Tempat Menarik di Kuantan Pahang – PANDUAN BERCUTI

Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung, dan daerah Kuantan juga sangat besar. Kadang-kadang kita buntu nak pergi melawat ke tempat menarik di Kuantan kat mana? Kalau yang dimaksudkan dekat dengan bandar Kuantan, hah ! memang inilah jawapannya di bawah.


Selain tempat-tempat menarik di Kuantan untuk bercuti dan melawat bersama anak-anak, saya kongsikan juga tempat-tempat makan yang menarik di Bandar Kuantan termasuk 6 kedai makan yang pernah menjadi terjahan kru Jalan Jalan Cari Makan TV 3.

Pantai Cherating – Pantai peranginan #2 tercantik di Pahang selepas Pantai Juara di Pulau Tioman

Merupakan tempat menarik yang paling popular di dalam daerah Kuantan.

>> Tawaran Hotel di Kuantan Hari ini <<

Terletak agak jauh dari bandar utama Kuantan kira-kira 30-40 minit memandu dan bandar yang terdekat dengan Pantai Cherating ialah Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu yang terletak kira-kira 10 minit je memandu.

pelancongan di kuantan pahang

Kalau datang bercuti ke Cherating ni ibarat boleh menyelam sambil minum air, makna kata boleh melawat ke tempat-tempat menarik di Kemaman terus.

Antara tempat dan aktiviti yang dicadangkan untuk ke Kemaman kalau bercuti di Cherating:

Antara tempat menarik yang lain di dalam Daerah Kemaman, sila ke pautan yang ini.

Di Pantai Cherating ni memang banyak chalet dan hotel-hotel yang bajet dan mewah untuk anda stay. Club Med dan Santuari Penyu pun hanya sebelah menyebelah sahaja. Kalau datang sini tengok penyu bawak anak-anak mesti best dan terutamanya kalau time telur nak menetas.

Jom Baca: Senarai Padat Tempat Menarik di Pahang

Kalau menginap di berdekatan dengan Pantai Cherating ni, memang banyak pondok yang anda akan nampak iklan pakej yang menawarkan aktiviti yang menarik untuk dilakukan seperti:

  • Tengok penyu – kalau nak tengok penyu free, pergi ke Penyu Santuari di depan Club Med.
  • Berkayak di lautan
  • Tengok kelip-kelip di Sg Cherating
  • River cruise di Sungai Cherating – Lebih menarik daripada Kuantan River Cruise

Kalau bercakap pasal kecantikan pantai, memang pantai Cherating sangat cantik dan best ! Lebih menarik dari kebanyakan pantai di persisiran di Terengganu. Sesuai untuk aktiviti tepi pantai main pasir bersama anak-anak, buat istana pasir, main kambus-kambus dan mandi. Permukaan pantai pun sangat selamat untuk mandi kerana Pantai Cherating ini agak berteluk dan landai. Sangat ideal juga sebagai destinasi berbulan madu.

Saya pernah ke pantai Cherating ni lepak-lepak makan aiskrim tengok gelagat pelancong, sila terjah ke sini kalau nak tengok gambar.

Pantai Teluk Cempedak – lepak dan makan-makan

tempat menarik di pahang kuantan Teluk Cempedak ni tidaklah besar sangat, kalau berjalan kaki dari hujung sana sampai ke sini, 20 minit dah habis satu round.

Teluk Cempedak ini lebih kepada kawasan minum-minum petang dan lepak-lepak tepi pantai, ada juga beberapa kedai di tepi pantai kat Teluk Cempedak ni tapi kalau nak makan seafood yang lagi best, dicadangkan untuk ke Tanjung Lumpur yang hanya 10 minit dari sini.

Kalau datang waktu malam di Teluk Chempedak, suasana memang agak meriah dengan orang-orang tempatan yang lepak-lepak tepi pantai siap bawak tikar lagi. Ada juga seniman jalanan yang kadang-kadang duduk tepi laluan di sekitar Teluk Chempedak seperti pelukis, pembuat hasil barangan seni dan lain-lain. Namun seniman-seniman kat sini tidaklah sebanyak dan semeriah seperti di Bukit Bintang KL. Apa pun Teluk Cempedak merupakan salah satu tempat menarik di Kuantan waktu malam untuk lepak dan bersantai.

Pantai Berserah & Pantai Balok – jogging, lepak & makan malam

tempat percutian menarik di kuantanTerletak kira-kira 10-15 minit memandu dari Bandar Kuantan. Pantai Berserah & Pantai Balok hanya bersebelahan dan bukanlah pantai peranginan seperti Pantai Cherating. Di sini lebih kepada kawasan lepak-lepak dan bersiar-siar tepi pantai.

Kalau nak makan-makan, kat sini juga banyak kedai makan malam seafood, ikan bakar dan masakan ala Thai yang menarik dan sedap. Memandangkan Pantai Berserah ni juga ialah perkampungan nelayan, maka sumber laut dan makanan seafood memang sangat segar. Di Pantai Berserah ini juga terletaknya salah satu kedai makan yang menyediakan Mee Chalong yang sangat popular dan pernah menjadi pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV3.

Saya sering makan malam di sekitar kedai di Petronas Pump kat Pantai Balok kalau nak cepat kerana tak nak bersesak-sesak dengan orang seperti di Tanjung Lumpur. Malah makanan seafood kat area Pantai Balok ini juga sedap.

Kalau di hujung minggu, memang ramai yang datang ke sini samada untuk bersantai, berjogging dan berkelah di tepi pantai. Kemudahan yang ada di Pantai Balok seperti tempat persalinan baju dan pondok juga tersedia.

Bukit Gambang Resort City

gambang resort city pahangTerletak hanya dalam 35-40 km dari bandar Kuantan. Bukit Gambar Resort CIty ini boleh dikatakan satu tempat menarik di Kuantan Pahang yang paling popular sejak 4-5 tahun kebelakangan ini dikalangan pelancong dalam Malaysia.

Bukan sahaja merupakan tempat pelancongan dan destinasi yang sesuai untuk datang bersama anak-anak, malah menjadi pilihan kebanyakan organisasi untuk mengadakan team building bersama teman sepejabat.

Fasiliti dan aktiiti yang boleh dilakukan di sini juga banyak dan menarik. Bukit Gambang Resort City ini agak besar dan mempunyai 2 taman tema yang utama iaitu:

  • Water Theme Park – Taman tema untuk aktiviti air.
    • Terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu : Coco Beach, Wave Pool & Lagoon
    • Aktiviti & permainan menarik: Aqua Play & Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride.
  • Safari Park – Taman safari untuk melihat binatang. Keluasan 138 ekar dan antara tarikan di sini ialah:
    • Boleh melihat Singa Putih ( White Lion). Hanya di sini ada White Lion di Malaysia.
    • Menaiki kenderaan (Tram) melihat binatang liar di habitat asalnya di hutan.
    • Mempuyai 2 kawasan safari untuk siang dan satu lagi untuk malam

Banyak juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti menaiki ATV dan juga beberapa aktiviti outdoor yang sesuai untuk aktiviti team building. Bukit Gambang Resort City memang satu tempat percutian yang menarik di Kuantan dan disarankan untuk tempah penginapan anda di sini seawal mungkin sebelum cuti sekolah, kalau tak memang melepas.

Air Terjun Sg. Pandan

tempat menarik di pahang kuantan best

Merupakan destinasi air terjun yang paling popular di Kuantan. Sesuai bagi mereka yang nak berkelah dan berpiknik bersama keluarga di hujung minggu. Air Terjun Sg Pandan ni tidaklah dalam sangat kalau di bahagian bawahnya, sesuai untuk kanak-kanak bermain air dan lepak-lepak di tepi tebing batu sambil menadah kepala kena aliran air terjum. Memang lagi syok kalau buat bbq sekali.

