Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kedai Jeruk Madu Pak Ali – Destinasi Beli Buah Tangan Penang Terbaik

Sekiranya anda melancong ke Penang dan ingin mencari buah tangan yang sinonim dengan orang Penang untuk dibawa balik ke rumah, salah satu destinasi menarik yang boleh anda lawati adalah di kedai Jeruk Madu Pak Ali yang hanya terletak di Seberang Jaya, Penang. Lokasinya yang strategik di tepi highway Utara-Selatan sangat mudah diakses terutamanya kalau dah on the way nak balik.

Pilihan utama pengunjung ke sini sudah tentulah mencari pelbagai jenis jeruk yang sedap & memang popular di Malaysia. Apa yang paling penting jeruk di sini halal dan boleh dimakan tanpa was-was. Kedai Jeruk Madu Pak Ali mempunyai banyak cawangan dan cawangan yang dicadangkan kalau anda bercuti di Penang adalah di Sebarang Jaya kerana paling mudah untuk datang dengan kereta serta parking pun banyak.


Kedai jeruk tertutup & yang penting halal

kedai jeruk madu pak ali penang

Sebaik melangkah masuk ke dalam kedai Jeruk Madu Pak Ali di Seberang Jaya, memang rambang mata dibuatnya dengan pelbagai aneka pilihan jeruk yang ada. Lot kedai corner lot ini memang luas dan nak cari parking pun mudah. Kebiasaannya kalau beli jeruk adalah di kawasan terbuka seperti di pasar, di sini jeruk-jeruk berada di dalam kawasan kedai tertutup & di dalam bekas yang tertutup. Jadi lebih yakin kebersihannya kalau nak beli sebagai buah tangan kerana tiada pendedahan habuk & asap kereta yang berterbangan di dalam kedai. Perkara yang penting ianya halal & boleh dikunyah tanpa rasa was-was.


Banyak pilihan jeruk sampai pening nak pilih

jeruk pak ali buah tangan

Kalau orang rumah anda berbadan dua, memang sangat sesuailah singgah ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali kerana pilihan jeruk di sini pelbagai baik yang rasa masam, rasa manis, yang pedas, yang tajam rasanya & sebagainya. Bukan setakat jeruk yang ada di sini, banyak juga pilihan makanan lain seperti kerepek, sos dalam botol, kuih muih & sebagainya. Walaupun kedai ini hanya menjual jeruk, pengunjung yang datang ke sini memang kebanyakan siap memegang raga macam shopping di pasaraya. Anda boleh beli jeruk-jeruk di sini samada yang sudah siap dipaket atau borong secara timbang.


Jeruk yang mesti cuba di Kedai Jeruk Madu Pak Ali

tempat menarik beli jeruk penang

Antara jeruk popular kalau ke Penang yang sering menjadi buah mulut orang adalah jeruk buah pala Penang. Jadi tidak hairanlah ianya selalu habis kerana permintaan yang tinggi. Bagi yang suka makan asam, di sini anda juga boleh mendapatkan serbuk asam & sos kuah rojak jenama Mak Bee atau lebih dikenali dengan nama ‘chollek’ di Pantai Timur. Memang pekat melikat & sesuai untuk anda beli sebagai buah tangan kerana lebih cantik caranya yang terletak dalam bekas tertutup.


Buat bekal mengunyah jeruk dalam kereta

restoran sedap penang jeruk

Ada juga beberapa produk makanan di sini yang boleh dikatakan agak rare untuk didapati di tempat lain. Kalau orang di rumah tidak gemarkan makanan berasam bolehlah membeli pati-pati jus serta makanan kesihatan lain yang ada di sini seperti gamat, minyak linang, pati buah delima, pati kurma & sebagainya.

Bahkan aneka kuih raya, biskut & kerepek selera orang kampung juga boleh didapati di Kedai Jeruk Madu Pak Ali sesuai untuk dijadikan bekalan anak-anak mengunyah di dalam kereta ketika dalam perjalanan balik rumah. Kalau nak memandu kereta dalam jarak jauh, siapkan sekali jeruk supaya ketajaman rasa masam manisnya membuatkan lidah meletup sehingga terpejam mata menahan keperitan sedap sekaligus tiada lagi masalah mengantuk memandu jauh.


Pelangkap percutian anda ke Penang

jeruk pak ali seberang jaya penang

Meninggalkan Penang sesudah bercuti di sini pasti membuatkan lidah anda ‘terngiang-ngiang’ dengan kesedapan makanan di sini seperti char kuew teaw. Jadi tak perlu susah-susah nak merindui char kuew teaw Penang, beli sahaja pati sos char koay teaw di Kedai Jeruk Madu Pak Ali sebagai stok anda di rumah.

Cara-cara nak buat char kuew teaw Penang dengan menggunakan sos ini juga disediakan di label belakang botol. Patutlah char kuew teaw Penang istimewa, ingatkan hanya menggunakan kicap pekat atau kicap biasa sebagai bahan masakan, rupa-rupanya ada pati khas untuk membuat char kuew teaw. Dicadangkan lepas ini bolehlah pula Kedai Jeruk Pak Ali menjual pati-pati sos makanan popular Pulau Pinang lain seperti pati kuah kari nasi kandar atau pati segera kuah laksa Penang.


Sebenarnya banyak lagi produk yang ada di sini tetapi yang lain itu di mana-mana pun boleh dapat. Jadi kalau ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali sudah tentu anda kena cari apa yang ‘rare’ dan ada X factor untuk dijadikan buah tangan yang istimewa. Memang best dapat shopping di sini bila bercuti ke Penang. Barulah lengkap percutian anda dengan buah tangan dari Penang yang pasti membuatkan orang di rumah riang ria merasai kesedapan Jeruk Madu Pak Ali ini. Selamat mencuba & Wassalam.

3.9/5 - (19 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...

Bukit Bendera Pulau Pinang – Apa yang menarik di sini

Anda belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera (Penang Hill). Itulah kata-kata yang sering menjadi halwa telinga kita...

Terokai 10 Penginapan Homestay yang Menarik di Batu Ferringhi!

Batu Ferringhi, terkenal dengan sebuah tempat dan pekan yang dikelilingi oleh pantai yang cantik dan membiru. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan warisan...

7 Homestay di Balik Pulau yang Boleh Anda Cuba!

Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja...

7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga...

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x