Tempat Menarik di Langkawi Paling BEST – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi

Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Kalau sekali seumur hidup tak pergi bercuti ke tempat-tempat menarik di Langkawi, kata orang, tak lengkap anda dipanggil orang Malaysia walaupun ada MyKad dalam wallet. Kali ini mari kita lihat kesemua tarikan pelancongan di Pulau Langkawi yang popular yang boleh kita lawati kelak.


Ramai orang cakap, kalau bercuti ke Langkawi, hanya aktiviti di air sahaja yang menarik seperti snorkeling, berkejaran di gigian pantai, sun bathing & seumpamanya. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang lain & best yang boleh pelancong lakukan bukan sahaja di pantai bahkan di bukit, di hutan & juga di darat. Kalau nak tahu lagi, di Pulau Langkawi juga ada tasik ! Pendek ceritanya, samaada anda nak bercuti secara solo ke, berpasangan ke, atau bersama anak-anak ke, Pulau Langkawi ada tempat-tempat pelancongan menarik yang sesuai untuk segenap usia.



1. UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi

destinasi tempat menarik langkawi

Kini sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman menjadi Tarzan bergayut & merentasi hutan belantara hijau. Bagi pelancong yang muda jiwanya & kental hatinya, apa kata anda mencuba UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi untuk mencabar tahap keberanian jiwa raga anda. Hanya terletak di Telaga Tujuh, Langkawi, destinasi ini menyediakan 12 kabel zipline yang panjangnya sehingga 200 m. Aktiviti mencabar dengan merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia ini pasti memberi anda satu pengalaman yang sangat best untuk dibawa pulang bersama apabila balik bercuti dari Langkawi kelak. Aktiviti zipline yang dibawakan oleh UMGAWA ini adalah world-class zipline adventure yang pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk mencuba.

Peta Lokasi Jarak 6013-3438900 Facebook Instagram Website

Umgawa Legendary Adventures, 7 Wells Waterfall - Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Malaysia

Dibuka setiap hari

8.30 am - 4.30 pm

1 . Zipline Adventure

  • 2-2.5 Jam : RM 499
  • 1 Jam: RM 199

Tempah 7 hari awal atau 30 hari awal untuk lebih JIMAT

2 . Mangrove Combo Tour

  • Adult : RM 695.00 per pax
  • Child : RM 585.00 per pax

(minimum 2 dewasa)

3. Jetski Combo Tour

  • RM 1175.00  (1 orang / 1 jetski)
  • RM 1800.00  (2 orang / 1 jetski)

4. Zip + Eat + Swim Combo

  • RM 550.00  (per pax / minimum 2 pax )


2. Sunset Cruise Langkawi

sunset cruise pulau langkawi

Kalau anda bercadang honeymoon di Langkawi, ini adalah salah satu aktiviti wajib cuba untuk melengkapkan lagi jadual percutian berbulan madu anda. Bersama dengan yang tersayang, sambil naik cruise meluncur ke tengah lautan melihat keindahan panorama matahari yang sedang terbenam di ufuk barat, pasti akan menjadi memori romatis yang terindah untuk pasangan anda. Sambil melihat bersama matahari sedang terbenam, katakan ayat ini kepada pasangan anda "matahari sentiasa terbenam di ufuk barat, dan awak pula sentiasa terbenam di dalam hati saya". Romantik kan? :)

Peta Lokasi Jarak 6012-3165466 Facebook Instagram Website

Kedai no 3, Kampung Tasik Anak, Jalan Telok Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Dibuka Setiap Hari

  • Cruise Sunset ( 5 pm-8pm)
  • Day Cruise (10 am - 4 pm)

Harga Bayaran Cruise Sunset di Langkawi oleh Tropical Chartered Langkawi

Cruise Sunset ( 5 pm-8pm)

  • Dewasa: RM 260
  • Kanak-Kanak (4-12 tahun): RM 130
  • Kanak-Kanak ( bawah 4 tahun): Percuma

Day Cruise (10 am - 4 pm)

  • Dewasa: RM 320
  • Kanak-Kanak (4-12 tahun): RM 160
  • Kanak-Kanak ( bawah 4 tahun): Percuma


3. Kereta Kabel Langkawi (SkyCab Langkawi)

Kalau datang ke Langkawi tetapi tidak mencuba kereta kabel di sini memang sangat rugi kerana gondola-gondola di sini lebih menarik dan menggerunkan kalau nak dibandingkan dengan kereta kabel di Genting Highland. Terdapat 3 pilihan gondola yang boleh dipilih ( berlainan harga) dan yang paling membuatkan anda rasa gayat adalah menaiki gondola berlantaikan kaca. Harga tiket untuk mereka yang ada MyKad juga lebih murah. Namun kalau anda ke sini pada musim cuti sekolah, cabaran nak beratur membeli tiket atau menunggu giliran memang sangat menguji kesabaran sehingga berjam-jam lamanya. Kalau tidak mahu menunggu lama anda boleh beli 'add-on' untuk masuk ke Express Lane.

