Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Cermin Kereta Terbaik di Petaling Jaya, Selangor!

Pasti anda berasa susah untuk fokus semasa memandu apabila cermin kereta anda retak, bukan? Anda ingin ke kedai cermin kereta tapi tidak tahu di mana lokasi dan kedai cermin kereta yang terbaik di Petaling Jaya? Jangan risau, di sini kami telah senaraikan tujuh kedai cermin kereta dengan servis terbaik di Petaling Jaya untuk anda! Semoga bermanfaat!

7 Kedai Cermin Kereta di Petaling Jaya


1. A Plus Windscreen Sdn Bhd, Seksyen 19

A Plus Windscreen Sdn Bhd, Seksyen 19

Siapa sangka batu kecil mampu menghasilkan keretakan pada cermin kereta, bukan? Sekiranya tidak ditukar dengan segera, pasti mengganggu pandangan semasa memandu kelak. Jadi, mari kunjungi kedai A Plus Windscreen!

Kedai cermin kereta A Plus Windscreen di Petaling Jaya ini menawarkan servis penukaran cermin kereta yang terbaik di kawasan ini. Bukan itu saja, mereka juga menawarkan servis pintu-ke-pintu, pickup service, tinted service. 

Malah, kedai ini juga berupaya untuk menukar ganti pelbagai bahagian kereta anda seperti front door glass, front quarter glass, rear door glass, rear quarter glass, rear glass dan sunroof glass. Menarik, bukan? 

Kedai cermin kereta yang memperoleh 4.9 bintang dan hampir 150 ulasan pelanggan di Google Review ini juga mempunyai servis yang laju dan cepat. Dikatakan kereta anda akan siap dalam hari yang sama anda menghantar kereta anda ke kedai ini. Efisien, bukan? 

Tambahan pula, cermin kereta yang digunakan juga sangat berkualiti tinggi dan kedai ini mempunyai prinsip money back guarantee. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan servis cermin kereta di kedai ini!

Alamat: No. 2, Jalan 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp A Plus Windscreen


2. HLT Windscreen Specialist, Taman Petaling Utama

HLT Windscreen Specialist, Taman Petaling Utama

Kedai cermin kereta di Petaling Jaya seterusnya adalah kedai HLT Windscreen Specialist yang terletak di Taman Petaling Utama. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk memandu kereta anda ke kedai cermin kereta, anda seharusnya memilih kedai cermin kereta. 

Ini kerana HLT Windscreen Specialist ini menawarkan servis pintu-ke-pintu untuk anda! Menarik, kan? Setibanya pekerja kedai cermin kereta ini di rumah anda, mereka akan bertanya terlebih dahulu kerosakan atau masalah yang anda alami. 

Seterusnya, servis yang diberikan juga sangat pantas dan trusted oleh semua pelanggan mereka. Kemahiran mereka juga berkualiti tinggi. Rata-rata pelanggan juga memuji sikap mereka yang sopan dan beradab terhadap pelanggan. Tidak hairanlah kedai cermin kereta ini memperoleh 4.8 bintang di Google Review. 

Alamat: 51A, Jalan PJS1/48, Batu 7, Jalan Kelang Lama, Taman Petaling Utama, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp HLT Windscreen


3. Dolwa Auto Glass, SS 2

Dolwa Auto Glass, SS 2

Anda pasti tidak akan menyesal jika anda mendapatkan servis di kedai cermin kereta di Petaling Jaya ini. Hal ini kerana para pekerja di kedai Dolwa Auto Glass ini sangat responsive, peramah dan servis yang diberikan sangat tiptop! 

Bukan itu sahaja, para pekerja di sini juga tidak lokek untuk menerangkan tentang insurance claim kepada para pelanggan. Ini membuatkan para pelanggan berasa selamat dan terjamin. 

Harga yang dikenakan untuk menukar cermin hadapan kereta juga berpatutan dan di antara yang murah di kawasan tersebut. Tidak hairanlah ramai pelanggan yang memberikan ulasan positif di Google Review sehingga menyebabkan kedai ini memperoleh 4.7 bintang! 

Alamat: 19, Ground Floor, Jalan SS2/55, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dolwa Auto Glass


4. One Station Windscreen and Tinted Specialist, SS 2

One Station Windscreen and Tinted Specialist, SS 2

Kedai cermin kereta seterusnya adalah One Station Windscreen and Tinted Specialist yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Kedai cermin kereta ini yang telah memperoleh 4.7 bintang di Google Review, jelaslah ramai pelanggan berpuas hati dengan servis mereka.

Menurut ulasan pelanggan, para pekerja di kedai ini mempunyai servis yang bagus dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan kereta dengan cekap. Selain daripada menukar ganti cermin kereta, kedai ini juga menawarkan servis cermin kereta tinted. Menarik, bukan?

Alamat: 111, Jalan SS 2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor 

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp One Station


5. Mechanix Windscreen Services, Seksyen 17

Mechanix Windscreen Services, Seksyen 17

Kereta mewah anda mempunyai masalah cermin kereta? Anda risau sekiranya pekerja tidak berkemahiran mengendalikan kenderaan anda? Jangan risau, anda boleh pergi ke kedai cermin kereta Mechanix Windscreen Services di Petaling Jaya ini!

Kedai ini telah menerima ramai pelanggan yang mempunyai kenderaan mewah ke kedai mereka. Antaranya adalah Bentley Continental GT, Ferrari dan juga Lamborghini. Hebat, bukan?

Selain itu, kedai ini yang memperoleh 4.6 bintang di Google Review juga memberikan servis yang terbaik mereka untuk pelanggan. Masa yang diambil untuk repair hanyalah 45 minit sahaja. Maka, anda tidak perlu menunggu lama untuk kereta anda siap diservis!

Alamat: No 23, Ground Floor, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mechanix Windscreen


6. Dr Cermin Sdn Bhd (Petaling Jaya), Mayang Industrial Park

Kedai Cermin Kereta Dr Cermin Sdn Bhd (Petaling Jaya), Mayang Industrial Park

Kedai cermin kereta Dr Cermin di Petaling Jaya ini dapat menukarkan cermin kereta anda dalam masa satu jam sahaja dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kedai cermin kereta ini juga mempunyai banyak pilihan cermin kereta, jadi anda tidak perlu risau.

Kedai cermin kereta ini telah memperoleh 4.1 bintang dan lebih 100 ulasan pelanggan di Google Review. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh para pekerja di kedai ini. 

Menurut pelanggan, mereka mampu memuatkan sebanyak empat hingga lima kereta dalam satu-satu masa. Jadi, anda tak perlu risau juga sekiranya terdapat ramai pelanggan di kedai ini, mereka pasti ada ruang untuk kereta anda!

Alamat: No 20, Jalan SS 25/34, Mayang Industrial Park, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dr Cermin Petaling Jaya


7. Wind Auto Windscreen Sdn Bhd, SS 3

Kedai Cermin Kereta Wind Auto Windscreen Sdn Bhd, SS 3 Petaling Jaya

Kedai cermin kereta di Petaling Jaya ini yang memperoleh 4.1 bintang di Google Review mempunyai servis yang tiptop dan mereka melakukan kerja dengan cekap dan laju. Tidak hairanlah rata-rata pelanggan memilih kedai cermin kereta ini untuk repair cermin kereta mereka yang retak atau rosak.

Para pekerja di Wind Auto Windscreen juga ramah terhadap pelanggan, bersikap profesional dan well-trained. Dengan perkhidmatan yang sangat baik dan sangat pantas, ramai pelanggan recommend kedai ini kerana mereka sentiasa memberikan maklum balas yang informatif.

Alamat: 12, Jalan SS 3/59e, SS 3, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Wind Auto Windscreen


Sekiranya anda mengalami masalah keretakan cermin kereta, anda dinasihatkan untuk segera ke kedai cermin kereta untuk menukar ganti kepada yang baru. Ini kerana untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa pemanduan anda, lagi-lagi jika anda memandu pada waktu malam ataupun berseorangan.

Jadi, kami berharap artikel ini membantu anda mencari kedai cermin kereta di Petaling Jaya yang terbaik untuk kereta anda. Jangan lupa untuk tinggalkan ulasan di Google Review selepas mendapatkan servis di kedai-kedai tertera!

Walau bagaimanapun, kereta anda berkemungkinan mempunyai lebih daripada satu kerosakan, mungkin di bahagian tayar. Jangan risau, kami juga telah sediakan artikel untuk anda! Bacalah artikel kami, 10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Cermin Kereta Yang Murah dan Terbaik di Shah Alam!

Cermin depan kereta ialah ciri keselamatan penting yang membantu pemandu melihat dengan jelas semasa memandu. Adalah penting untuk mengekalkan cermin depan dalam keadaan baik...

10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor

Hujung tahun merupakan masa yang amat sesuai untuk anda menukar, membeli dan upgrade barang keperluan mereka kepada yang baru kerana ini adalah waktu anda...

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...

6 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Sekitar Puchong, Selangor

Sudah masuk tahun baru, motor pun kenalah nampak baru! Jadi, kepada penunggang motosikal dan penggemar aksesori motor, anda harus mengunjungi enam kedai motor dengan...

10 Kedai Tayar Subang Jaya Terbaik

Di Subang Jaya, terdapat beberapa kedai tayar yang menawarkan harga yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan. Semua kedai tayar Subang Jaya ini sangat disyorkan...

6 Kedai Cat Kereta di Shah Alam dengan Servis Terbaik

Anda bosan dengan warna kereta anda? Inginkan kelainan agar tampak lebih bergaya dan menarik? Tunggu apa lagi, anda boleh menukarkan warna kereta mengikut keinginan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x