Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Ikan Bakar Melaka di Sungai Duyung

Table of Contents

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan sudah tentulah ke medan ikan bakar. Tapi mana yang TERBAIK?

Jom kita tengok 12 destinasi ikan bakar Melaka terbaik yang menjadi pilihan orang ramai. Satu kesimpulan yang boleh dibuat di 12 destinasi ikan bakar di Melaka makanan mereka semua sedap-sedap dan ikan juga segar-segar.


12 Restoran & tempat makan ikan bakar Melaka yang Terbaik

1. Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

ikan bakar muara sungai duyung

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Ada dua kedai ikan bakar di area Sungai Duyong ini iaitu Anjung Muara Sungai Duyung dan satu lagi ialah Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Yang sering menjadi pilihan orang ramai kalau nak makan ikan bakar Melaka terbaik ialah di Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Jangan tertukar pulak yer. Lokasinya betul-betul di area kuala/muara Sungai Duyung.

Kalau di hari hujung minggu atau cuti umum, memang di sini sungguh ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Walaupun dah tahu kena beratur panjang, tapi masih ramai pelanggan tetapnya yang datang. Ini kerana servisnya agak laju kalau dibandingkan dengan jumlah pengunjung yang ada di sini.Kebiasaannya anda kena beratur 2 kali, pertama kena beratur untuk mengambil meja makan. Seterusnya bila dah dapat meja makan, kena beratur sekali lagi untuk order ikan bakar. Apa boleh buat, kalau dah namanya kedai ikan bakar Melaka yang paling sedap katanya, semestinya ramai orang.

Peta LokasiJarak+60126362339

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.30 pm

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


2. Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka

ikan bakar umbai melaka

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Satu lagi destinasi ikan bakar Melaka yang sering menjadi terjahan pengunjung ialah di Ikan Bakar Melaka Umbai atau juga dikenali sebagai Ikan Bakar Parameswara. Jenis masakan yang disediakan juga pelbagai sama ada seafood ala thai, kerabu, goreng-gorengan dan lain-lain yang biasa kita dengar. Ada juga makanan santai yang lain yang menjadi pilihan pelanggan di sini seperti otak-otak Melaka. Seperti juga di medan ikan bakar lain di Melaka, di sini juga menyediakan nasi lemak bungkus sebagai alternatif lain untuk nasi putih. Memang macam gitu kot orang Melaka makan ikan bakar dengan nasi lemak. Pelik tapi benar dan sedap.

Lokasinya juga sangat menarik yang mengadap ke arah Selat Melaka, dan kalau time senja nan merah, memang ‘port baik punya’ untuk tangkap gambar atau swafoto. Ruangan kedai makan pun luas, terbuka dan sesuai untuk datang berdua atau secara berkumpulan. Salah satu kedai ikan bakar di Melaka yang popular dan selalu ramai orang. Jadi, kalau kena menunggu lama dan beratur panjang, jangan ‘ketat muka’ sudah.

Peta LokasiJarak+60123152301

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, 75460, Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 5.00 pm – 11.30 pm

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


3. Medan Ikan Bakar Melaka Serkam

medan ikan bakar melaka

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Satu lagi destinasi ikan bakar yang juga popular di kalangan pelancong ialah di Medan Ikan Bakar Serkam yang terletak di Merlimau, Jasin dan berdekatan degan Masjid Jamek Serkam. Jaraknya sekitar 30 km dari bandar Jasin. Jauh sikit dari bandar Melaka kalau nak dibandingkan dengan lokasi di Sungai Duyong dan Umbai, tetapi kalau anda dari Muar, di sinilah destinasi ikan bakar yang akan anda jumpa dulu.

Kalau anda perasan, konsep destinasi di kebanyakan ikan bakar di Melaka yang popular lebih kurang sama. Tepi pantai/muara dan ada ‘Medan’. Kalau anda di Medan Ikan Bakar Serkam, cari gerai nombor 1 dan sebelah surau (Gerai Mohd Nizam bin Abdullah). Tempat letak kereta di sini juga luas dan senang selain ada kemudahan asas lain seperti tandas awam dan surau. Selain itu pantai pun dekat, anda boleh juga bersiar dan berjalan ambil angin pantai kalau rasa nak berkejaran di gigian pantai.

Peta LokasiJarak0677845211

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Jln Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Malacca

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


4. Medan Ikan Bakar Alai Crytal Bay, Melaka

ikan bakar alai

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Satu lagi medan ikan bakar di Melaka yang turut tidak ketinggalan menjadi terjahan-terjahan para pelancong iaitu Ikan Bakar Alai di Crystal Bay, Alai, Melaka.Kalau nak cerita bab menu masakan dan seafood apa yang ada di sini, memang semuanya ada dan segar-segar belaka. Keunikan menu masakan di sini semuanya lebih kurang sama. Banyak gerai di sini dan yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah di gerai Seri Muara Alai Hj.Nasir Ikan Bakar. Ikan bakar alai Hj. Nasir ni memang best kerana rasa ikan yang tidak hanyir dan kuah cicah yang sedap.

