Nasi Dagang Kelantan di Kg Baru

nasi dagang sedap di kl

Table of Contents

Baru-baru ni sambil menunggu guest datang kat KLCC, saya sempat ke Kg Baru untuk lunch dan duk usyar-usyar kedai makan best di KL ni, terjumpa lah satu kedai masakan Kelantan dan yang paling menarik minat saya ialah nasi dagang Kelantan kuah ikan tongkol (aka ikan aya).

Banyak kali dah ke sini dan kalau 3 minggu lepas saya terjah Nasi Lemak Antarabangsa. Fuh sekali tengok lauk-pauk yang berderet depan mata jadi rambang mata dibuatnya. Sampai rasa nak makan semuanya !Lauk tengahari pun boleh tahan banyak dan nampak menyelerakan. Selain tu kat sini jugak banyak kuih muih tradisional Negeri Kelantan seperti pulut dakap, pulut manis, lompat tikam dan macam-macam lagi.

nasi dagang kelantan kl

Dah lama sebenarnya tak pekena nasi dagang. Teringat pulak kat kesedapan Nasi Dagang Mak Ngah dan Nasi Dagang Pak Din kat Terengganu. Nasi dagang kelantan ni rupa dia lain sket, ada tompok-tompok hitam dalam nasi dagang tu. Kalau nasi dagang terengganu lebih putih dan aroma dia lain sket.

Nasi dagang Kelantan ikan tongkol memang best

nasi dagang sedap di kl

Tu dia, NASI DAGANG BANJIR onne !! Siap dengan ikan tongkol dan telur ayam sebiji. Tak pernah-pernah saya makan nasi dagang dengan telur. Sekali duk ceduk ceduk lauk terjumpa pulak telur. Cam tu rupanya kuah Nasi Dagang Kelantan. First time makan nasi dagang ada telur. Tapi layan jugak !

Orang kata nasi dagang ni berasal dari Kelantan dan ada yang cakap dari Terengganu. Yang mana agaknya? tak kisahlah apa pun tentang sejarah nasi dagang Kelantan atau Terengganu asalkan rasa dia sedap dan jangan duk berbalah pasal benda yang kecil.

makanan kelantan breakfast kl

Yang ni pulak kerabu kaki ayam. Dah lama tak pekena kerabu kaki ayam ni. Baru tau kat sini pun ada. Lama dah mengidam nak pekena ni. Entah rasa dia sedap ke tidak kena lah rasa !! Teruskan baca ! Tapi yang pasti sekali pandang memang nampak menyelerakan. ni RM2 semangkuk. Mahal ke murah? hermm

nasi kerabu best kl

Ini dia nasi kerabu !! Tapi bukan saya yg order. Wife yang mengidam sangat tu. Kalau dari presentation dia dengan siap daging bakar memang nampak menyelerakan ! Dan seddap !! TAPI !! Memandangkan nasi kerabu ni bukan kali pertama saya makan dan wife pun orang Klate, kami bersetuju dan bersependapat sambal nasi kerabu dia agak manis dan kureng umpph !!

masakan kelantan makan pagi kl

Berkenaan Nasi Dagang pulak, Nasi dia memang BOLEH TAHAN lembut dan sedap, dan kuah dia agak lain sikit daripada kuah yang biasa saya makan di Terengganu. Dan pendapat saya acar timun dia yang paling best !! Yang lain okay lah. Kerabu kaki ayam semangkuk tu dalam RM 2. Harga okay tapi bagi saya masih kurang KICK dan POWER !! Sorry to say!

restoran makanan kelantan kl

Secara keseluruhannya kedai makan Chunburi Seafood di Kg Baru ni menyediakan masakan dan lauk dari Negeri Kelantan yang banyak variasi. Ni bari first time datang, kalau tang nasi dagang, saya suka dan kalau bab nasi kerabu saya kureng sket. Kami juga order sebungkus sup campur. Sup dia memang best !! Pure dan asli macam makan di Kota Bhari atau Tumpat.

restoran chanburi seafood kampung baru

Inilah dia kedainya. Kalau datang Kg Baru ni terletak kat simpang tiga sebelah kedai prepaid tu. Time kami datang lunch sini memang agak ramai jugak. Memandangkan lokasi ni dekat je dengan homestay saya kat KLCC, mungkin akan datang lagi untuk makan lauk lain pulak.

Keseluruhan kami bayar RM 25 untuk 1 nasi dagang kelantan ni, 1 nasi kerabu daging bakar, kerabu ayam, sup campur dan 2 teh ais. Bagi saya dengan lokasi hot macam ni dan dalam KL pulak tu, kira boleh diterimalah kan. Selamat mencuba Nasi dagang Kelantan di Chunburi Seafood.

Lokasi dan koordinat untuk Warung Nasi Dagang Kelantan di Kg Baru : lat/lng: 3.162145,101.705353. Selamat mencuba !

4.2/5 - (8 votes)
Subscribe
Notify of
guest

28 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Farah
11 years ago

Fulamak teringat saya pada nasi dagang di medan selera AU4 yang dijual hanya pada waktu pagi. Peniaga mak dan anak, terbaik yang pernah saya makan di area KL ini.

MNH
MNH
11 years ago

sebagai penduduk Kampung Baru, rasa bangga pula bila tempat tinggal dan tempat kita dibesarkan masuk dalam blog ni. hihihi. saya pun selalu juga makan nasi dagang kat situ. sedap kan. hihi

blogger lelaki
11 years ago

nasi dagang memang feberet aku nie

emalinmohd
11 years ago

Kerabu kaki ayam tu mengancam..sesuai untuk orang yang sakit lutut.

Tengah KL rega tu kira ok lah kan..

liza
11 years ago

Kerabu kaki ayam tu nampak sedap jer…
EH! murah nya….

Denaihati
11 years ago

nasi dagang tu memang menggiurkan, nasi kerabu tu nampak sedap sangat…

Suriya
11 years ago

Dulu masa hantar anak kat kg baru selalu singgah tapau situ. Memang agak kurang KAW..tapi bolehlah since harganya yang agak berpatutan.

Baca Lagi

  • 24 Oct, 2014
Malam ni CD menyinggah pula di warung Nasi Lemak Antarabangsa yang popular dan selalu disebut-sebut tu. Terletak kat...
  • 12 Nov, 2014
Baru-baru ni sebelum melayan Sate Willy di Sungai Ramal, saya ada singgah melepas gian di Sate Kajang Haji...
  • 14 Nov, 2014
Hari ni nk cerita pasal satu kedai makan yang dah masuk 5 atau 6 kali saya pergi tahun...
  • 7 Sep, 2015
Ramai artis-artis di Malaysia ini bukan sahaja melibat diri dalam seni hiburan, malah turut tidak ketinggalan untuk menceburkan...
28
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination