Pinjaman Peribadi Segera

Lulus dalam 24 Jam!

Taman Burung Kuala Lumpur – Harga Tiket & Info yang PERLU tahu

Salah satu tempat menarik di KL yang mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan haiwan iaitu Taman Burung Kuala Lumpur yang mempunyai koleksi lebih 2000 ekor burung daripada 200 spesis dalam mahupun luar negara.

Taman burung KL ini bukannya kecil dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Malah ianya juga merupakan taman burung terbuka yang terbesar di dunia. Kalau ke sini pasti akan habiskan masa berjam lamanya untuk melihat semua tarikan yang ada di Taman Burung KL. Selain taman burung, di sini juga mempunyai show binatang yang jinak dan pandai yang pasti membuatkan anak-anak teruja.


Apa yang menarik di Taman Burung KL

taman burung kuala lumpur

Bagi yang belum ke sini, anda pasti terkejut kerana tahap kebesarannya memang sangat besar. Dan yang menariknya, bukan seperti di kebanyakan taman burung lain, di sini mempunyai beberapa zon tarikan taman yang mana setiap satunya mempunyai temanya yang tersendiri.

Yang paling unik yang mungkin susah untuk di cari di taman burung lain ialah, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung tanpa sempadan pagar ataupun sangkar. Burung-burung dilepaskan secara bebas dan kalau bernasib baik, akan ada burung yang mengekori anda untuk mendapatkan makanan. Namun jangan bimbang, kerana burung-burung yang bebas ini adalah jenis burung yang jinak dan tidak merbahaya.


harga tiket taman burung kl

Antara jenis burung yang unik dan menarik untuk berinteraksi secara langsung ialah burung merak, burung enggang, burung kakak tua dan bangau. Memang best !

Burung-burung yang agak agresif seperti burung unta dan helang ditempatkan di dalam sangkar. Memang best datang ke Taman Burung Kuala Lumpur bersama anak-anak terutamanya ketika memberi makan terus dari telapak tangan anda.

Kemudahan yang ada di sini seperti pondok kedai runcit dan laluan pejalan kaki berbata memang bagus dan memudahkan pengunjung untuk menikmati taman burung yang luas ini dengan senang.


tarikan pelancongan di kl

Tarikan yang paling utama di sini ialah Bird Show yang diadakan di Amphitheatre dalam Zon 4 pada setiap hari sebanyak 2 kali sehari. Masanya adalah 12.30 tengahari dan 3.30 petang.

Pertunjukkan ini di mana anda boleh melihat bagaimana burung menaikkan bendera, naik basikal dan melihat bagaimana staff di sini memberi makan kepada burung helang. Tengok video KL Bird Park show.


Harga tiket dan pakej-pakej menarik di Taman Burung Kuala Lumpur

Sejak 1 April 2015, ada sedikit kenaikan harga tiket Taman Burung KL untuk setiap kategori. Harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur terkini termasuk GST adalah seperti berikut.

  • Dewasa (MyKad) : RM 27 seorang
  • Kanak-kanak 3-11 tahun (MyKid): RM 13 seorang
  • Dewasa (tiada Mykad):  RM 50 seorang
  • Kanak-kanak 3-11 tahun (tiada Mykid): RM 41 seorang

Taman burung KL ini dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah bermula seawal 9 pagi sehingga ke 6 petang.

Pihak KL Bird Park juga ada menawarkan beberapa pakej yang menarik untuk pengunjung yang ingin mengadakan lawatan ke sini secara berkumpulan tidak kira daripada sekolah, universiti atau badan korporat.


Pakej Sekolah – min 15 orang

Pra sekolah/tadika/Sekolah Rendah :

  • kanak-kanak ( 3-12 tahun) : RM 5.30 seorang
  • dewasa ( 13 tahun dan keatas): RM 10.60 seorang

Sekolah Menengah:

  • dewasa ( 13 tahun dan keatas): RM 10.60 seorang

Untuk setiap pakej ini yang mana minimum 15 orang, KL Bird Park akan memberi satu tiket percuma kepada seorang Guru.


tempat menarik kuala lumpurBagi mereka bukan dari sekolah dan berhajat nak mengadakan aktiviti berkumpulan seperti lawatan sambil belajar atau hari keluarga, Taman Burung Kuala Lumpur juga mempunyai pakej lain dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Boleh rujuk terus di sini.

Walaupun Taman Burung Kuala Lumpur berada di dalam bandaraya yang paling moden di Malaysia, namun apabila berada di sini kita berasa seolah-olah sedang melawat sebuah taman negara yang terletak jauh dari kesibukan kota.


Anda boleh mengikuti perkembangan Taman Burung Kuala Lumpur samaada promosi atau berita terkini di fanpage Facebook mereka. Selamat cuti-cuti satu Malaysia.

4.3/5 - (16 votes)

Anda Mungkin Berminat

Paradise Restaurant – Masakan Pakistan Sedap

Hari ni nk cerita pasal satu kedai makan yang dah masuk 5 atau 6 kali saya pergi tahun ni iaitu di Restaurant Paradise atau...

12 Destinasi Menarik di Kuala Lumpur yang PERCUMA untuk dilawati

Tanggapan yang salah yang sering diletakkan kalau bercuti ke Kuala Lumpur adalah kos yang tinggi yang perlu dibelanjakan seperti harga tiket masuk yang mahal dan sebagainya....

10 Homestay di Kuala Lumpur yang Selesa untuk Didiami

Bila sebut saja cuti sekolah, perkara pertama yang hadir dalam kepala mestilah nak bercuti bawa family, saudara mara atau rakan-rakan berjalan. Tapi, persoalan pertama...

10 Tempat Popular Pilihan Pencinta Street Food Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat tarikan yang boleh dikunjungi untuk bersantai, malahan, bandar metropolitan ini juga sebenarnya sarat dengan pelbagai tempat...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

8 ‘Hotspot’ Kedai Mamak di Kuala Lumpur Anda Patut Cuba!

Kedai mamak merupakan salah satu ‘port’ lepak terbaik yang sering menjadi pilihan orang ramai. Hal ini kerana suasananya yang menarik dan santai. Sebut sahaja...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Qalaf
Qalaf
5 years ago

Do you have price for student??

Akket
Akket
5 years ago

Harga untuk student ada tak?

hakimimi
hakimimi
7 years ago

Kalau untuk pakej sekolah menengah untuk 42 orang , sorang kena bayar berapa?

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x