Peta LokasiJarak+60122725310

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: 8, Jalan Km 2, 75460 Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 6.00 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


5. D’Anjung Ikan Bakar

ikan bakar melaka

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Kalau anda menacari kedai makan ikan bakar Melaka yang bukannya medan selera, anda boleh ke D’Anjung Ikan Bakar. Mereka merupakan sebuah restoran makanan laut yang sedap dengan harga yang berpatutan. Tempat makan mereka ni memang luas dan sesuai untuk anda datang beramai-ramai bersama keluarga. Disebabkan itu, pada hujung minggu kadang-kala servis mereka agak lambat kerana ramai orang.

Di sini, anda boleh memilih jenis dan saiz ikan yang anda dambakan untuk dijadikan ikan bakar. Harga juga mengikut saiz dan jenis ikan yang ada pilih. Selain untuk dijadikan ikan bakar, anda juga boleh memilih ikan masak 3 rasa, ikan masak stim limau, dan asam pedas. Undang galah, ketam, sotong dan lala juga boleh dipilih untuk dijadikan apa-apa masakan pilihan anda.

Peta LokasiJarak+60122248494Facebook

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: km. 15, Jalan Jeti Anjung Batu, 77300 Merlimau, Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 4.30 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


6. Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa

hub nelayan ikan bakar

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Memang luas-luas medan ikan bakar sedap di Melaka ni. Antara yang paling luas dan besar ialah Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa, Medan ikan bakar ni terletak hanya lebih kurang 10 minit je dari Bandaraya Melaka. Bila anda dah puas berjalan-jalan di Bandaraya Melaka, terus sahaja singgah ke sini untuk menikmati ikan bakar serta makanan laut lain yang segar-segar dan menyelerakan. Anda boleh pilih nak makan ikan siakap, ikan pari, sotong, kerang mahupun udang. Mereka akan masakkan juadah pilihan anda tu. Medan ikan bakar Melaka ni memang besar disertakan tempat letak kereta yang banyak. Memang wajarlah kalau anda datang beramai-ramai untuk menikmati juadah mereka bersama keluarga ataupun geng-geng anda.

Peta LokasiJarak+60172072836Facebook

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, 75050 Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


7. Restoran Ikan Bakar Malim

restoran ikan bakar malim

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Di Ayer Keroh, anda boleh cuba makan dia Restoran Ikan Bakar Malim untuk mendapatkan ikan bakar yang sedap. Retoran mereka berkonsepkan layan diri, jadi anda nak makan apa-apa tu sila ambil sendirilah ya. Anda boleh pilih ikan bakar mereka yang baru dimasak serta menu-menu masakan Melayu lain. Antaranya masak lemak siput sedut, asam pedas, kari kepala ikan, gulai kawah dan banyak lagi. Mereka juga ada aneka kuih muih dan murtabak.

Kedai ikan bakar Melaka ini terletak berhampiran MITC yang membuatkan ramai orang selalu beratur makan ketika makan tengah hari. Mereka memang bakar banyak ikan bakar, jadi cukup agakya untuk pelanggan mereka yang ramai ni.

Peta LokasiJarak+6062514234Facebook

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Jalan TU 40, Ayer Keroh, 75350 Ayer Keroh, Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


8. Deli Muara Ikan Bakar

deli muara melaka

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Cakap je tentang ikan bakar dan masakan laut, Deli Muara Ikan Bakar memang sentiasa menjadi pilihan orang Melaka. Ikan bakar di sini memang sedap dan ikan mereka segar-segar belaka. Memang masakan mereka tak rasa hanyir. Masakan-masakan mereka yang lain juga tidak kurang hebatnya. Antara menu istimewa wajib cuba ialah udang celup tepung dengan pencicah istimewa, siakap black pepper, dan kupang masak ala cina.

Servis makanan di sini memang cepat walaupun pelanggan mereka ramai. Tempatnya juga luas dan bersih, sesuai menjadi port makan malam seisi keluarga.

Peta LokasiJarak+60172556650Facebook

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 5.30 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


9. Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai

makanan laut

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Sekiranya anda mencari tempat makan ikan bakar sedap di Melaka dengan pemandangan laut yang cantik, apa kata anda cuba di Restoran Ikan Bakar Terapung yang terletak di Fort Supai. Restoran ini terletak di atas air dan memang best untuk dijadikan tempat menikmati pemandangan matahari terbenam. Sambil-sambil tunggu makan malam siap, anda boleh menikmati suasana romatis bersama pasangan anda.

Menu-menu di sini adalah menu masakan laut dan makanan laut tersebut boleh dipilih sendiri saiz dan jenisnya. Kalau anda buntu, anda boleh sahaja meminta pelayan di sini untuk membantu anda membuat pilihan dengan memberikan pandangan mereka mengenai jenis masakan yang mereka sediakan. Servis mereka memang mantap jadi anda tidak perlu risau ketika bertanya.

Peta LokasiJarak+60123939324Facebook

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Fort Supai, Kampung Kuala Linggi, Melaka.

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 5.30 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


10. Ikan Bakar Pantai Kg. Hailam Tanjong Kling

ikan bakar sedap melaka

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Di sini memang banyak juadah yang boleh anda dapati selain daripada ikan bakar mereka yang sememangnya lazat. Kedai ikan bakar Melaka ini ada juga menyediakan pelbagai jenis makanan untuk anda seisi keluarga. Lempeng, oden, sate dan nasi ayam adalah antara menu lain yang boleh dipilih disamping ikan bakar mereka yang segar. Selepas makan tu anda juga boleh berjalan-jalan menikmati pemandangan malam di jeti kampung ini. Memang best makan di sini kerana suasan kekampungan mereka tu.

Peta LokasiJarak+60102693936

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Tanjong Kling, 76400 Tanjong Kling, Malacca

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 7.00 pm – 12.00 am

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


11. Selera Kampung & Ikan Bakar Bukit Rambai

selera kampung melaka

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Di bandaraya Melaka ni memang banyak kedai makan best yang pasti membuat anda pening kepala. Selera Kampung & Ikan Bakar Bukit Rambai ni memang wajib pergi kalau anda dah ada di bandaraya Melaka tu. Dah nama kedai pun selera kampung, jadi memang banyak pilihan makanan kampung yang sedap-sedap lagi murah di sini. Masak lemak ada, asam pedas ada, dan sudah tentulah ikan bakar. Kedai makan ikan bakar sedap Melaka ini memang selalu ramai orang terutama sekali waktu makan tengah hari. Maklumlah orang lapar nak lunch, mesti nak cari makanan sedap je.

Peta LokasiJarak+60129741250

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: 140, Taman Rambai Permai, 75250, Melaka

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 8.00 am – 4.30 pm (kecuali Jumaat)

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


12. No.4 Persona Ikan Bakar Umbai

no 4 pesona

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]

[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]

Kedai nombor 4 di Medan Ikan Bakar Umbai ini menyediakan menu makanan laut daripada pelbagai pilihan haiwan laut yang segar-segar. Kedainya kecil sahaja, maklumlah mereka hanya terletak di dalam medan selera, akan tetapi, setibanya waktu makan malam, kedai ikan bakar ini akan dibanjiri perut-perut yang lapar. Masakan mereka memang sedap-sedap belaka terutama sekali ikan bakar. Masakan siakap dan ketam antara yang paling digemari disini kerana saiz mereka yang besar dengan harga yang berpatutan.

Kalau anda datang beramai-ramai, anda juga boleh mencuba shellout mereka di mana mereka menhidangkan campuran hidangan laut untuk dimakan bersama-sama. Hanya RM 30 sahaja untuk 2 orang makan.

Peta LokasiJarak+601115180890Facebook

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]

Alamat: Jalan Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu Pengkalan Pernu, 75460, Malacca

[/wps_tab]

[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]

Waktu Operasi: 4.30 pm – 11.30 pm (kecuali Rabu)

[/wps_tab]

[/wps_tabs]


Itulah dia Restoran & medan Ikan Bakar Melaka yang popular dan sering menjadi pilihan pengunjung. Menu masakan ikan bakar mana yang best dan paling sedap sebenarnya bergantung kepada lidah masing-masing. Soalan yang subjektif susah nak jawab.

Semoga membantu kita semua menerjah ke lokasi-lokasi ikan bakar di Melaka kelak. Selamat mencuba dan jangan lupa SHARE yer. Wassalam.