Peta Lokasi Jarak 604-9594225 Facebook Website

Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Kereta Kabel Langkawi

Isnin-Khamis: 10.00 am - 7.00 pm
Rabu Sahaja:  12.00 pm - 7.00 pm
Jumaat-Ahad: 9.30 am - 7.00 pm (termasuk cuti am)

Waktu terakhir pelepasan dari Stesen di puncak 8.00 pm
Waktu operasi juga bergantung kepada penyelenggaraan berkala

PAKEJ-PAKEJ/HARGA TIKET KERETA KABEL LANGKAWI/SkyCab Langkawi

1. Pakej SkyCab Admission

 Sky Cab Admission  Dewasa
>12 tahun 
 Kanak-Kanak
 (2-12 tahun)
WARGANEGARA

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

 RM 40.00 RM 30.00
PELANCONG ASING

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

 RM 55.00 RM 40.00
  • Perlu beratur
  • Ada waktu berlepas
  • Berkongsi gondola dengan orang lain
  • Naik gondola jenis biasa
  • Tambahan RM50/seorang untuk Express Lane

2. Pakej SkyCab Kombo

 Pakej Combo A Dewasa
>12 tahun 
 Kanak-Kanak
 (2-12 tahun)
 WARGANEGARA

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi +Time Travel

 RM 55.00 RM 45.00
 PELANCONG ASING

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi +  Time Travel

 RM 75.00 RM 60.00
 Pakej Combo B Dewasa
>12 tahun 
 Kanak-Kanak
 (2-12 tahun)
 WARGANEGARA

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi +6D CineMotion

 RM 55.00 RM 40.00
 PELANCONG ASING

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi +   6D CineMotion

 RM 70.00 RM 50.00
  • Perlu beratur
  • Ada waktu berlepas
  • Berkongsi gondola dengan orang lain
  • Naik gondola jenis biasa
  • Tambahan RM50/seorang untuk Express Lane

3. Pakej SkyCab Special

 Pakej Glass Bottom Gondola Dewasa
>12 tahun 
 Kanak-Kanak
 (2-12 tahun)
 SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art   Langkawi RM 105.00 RM 105.00

 

 Pakej Private Gondola (untuk 6 Orang)

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

 RM 505.00
 Pakej VIP Gondola (untuk 3 Orang)

SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Langkawi

 RM 505.00
  • Tidak Perlu beratur
  • Tidak berkongsi gondola dengan orang lain
  • Naik gondola jenis VIP Gondola (Pakej VIP Gondola)
  • Termasuk dalam Express Lane


4. SkyTrex Adventure Langkawi

skytrex adventure langkawi

Satu lagi aktiviti menarik di Pulau Langkawi yang akan memberi ledakan adrenalin yang maksima dalam tubuh badan anda. Sesuai untuk anda yang inginkan aktiviti yang boleh menghanyutkan minda anda jauh seketika daripada masalah kehidupan. Samaada anda baru pertama kali ingin mencuba aktiviti sebegini atau sudah advance, laluan trek yang ada di sini mesra untuk semua peringkat tahap kecergasan. SkyTex Langkawi ada 3 cabaran trek yang berbeza cabaran halangannya & berlainan pakej harganya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6019-2805679 Facebook Website

Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Pelepasan Pertama: 9.00 am
Pelepasa Terakhir: 3.00 pm

Harga SkyTrex Adventure Langkawi

  1. Little Legend Adventure
    • Walk-in price: RM RM 45.00
    • Online price: RM 50.00
  2. Eagle Thrill
    • Walk-in price: RM RM 45.00
    • Online price: RM 50.00
  3. Island Extreme
    • Walk-in price: RM RM 45.00
    • Online price: RM 50.00


5. Underwater World Langkawi

underwater world langkawi

Destinasi yang tidak kurang popularnya di kalangan pelancong yang berkeluarga yang datang bercuti di Langkawi. Konsepnya lebih kurang sama seperti Aquaria KLCC dan di sini menempatkan ribuan jenis hidupan marin termasuk ikan air laut dalam. Antara spesis binatang yang jarang kita lihat secara live yang pasti membuatkan anak-anak teruja adalah penguin, jerung, pari, lobster dan sebagainya. Lokasinya mudah untuk diakses dan terletak di kawasan tumpuan ramai.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9556100 Facebook Instagram Website

Underwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Underwater World Langkawi

  • Setiap Hari: 10.00 am - 6.00 pm
  • Cuti Am/Cuti Sekolah: 9.300 am - 6.30 pm

Waktu Beri Makan Haiwan

  • Singa Laut:
    • 2.30 pm (Sabtu-Khamis)
    • 4.00 pm ( Jumaat)
  • Penguin Afrika
    • 11.00 am & 2.45 pm
  • Penguin Rockhopper
    • 11.15 am & 3.00 pm
  • Tunnel Tank
    • 3.00 pm

 

Harga Tiket Underwater World Langkawi

Warganegara (MyKad/MyKid)

  • Dewasa : RM 36.00
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun): RM 26.00

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 46.00
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun): RM 36.00

Kadar Istimewa:

  • Warga Emas (50 tahun & keatas): RM 29.00
  • Kadar Kerajaan:
    • Dewasa: RM 29.00
    • Kanak-Kanak: RM 21.00

* Satu (1)  I.D Kerajaan . Satu kad untuk (2) dewasa & dua (2) kanak-kanak.


6. SkyBridge Langkawi

 skybridge langkawi

Kalau nak lihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak yang paling menarik, tidak lain dan tidak bukan SkyBridge Langkawi adalah jawapannya. SkyBridge ini merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit (Bukit Machinchang) yang mana pengunjung boleh berjalan dan melihat pemandangan Pulau Langkawi secara 360 darjah. Untuk ke SkyBridge pelancong hanya boleh ke sini dengan menaiki kereta kabel. Waktu terbaik adalah untuk ke sini pada waktu petang sedikit kerana kurang panas dan sekiranya cuaca buruk kebiasaanya SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan ditutup.

Peta Lokasi Jarak 604-9594225 Facebook Website

07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi SkyBrige Langkawi

Setiap hari 9.00 am - 8.00 pm

Harga Tiket SkyBridge Langkawi:

  • RM 5.00 (Dewasa)
  • RM 3.o0 ( kanak-kanak).

Tiket boleh dibeli di kaunter tiket di bahagian Top Station


7. Art in Paradise

art in paradise langkawi

Dipendekkan cerita, destinasi ini juga lebih sinonim dipanggil muzium seni 3D ataupun 3D Trick Art. Pokoknya, di sini menempatkan banyak lukisan mural yang kelihatan seakan-akan 'hidup' kalau diperhati dari sudut tertentu. Pelancong yang datang ke sini boleh mengambil gambar dan yang bagusnya, mereka juga menyediakan gambar contoh cara untuk snap gambar supaya tampak real & menjadi. Satu tempat menarik di Langkawi yang sesuai untuk masa riang-ria bersama dengan anak-anak atau sahabat.

Peta Lokasi Jarak 6013-5091209 Facebook Website

Oriental Village Burau Bay, 07000 Langkawi

Waktu Operasi Art Paradise Langkawi

Isnin-Ahad : 9.00 am - 6.00 pm

Harga Tiket Muzium 3D Langkawi (Art in Paradise)

Warganegara Malaysia:

  • Dewasa: RM 30.00
  • Kanak-Kanak: RM 20.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa: RM 38.00
  • Kanak-Kanak: RM 28.00


8. 5D Muzium (Believe Langkawi)

muzium 3d langkawi

Muzium ini merupakan satu-satunya konsep 5D yang ada di Malaysia. Misi muzium ini adalah untuk menjadikan tarikan ini berkait rapat dengan 5 pancaindera kita iaitu bauan, pendengaran, visual, rasa dan juga sentuhan. Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang masih lagi baru dan lokasinya terletak di Langkawi Fair Shopping Mall. Tarikan di sini juga lebih kurang sama dengan 3D art di mana anda boleh ambil gambar bersama mural dan juga statu-statu patung yang ada di sini seperti Transformers ( Optimus Prime dan Bumble Bee).

Peta Lokasi Jarak 604-9670707 Facebook

Lot No. FF 2 & FF3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall
Kuah 07000

Waktu Operasi Muzium 5D Langkawi

10.00 am-8.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Muzium 5D Langkawi

Warganegara:

  • Dewasa (19 tahun & keatas): RM 20.00
  • Kanak-Kanak ( 4- 18 tahun): RM 15.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 15.00
  • Pakej Keluarga ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 60.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa (19 tahun & keatas): RM 25.00
  • Kanak-Kanak ( 4- 18 tahun): RM 20.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 15.00
  • Pakej Keluarga ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 80.00


9. Langkawi Wildlife Park

apa menarik di langkawi

Kalau anda bercuti & mencari apa yang menarik di Langkawi untuk dilakukan bersama anak-anak, pastikan anda singgah di sini. Taman hidupan liar ini boleh dikatakan seperti mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti pelanduk, ikan, buaya, landak, monyet dan yang paling mencuri tumpuan di sini ialah Bird Paradise yang terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Kalau anda belum pernah ke mana-mana taman burung seperti di KL Bird Park, bolehlah mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat burung comel ini terutamanya pendedahan awal untuk anak-anak anda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9665855 Facebook Instagram Website

Lot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Langkawi Wildlife Park

Dibuka setiap hari sepanjang tahun:

  • Waktu Buka : 08.30 a.m
  • Kemasukan Terakhir : 06.00 p.m
  • Waktu Tutup: 07.00 p.m
  • Waktu Operasi : 08.30 a.m – 06.00 p.m

Pakej Harga Tiket Langkawi Wildlife Park

Kadar Normal

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas): RM 39.00
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun): RM 22.00
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas): RM 22.00

Kadar Harga Tiket MyKad/MyKid

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas): RM 24.00
  • Kanak-Kanak (3-12 tahun): RM 16.00
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas): RM 16.00

Kadar Harga Tiket Untuk Pelajar Sekolah (MyKad)

  • RM 18.00 ( hanya untuk lawatan sekolah)

Family Package 1

  • 2 dewasa + 2 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan: RM 120
  • 2 dewasa + 2 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan: RM 82 (MyKad)

Family Package 2

  • 3 dewasa + 1 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan: RM 136
  • 3 dewasa + 1 kanak-kanak + 2 paket makanan haiwan: RM 90 (MyKad)

Family Package 3

  • 4 dewasa + 2 paket makanan haiwan: RM 160
  • 4 dewasa + 2 paket makanan haiwan: RM 100 (MyKad)

Harga makan haiwan

  • 1 paket: RM 6
  • 2 paket: RM 11
  • 3 paket: RM 15
  • 4 paket: RM 20

Private guide: RM 20


10. Taman Buaya Langkawi (Crocodile Adventureland)

 taman buaya langkawi

Bagi yang ingin lebih mendekati haiwan predator air yang ganas ini, bolehlah membawa anak-anak dan keluarga ke sini. Di taman ini terdapat banyak buaya yang pelbagai saiz untuk dilihat dengan lebih dekat. Terdapat juga pertunjukan lagak ngeri bersama buaya pada waktu sebelah pagi dan petang. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan kepada anak-anak buaya yang ada di sini. Sekiranya anda ingin melihat pertunjukan pastikan semak masa pertunjukan supaya tidak terlepas.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9665855 Facebook Website

Mukim Air Hangat, Jalan Datai, Kampung Kubang Badak, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi Taman Buaya Langkawi

Dibuka Setiap Hari:

  • 9.00 am - 6.00 pm

Crocodile Show Time :

  • 11:00 pagi & 02:45 tengahari

Crocodile Jumping Show

  • 10.30 am & 5.30 pm

Crocodile Feeding Show:

  • 11.45 am , 1.15 pm, 2.00 pm, 3.15 pm, 4.30 pm, 5.30 pm

Harga Tiket Taman Buaya Langkawi

Warganegara

  • Dewasa: RM 18.00
  • Kanak-Kanak:  RM 12.00

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 25.00
  • Kanak-Kanak:  RM 18.00


11. Pantai Cenang

pantai chenang pulau langkawi

Pantai peranginan yang ada di Langkawi ini boleh dikatakan pantai tumpuan yang paling popular kerana di sini terdapat banyak penginapan baik yang bajet mahupun yang eksklusif. Nak cari tempat makan pun senang dan nak cari pakej aktiviti sukan air pun banyak. Kalau musim cuti sekolah, lokasi Pantai Cenang memang sangat meriah dengan pelancong-pelancong. Pantai-pantai di sini juga bersih dan sesuai untuk aktiviti tepi pantai bersama keluarga. Kalau di waktu petang, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan panorama matahari terbenam. Kalau anda berbulan madu ke Pulau Langkawi, bolehlah mencari penginapan di tepi Pantai Cenang.

Harga Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pantai Cenang, 07000, Kedah


12. Pantai Tanjung Rhu

pantai tanjung rhu langkawi

Pantai ini mungkin tidak sepopular Pantai Cenang namun kalau nak dibandingkan dari segi kecantikan pasir pantai dan air laut, rasanya Pantai Tanjung Rhu lebih menarik. Selain itu juga, kawasan pantai di sini juga tidaklah sesibuk seperti di Pantai Cenang. Kalau anda hanya ingin bermain pasir pantai dan main air laut dengan lebih tenang tanpa kesesakan pengunjung terutamanya di waktu cuti, lebih baik ke Pantai Tanjung Rhu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pantai Tanjung Rhu, 07000, Langkawi, Kedah


13. Pantai Tengah

 pantai tengah langkawi

Pantai yang juga tidak sibuk dan lebih kurang tumpuan pelancong berbanding di Cenang. Pasir pantai di sini juga gebu dan air lautnya juga agak tenang untuk aktiviti main air laut. Dan yang paling best, di sini terdapat banyak aktiviti sukan air yang boleh dicuba seperti bermain jetski, parasailing dan sebagainya. Dicadangkan untuk datang ke sini pada waktu petang kerana pemandangan matahari terbenam dari Pantai Tengah dan ditambah pula dengan struktur sekelilingnya memang sangat cantik.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah


14. Pantai Pasir Tengkorak

 pantai pasir tengkorak pulau langkawi

Pantai yang mengadap pulau Tarotou ini satu tempat menarik di Langkawi tepi pantai yang sesuai untuk anda yang tidak sukakan kesesakan. Kalau setakat nak bersantai, melihat pemandangan laut dan bermain air di tepi pantai, lebih seronok datang lokasi ini sebab rasa lebih privasi dan tidak sibuk langsung. Namun malangnya, di sini tidak ada gerai-gerai yang menjual minuman atau makanan untuk dibeli. Jadi bawalah bekal makanan sendiri.

 

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Pantai Pasir Tengkorak, 07000 Langkawi, Kedah


15. Pulau Payar Marine Park

pulau payar marine park langkawi

Pulau ini terletak di tenggara pulau utama Langkawi. Pulau Payar terkenal sebagai destinasi terbaik di Pulau Langkawi untuk melihat hidupan marin. Di sini juga terdapat beberapa pantai berpasir yang sangat sesuai untuk berkelah. Bagi mereka yang ingin hiking menerokai Pulau Payar, terdapat denai jalan kaki yang telah disediakan untuk pengunjung. Kalau anda sedang berkelah di pantai ini dan kalau bernasib baik, boleh terus lihat hidupan marin berenang hanya dari pesisir pantai seperti anak ikan yu & sebagainya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

30 km kearah selatan Pulau Langkawi


16. Pulau Beras Basah

pulau beras basah langkawi

Sekiranya anda island hopping ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling dan mencuba permainan air seperti banana ride, parasailing dan sebagainya. Yang menariknya, air lautnya memang sangat jernih dan pasirnya pula bersih. Mungkin kerana lokasinya yang susah pelancong nak datang melalui darat & perlu menaiki bot untuk ke sini maka kebersihannya memang sangat terbaik.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

