Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di dalam kontrak.

Anda sebagai pewaris bakal mendapat manfaatnya selepas kematian seseorang ahli keluarga. Sebaliknya, jika sesuatu berlaku kepada anda, manfaat tersebut akan diberikan pula kepada waris anda demi kelangsungan hidup mereka.

Justeru itu, untuk anda yang bekerja di tempat yang berisiko tinggi, anda seharusnya mempunyai insurans nyawa supaya dapat menjamin pampasan Hilang Upaya Kekal untuk melindungi keluarga anda andai anda hilang keupayaan untuk bekerja. Oleh itu, memiliki polisi insurans sangat penting untuk masa hadapan anak-anak dan pasangan anda.

Untuk membantu anda memilih insurans nyawa yang bagus, kami telah menyenaraikan 10 insurans nyawa daripada syarikat-syarikat insurans yang terkemuka sebagai panduan. 

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan


1. FWD Protect Direct

FWD Protect Direct

Insurans nyawa oleh FWD Takaful ini menyediakan sokongan kewangan maksimum sehingga RM500,000 untuk kematian pencarum insurans ini. Insurans nyawa ini merupakan insurans yang patuh syariah serta mengikut konsep takaful.

Buat anda yang tidak mahu membelanjakan wang untuk pemeriksaan kesihatan di klinik swasta, anda tidak perlu risau kerana FWD Protect Direct tidak mewajibkan anda untuk menyediakan laporan pemeriksaan kesihatan. Jadi, anda boleh menjimatkan wang dan masa anda dengan mencarum dalam polisi insurans ini.

Alamat (HQ): No. 211, 29th Floor Menara Shell, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-13-7988

Email FWD


2. Manulife ManuProtect

Manulife ManuProtect

Untuk anda yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal, insurans nyawa Manulife ManuProtect akan menanggung kos perubatan mereka mengikut kontrak iaitu sebanyak RM50,000.

Antara faedah lain insurans ini adalah keluarga anda juga akan menerima pampasan sebanyak 200 peratus sehingga mereka berumur 65 tahun jika anda ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian. Ini bermakna keluarga anda akan menerima pembayaran sebanyak RM100,000 untuk masa hadapan mereka.

Selain itu, pencarum insurans nyawa ini boleh mendaftarkan diri mereka seawal 17 tahun. 

Alamat (HQ): 12th Floor, Menara Manulife, Jalan Gelenggang, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-13-2323

Email Manulife


3. Allianz i-EssentialCover

Allianz i-EssentialCover

Seterusnya, insurans nyawa oleh Allianz ini adalah pelan perlindungan selama lebih 10 tahun. Anda tidak perlu membuat pembaharuan kontrak seperti insurans-insurans nyawa yang lain.

Dengan pelan ini, keluarga anda akan dapat meneruskan hidup mereka dengan bantuan perlindungan sebanyak RM200,000 jika anda terlibat kemalangan yang menyebabkan kematian.

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai kerjaya yang berisiko tinggi, anda bakal mendapat pampasan maksimum sehingga RM1,000,000 jika anda ditimpa kematian di tempat kerja.

Alamat (HQ): Level 29, Menara Allianz Sentral, 203, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.45 am – 5.45 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-22-5542

Email Allianz


4. Etiqa Ezy-Life Secure

Etiqa Ezy-Life Secure

Walaupun anak-anak anda masih kecil, anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab sudah boleh mencarum insurans nyawa Etiqa Ezy-Life Secure untuk mereka seawal umur 16 tahun.  Malah, pelan insurans ini adalah berharga tetap dan tidak akan dinaikkan harga walaupun keadaan ekonomi berubah.

Demi mempelbagaikan variasi pelan insurans nyawa mereka untuk pelanggan, Etiqa juga menyediakan tiga pilihan pelan yang berbeza iaitu, RM50,000, RM100,000 dan maksimum sebanyak RM500,000.

Anda juga tidak perlu risau jika anda terlambat untuk membayar caruman insurans ini. Hal ini kerana, Etiqa akan memberikan tempoh penangguhan selama 31 hari untuk anda menjelaskan pembayaran mereka secara beransur. 

Alamat (HQ): Dataran Maybank, No 1, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-13-8888

Email Etiqa


5. Gibraltar BSN i-Care

Gibraltar BSN i-Care

Dengan bayaran serendah RM9.75 sebulan, insurans Gibraltar BSN i-Care ini akan memberi perlindungan kewangan sehingga RM500,000 untuk pencarum dan ahli keluarga mereka. Yang menariknya pelan insuran nyawa ini, anda boleh mendapatkan sebut harga dan membeli pelan ini secara dalam talian di laman web mereka.

Seperti insurans nyawa yang lain, mereka juga menawarkan manfaat untuk kematian, manfaat hilang upaya kekal dan manfaat kematian secara tidak sengaja. Jika anda berminat, anda bolehlah memohon untuk mencarum insurans ini seawal umur 18 tahun di laman web Gibraltar BSN. 

Alamat (HQ): Level G, Mercu 2, 3, Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-22-6262

Email Gibraltar BSN


6. Hong Leong Assurance Term Cover 10

Hong Leong Assurance Term Cover 10

Insurans nyawa dengan perlindungan selama 10 tahun ini menawarkan fleksibiliti pembaharuan pelan sebanyak dua kali. Jadi anda boleh membuat keputusan untuk meneruskan komitmen anda bersama Hong Leong atau pun tidak pada masa hadapan.

