Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Destinasi Berbaloi Menerokai Keindahan Alam Di Krabi

Keistimewaan di Krabi adalah keindahan alam semula jadinya. Dikelilingi oleh pantai-pantai yang cantik, tebing-tebing batu kapur yang megah, dan hutan-hutan bakau yang subur, Krabi adalah destinasi yang menarik khas buat pencinta alam. Jom kita menerokai dan menikmati keindahan alam menakjubkan yang ditawarkan oleh Krabi kepada anda semua!


8 Destinasi Sesuai & Berbaloi Untuk Anda Menerokai Keindahan Alam Di Krabi, Thailand!

1. Huay To Waterfall

menerokai panorama keindahan alam
Kredit Gambar: Waii Wanchat Akr & Daniel Do on Google Maps

Huay To Waterfall, dengan five-tiered waterfall air terjun dan kolamnya, adalah tempat yang sering dilawati di Khao Phanom Bencha National Park, terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Terletak hanya 25 km dari Bandar Krabi, air terjun ini terkenal dengan gelaran permata tersembunyi atau ‘hidden gem’ yang telah menarik banyak pelancong asing. 

Kecantikan semula jadi yang memukau dan kawasan yang damai menjadikan ia tempat yang sempurna untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Dikelilingi oleh kehijauan hutan tropika, pokok-pokok yang tinggi lebih 40 meter serta air terjun yang sejuk ini menawarkan suasana yang tenang dan menyegarkan. Destinasi ini adalah pilihan yang ideal untuk menerokai panorama alam di Krabi bagi para pelancong dan jauh dari hiruk-pikuk suasana bandar. 

Alamat: Thab Prik, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 4:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


2. Wat Kaew Korawaram 

menerokai panorama keindahan alam
Kredit Gambar: Sharpener & Stefan Saur on Google Maps

Wat Kaew Korawaram adalah kuil Buddha yang sesuai untuk mereka yang mencari suasana yang damai dan santai di tengah-tengah bandar Krabi. Seni bina berwarna biru dan putih yang sangat mempesona serta patung naga emas yang mengelilingi anak tangga kuil ini dapat menarik minat pelancong yang datang melawat. Anda hanya perlu mendaki sekitar 100 anak tangga untuk sampai ke kuil tapak suci Buddha yang berada di atas.  

Kuil ini mempunyai halaman luas dan bangunan kuil putih yang menempatkan patung Buddha emas yang besar berhiaskan perhiasan yang cantik. Pengunjung digalakkan memakai pakaian yang sopan ketika mengunjungi kuil ini sebagai tanda kehormatan terhadap budaya dan agama masyarakat Thai.

Alamat: Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 3 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


3. Than Bok Khorani National Park

menerokai panorama keindahan alam
Kredit Gambar: thailandtourismdirectory.go.th

Taman Negara Than Bok Khorani adalah destinasi ecotourism yang menjadi tempat kepada alam semula jadi yang memukau, hutan bakau yang hijau, air terjun jernih dan gua-gua menakjubkan. Taman negara ini menawarkan banyak laluan trekking semula jadi, gua batu kapur boleh diterokai dan memberikan anda peluang untuk mengagumi keunikan formasi batu-batuan tersebut. Terletak berdekatan dengan Hong Island, anda boleh bersantai di pantai selain melakukan aktivti seperti jungle atau waterfall trekking dan sebagainya. 

Di sini, anda juga akan menjumpai kolam air jernih yang terkenal dengan nama ‘Emerald Pool’ yang membolehkan pelancong berendam dan bersantai di dalam air kolam yang menyegarkan. Selain itu, taman ini juga adalah destinasi terbaik untuk ecotourism, sesuai untuk aktiviti dalam air seperti diving, canoeing atau hanya berjalan-jalan di sekitar taman negara ini serta menerokai keindahan alam di Krabi.

Alamat: 2 2, Ao Luek Tai, Ao Luek District, Krabi 81110, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 4:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


4. Khao Khanab Nam

menerokai panorama keindahan alam
Kredit Gambar: Pew Paitoon & Jeff Teh on Google Maps

Dua gunung berkembar Khao Khanab Nam atau “Twin Mountain” dianggap sebagai simbolik daerah Krabi. Gunung batu kapur berkembar ini berketinggian 1000 meter boleh dilihat dari bandar melalui Krabi River. Gua ini hanya boleh diakses dengan perkhidmatan bot melalui sungai menggunakan longboat tradisional. 

Keistimewaan destinasi ini terletak pada formasi stalaktit dan stalagmit yang menakjubkan di dalam gua yang menjadikan lawatan ini sangat menarik. Tempat ini menawarkan pelancong untuk menerokai pemandangan panorama dan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, dan perjalanan bot adalah cara terbaik untuk melihat kecantikan alam ini sambil menikmati suasana yang damai di sekitar Khao Khanab Nam.

Alamat: Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 4:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


5. Klong Thom Hot Spring (Hot Stream Krabi)

semula jadi krabi
Kredit Gambar: Alen B Krishna & Thareerat Pimpalas on Google Maps

Klong Thom Hot Spring adalah destinasi yang sempurna untuk mendapatkan ketenangan minda dan mengembalikan kesegaran tubuh badan secara semula jadi. Terletak di tengah hutan rimba hijau Thung Teao Forest Natural Park dan berdekatan dengan Emerald Pool, tempat ini menawarkan pengalaman spa yang menenangkan bagi wellness pursuer dan nature lovers. Kehadiran ‘healing thermal waters’ yang memberikan manfaat kepada kesegaran tubuh dan minda menjadikan tempat ini sangat istimewa bagi semua pelancong.