25 km ke barat daya dari Kuah, Langkawi

Island hopping setengah hari. Sekitar RM 80-120
Private speedboat tour. Sekitar RM 500-RM 900


17. Kilim Geoforest Park

kilim geoforest park langkawi

Di Langkawi juga terdapat hutan paya bakau dengan pelbagai tarikan alam untuk dilihat. Dari jeti anda boleh berjalan kaki melalui platform kayu yang disediakan melalui hutan paya bakau dan melihat hidupan paya bakau yang ada di sini seperti pokok Bogak, pokok ketam, monyet, gua yang dipenuhi dengan kelawar dan formasi batuan batu kapur. Selain berjalan kaki, pengunjung juga boleh menyewa bot di sini dan menikmati keindahan hutan paya bakau melalui sungai. Kalau bernasib baik anda juga berpeluang melihat burung helang terjun tiruk mencari makan.

Peta Lokasi Jarak 604-9592323 Facebook Website

Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Mukim Ayer Hangat,, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah

8.30 am - 5.00 pm

Harga Tiket Cruise Kilim Geoforest Park

Tawaran pakej bermula RM300 (satu bot 8 orang) untuk lawatan selama sekitar 1 jam.


18. Gunung Raya

tarikan pelancongan di langkawi

Satu lagi tarikan pelancongan di Langkawi pada altitud tempat tinggi selain SkyBridge untuk melihat keindahan Pulau Langkawi. Pelancong boleh ke sini dengan menyewa motosikal dan naik melalui jalan yang disediakan. Di puncak gunung anda boleh melihat pemandangan hijau gunung ganang yang pasti menenangkan jiwa raga. Di sini tiada kesibukan seperti tempat menarik di Langkawi pada altitud tinggi yang lain seperti Sky Bridge.

Peta Lokasi Jarak

Gunung Raya, 07000 Langkawi, Kedah


19. Air Terjun Telaga Tujuh

 air terjun telaga tujuh langkawi

Salah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk dilawati di Langkawi. Yang uniknya, air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan-akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Jadi sekiranya anda inginkan riadah mandi air tawar di Langkawi, silalah ke sini. Akses ke air terjun dengan kenderaan dan jalan kaki pun mudah. Kemudahan asas seperti pondok dan tandas juga disediakan.

Peta Lokasi Jarak

Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah


20. Air Terjun Temurun

air terjun temurun langkawi

Satu lagi tarikan air terjun yang ada di Langkawi yang agak tinggi dan pemandangan yang sangat menarik. Air Terjun Temurun juga merupakan air terjun yang tertinggi dalam Pulau Langkawi. Di bawah air terjun terdapat kawasan tadahan yang sesuai untuk mandi manda dan berenang. Kalau datang ke sini pada musim kemarau, air yang mengalir agak tidak banyak. Di sekitarnya juga terdapat monyet-monyet hutan liar yang mungkin akan menggangu anda sekiranya membawa makanan. Jadi simpanlah makanan di dalam beg dan zip rapat-rapat.

Peta Lokasi Jarak

07000 Langkawi, Kedah


21. Air Terjun Durian Perangin

bercuti ke langkawi

Terletak di Hutan Lipur Durian Perangin, destinasi air terjun ini juga merupakan tumpuan pelancong untuk berkelah dan mandi manda bersama keluarga. Terdapat kemudahan seperti pondok dan laluan jalan kaki. Air terjunnya tidaklah besar sangat dan mungkin agat sendat kalau waktu kemuncak di cuti sekolah. Air terjun ini keseluruhannya mempunyai 14 tingkat. Apapun, destinasi ini memang sangat best untuk berehat dan mandi air terjunnya yang bersih dan sangat sejuk. Kalau anda bercuti di Langkawi dalam tempoh yang panjang bolehlah singgah di sini dan kalau hanya sekejap sahaja, baik utamakan tarikan pelancongan lain yang tidak ada di Semenanjung Malaysia.

Peta Lokasi Jarak

07000 Langkawi, Kedah


22. Tasik Dayang Buntingtasik dayang bunting langkawi

Kalau teringin nak mandi dan berenang di kawasan yang kurang ombak, bolehlah datang ke sini. Dan yang menariknya di sini terdapat lot-lot kolam bersegi yang dibina di atas tasik bagi memudahkan pelancong untuk mandi manda. Keselamatan juga lebih baik di sini kerana ada jaring dan juga life jacket untuk kanak-kanak. Tasik ini terletak di tengah-tengah pulau jadi anda perlu berjalan dan mendaki sedikit sebelum sampai ke tasik ini. Pemandangan dari atas bukit melihat tasik hijau di depan mata memang sangat menenangkan jiwa yang sedang gundah gulana.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

 

Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah

Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 3.00


23. Taman Lagenda Pualau Langkawi

taman lagenda langkawi

Taman ini terletak tidak jauh dari Jeti Kuah. Jadi kalau ada masa lebih sambil menunggu feri, bolehlah datang ke taman ini. Taman ini lebih kepada tempat bersiar-siar dan landskap taman ini juga agak menarik untuk anda ambil gambar sebagai kenangan. Ada beberapa monumen yang menarik di sini untuk dilihat dan dijadikan subjek untuk photo anda.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Taman Lagenda, 07000 Kuah, Kedah

