Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Taman Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang BEST

Cuti sekolah dah nak sampai, dan yang pasti anak-anak mesti ‘sound’, “ Mak Ayah ! cuti sekolah nanti kita nak jalan jalan ke mana?”. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mencari destinasi yang ada tempat menarik yang sesuai untuk kanak-kanak seperti taman tema air, taman permainan kanak-kanak indoor ataupun ke zoo.

Bagi yang berada di KL, destinasi seperti percutian untuk kanak-kanak memang banyak. Dan sekiranya anda tidak mahu ke destinasi seperti Kidzania yang mungkin akan ramai orang ketika cuti sekolah, apa kata anda cuba ke 3 tempat permainan kanak-kanak indoor di bawah yang mungkin lebih tenang tetapi tetap menyeronokkan untuk kanak-kanak.


1. Jkids Malaysia Playground & Party

taman permainan kanak kanak indoorSalah satu taman permainan kanak-kanak indoor di Malaysia yang mempunyai banyak cawangan sekitar KL dan Selangor.

Destinasi ini memang sangat sesuai untuk ibu bapa untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak yang berumur di antara 6 bulan ke 13 tahun. Harga yang dikenakan cuma RM 30 dan anak-anak boleh bermain sehari suntuk.

Di sini menempatkan pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak seperti gelongsor, tempat belajar, kawasan berpasir tiruan, permainan tunggangan dan banyak lagi seperti:

  • Spinning Palm Tree
  • Dancing Balloons
  • Sky Rider
  • Air Ball Pool

tempat best untuk kanak kanakDengan hiasan dekorasi kawasan permainan yang berwarna warni, pasti membuatkan anak-anak kecil ceria dan teruja dengan kemeriahan suasana dalamannya. Anak-anak kecil sudah tentu mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Pantang melihat benda yang menarik, mesti nak masuk mulut.

Untuk keselamatan para pengunjung di sini, ada satu kawasan bermain pasir dan pasir ini bukanlan pasir yang sebenar seperti di pantai. ‘Pasir’ ini merupakan ‘Cassia Seed’ yang merupakan sejenis herba yang popular di China dan kebiasaannya digunakan sebagai bahan untuk membuat teh.

playground indoor kanak kanakButiran ‘cassia seeds’ ini tidaklah terlalu halus seperti pasir sebenar dan kelihatan seakan-akan beras merah. Penggunaan ‘cassia seeds’ sebagai ganti kepada pasir mempunyai sebabnya tersendiri seperti senang nak dibersihkan dan juga untuk keselamatan anak-anak.

Seandainya anak-anak mengambil dan masukkan ‘cassia seeds’ ke dalam mulut, butiran pasir ini akan melekat di dalam mulut dan tidak boleh telan, secara tak langsung si kecil akan terus muntahkan kerana tidak selesa. Seandainya tertelan juga, tiada masalah sebabnya ianya adalah bahan organik dan boleh dihadam.

Bagi anda yang berhajat nak bawa anak bemain sambil belajar di sini, anda boleh ke cawangan-cawangannya seperti di bawah:

  • The Curve: the Curve 2F, 220D, 221, 221A and 221B, No.6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Tropicana City Mall: Tropicana City Mall 2F, 40A, No 3, Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Paradigm Mall: 1F, 28, No 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Malaysia 47301
  • Publika: G3-50, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
  • One City: Sky park C-1A-05, 1A Floor, One City, USJ 25, Subang Jaya 47640 Kampung Subang, Selangor
  • Encorp Strand Mall: S-15A & S-16, Encorp Strand Mall, Jalan PJU 5/22, Encorp Strand, Pusat Perdagangan Kota Damamsara, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Gamuda Walk: L2-12&L2-13, Gamuda Walk, 12, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning Section 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web rasmi JKids Malaysia.


2. Kid’z Paradise

kidz paradise kuala lumpurTaman permainan kanak-kanak yang bermula di negara China dan di Malaysia terdapat di The Mines Seri Kembangan, Selangor. Kid’z Paradise terletak di tingkat 4 di dalam bangunan dan juga sama aras dengan kebanyakan kedai kanak-kanak.

Tiket masuk ialah RM 25 pada hari biasa dan RM 38 pada hujung minggu/cuti sekolah/cuti umum. Untuk lebih jimat, anda boleh beli voucher yang bernilai RM 150 untuk 8 kali masuk.

Seperti juga taman permainan di atas, di sini juga turut mempunyai pelbagai tempat permainan untuk kanak-kanak yang selamat dan menarik. Yang sering menjadi tarikan kanak-kanak di sini ialah di bahagian Cassia Seed Pool.

Untuk maklumat lanjut tentang apa yang ada di Kid’z Paradise, sila ke laman webnya di sini.


3. KizSports & Gym

tempat main kanak kanakMenawarkan kawasan permainan, pakej parti seperti sambutan harijadi dan program fizikal bermuzik. Mempunyai 4 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Subang.

KizSports & Gym mempunyai kawasan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak yang lebih kecil dan diasingkan dengan kawasan kanak-kanak yang lebih dewasa. Ianya dilengkapi dengan rumah permainan plastik, gelongsor mini dan kolam bola.

Tiket masuk ialah RM 28 pada hari biasa dan RM 38 pada hujung minggu/cuti sekolah/cuti umum. Untuk dapatkan harga yang lebih murah, anda boleh memohon untuk menjadi ahli. Di sini juga menyediakan servis ‘drop-and-shop’ namun hanya untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas. Kemudahan Wi-fi turut disediakan.

Anda boleh ke taman permainan KizSports & Gym seperti di bawah.

  • Subang: Main Place Mall, Lot 2F – 26, 2nd Floor, Main Place Jalan USJ 21/10, Subang Jaya, Selangor. Tel (603) 8021 6213/ (603) 8021 6912
  • Bangsar: Bangsar Village II, Lot 3F-1A,, Bangsar Village II No.2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur. Tel: 603 – 2284 6313
  • Ampang: Great Eastern Mall, Lot 2.03, Great Eastern Mall 303, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 603 – 4257 2277
  • Desa Parkcity: Lot FF-02, 1st Floor, The Waterfront @ Parkcity, No 5, Persiaran Residen Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur. Tel: 603 – 6280 8333

Tips ke taman permainan kanak-kanak indoor

Bawa stokin dari rumah untuk ibu bapa dan juga anak-anak. Ini kerana kebanyakan taman permainan kanak-kanak indoor menggunakan alas yang bergetah dan dengan menggunakan stokin, cengkaman ketika berjalan lebih kuat. Baru lebih syok !

Selain itu, ada juga sesetengah tempat permainan kanak-kanak yang menetapkan sebagai syarat wajib untuk menggunakan stokin. Bagi pengunjung yang terlupa membawa stokin kebiasaannya setiap taman permainan kanak-kanak indoor ada menjualnya.

4.1/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Memerhati Burung di Semenanjung Malaysia yg Best

Produk ekopelancongan dan biodiversiti memberi manfaat yang sangat ketara dalam menjana peningkatan ekonomi dari sudut pelancongan sebagai contoh bird watching di Malaysia. Melancong bukan...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Semenanjung Malaysia

Sukan golf mula dikenali sejak abad ke-15 di Scotland dan kini telah berkembang ke seluruh dunia. Dianggarkan ada 300 padang golf Malaysia dan kadar...

15 Lokasi Yang BEST untuk Berbasikal di Malaysia Timur

Berbasikal bukan sahaja menjadi sukan yang digemari rakyat Malaysia khusunya generasi muda malahan ia telah mempengaruhi trend masa kini. Perkataan Jamboree, Fun Ride, Charity...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
UmmuAyyash
5 years ago

Boleh masuk dalam wishlist, paling best kalau boleh pergi hari weekday.

ringantangan
7 years ago

Terima kasih, info yang bagus di kala cuti sekolah yang panjang ini. :D

Rosman
Rosman
7 years ago

JKids Republika stakat ni gi sane ok la,surau dan kemudahan awam selesa.Lagipon dekat je dengan rumah kat Selayang…

Daniall
Daniall
7 years ago

Hai..I would like to open similar like Kidz Paradise..what the requirements that u need if I wanted to be one of ur branches

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x