Waktu Operasi

  • Isnin-Jumaat ( 9.00 pagi – 5 .00 petang)
  • Rabu Tutup untuk kerja penyelenggaraan
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah – 9 pagi – 6 petang

Antara kemudahan yang ada di sini ialah:

  • Tempat letak kenderaan
  • Gerai makanan
  • Surau
  • Tapak Perkhemahan
  • Pondok berehat
  • kolam mandian untuk kanak-kanak
  • padang
  • jambatan gantung

Kalau di hujung minggu disarankan untuk datang sebelum tengahari kerana parking kereta yang ada di sini agak terhad. Tiket masuk untuk seorang ialah RM 2.00.

Mini Zoo di Taman Teruntum – tempat menarik di Pahang yang FREE

tempat menarik di kuantan waktu malamKalau nak bercuti di Kuantan dan mencari tempat menarik di Kuantan yang murah dan FREE dan sesuai untuk kanak-kanak, sinilah tempat dia iaitu di Zoo Mini Taman Teruntum. Terletak lebih kurang 7 minit dari bandar Kuantan sebelum sampai ke Teluk Cempedak.

Tarikan utama di sini ialah Mini Zoo yang menempatkan beberapa jenis binatang seperti kura-kura gergasi, burung unta, kancil, burung, arnab, buaya, burung merak, ungka, landak, seladang, pelanduk dan ular. Semua binatang di sini diletakkan di dalam sangkar. Satu aktiviti menarik di Kuantan bersama anak-anak untuk dilakukan terutamanya ketika memberi makan kepada binatang-binatang yang ada di sini.

Tempat makan yang menarik dan sedap sekitar Bandar Kuantan – seafood & pilihan JJCM TV3

Kalau di malam hari, tempat makan malam yang sering menjadi sebutan dan cadangan orang ialah di Medan Ikan Bakar di Tanjung Lumpur.

tempat makan menarik di kuantan best

mee chalong

Lokasinya memang sebelah pantai dan merupakan perkampungan nelayan. Malah sebelum masuk ke simpang nak ke Tanjung Lumpur ni, berderet-deret kedai makan malam yang ada di tepi jalan.

Antara menu makanan yang menjadi pilihan orang di sini ialah sudah tentu ikan bakar, ketam masak pedas, lala dan kerang bakar yang fresh-fresh.

Kalau di hujung minggu medan ikan bakar di Tanjung Lumpur ni memang selalu penuh dan sesak dengan orang. Jadi kena sabarlah sikit.

Kalau anda malas nak bersesak-sesak di Tanjung Lumpur anda boleh ke Pantai Balok atau Berserah, kat sini juga banyak kedai-kedai ikan bakar yang tidak kurang sedap dan fresh.

Kedai makan yang best pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV 3 di sekitar Bandar Kuantan

Tahun 2014 sekitar bulan September dan Oktober, ada 6 tempat makan best di Kuantan yang telah diterjah oleh rancangan makan-makan no 1 Malaysia iaitu Jalan Jalan Cari Makan TV3. Lokasinya ialah:

  1. Joe Mee Chalong & Keropok Berserah
  2. Cendol Mustafa
  3. Akob Patin House
  4. Lila Wadi
  5. Nasi Minyak Eda Yasin
  6. Kotak Kalam

Untuk melihat laporan penuh berkenaan 6 tempat makan terjahan JJCM TV3 ini di Kuantan, sila ke entri saya yang lepas di sini.

Tempat membeli belah di Kuantan yang utama

tempat membeli belah di kuantan pahang

Kalau nak mencari pasar yang unik di Kuantan seperti Pasar Siti Khadijah atau Pasar Kedai Payang, kat Kuantan memang tak der. Kalau untuk aktiviti shopping di Kuantan kebiasaannya orang akan pergi ke:

  • East Coast Mall (ECM) – Shopping mall yang lebih besar dan terbaru di Kuantan. Banyak shop lot moden-moden di sini. Kalau tengok wayang, ‘karaoke jamban’ atau main bowling kat sini lagi best. Selain itu kat luar di sekitar ECM ni ada banyak lot-lot kedai 2 tingkat. Kalau nak cuci mata dan pusing-pusing jalan kaki, pun boleh. Kedai makan pun banyak.
  • Berjaya Mega Mall – Hanya 1 km dari East Coast Mall dan bangunannya lebih lama. Namun kalau nak beli baju kurung, baju raya dan tudung yang murah-murah, kat sini lebih meriah dan banyak pilihan. Orang perempuan mesti suka.
  • Kuantan Parade – pilihan yang agak banyak kalau nak beli beg-beg yang murah.
  • Kompleks Teruntum – kompleks yang agak lama, shop lot di sini juga agak banyak dengan pilihan baju dan seluar jean’s pelbagai dan agak murah.

