Cara-Cara untuk Sampai ke Krabi

Krabi merupakan destinasi pelancongan yang terkenal terutama dari kalangan pelancong Malaysia. Bagi pelancong yang merancang untuk bercuti di sini, terdapat beberapa pilihan pengangkutan dan cara untuk sampai ke Krabi dengan mudah. Sebelum melangkah ke destinasi yang indah di Thailand, penting untuk para pelancong merancang perjalanan dengan bijak dan memilih kaedah pengangkutan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Kami akan memberi panduan dan cadangan untuk melancong ke sana menggunakan dua pilihan perkhidmatan pengangkutan.


2 Cara untuk Anda Sampai ke Krabi, Thailand dari Malaysia dengan Mudah

1. Kapal Terbang

cara-tiba-di-krabi
Kredit Gambar: aviationweek.com & static.bangkokpost.com

Salah satu cara paling popular untuk tiba di Krabi adalah menggunakan perkhidmatan kapal terbang. Krabi memiliki lapangan terbang antarabangsa yang mudah diakses dari pelbagai destinasi antarabangsa dan domestik. Cara untuk sampai ke Krabi dari Malaysia adalah dengan membeli tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi melalui syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Krabi seperti Airasia.

Jika anda lebih prefer untuk sampai ke Krabi dengan mudah, terdapat flight secara direct dari KUL – KBV menggunakan Airasia yang cuma mengambil masa 1-2 jam sahaja. 

Flight akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand. Dari sana, pelbagai pengangkutan untuk ke Krabi, seperti teksi, bas, atau perkhidmatan van boleh digunakan untuk ke Bandar Krabi atau Ao Nang.

Anda boleh menyemak tiket van Krabi International Airport ke tempat yang anda ingin tuju dengan melalui laman web seperti 12go.com dan Bookaway.com. Terdapat juga teksi dan van yang tersedia di lapangan terbang sekiranya anda prefer cara booking on-the-spot tetapi servis harga amat berlainan daripada yang ada di online.

Pastikan menyemak harga tiket dan masa penerbangan sebelum anda membuat booking untuk memudahkan anda plan waktu perjalanan. Anda kena tahu, di Malaysia, hanya Direct Flight dari KUL-KBV sahaja tersedia ada. Jika anda mahu mengambil penerbangan dari lapangan terbang selain KLIA, anda akan melalui transit di KLIA terlebih dahulu sebelum terus ke KBV.

Hotel Terdekat 


2. Bas 

cara-tiba-di-krabi
Kredit Gambar: malaymail.com & wheressharon.com

Jika anda memilih untuk menaiki bas, anda perlu tahu bahawa tiada bas direct ke Krabi dari Malaysia, tetapi anda boleh menaiki bas sambung-sambung dari beberapa bandar di Thailand seperti Bangkok, Phuket & Hat Yai untuk ke sana. Terminal Bas Krabi adalah pitstop utama untuk perjalanan menggunakan bas menuju Krabi yang seterusnya akan membawa anda ke pusat bandar Krabi.

Selain itu, jika anda mempunyai kereta atau motosikal, anda juga boleh memandu dari Malaysia ke Krabi. Pastikan anda mempunyai dokumen perjalanan dan insurans yang diperlukan untuk menyeberangi sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Anda boleh memeriksa tiket dan jadual masa bas ke Hat Yai bagi mereka yang ingin menggunakan bas sambung-sambung ke Krabi. Perjalanan menggunakan bas sambung-sambung akan berakhir setelah anda sampai di Terminal Bas Krabi. Jadi, dengan menggunakan pengangkutan bas ini, anda mesti memulakan perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan berhenti di Terminal Bas Krabi untuk menuju ke Krabi.

Ingin tahu cara-cara untuk pergi ke Hat Yai dari Malaysia? Klik Sini!

Hotel Terdekat


Kesimpulannya, menggunakan perkhidmatan kapal terbang ke Krabi adalah pilihan yang lebih mudah dan cepat dibandingkan dengan alternatif lain. Namun, setiap pilihan pengangkutan memiliki keunikan dan kelebihannya sendiri. Jadi, pastikan anda memilih pengangkutan yang sesuai dengan keperluan dan kesesuaian perjalanan anda. 

Jangan lepaskan kesempatan ini untuk meneroka keindahan Krabi!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

10+ Makanan Selatan Thai Wajib Cuba di Krabi!

Makanan adalah salah satu tarikan terbaik dalam pengalaman percutian, dan Krabi menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Mari kita cuba makanan yang wajib kita cuba...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

Krabi, selain daripada dihiasi dengan keindahan alam semulajadi, ia juga merupakan destinasi syurga buat foodie lovers terutama sekali bagi mereka yang meminati hidangan makanan...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x