Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Tayar di Rawang Dengan Servis Tiptop!

Anda perlu lakukan alignment dan balancing untuk tayar kereta? Tapi terlalu banyak kedai tayar di Rawang sehinggakan anda tidak tahu nak pilih yang mana satu? Teruskan membaca artikel kami ini untuk ketahui enam kedai tayar di Rawang dengan servis tiptop. Semoga bermanfaat!

6 Kedai Tayar di Rawang


1. V Care Motorsports, Pusat Bandar Rawang

V Care Motorsports, Pusat Bandar Rawang

Adakah anda ingin menukar ganti tayar lama kenderaan anda tetapi risau dengan harga yang mahal? Jangan risau, jom ke V Care Motorsports! Pekerja V Care Motorsports akan membantu anda dengan baik. 

Pekerja di sini juga akan memberitahu anda tentang jenis-jenis tayar, sama ada tayar itu original, copy, dan sebagainya. Jadi, jangan segan silu untuk bertanya lebih tentang tayar dan rim kepada pekerja mereka, ya?

Servis yang diberikan juga laju serta harga yang ditawarkan juga berpatutan. Kedai tayar V Care Motorsports di Rawang ini telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review. Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar dari pelanggan yang rata-rata berpuas hati dengan pembelian mereka di kedai tayar ini.

Alamat: 1, Jalan Bandar Rawang 10, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp V Care


2. Continental GT-K Tyre & Auto Service, Jalan Bandar Rawang 15

Continental GT-K Tyre & Auto Service, Jalan Bandar Rawang 15

Dari jauh anda boleh nampak bangunan kedai tayar yang besar dan berwarna kuning-mustard ini. Kedai Continental GT-K Tyre and Auto Service ini menawarkan harga yang paling murah di Rawang untuk semua jenis jenama tayar. 

Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan di sini. Antara servis didapatkan di sini yang pelanggan sering memberi pujian adalah servis balancing dan alignment kenderaan.

Dengan bos dan pekerja yang peramah, pelbagai pilihan rim dan tayar yang berjenama dan ekonomi serta professional advice yang diberi kepada pelanggan, tidak hairanlah kedai tayar ini memperoleh 4.2 bintang di Google Review. 

Bukan itu saja, anda juga boleh call nombor yang tertera untuk bertanyakan tentang harga dan availability tayar dan rim yang anda mahukan sebelum ke kedai ini. Sangat membantu!

Alamat: 1 & 3, Jalan Bandar Rawang 15, Bandar Baru, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.15 am – 7.00 pm), Ahad (9.15 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp GT-K Tyre


3. Rawang Tyre Auto Service, Jalan Bandar Rawang 15

Rawang Tyre Auto Service, Jalan Bandar Rawang 15

Rawang Tyre Auto Service ini merupakan salah satu kedai tayar yang famous di kawasan ini. Kedai tayar ini amat digemari oleh rata-rata pengunjung di Rawang sehingga memperolehi 4.2 bintang di Google Review. Hal ini kerana servis tiptop yang diberi oleh pekerja mereka.

Selain itu, anda akan berasa gembira dan rambang mata melihat pelbagai jenis rim yang terdapat di dalam kedai tayar ini. Jangan risau soal harga, kerana harga rim di sini sangat berpatutan, serta boleh ditawar-menawar!

 Alamat: No. 29 & 31, Jalan Bandar Rawang 15, Bandar Baru, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Rawang Tyre


4. Good Lucky Motorsports, Pusat Bandar Rawang

Good Lucky Motorsports, Pusat Bandar Rawang

Tayar kenderaan anda pancit di tepi jalan? Ayuh ke kedai tayar Good Lucky Motorsports! Dikatakan servis repair yang dilakukan di sini amat cepat dan dilakukan secara profesional. 

Kedai tayar di Rawang yang memperoleh 4.1 bintang di Google Review ini juga mempunyai customer service yang terbaik. Ini kerana anda tidak akan bosan menunggu kenderaan anda untuk siap diservis apabila anda boleh menunggu di bilik menunggu yang selesa, dengan wifi disediakan dan pekerja yang peramah.

Good Lucky Motorsports juga mempunyai laman Facebook tersendiri. Anda boleh melihat sendiri gambar-gambar yang dimuat naik setiap kali ada pelanggan yang datang ke kedai mereka untuk mendapatkan servis mereka. Seramai 9.6 ribu pengikut di laman Facebook itu membuktikan kedai tayar Good Lucky Motorsports di Rawang ini dikenali dan dipercayai ramai.

Alamat: 22 – 26, Jalan RS 1, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Good Lucky


5. Saff Tyre and Auto Service Rawang, Jalan Bandar Rawang 9

Kedai Tayar Saff Tyre and Auto Service Rawang, Jalan Bandar Rawang 9

Kedai tayar Saff Tyre And Auto Service Rawang terletak di antara Restoran Medina dan Restoran Ali Maju. Menurut laman Facebook mereka, jika anda ingin kunjungi kedai ini, anda boleh mengambil jalan menuju ke stesen bas Rawang.

Kedai tayar yang memperoleh 4.1 bintang di Google Review ini mempunyai pekerja yang polite dan friendly. Tambahan pula, kedai yang beroperasi setiap hari ini menjadi kegemaran ramai kerana dibuka seawal jam 8:30 pagi, meskipun pada cuti umum.

Selain itu, kedai tayar ini dimiliki oleh Bumiputera dan mempunyai pekerja yang jujur. Mereka tidak akan menukar ganti bahagian yang tidak perlu untuk kenderaan anda, jadi tiada lagi isu chamber screw trick yang biasa dialami di kedai tayar yang lain.

Anda juga tidak perlu risau akan terlebih bajet kerana owner kedai tayar ini akan menjelaskan kepada anda terlebih dahulu tentang keadaan kenderaan anda, sebelum memulakan sebarang servis. Best, bukan?

Alamat: 45-G, Jalan Bandar Rawang 9, Bandar Baru, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 8:30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Saff Tyre


6. TMK II Tyre & Auto Service, Pusat Bandar Rawang

Kedai Tayar TMK II Tyre & Auto Service, Pusat Bandar Rawang

Adakah anda pertama kali ingin menukar rim tayar kenderaan anda tapi tidak berpengetahuan tentangnya? Jangan risau, di kedai tayar TMK II Tyre & Auto Service di Rawang ini, anda boleh bertanya kepada pekerja ataupun bos mereka.

Hal ini kerana mereka mempunyai pelbagai variasi rim tayar, bermula dengan harga yang murah sehingga harga yang mahal. Menurut ulasan pelanggan di Google Review, sekiranya anda menukar ganti tayar anda di sini, anda akan memperoleh free services seperti alignment dan balancing. Menarik, bukan?

Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk datang ke kedai tayar ini awal pagi kerana kedai ini begitu popular sehinggakan barisan untuk menunggu akan menjadi panjang dengan cepat! 

Kedai tayar yang memperoleh 4.0 bintang dan lebih 100 ulasan pelanggan di Google Review ini antara kedai tayar yang perlu anda kunjungi sekiranya anda berada di Rawang, Selangor.

Alamat: No. 3, Jalan RS 1, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp TMK II Tyre


Kami harap senarai ini dapat memudahkan anda untuk mencari kedai tayar yang best dan mampu milik di Rawang, Selangor. Kami sarankan anda tidak melengah-lengahkan untuk mendapatkan servis tayar kereta anda jika anda mula mengalami masalah dengan tayar anda.

Satu tips untuk anda yang pertama kali pergi ke kedai tayar, seeloknya anda perlu ada basic knowledge tentang tayar untuk mengelakkan anda dikenakan cas bayaran yang melebihi bajet anda sendiri. Selain itu, anda juga disarankan membawa bersama seseorang yang arif tentang tayar dan kereta ke kedai tayar pilihan anda.

Jika anda rasa pilihan kedai tayar tersedia tidak menepati kriteria kedai yang anda sedang mencari, jangan risau! Anda boleh cari kedai tayar alternatif dengan melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Tayar Murah di Klang yang berbaloi singgah!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Cermin Kereta Terbaik di Petaling Jaya, Selangor!

Pasti anda berasa susah untuk fokus semasa memandu apabila cermin kereta anda retak, bukan? Anda ingin ke kedai cermin kereta tapi tidak tahu di...

10 Kedai Tayar Murah di Klang yang Anda Perlu Tahu!

Bila tiba waktu hujung minggu, mesti ada perancangan untuk bersiar-siar dengan keluarga atau rakan-rakan, kan? Tapi, kekadang, masa itu jugalah tayar kereta perlu ditukar...

10 Bengkel Kereta Yang Menarik di Shah Alam!

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang utama bagi rakyat Malaysia untuk bergerak ke tempat yang jauh dari rumah kediaman. Ramai di Malaysia menggunakan kenderaan...

10 Kedai Tayar Port Klang Paling BEST

Jika anda tinggal di kawasan Port Klang dan belum menemui kedai tayar Port Klang terbaik, anda boleh dapatkan senarai kedai tayar terbaik dengan mengikuti...

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah

Adalah penting untuk memastikan bahawa tayar anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa jika anda sering memandu. Keempat-empat tayar itu adalah satu-satunya sentuhan antara...

TOP 10 Kedai Tayar Puchong Terbaik

Puchong, sebuah kawasan yang padat di Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai sebuah destinasi yang mempunyai banyak tawaran komersial, tetapi juga sebagai tempat di mana...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x