Bukit Panorama – tempat terbaik untuk melihat mantahari terbit di pagi hari

bukit panorama pahangBagi mereka yang suka dengan aktiviti yang lebih mencabar, Bukit Panorama merupakan satu destinasi yang menarik di Pahang untuk anda cuba.

Di sinilah tempat yang paling menarik untuk melihat matahari terbit di awal pagi. Ramai yang datang ke sini sebelum subuh untuk mula mendaki menerusi tangga dan denai yang disediakan untuk sampai ke kemuncak sebelum terbitnya mentari.

Memang sungguh menakjubkan apabila berpeluang melihat matahari terbit di pagi hari dari kemuncak Bukit Panorama.

Terletak tidak jauh dari Sungai Lembing malah anda boleh lihat Sungai Lembing dari sini.

Lihat Video di bawah keindahan mentari terbit di pagi hari di Bukit Panorama, Pahang.

Video ini dikongsikan oleh Yong Soon Chong.

Air Terjun Pelangi – keindahan ciptaan Ilahi di ceruk hutan

air terjun pelangi di pahangNak datang ke sini tidak semudah nak ke Air Terjun Sungai Pandan kerana lokasinya sangat pedalaman dan memerlukan anda menaiki pacuan 4WD melalui perkampungan orang asli dan beberapa anak sungai kecil. Selepas itu anda perlu berjalan kaki merentasi sungai kecil dan mendaki sedikit sebelum sampai ke lokasi Air Terjun Pelangi ini.

Seperti namanya, air terjunnya sangat tinggi dan kalau anda mandi di bawah sambil melihat ke atas melalui percikan-percikan air terjun terutamanya di antara pagi dan tengahari, anda akan nampak pelangi-pelangi yang sekejap timbul dan sekejap hilang. Satu tempat menarik di Pahang yang unik namun sangat mencabar kalau nak sampai ke sini.

Lihat video di bawah betapa cantiknya pelangi-pelangi yang timbul di sebalik percikan air terjun di Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing ini. Subhanallah.

Video Youtube ini dikongsikan oleh Zaidi Zainal.

Muzium Sungai Lembing – Sejarah perlombongan bijih timah

tempat menarik di kuantan pahang untuk dilawatiSungai Lembing dahulunya dikenali sebagai sebuah tapak perlombongan bijih timah antara yang paling dalam dan yang terbesar di dunia. Kini ianya menjadi sebuah lokasi tempat bersejarah yang diuruskan oleh Jabatan Muzium. Bagi mereka yang sukakan sejarah dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan industri lombong bijih timah, bolehlah ke sini.

Antara perkakasan sejarah yang ada di sini ialah peralatan melombong bijih dan jenis pakaian yang digunakan oleh pekerja lombong bijih timah dulu-dulu.

>> Tawaran Hotel di Kuantan Hari ini <<

Rekabentuk muzium ini, perabot dan hiasan dalaman membuatkan kita berasa seperti berada di zaman era penjajahan Inggeris dulu-dulu.

  • Waktu operasi: 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari (kecuali di Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha)
  • Nombor Telefon: 09-5412378

Selamat cuti cuti satu Malaysia ke tempat-tempat menarik di Kuantan Pahang

Semoga perkongsian ini memberi anda inpirasi untuk cuti-cuti satu Malaysia di tempat-tempat menarik di Kuantan Pahang nanti. Selamat mencuba dan jangan lupa SHARE senarai tempat percutian di Kuantan ini dengan kawan-kawan. Wassalam.


Senarai Hotel TERBAIK di Kuantan>>SEMAK HARGA<<