Hari ni nk cerita pasal satu kedai makan yang dah masuk 5 atau 6 kali saya pergi tahun ni iaitu di Restaurant Paradise atau nama Melayunya restoran syurga. Restoren ini menyediakan masakan dari Pakistan dan tauke serta konco-konco dia pun semua jenis hidung tajam macam Abang Shah Rukh Khan. Terbaru saya pergi ke restoren ni bulan lepas ketika membeli laptop di Lowyat.
Sekali pandang restoran ni macam kedai mamak yang selalu kita tengok.Tengok pada deretan lauk pauknya pun memang lebih kurang sama je. Ada menyediakan nan, roti canai, nasi beriyani dan nasi putih. Lauk pauk pun boleh tahan banyak.
Pertama kali rasa lauk kari dan ayam tika taka ( klo tak silap nama dia cenggitu kot), pergh ! Memang sedap !! Dalam kepala mula-mula pikir rasa dia mungkin sama jer dengan kari atau masakan mamak atau di kedai Nasi Kandar. Tapi tidak ! rasa dia memang unik dan sangat lain !

Kalau datang sini sebaiknya waktu tengahari pada weekday !! Tau jelah kan, Bukit Bintang ni tempat yang sibuk dengan manusia-manusia kalau waktu malam dan weekend. So kalau nak elakkan kesesakan datang dengan motor, parking depan Lowyat, jalan kaki skit ke Restoren Paradise ni.

Mula-mula masuk dulu cuak jugak takut-takut harga tak masuk akal kan. Tapi biasa je. Kalau macam lauk kat atas ni, 2 3 jenis lauk saya bedal serta air teh ais, harganya sekitar RM15. Dengan kadar nasi yang setambun dan lauk yang banyak dan lokasi kedai di tempat yang hot ! Saya sangat berpuas hati !! Ada aircond plak tu !
Tambah pulak rasa dia memang sedap dan unik !! Kalau bukak restoren masakan dan lauk pauk ala Pakistan memang laku sebab kurang sangat persaingan !! Kalau Nasi Arab takyah cakaplah, bersepah-sepah sekarang.

Dari segi kebersihan, okay dan apa yang saya rasa agak kureng ialah bab air. Teh ais dia memang tak sedap dan tak kaw langsung !! 2 3 kali pergi rasa tawar jer. Tengok kaler kuning cerah pun dah tau tak kaw. Kalau nak datang, guna je waze dan masukkan koordinat ini lat/lng: 3.14509,101.709039. Selamat mencuba ! :)
macma sedap tapi tunggu hari cheat day sayalah heee..yum..nyum..
bukan mcm..memey !! seddap!!
dah lama rasanya tak makan kacang kuda tu wehh
oo kacang kuda ke…ingat kacang dhal..patut la besor !
mesti cuba!! tapi parking pulak satu hal. aiseh.
rempit jer bro..
suka juga makanan pakistan nih
samalah kte
bagus air rasa tawar..elak dari kena kencing manis
kalau harga pun kurang xpe.. :p
kalau sekali aku kena air tawar atau kedia tu tak reit buat air..sampai bila2 aku tak pergi dah kedai tu..hahaha kejam
tulah..bawak air sendiri atau tapau je sini..huhu..
makanan dah sedap
tapi air pula yang buat hal
tak boleh dapat markah penuh la macam ni
Betul2..ada logika..dh kurangkan sket 4 star..teruja sgt nak bg 5 star sbb lauk dia mmg best pun..huhu