24 jam

Percuma


24. Makam Mahsuri

makam mahsuri pulau langkawi

Bagi kaki subjek sejarah destinasi ini semestinya satu tempat yang perlu anda datang untuk melihat sendiri makam lagenda Pulau Langkawi, Mahsuri. Terdapat juga beberapa informasi bertulis berkaitan Mahsuri dan Pulau Langkawi yang boleh menjadi tatapan anda. Pengunjung juga boleh melawat ke replika Rumah Mahsuri iaitu merupakan sebuah rumah tradisional masyarakat Kedah, melihat diorama silam & beberapa monumen lain seperti Telaga Mahsuri. Satu tempat menarik di Langkawi yang cukup sinonim sejak zaman sekolah lagi. Tidak jauh dari sini juga terdapat beberapa gerai dan kedai yang menjual produk hasil daripada gamat & produk herba.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

8.00 am - 6.00 pm

Percuma


25. Muzium Laman Padi Langkawi

muzium laman padi langkawi

Negeri Kedah memang terkenal dengan padinya. Jadi tak perlu ke muzium di Alor Star untuk mengenali sejarah dan proses penanaman padi. Di Langkawi pun ada. Seperti juga di muzium/galeri lain, sekiranya anda memang tidak tahu langsung mengenai padi, destinasi ini pasti memberi sesuatu yang baru kepada anda. Kalau anda sukakan aktiviti fizikal yang menyeronokkan, destinasi ini mungkin biasa-biasa sahaja tanpa tarikan yang membuatkan anda teruja.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9553225

Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

9.00 am - 5.00 pm

RM 3.00


26. Herbawalk Langkawi

percutian ke pulau langkawi

Sekiranya anda ingin mengenali pelbagai jenis tumbuhan herba yang sering dijadikan ubat, bolehlah datang ke sini. Herbalwalk ini diasas oleh Dr Ghani iaitu seorang doktor yang sangat meminati tumbuhan herba. Beliau juga merupakan doktor yang pertama yang membuka klinik di Langkawi pada tahun 80 an. Pengunjung berpeluang untuk berjumpa dengan beliau dan mendengar cerita tentang semua tumbuhan yang ada di sini.

Peta Lokasi Jarak Website

 

07000 Langkawi, Kedah

9.00 am - 5.00 pm

Percuma


27. Kompleks Kraf Langkawi

kompleks kraf pulau langkawi

Bagi yang gemar mengumpul barangan kraftangan, anda boleh ke sini untuk membeli ataupun melihat pameran yang ada di sini.  Kompleks ini menempatkan pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan seperti produk anyaman rotan, batik, aksesori wanita dan sebagainya. Golongan wanita mesti suka dengan tempat ini untuk shopping dan sokonglah perusahaan industri tradisional ini yang diusahakan oleh orang kita supaya ianya tidak hilang ditelan dek zaman. Pelancong juga berpeluang mencuba aktiviti mewarna batik & mencuba menyumpit.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9591913 Website

Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah

10.00 am - 6.00 pm (setiap hari)

Mewarna batik.

  • RM 10.00 untuk pelancong tempatan &
  • RM 15.00 pelancong asing.

Aktiviti lain – mendirikan keris dan menyumpit. (percuma)


28. Oriental Village Langkawi

apa yang best di langkawi

Boleh dikatakan sebagai sebuah taman bersiar yang cantik dan sesuai untuk bersiar-siar dengan anak-anak. Oriental Village merupakan tempat di mana anda perlu datang sekiranya ingin menaiki kereta kabel. Bagus dengan adanya perkampungan sebegini kerana taklah boring sangat nak menunggu giliran menaiki kereta kabel. Di sini ada pelbagai gerai, tempat makan, tasik, taman permainan dan kedai menjual cenderahati.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9593099 Facebook Website

The Oriental VIllage
Burau Bay
07100 Langkawi, Kedah
Malaysia

Kawasan ini boleh dilawati 24 jam. Kebanyakan kedai di sini beroperasi 10.00 am - 7.00 pm setiap hari.

Percuma


29. Galeria Perdana

galeria perdana langkawi

Galeri atau muzium ini merupakan satu tempat menarik di Langkawi yang sangat ideal untuk lawatan sambil belajar. Di sini pengunjung akan dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah-hadiah yang pernah diterima oleh kerajaan Malaysia (ketika era pemerintahan Tun Mahathir) sebagai penghargaan terhadap pelbagai jenis pencapaian. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah anda dapat melihat sendiri transformasi beberapa sektor di Malaysia seperti kenderaan lama sehinggalah sekarang. Kalau anda ke Ayer Hangat pada waktu tengahari, memang sesuai datang ke sini kerana di dalamnya ada aircond.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9591498 Website

Galeria Perdana Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi Kedah Darul Aman

Waktu Operasi Galeria Perdana Langkawi

Dibuka setiap hari

  • 8.30 am - 5.30 pm
  • 8.30 am - 6.00 pm (cuti umum/cuti sekolah).

Harga Tiket Galeria Perdana Langkawi

  • Dewasa : RM 10.00
  • Kanak-Kanak (6-12 tahun): RM 4.00
  • Kamera: RM 2.00
  • Video Camera: RM 5.00


30. Dataran Lang Pulau Langkawi

 dataran lang langkawi island

Kalau datang ke Langkawi, memang tak lengkap kalau tak bergambar berlatar belakangkan statu burung helang gergasi yang menjadi simbolik kepada Pulau Langkawi. Lokasinya hanya beberapa minit jalan kaki dari Jeti Pekan Kuah dan dicadangkan untuk ke sini apabila hendak pulang ke tanah besar sambil-sambil menunggu feri. Habiskan masa di sini 10-15 minit sudah memadai.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Kawasan terbuka yang boleh dilawati setiap masa

Percuma


31. MARDI Langkawi Agro Technology Park

mardi agro park langkawi

Kalau nak merasa nak makan buah yang pelbagai jenis, dicadangkan untuk singgah di sini. Dengan sekali masuk anda boleh merasa pelbagai jenis buah tropika yang segar dan sedap seperti tembikai, pisang, belimbing, nenas, anggur, nangka, tembikai susu dan sebagainya. Selain aktiviti makan buah, pengunjung juga dihidangkan dengan informasi-informasi tentang pokok-pokok buah yang ditanam di sini yang akan diterangkan oleh staff-staff yang mesra pelancong.

Peta Lokasi Jarak 604-9532550 Website

Agro Technology Park MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong
Lubuk Semilang
Kedah Darul Aman 07000 Langkawi Malaysia

Waktu Operasi MARDI Langkawi:
Sabtu-Khamis: 8.30 am - 5.00 pm
Jumaat: Tutup

* parking dibuka setiap hari 8.30 am -5.00 pm termasuk cuti am kecuali Jumaat, Aidilfitri & Aidiladha.

Harga Tiket MARDI Langkawi Agro Technology

Pelancong Asing

  • Dewasa: RM 30.00
  • Kanak-Kanak/OKU: RM 15.00

Warga Tempatan:

  • Dewasa: RM 10.00
  • Kanak-Kanak: RM 5.00
  • Lawatan berjadual/Agensi Kerajaan: RM 7.00
  • Sekolah Menengah: RM 7.00
  • Sekolah Rendah: RM 5.00
  • Tadika: RM 5.00
  • OKU: RM 5.00


32. Nusantara Gamat

kedai minyak gamat langkawi

Minyak gamat & Pulau Langkawi memang cukup sinonim sekali. Kalau bercuti ke Langkawi, buah tangan 'Minyak Gamat' mesti tidak sah kalau tak ada dalam baggage anda. Salah satu tempat menarik di Langkawi untuk anda borong minyak gamat, gel gamat, bam gamat & pelbagai produk herba lain adalah di Nusantara Gamat Enterprise yang menawarkan pelbagai jenis produk-produk herba sesuai untuk pelancong yang inginkan produk tempatan yang 'rare' untuk dibawa pulang. Selain aktiviti membeli belah, pengunjung juga boleh melihat sendiri cara-cara pembuatan minyak gamat di dalam rumah kawah. Anda boleh celup jari dalam kawah ini untuk merasai keaslian minyak gamat yang sebenar-benarnya tanpa melecur sedikit pun.

Peta Lokasi Jarak 6017-2076411 Facebook Website

Nusantara Maju Enterprise, 07000 Langkawi, Kedah

Dibuka setiap hari 8.30 pagi - 5.30 petang
hujung minggu ditutup 7 malam.

Lawatan percuma


33. Idaman Suri

 idaman suri shopping langkawi

Tersedia maklum, Pulau Langkawi merupakan kawasan bebas cukai, sudah tentu ada pelancong yang tidak mahu lepaskan peluang mencari kedai-kedai yang menjual barangan menarik di sini. Idaman Suri memang terkenal di kalangan pelancong yang ingin mencari barangan seperti pinggan mangkuk, cadar, sudu, keperluan harian lain & sebagainya. Harga barangan jenama perkakasan seperti corelle, noritake dan vantage memang  akan membuatkan kornea mata hitam anda bertukar menjadi simbol RM & nafsu membeli akan berleluasa di dalam jiwa.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Bangunan Idaman Suri, No. 1, Taman Seri Berlian, Kedah, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah

9.00 am - 8.00 pm ( Ahad-Khamis)
9.30 am - 9.00 pm ( Sabtu)
Jumaat tutup

Masuk percuma, jumlah bayaran bergantung kepada jumlah barangan dalam troli masing-masing


34. HIG Haji Ismail Group Langkawi

tempat shopping best langkawi

Satu lagi destinasi yang sangat popular di Pulau Langkawi yang boleh anda terjah untuk mencari barangan seperti Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat, Tuala dan sebagainya. Perniagaan di sini memang sudah lama bertapak & Perniagaan Haji Ismail Group ini berada di sini sejak tahun 1996 lagi.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 604-9666005 Facebook Website

Lot 1852 Kompleks HIG, Jalan Penarak,
Kuah 07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.

9.00 am - 10.pm

Masuk percuma, jumlah bayaran bergantung kepada jumlah barangan dalam troli masing-masing


35. Tempat Menarik di Langkawi Untuk Makan Makan

Samaada nak makan di gerai, restoran atau hotel, Pulau Langkawi mempunyai banyak pilihan. Berikut 4 tempat makan best di Langkawi untuk anda cuba.

  • Kak Yan Nasi Campur
  • Restoran Seashell
  • Warung Nasi Dagang Pak Malau
  • Hafiz Rojak

36. 5 Destinasi Pasar Malam Langkawi

Pulau Langkawi mempunyai beberapa pasar malam yang boleh anda singgah untuk cuci-cuci mata dan kenyangkan perut dengan makanan yang murah tetapi sedap. Seperti biasalah, kebanyakan pasar malam bermula selepas pukul 6 petang sehinggalah ke 10 malam. Antara pasar malam yang ada di Langkawi ialah

  • Pasar Malam Ulu Melaka di Jalan Padang Maksirat – Setiap Isnin
  • Pasar Malam Padang Maksirat di parking park Beras Terbakar, Padang Maksirat – Setiap Ahad
  • Pasar Malam Air Hangat di Ayer Hangat – Setiap Jumaat
  • Pasar Malam Padang Wahid di Padang Wahid – Setiap Selasa
  • Pasar Malam Kuah – berdekatan Hotel Baron – Setiap Rabu & Sabtu

Pasar Malam Kuah boleh merupakan yang terbesar dan kebanyakan makanan menarik yang boleh dicuba di sini ialah laksa Kedah, somtam, pulut durian, laksa siam dan sebagainya. Satu tempat menarik di Pulau Langkawi di waktu malam yang wajib anda datang cuba makanan orang tempatan.


Tawaran Hotel di Langkawi Hari Ini

Langkawi memang best kalau datang ke sini bersama keluarga & anak-anak, semua benda boleh buat. Kalau anda ke Langkawi bolehlah pula singgah di beberapa tempat menarik di Kedah yang lain. Akhir kata, semoga percutian anda ke destinasi tempat-tempat menarik di Langkawi akan memberi seribu kenangan dan keseronokan bersama yang tersayang. Wassalam.

Destinasi Menarik Langkawi Berkaitan:

Tempat Menarik di Langkawi Paling BEST – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi
4.8 (96.67%) 48 votes
  • 968
    Shares

82 Komen

  1. Afiq 09/09/2018
  2. Maizatul Izani Mohd Azizi 14/08/2018
    • Mohd Shafik 13/09/2018
    • hamba allah 20/09/2018
  3. nithis 23/04/2018
  4. hasliza 06/03/2018
  5. Firdaus 04/03/2018
  6. Cikgu Sapura 22/02/2018
    • Shah 07/05/2018
      • Zaihan 10/05/2018
    • yazid 19/06/2018
      • Faten 04/09/2018
    • Mas 10/07/2018
  7. leeda 24/01/2018
    • Zila 30/01/2018
  8. Alias 18/11/2017
  9. Sri wan norah 07/11/2017
    • Mohamad ridzuan 14/01/2018
  10. Reen 04/11/2017
  11. Kamarul 23/10/2017
  12. Norra 13/10/2017
  13. syaza 12/10/2017
    • azi 02/11/2017
      • Yana 24/08/2018
    • Faridah 21/04/2018
  14. robin lee 09/10/2017
    • lya 11/10/2017
  15. Nassim banu 07/10/2017
    • fadzli 27/10/2017
  16. Cik Su 06/10/2017
  17. Zsamidi 01/10/2017
  18. Anna 24/09/2017
  19. roslelawati 17/08/2017
    • suri 18/09/2017
  20. Him 12/08/2017
  21. Nidazz 18/07/2017
  22. qaisaraa 10/07/2017
  23. mirella 07/06/2017
    • Liza Coco 29/06/2017
  24. erra 21/04/2017
    • mawarbiru 27/05/2017
      • MOHD ASHRAF 09/06/2017
  25. Aman 05/03/2017
    • Eyda 06/03/2017
    • dalila 18/03/2017
  26. Scha 24/02/2017
    • Andy 26/02/2017
      • Peja budu 27/02/2017
      • allan 16/03/2017
      • allan 16/03/2017
  27. Zamri 22/02/2017
  28. mi 14/02/2017
    • coco 21/02/2017
    • hajaa eusoff 25/02/2017
      • dalila 18/03/2017
    • khai 17/03/2017
      • Su ms 11/10/2017
  29. Nornadrah 03/02/2017
  30. shah 29/01/2017
  31. siti sa'adiah bt mohd halim 12/01/2017
    • Nornuar 29/01/2017
  32. DEVAN 23/12/2016
  33. rohana 08/12/2016
  34. Bahri 20/10/2016
    • Azrin Bakar 19/11/2016
  35. Noraini 17/09/2016
    • org penang 27/09/2016
    • Nisa 27/09/2016
    • ynuraini 28/09/2016
    • lit 12/01/2017
  36. Bahri 15/09/2016
  37. Najdi 14/09/2016
  38. Asha 06/09/2016
  39. Org KL 21/08/2016
  40. Pn Eyta 07/08/2016
    • intan 03/09/2016
  41. Noriza Rahman 02/08/2016
  42. ahtea 31/03/2016
    • fs 12/08/2016
  43. miraa 03/08/2015
    • rara 19/12/2016

Sila Komen

Sila SHARE