Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Syarikat Insurans Kereta Terbaik yang Perlu Anda Tahu!

Insurans kereta penting untuk memberikan anda perlindungan sekiranya sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Apabila sampai masa untuk anda perbaharui insurans kereta anda, antara perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah membuat perbandingan dengan beberapa syarikat insurans yang lain. Ini dapat memastikan anda mendapat perlindungan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Terdapat banyak syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk kenderaan anda. Senarai di bawah merupakan 10 syarikat insurans yang terbaik yang perlu anda tahu. Semoga maklumat ini membantu!

10 Syarikat Insurans Kereta Terbaik


1. RHB Insurance Berhad

RHB Insurance Berhad

RHB Insurance Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1978 dengan rangkaian melebihi 1500 pejabat ejen sah di seluruh Malaysia. Antara produk yang ditawarkan adalah seperti insurans kereta, motor, insurans peribadi, perjalanan dan insurans kemalangan.

Bagi anda yang ingin perbaharui insurans kereta anda, RHB Insurans menawarkan beberapa kelebihan seperti kerosakan atau kehilangan akibat kemalangan mahupun kebakaran. 

Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan “towing” kereta secara percuma jika kereta anda mempunyai kerosakan di mana-mana tempat. Insurans ini juga membantu anda sepanjang masa kerana ia beroperasi selama 24 jam setiap hari.

Anda juga tidak perlu risau kerana terdapat 700 panel insurans yang anda boleh perbaharui. Jadi, tidak kira di mana anda berada, anda boleh perbaharui insurans anda menggunakan perkhidmatan ini. 

Alamat (HQ): Ground Floor, RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak, Royal Selangor Golf Club, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.15 am – 4.15 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-220-007


2. AIG Car Insurance Coverage & Renewal

AIG Car Insurance Coverage & Renewal

AIG Car Insurance pernah dianugerahkan sebagai “Perkhidmatan Pengurusan Tuntutan Automotif Terbaik” oleh Konsortium Penyelidikan Motordata (MRC) Malaysia. Mereka menyediakan perlindungan menyeluruh untuk anda serta kereta anda daripada kerosakan akibat kemalangan, kecurian dan kebakaran.

Mereka juga melindungi liabiliti anda kepada pihak lain seperti kerosakan, kecederaan atau kematian kepada pihak lain dan kenderaan mereka. Dengan servis jaminan selama 1 tahun, anda boleh menuntut sebarang kerosakan dan perlindungan di mana-mana panel bengkel yang berdekatan dengan anda.

Alamat (HQ): Menara Worldwide, 17, 198, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 – 5.00pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-88-8811


3. Etiqa Takaful

Etiqa Takaful

Antara syarikat insurans kereta yang menjadi pilihan pelanggan untuk perbaharui insurans kereta mereka adalah Etiqa Takaful. Syarikat ini telah mendapat pelbagai anugerah dan untuk mereka yang perbaharui insurans kereta, syarikat ini menawarkan rebat sehingga 30% dengan nilai tambahan “Drive Less Save More”. Anda juga boleh mendapat rebat 10% di atas NCD anda apabila anda memperbaharui dalam talian. Banyak ni boleh jimat kan? Bukan sahaja dapat perbaharui lessen dengan harga yang murah tapi anda dapat tambah nilai lagi dari perbaharui insurans anda melalui syarikat ini. 

Alamat (HQ): Dataran Maybank, No 1, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.30 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-88-6491


4. AIA

AIA

AIA Motor Insurance juga melindungi anda, keluarga anda, serta kenderaan anda daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sekiranya anda ingin perbaharui insurans kereta anda secara dalam talian, anda boleh menikmati 10% diskaun dengan mereka.

Selain itu, anda juga layak mendapat perlindungan kemalangan persendirian sehingga RM 250,000 sekiranya anda perbaharui insurans anda melalui syarikat ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat elaun sebanyak RM600 untuk perkara yang tidak diingini berlaku.

Banyaknya kelebihan anda boleh dapat kan? Apa tunggu lagi, bolehlah cuba perbaharui insurans kereta anda melalui syarikat ini!

Alamat (HQ): Level A, 99, Wisma AIA Jalan Ampang Kuala Lumpur 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 4.30 pm)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-88-1899


 5. Allianz Insurance Malaysia

Insurans Kereta Allianz Insurance Malaysia

Allianz Insurance Malaysia merupakan salah satu syarikat insurans kereta yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna yang menggunakan servis mereka.

Antara produk yang ditawarkan adalah kerosakan, kehilangan dan kemalangan kereta, melindungi pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kehilangan, kerosakan atau kemalangan yang berlaku daripada kereta pihak ketiga.

Alamat (HQ): Level 29, Menara Allianz Sentral, 203 Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.40 am – 5.45 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-22-5542


6. Zurich Insurance & Takaful

Insurans Kereta Zurich Insurance & Takaful

Zurich Insurance & Takaful ini menawarkan pelbagai perkhidmatan insurans untuk anda. Syarikat ini menawarkan pelbagai produk insurans untuk melindungi kereta juga diri anda yang meliputi konvensional seperti insurans nyawa dan produk patuh syariah seperti takaful am.

Bagi produk berkaitan kereta pula, terdapat beberapa produk yang mereka tawarkan seperti Z-Driver Takaful dan Z-Drive Assist Takaful untuk bantuan kerosakan kereta di tepi jalan. Menarik kan? Anda boleh memilih plan yang terbaik untuk memberi perlindungan maksimum untuk kereta anda. 

Alamat (HQ): Level 23A, Mercu 3, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-88-6222


7. AXA Affin

Insurans Kereta AXA Affin

AXA Affin merupakan salah satu insurans kereta yang menawarkan pelbagai pilihan insurans kereta sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh dapatkan quote harga insurans kereta dengan mudah dan pantas melalui laman web mereka

Insurans kereta yang ditawarkan merangkumi perlindungan dan tuntutan dari sebarang kerosakan, kemalangan, kerosakan cermin kereta, ditenggalami akibat banjir dan lain-lain perkhidmatan mengikut kehendak anda.

Namun, terdapat beberapa syarat yang diperlukan sebelum anda mengambil pelan insurans ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang mereka.

Alamat (HQ): 132, Jalan Dato Sulaiman, Century Garden, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm) 

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-88-1033


8. Berjaya Sompo Insurance

Berjaya Sompo Insurance

Berjaya Sompo Insurance ini adalah syarikat insurans yang bermula dari Jepun dan berkembang di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bagi anda yang ingin perbaharui insurans kereta anda melalui syarikat ini, terdapat beberapa kriteria yang perlu di lakukan.

Antaranya adalah insurans kereta anda perlulah diperbaharui 2 bulan sebelum tamat tempoh, tidak melebihi 1 kali tuntutan dalam tempoh 3 tahun yang lepas, dan berumur 26 tahun dan keatas. Perbaharuan ini adalah tertakluk kepada jenis kereta juga.

Anda boleh dapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang mereka atau menghubungi talian yang kami telah sediakan di bawah.

Alamat (HQ): Level 36, Menara Bangkok Bank, 105, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-889-933


9. Tokio Marine Insurance (Malaysia) Berhad

Tokio Marine Insurance (Malaysia) Berhad

Tokio Marine memulakan operasi mereka di Malaysia pada tahun 1957 sebelum menubuhkan cawangan rasmi pada tahun 1971. Sebagai sebahagian dari Tokio Marine & Fire Insurance di Jepun, operasinya di Malaysia adalah salah satu dari 37 buah negara di serata dunia. Melalui pembelian MUI Continental pada tahun 2012, Tokio Marine telah menjadi salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia.

Sebelum anda memperbaharui insurans kereta anda melalui syarikat ini, anda mesti memastikan kenderaan anda diinsuranskan pada jumlah yang sesuai kerana ia akan menjejaskan jumlah yang anda boleh tuntut.

Sekiranya berlaku kemalangan, anda dinasihatkan untuk berurusan dengan bengkel yang diluluskan berhampiran kawasan anda. Bolehlah anda cuba untuk menggunakan khidmat daripada syarikat ini untuk perbaharui insurans anda.

Alamat (HQ): Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd, Ground Floor, Menara Tokio Marine Life, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.40 am – 4.30 pm)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 03-2783 8383


10. MSIG Insurance (Malaysia) Berhad

MSIG Insurance (Malaysia) Berhad

Insurans Motor MSIG ini menawarkan pendekatan dan perlindungan menyeluruh dan komprehensif untuk kereta anda ke mana sahaja anda pergi. Antara kelebihan yang ada dari syarikat ini ialah khidmat perlindungan dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir atau bencana alam lain.

Mereka turut menawarkan khidmat tunda kereta 24 jam sehari. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya kereta anda rosak pada waktu tengah malam kerana mereka pasti akan dapat membantu anda sepanjang masa. 

Alamat (HQ): Level 15, Menara Hap Seng 2, Plaza Hap Seng, No 1, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.00 pm)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-880-833


Senarai ini merupakan antara 10 syarikat insurans kereta yang terbaik sekiranya anda ingin perbaharui insurans kereta anda. Sebelum membuat pilihan, pastikan anda memilih syarikat yang menawarkan perlindungan yang maksimum pada harga yang optimum.

Lindungilah diri dan kereta anda daripada sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak diingini dari berlaku dengan insurans yang telah kami senaraikan. Namun, anda juga perlu berhati-hati ketika memandu supaya insan tersayang sentiasa terlindungi dan selamat.

Jika anda juga sedang mencari insurans nyawa untuk perlindungan diri anda sendiri, bacalah artikel kami tentang 10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan.

 

4.6/5 - (28 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda!

Anda mungkin seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri atau barangkali anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, dengan...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Pahang

Dewasa kini, generasi muda seharusnya berfikir dengan lebih matang dan menghindari diri daripada meminjam wang daripada ceti haram atau lebih dikenali sebagai Along. Along...

Top 10 Kad Kredit Terbaik dari Bank di Malaysia

Perubahan teknologi seluruh dunia semakin maju termasuklah sistem kewangan di Malaysia. Sistem kewangan turut dinaik taraf bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengurusan wang anda....

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Penang

Pinjaman Peribadi akan menjadi pilihan anda atau jalan terakhir untuk anda memohon pinjaman kecemasan bagi membayar pinjaman seperti perbelanjaan pengebumian, menampung bil perubatan atau...

6 Pilihan Terbaik Pinjaman Wang Berlesen di Perlis!

Keadaan ekonomi yang semakin gawat dan membimbangkan telah memberi banyak kesan terhadap masyarakat terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan dan golongan anak muda yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x