4.1/5 - (39 votes)
Subscribe
Notify of
guest

23 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Vivy datin sherry
Dr Vivy datin sherry
8 years ago

Camne nak joien lidah lidah nasi lemak ni?? Teringin la plaks . Teringin la plaks. Tengs

KakLis
KakLis
8 years ago

Saya dh cuba makan dekat Mukmin Ikan bakar memang puas ati..sedappp harga berpatutan dan fresh. Layanan baik. Mmg ketam masak telur masin dia sodappp sgtt.. ikan bakar kuah pencicah pun sedap..satar pun sy order…mmg sedap panas dan isi ikan yg terasa pedas2 enaknya.. next time akan ke sini lagi.. tq di atas rekemended di atas. #willrepeat

Ayu
Ayu
8 years ago
Reply to  KakLis

Boleh tahu mukmin ikan bakar ni mat area mn ye

Adrian
8 years ago
Reply to  Ayu

Dekat alai
Contact owner 011 23690300

Sweetheart
Sweetheart
6 years ago
Reply to  Ayu

Di alai n cawangan umbai no 7

adnan
adnan
7 days ago
Reply to  Sweetheart

dekat alai cuba google mukmin ikan bakar

Rahsia income pasif 2016

teringin nak g umbai nak kna ikan bakar juga….lapar pulak rasanya….

asni
asni
9 years ago

x blh lawan dgn ikan bakar di tanjung lumpur, kuantan. lgi sedap..

Zila
Zila
10 years ago

Cuba ke kedai mukmin ikan bakar..depan Gerai Ala Kassim..saya makan ketam telor masin die terbaik..lain dari yang lain.lobster ade udang galah ade..tak menyesal masuk.mula mula takut jugak nak masuk sebab tengo kedai tak ramai daripada kedai depan die.tapi pekerja die sambut dengan hormat dan ramah jadi kami putus utk masuk ke gerai die..ikan fresh fresh dan harganya pun berpatutan.1st time kami kesana tak tahu nak order.mereka cadangkan apa yang patut kami ambil..semua sedap..licin sampai tulang tak jumpa.berbaloi kami masuk walaupun was was.apapun kami akan datang balik ke gerai mukmin ikan bakar tu.siap dapat diskaun lagi..

Nor
Nor
9 years ago
Reply to  Zila

kedai mukmin ikan bakar tu belah mana?alai, umbai, serkam or sg duyung?

mariana
mariana
9 years ago
Reply to  Nor

alai
owner adam 011 23690300

Miamore
Miamore
6 years ago
Reply to  Nor

Medan ikan Bakar alai Cuba Waze memang Terbaik la ketam telur Masin die

aisyah
aisyah
7 days ago
Reply to  Miamore

saya pun selalu pergi sana.Mukmin ikan bakar pilihan keluarga

D
D
6 years ago
Reply to  Zila

Berapa range harga ketam telur masin dia?

Effy Anuar
Effy Anuar
10 years ago

28/1/2016. . Nak mkn ikan bakar…. pergi hari biasa org tak ramai ….smpi di umbai….cari kedai yg kawan perkenalkan nama restaurant parameswara…masuk budak yg jaga ikan sngt baik 5 bintang…dah ambil order cari meja 13…duduk…tapi pelayan kurang sikit layanannya…mungkin penat kot…..bg 2 bintang je.
Makanan smpi …rasa memang sedap….lepas mkn g bayar terkejut murah sngt. …dua jenis ikan n dua masakan ..sotong….sayur campur….nasi n air baru rm 74.40 …murah kan…..

Mat Melaka
Mat Melaka
10 years ago

Kalau pergi Medan Ikan Bakar Alai, Melaka, jangan makan di gerai No. 2. Bukan main kurang ajar staff di sana. Memang benar review online lain pasal gerai No. 2 tu. Tak prcaya, pergi sendiri. Sy copy-paste review yg ditulis di laman Facebook Medan Ikan Bakar Alai. Review 1: Tak sedapp!! Jgn pergi kedai no 2 plse. Tk sedap langsung. Pkerja pun rude. Wktu before mkn Baik..kta ikn fresh la.. Sedap la..brlemak la.. Bila Mtk ikn trubok Kata habis sbb rmai mkn..so kne tggu dia amik..tggu2 Tpi rupanya ikan dia tunjuk yg dh sejuk beku..lpas mkn bila kita complain skit trus… Read more »

dna
dna
10 years ago

Malam mencari ikan bakar..survey2 kat website semua cakap ikan bakar gerai no 7 sedap. Jadi kami pergilah ke gerai no 7..kebetulan orang tak ramai. Lepas dapat makanan rasa macam dah kenyang je walaupun perut lapar sangat..betul lah orang kata indah khabar dari rupa..semua hampa..tapj kami makan jela memandangkan nanti kena bayar kan ..kalau boleh upload gambar disini rasanya semua takkan pergi kalau dah tgk. Harap tuan kedai dapat baiki rasa dan rupa gidangan anda.tq

Baca Lagi

  • 6 May, 2020
Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar...
  • 27 Mar, 2023
Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain...
23
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination