Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Syarikat Insurans Motorsikal untuk Perlindungan Anda!

Jika anda ingin ingin memperbaharui insurans motorsikal, terdapat beberapa perkara yang harus dilihat dengan teliti bagi memastikan anda dan motosikal anda mendapat perlindungan yang maksimum dan selamat. Salah satu darinya anda perlu menilai dan membuat perbandingan harga untuk memastikan ianya berbaloi dengan kelebihan yang anda terima. 

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan pelbagai kelebihan dan perlindungan untuk kenderaan dan motosikal. Jom kita lihat 8 syarikat insurans motorsikal untuk perlindungan anda. Semoga senarai ini membantu!

8 Syarikat Insurans Motorsikal


1. Takaful Malaysia

Insurans Motor Takaful Malaysia

Antara produk perlindungan dari Takaful Malaysia ialah Takaful MyMotor yang merupakan sebuah pelan insurans motor. Pelan insurans ini menawarkan perlindungan selama setahun untuk sebarang kehilangan dan kerosakan pada motor anda. Mereka juga menawarkan perlindugan peribadi sehingga RM15,000 tau. Wahh, banyak kan? 

Mereka juga menyediakan program bantuan 24 jam kepada anda yang menghadapi masalah dan kerosakan pada motor di perjalanan. Selain itu, Takaful Malaysia turut menawarkan insurans untuk kenderaan lain seperti kereta dan trak. Anda juga boleh memuat turun aplikasi pelan ini dari phone anda sahaja. Mudah sangat! 

Alamat: G 14th Floor, Annexe Block, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-800-888-788

Email Takaful Malaysia


2. Allianz Malaysia

Allianz Malaysia

Allianze Malaysia menawarkan produk insurans motorsikal Allianz Motorcycle Plus untuk melindungi anda dan motosikal anda tanpa kos tambahan. Insurans ini khusus untuk mereka yang mempunyai motosikal berkapasiti enjin di bawah 250cc. Haa, anda bolehlah cuba tengok kelayakan motor anda sebelum mendapatkan pelan insurans dari syarikat ini.  

Selain itu, anda juga turut layak mendapat elaun RM100 sehari selama 60 hari sekiranya anda perlu menerima rawatan di hospital akibat kemalangan. Jika berlaku kematian samada pembonceng atau penunggang, mereka juga boleh menerima sehingga RM10,000 untuk tuntutan melalui insurans ini. 

Alamat: Level 29, Menara Allianz Sentral, 203 Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur 

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.45 – 5.45pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-800-22-5542

Email Allianz Malaysia


3. Liberty Insurance Malaysia

Liberty Insurance Malaysia

Syarikat ini antara syarikat yang boleh anda cuba sekiranya ingin memperbaharui insurans motorsikal anda. Sebagai salah satu syarikat insurans yang telah wujud selama lebih 44 tahun di Malaysia, syarikat ini menyediakan tuntutan tanpa merumitkan anda.

Bukan itu sahaja, syarikat ini juga memberikan perlindungan kepada motosikal anda sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian. Mereka juga membantu untuk membaiki motosikal anda disebabkan kemalangan tidak kira waktu kerana perkhidmatan mereka dibuka 24 jam sehari.  

Alamat: Menara Liberty, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.15 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-888-990

WhatsApp Liberty Insurance


4. AIA Berhad

AIA Berhad

AIA Berhad memperkenalkan produk utamanya dikenali sebagai Family Drive, pelan insurans kenderaan (kereta atau motorsikal) yang memberikan perlindungan menyeluruh kepada semua penumpang, penunggang atau pembonceng. Family Drive ialah insurans kenderaan komprehensif yang memberi perlindungan asas terhadap kerugian serta kerosakan sendiri atau pihak ketiga dengan ciri unik direka khas untuk kelebihan setiap pelanggan. 

Antara kelebihan yang ditawarkan termasuklah perlindungan kemalangan diri (setiap individu yang menaiki kenderaan diinsurankan secara automatik sehingga RM250,000), elaun kesulitan sebanyak RM600 jika kenderaan perlu dibaiki di bengkel, dan fungsi simpanan melalui Diskaun Keluarga sebanyak lima peratus. Banyak kelebihan anda boleh dapat kan? Cubalah!

Alamat: Level A, 99, Wisma AIA Jalan Ampang Kuala Lumpur 50450 Kuala Lumpur MY, Jln Ampang

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 4.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-1899

Email AIA Motor Insurance


5. eTiQa Insurance & Takaful

eTiQa Insurance & Takaful

eTiqa Insurance & Takaful ini antara syarikat insurans yang anda boleh cuba sekiranya ingin perbaharui insurans motorsikal anda. Syarikat ini menyediakan perlindungan untuk motosikal sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran & kecurian. Malah, jika anda perbaharui insurans motorsikal dalam talian, anda boleh menikmati rebat sebanyak 10% tau. 

