera Barat 3, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp BSG Auto Glass


7. D & Y AutoGlass Enterprise, Kawasan Industri Batu Caves

Kedai Cermin Kereta D & Y AutoGlass Enterprise, Kawasan Industri Batu Caves

D&Y AutoGlass Enterprise ini merupakan pakar tukar cermin kereta, dengan pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang tukar cermin. Mereka amat cekap sehinggakan mereka sanggup menerima permintaan pelanggan yang ingin menukar cermin pintu depan kanan kereta dengan segera.

Bukan itu sahaja, D&Y AutoGlass Enterprise turut menawarkan perkhidmatan lain seperti servis COD ke rumah pelanggan jika anda tidak dapat datang ke kedai. Kawasan yang mereka cover ialah Kuala Lumpur, Selangor dan Nilai.

Tambahan pula, seandai berlaku sebarang kebocoran selepas pemasangan cermin kereta, anda boleh claim warranty pemasangan selama 3 tahun. Menarik, bukan?

Alamat: 140, Jalan SBC 3, Kawasan Industri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: : Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D & Y AutoGlass


Kami harap senarai ini dapat membantu menyelesaikan masalah cermin kereta anda dengan segera dalam mencari kedai cermin kereta dengan servis tip top di Batu Caves, Selangor. Jangan lupa untuk survey dahulu harga di setiap kedai bagi mengelakkan anda terlebih belanja.

Cermin kereta adalah salah satu bahagian keselamatan yang paling penting untuk sesebuah kereta. Ia bukan sahaja melindungi anda daripada hujan, angin, serta habuk, ia juga mengurangkan kemungkinan anda akan cedera dalam kemalangan. Jadi, jangan lengah-lengahkan mendapatkan servis jika cermin kereta anda mempunyai retakan.

Jika kenderaan anda juga sedang mengalami masalah tayar, tidak mengapa! Anda boleh melayari artikel kami dimana kami senaraikan 10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah.

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Aksesori Kereta Pilihan Pelanggan di Shah Alam!

Sudah semestinya pemilik kereta mempunyai keinginan untuk menambah aksesori kereta agar kelihatan lebih menarik. Kebanyakan aksesori kereta bukan sahaja dapat mencantikkan dalaman dan luaran...

10 Kedai Tayar Subang Jaya Terbaik

Di Subang Jaya, terdapat beberapa kedai tayar yang menawarkan harga yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan. Semua kedai tayar Subang Jaya ini sangat disyorkan...

6 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Sekitar Puchong, Selangor

Sudah masuk tahun baru, motor pun kenalah nampak baru! Jadi, kepada penunggang motosikal dan penggemar aksesori motor, anda harus mengunjungi enam kedai motor dengan...

6 Bengkel Kereta Terbaik di Batu Caves, Selangor

Kedai membaiki kenderaan adalah tempat di mana perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan disediakan untuk kenderaan bermotor, terutamanya kereta atau motosikal. Di bengkel kereta, juruteknik terlatih...

10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor

Hujung tahun merupakan masa yang amat sesuai untuk anda menukar, membeli dan upgrade barang keperluan mereka kepada yang baru kerana ini adalah waktu anda...

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah

Adalah penting untuk memastikan bahawa tayar anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa jika anda sering memandu. Keempat-empat tayar itu adalah satu-satunya sentuhan antara...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x