Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir – Memang PIOR

Salah satu destinasi makan petang atau malam yang agak popular di area Kuala Terengganu ialah Kedai Air Buah Gelas Besar yang terletak di Kampung Seberang Takir berdekatan dengan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Restoran ini memang sudah lama bertapak di sini dan sering menjadi pilihan warga KT untuk menikmati air buah yang ‘pure’.

Di kawasan Seberang Takir ada beberapa restoran air buah gelas besar yang juga dikendalikan oleh saudara mara pemilik kedai yang pertama iaitu Paksan. Namun yang paling menjadi pilihan pengunjung ialah di simpang tiga berdekatan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Lihat peta di akhir perenggan untuk lokasi dan koordinat GPS kedai ini.


Pilihan air buah yang banyak

restoran air buah gelas besar kt-M

Memandangkan populariti restoran ini adalah pada air buahnya, maka memang banyak pilihan air buah yang boleh didapati di sini seperti buah naga, durian belanda, nangka, tembikai susu dan sebagainya.

Air buah asli atau lebih sinonim di kalangan warga KT sebagai ‘air buah pior’ yang memang sangat sedap dan menyegarkan. Di sini, terdapat beberapa pilihan saiz gelas yang boleh dipilih oleh pengunjung seperti saiz kecil, sederhana dan besar. Itu adalah saiz yang biasanya orang order.


air buah gelas besar terengganu-MSekiranya anda rasa gelas saiz besar masih belum boleh memuaskan tekak, anda boleh mencuba gelas-gelas bersaiz piala dan kasut boot yang terletak di rak-rak di dalam kedai air buah gelas besar ni. Kebiasaannya, kalau pergi ke sini, saya hanya memilih gelas yang bersaiz kecil sahaja kerana isipadunya sudah cukup besar dan mengenyangkan.

Kalau sesudah bermain futsal atau badminton malam-malam di kawasan sekitar sini (Gong Badak), memang Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir ini satu tempat makan best di KT yang akan disinggah untuk memuaskan anak tekak yang kehausan dengan Air Buah Piornya.


Menu makanan di sini

air buah seberang takir

Kedai ini ini bukanlah seperti sebuah restoran yang besar-besar atau mewah. Restoran ini hanyalah kedai makan kampung yang sesuai untuk mereka yang inginkan suasana biasa-biasa sahaja. Tiada aircond mahupun pelayan kedai berpakaian segak bertali leher.

Jadi expectation ke sini janganlah tinggi-tinggi sangat berkenaan dengan makanan-makanan yang ada seperti steak di Laman Grill ataupun kambing panggang. Sini memang takder.

Yang ada hanyalah menu makanan santai tradisional orang Terengganu seperti nasi dagang, nasi minyak, laksa, laksam, keropok lekor dan goreng-gorengan.

Jom baca: Kedai Nasi Dagang BEST di Kuala Terengganu


Terletak dekat dengan beberapa tempat menarik di Seberang Takir, KT

Seberang Takir terkenal dengan beberapa tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi seperti Pantai Teluk Ketapang, Kedai Keropok Lekor BTB dan juga kedai-kedai ikan celup tepung (ICT Pok Long).

Jom Baca: Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu yang sedap

Memandangkan Kedai Air Buah Gelas Besar ini dibuka bermula petang selepas Asar, maka memang sesuai untuk anda datang sesudah bersantai di tepi pantai di Pantai Teluk Ketapang. Sebaiknya kalau boleh datang selepas pukul 8 malam kerana pada waktu petang, kadang-kadang mereka masih tengah bersiap-siap lagi.

Berkenaan dengan keropok lekornya pula, tak perlu bimbang dengan tahap piawaian kesedapan di Kedai Air Buah Gelas Besar ni, memang sedap! Maklumlah, kawasan ni berdekatan dengan beberapa kedai keropok lekor yang popular.

Peta Lokasi | Jarak | +60169217070 | Website


Bagi yang bercuti ke Kuala Terengganu dan inginkan membanjirkan tekak dengan air buah pior pada kadar isipadu yang besar, jangan lupa untuk singgah di Restoran Air Buah Gelas Besar Pak San di Seberang Takir. Selamat Mencuba. Wassalam.

3.7/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

Pantai Batu Buruk – Paling BEST Untuk Singgah

Terengganu, negeri yang banyak warisan kesenian, makanan-makanan laut yang sedap, dan sudah semestinya pantai-pantai yang dijaga baik oleh semua penduduk negeri itu. Salah satu...

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang ni terletak dekat dengan Airport Telaga Batin (Airport Sultan Mahmud), Kuala Terengganu. Kalau di bandar KT ada Pantai Batu Buruk yang juga...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

36+ Tempat Makan Best di Kuala Terengganu PALING POPULAR

Negeri Terengganu Darul Iman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi percutian menarik khususnya di kawasan pulau & pantai. Alang-alang kalau sudah melancong ke tempat menarik...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Noriza Rahman
8 years ago

Wah, memang besar sungguh gelasnya, siap pelbagai design lagi tu…

Amirrudin
Amirrudin
7 years ago
Reply to  Noriza Rahman

ingat lagi shoot majalah 3 kat kedai Pak San ni..dah lebih 10 tahun pun..ada rezeki nak ke kedai Pak San lagi..

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x