Mereka juga turut menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya berlaku kematian, kecederaan atau kerosakan harta bagi pihak ketiga. Anda boleh cuba untuk mendapatkan perlindungan dan menikmati kelebihan daripada syarikat yang telah mendapat beberapa anugerah dalam industri insurans kenderaan ini. 

Alamat: Ground Floor, Tower C, Dataran Maybank, No. 1 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 4.30 pm), Jumaat (9.00 am – 3.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-13-8888

WhatsApp eTiQa


6. Zurich Insurance & Takaful

Zurich Insurance & Takaful

Zurich Insurance & Takaful ini menawarkan pelan insurans motorsikal asas yang dipanggil Z-Rider Takaful yang mana pelan ini bukan sahaja melindungi motor anda tetapi turut melindungi insan tersayang. Pelan ini menawarkan kadar caruman yang rendah kepada penunggang yang lebih selamat dan ia juga patuh syariah tau! 

Oleh itu, bagi Muslim, anda tidak perlu risau dengan kesahihan dan segala transaksi pembayaran dan caruman anda sekiranya mengambil pelan insurans motor dari syarikat ini. Seterusnya, anda juga boleh tambah coverage untuk extra perlindungan mengikut keperluan anda.

Alamat: Level 23A, Mercu 3, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-300-88-6222

WhatsApp Zurich


7. Berjaya Sompo Insurance

Berjaya Sompo Insurance

Sebagai salah satu syarikat insurans am terkemuka di Malaysia, Berjaya Sompo berusaha untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan insurans terbaik kepada pelanggan mereka. Dengan latar belakang kewangan yang kukuh dan pandangan global yang konsisten, mereka telah meningkatkan modal berbayar kepada lebih RM100 juta sebelum penguatkuasaan keperluan kawal selia untuk semua syarikat insurans di Malaysia.

Antara perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat ini ialah rebat sebnyak 10% apabila anda perbaharui insurans dalam talian. Bagi anda yang menggunakan khidmat insurans motorsikal dari syarikat ini, anda layak untuk menerima tuntutan sehingga RM5,000 untuk kecedaran peribadi akibat kemalangan. Khidmat pelanggan mereka beroperasi selama 24, jadi anda tidak perlu risau jika anda perlu melaporkan kerosakan motorsikal pada waktu malam.

Alamat:  Level 36, Menara Bangkok Bank, 105, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Telefon: 1-800-889-933

Email Berjaya Sompo Insurance


8. MSIG Insurance (Malaysia) Berhad

Insurans Motor MSIG Insurance (Malaysia) Berhad

Insurans Motor MSIG menawarkan dua produk insurans motorsikal untuk anda pilih iaitu Insuran Motor Komprehensif dan Insuran Motosikal 3PA. Kedua-dua pelan ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Insuran Motosikal 3PA menyediakan perlindungan peribadi untuk pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan. 

Bagi pelan insuran Motor Komprehensif pula, pelan ini menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya berlakunya kerosakan, kehilangan, kebakaran atau kerugian yang berlaku pada motosikal anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui butiran yang kami telah sediakan di bawah.

Alamat:  Level 15, Menara Hap Seng 2, Plaza Hap Seng, No 1, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-886-6744

WhatsApp MSIG Insurance


Sekiranya anda berniat untuk perbaharui insurans motorsikal anda, pastikan anda memahami jenis polisi yang ditawarkan dan dapatkan pelan yang menepati keperluan anda. Lebih baik lagi, dapatkan info yang tepat dari ejen yang bertauliah dan berpengalaman supaya anda mendapat perlindungan motosikal yang optimum. 

Jika anda mencari kedai motor untuk servis motorsikal anda, anda boleh lihat artikel kami tentang 6 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Sekitar Puchong, Selangor untuk ketahui lebih lanjut.

 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Penang

Pinjaman Peribadi akan menjadi pilihan anda atau jalan terakhir untuk anda memohon pinjaman kecemasan bagi membayar pinjaman seperti perbelanjaan pengebumian, menampung bil perubatan atau...

5 Pinjaman Pendidikan Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia!

Pembiayaan pengajian di peringkat tinggi seperti Diploma dan Sarjana Muda bukanlah senang untuk para pelajar yang lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan. Malah, terdapat...

9 Bank yg Tawarkan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang dibekalkan oleh bank atau institusi kewangan yang berlesen di Malaysia. Ia disediakan untuk peminjam yang perlukan dana yang berlebihan...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdekatan Putrajaya!

Ramai sedia maklum dengan keadaan ekonomi sekarang di mana kos sara hidup semakin meningkat. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang memerlukan pinjaman wang berlesen...

4 Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Yang Ditawarkan Oleh Public Bank

Ada di antara kita yang kini sudah membuka lembaran baru dalam hidup seperti mendapat pekerjaan selepas graduasi, berkahwin, menimang cahaya mata dan sebagainya. Seiring...

Top 10 Kad Kredit Terbaik dari Bank di Malaysia

Perubahan teknologi seluruh dunia semakin maju termasuklah sistem kewangan di Malaysia. Sistem kewangan turut dinaik taraf bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengurusan wang anda....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x