Di samping itu, Hong Leong juga menawarkan kadar pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun serta perlindungan sehingga umur anda 75 tahun. Anda boleh membuat pembayaran melaui pelbagai cara iaitu pembayaran atas talian atau secara kredit dan debit.

Bukan itu sahaja anda boleh juga menetapkan jadual pembayaran anda mengikut keselesaan bajet anda, iaitu sama ada kadar pembayaran pada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

Alamat (HQ): Wisma Hong Leong, 01/01A, Ground Floor, 18, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-7650 1288

Email Hong Leong


7. Zurich TermLife

Zurich TermLife

Keunikan pada insurans nyawa oleh Zurich ini, mereka menawarkan sokongan kewangan selama 20 tahun pada harga yang berpatutan. Pelan perlindungan ini akan menyediakan pembayaran sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal, malah Zurich juga akan meneruskan pembayaran jumlah keseluruhan insurans caruman anda kepada waris anda.

Tambahan pula, Zurich TermLife menawarkan manfaat insurans yang beraneka untuk anda. Pencarum boleh memilih untuk membayar sama ada sebanyak RM50,000, RM100,000 atau RM200,000. Perancangan dan pemilihan pembayaran ini bergantung kepada komitmen kewangan dan matlamat hidup anda.

Alamat (HQ): Level 23A, Mercu 3, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-8622

Email Zurich


8. AIA A-Life ProtectTerm

Insurans Nyawa AIA A-Life ProtectTerm

Dengan insurans AIA A-Life Protect Term, anda boleh memilih tempoh perlindungan yang fleksibel bergantung pada keselesaan anda. Berbanding dengan pelan insurans nyawa syarikat yang lain, AIA mempunyai pilihan yang paling banyak untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Antara tempoh fleksibiliti pembayaran insurans yang anda boleh carum adalah selama 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, 25 tahun dan 30 tahun. Insurans ini juga mempunyai tempoh umur perlindungan yang paling lama iaitu sehingga anda dan ahli keluarga berumur 80 tahun. 

Alamat (HQ): Level A, 99, Wisma AIA Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-2886

Email AIA


9. Prudential PRUterm

Insurans Nyawa Prudential PRUterm

Adakah anda risau tentang simpanan kewangan keluarga anda atau anda ingin menambah jumlah dana kecemasan anak-anak anda? Anda tidak perlu gusar lagi kerana Prudential PRUterm sedia melindungi anda.

Prudential menyediakan 5 jenis pelan melalui insurans nyawa ini iaitu pelan kematian tidak sengaja, pelan indemniti mingguan, pelan Crisis Cover Plus untuk anda yang menghidap penyakit kronik serta pelan PRUmortgage untuk membantu anda membayar pinjaman perumahan jika anda tidak lagi berkemampuan untuk bekerja. 

Alamat (HQ): Ground Floor, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.45 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2771-0228

Email Prudential


10. Prudential BSN Takaful Lindungi

Insurans Nyawa Prudential BSN Takaful Lindungi

Insurans nyawa oleh usahasama Prudential dan Bank Simpanan Nasional ini menawarkan perlindungan Kematian dan manfaat  khas untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) untuk anda.

Istimewanya insurans nyawa ini, mereka memberi manfaat dalam bentuk tunai. Waris keluarga anda boleh menggunakan wang tunai dari insurans nyawa ini untuk melangsaikan gadai janji rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda.

Alamat (HQ): Level 13, Menara Prudential, Jalan Barat, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2053-7188

Email Prudential BSN


Kami berharap anda dapat memilih insurans nyawa yang bersesuaian untuk membantu meringankan keperluan kewangan yang penting jika suatu hari nanti anda menghadapi kesusahan. Jangan lupa untuk membanding beza setiap pelan insurans nyawa untuk masa hadapan yang selamat. 

Jika anda berminat untuk belajar tentang kewangan dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada artikel kami tentang 6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda.

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Johor

Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah memberikan sedikit bantuan kewangan untuk membantu rakyat mereka yang terjejas. Adakah bantuan tersebut mencukupi atau berkurang bagi anda?...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kedah

Adakah anda bersetuju sekiranya kami mengatakan bahawa proses pinjaman sememangnya susah dan sebahagian daripada anda mungkin tidak mendapat pinjaman seperti yang diinginkan? Jika ya,...

7 Pinjaman Kereta Terbaik Untuk Kereta Idaman Anda!

Apabila anda mahu membuat pembelian kereta pertama anda, banyak perkara yang perlu dinilai sebelum anda menandatangani sebuah kontrak pinjaman kereta. Antara kriteria-kriteria yang perlu...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Penang

Pinjaman Peribadi akan menjadi pilihan anda atau jalan terakhir untuk anda memohon pinjaman kecemasan bagi membayar pinjaman seperti perbelanjaan pengebumian, menampung bil perubatan atau...

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

9 Pinjaman Bank Rakyat yang Menarik untuk Memenuhi Keperluan Anda!

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat, telah berjasa untuk rakyat Malaysia sejak tahun 1954. Telah ditubuhkan selama hampir 69 tahun,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x