Pelancong juga disarankan untuk menerokai keindahan alam di Krabi ini pada hari minggu untuk mengelakkan keadaan sesak supaya senang untuk anda menikmati ketenangan di kolam panas ini. Tempat ini adalah tempat yang ideal untuk melepaskan tekanan dan menikmati keindahan flora dengan suasana alam semula jadi yang menenangkan dan fasiliti spa yang terbaik.

Alamat: W6J4+H83, Khlong Thom Nuea, Khlong Thom District, Krabi 81120, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


6. Emerald Pool

keindahan krabi
Kredit Gambar: Fam Rattee & Aakash Sharma on Google Maps

Satu lagi tarikan pelancong di Krabi adalah Emerald Pool, iaitu kolam freshwater yang jernih di tengah hutan hijau. The Emerald Pool atau dikenali juga dengan nama ‘Sa Morakot’ dalam Bahasa Thai merupakan kolam air yang terletak di kawasan Thung Teao Forest National Park, lebih kurang 55 km jarak perjalanan dari Bandar Krabi atau 70 km dari Ao Nang. 

Disebabkan kejadian semula jadi dari mata air mineral yang panas menjadikan warna air dalam kolam ini hijau kebiruan dan ciri airnya yang jernih. Emerald Pool adalah kolam semula jadi yang cantik dikelilingi oleh batu licin dan air sungai yang sentiasa mengalir. Kolam ini adalah destinasi yang sempurna untuk pelancong yang mencari ketenangan minda dan kesejahteraan diri secara semula jadi. Suasana hutan yang menenangkan menjadikan ianya menjadikannya tempat yang sesuai untuk melepaskan tekanan semasa bercuti.

Alamat: W7G9+27J, Khlong Thom Nuea, Khlong Thom District, Krabi 81120, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 4:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


7. Tiger Cave Temple

menerokai panorama keindahan alam
Kredit Gambar: Jak Nano & Álvaro Panigua on Google Maps.

The Tiger Cave Temple, juga dikenali sebagai Wat Tham Suea merupakan sebuah tapak keagamaan suci Buddha yang terletak di bahagian timur laut Krabi. Kuil ini merupakan salah satu landmark yang terpenting di Thailand kerana kedudukannya yang tinggi di puncak bukit. Tempat ini juga terkenal dengan kesan jejak tapak kaki harimau yang dijumpai di dalam gua, patung Buddha yang sangat tinggi di atas bukit dan hiking trail yang mencabar melalui 1,237 anak tangga untuk sampai ke puncak.

Puncak bukit ini menawarkan pemandangan panorama keindahan alam Krabi yang menakjubkan. Pastikan ada berhati-hati dengan hidupan liar seperti monyet di kawasan ini untuk mengelakkan dari barang anda dicuri. Selain itu, anda juga perlu menjaga pemakaian sepanjang berada di kuil ini sebagai tanda penghormatan.

Alamat: 35, Krabi Noi, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 4 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


8. Hat Nappharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park

alam di krabi
Kredit Gambar: Rajean Beauchamp & Love Me Love My Cats on Google Maps.

Bagi pelancong yang menginginkan suasana alam semula jadi yang indah, anda wajib melawat Hat Nappharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park. Pantai berpasir putih yang bersih dan air laut yang jernih mencipta pemandangan seakan ‘heaven on earth’. Waktu yang terbaik untuk melawat tempat ini adalah antara bulan November hingga April iaitu semasa high season.

Antara aktiviti popular yang di sering dilakukan di sini adalah aktiviti snorkeling dan diving di dalam air laut yang penuh dengan kehidupan bawah laut dan terumbu karang berwarna-warni. Phi Phi Islands yang berada dalam taman negara ini juga menyimpan rahsia ‘hidden beach’ yang menakjubkan dan beberapa destinasi gua menarik untuk pengunjung menerokai panorama keindahan alam. Tempat ini adalah destinasi yang wajib dikunjungi untuk pelancong yang adventurous atau penggemar alam semula jadi.

Alamat: 79, 5 Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 4:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


Kesimpulannya, destinasi ini menawarkan pengalaman yang luar biasa dan istimewa khas buat anda yang menggemari suasana yang indah dipenuhi kehijauan alam. Jomlah kita bercuti ke Krabi, Thailand!

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Pantai Tumpuan Pelancong di Krabi

Di Krabi, Thailand, anda akan ditemukan dengan keindahan pantainya yang memukau. Tahukah anda? Terdapat 13 pantai yang menarik menjadi tumpuan pelancong yang menunggu anda...

5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik Di Krabi

Wang merupakan keperluan paling penting dalam setiap percutian. Semasa anda merancang perjalanan percutian, pastikan anda mengambil tahu tentang cara menukar wang melalui servis pertukaran...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan...

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang...

25+ Tempat & Aktiviti Menarik di Krabi, Thailand

Krabi sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang paling menarik di Thailand, mempunyai pemandangan yang cantik dan mempesonakan dengan hamparan pantai pasir putih,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x