Cadangan Itinerari Perjalanan 5 Hari 4 Malam Untuk Percutian Panjang Di Krabi!

Percutian yang panjang adalah masa yang paling dinantikan terutamanya bagi pelancong yang berkeluarga dan mereka yang merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan. Cadangan itinerari 5 hari 4 malam ini sangat sesuai untuk percutian keluarga atau berkumpulan kerana anda boleh mempunyai masa yang banyak untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. 


Cadangan Itinerari Perjalanan 5 Hari 4 Malam di Krabi Sesuai untuk Percutian Keluarga dan Rakan-Rakan

1. Hari Pertama

itinerari-5-hari-krabi
Kredit Gambar: ttrweekly.com & Google Maps

Perjalanan ke Krabi selalunya akan mengambil masa lebih kurang separuh hari terutamanya jika anda melancong ke sini dengan menggunakan pengangkutan bas. Jadi, anda boleh memulakan percutian anda pada waktu petang.

Petang:

  1. Tiba di Krabi International Airport (KBV).
  2. Transfer ke tempat penginapan dan check-in.
  3. Berehat.

Lewat Petang/Malam:

  1. Makan Malam di Kedai Makan Ao Nang Krabi (Halal Restaurant).

Jika anda berminat, anda boleh berjalan-jalan sekitar Ao Nang Beach untuk bersantai.

Hotel Terdekat


2. Hari Kedua

itinerari-5-hari-krabi
Kredit Gambar: wheretoflow.com & Google Maps

hotPagi:

  1. Sarapan
  2. Bertolak untuk 4 Islands Day Tour.
    • 4 Islands Day Tour merangkumi:
      • Lawati Ko Poda Island di mana anda boleh berjemur di pantai berpasir putih, snorkelling atau berenang bersama-sama dengan ikan laut.
      • Terokai Ko Kai (Chicken Island), anda boleh melihat pembentukan batu yang menakjubkan pada satu hujung yang kelihatan seperti kepala ayam.
      • Lawati Ko Mor & Ko Thap, sebuah tebing pasir ajaib yang bersambung dengan Chicken Island.
      • Terokai Phra Nang Cave Beach, untuk menikmati saat bersantai, berjemur dan berenang di pantai pasir keemasan.

Tengah Hari:

3. Makan tengah hari (termasuk dalam pakej 4 Islands Day Tour).

Petang/Malam:

4. Kembali ke hotel untuk berehat.

5. Makan Malam di Kedai Makan Ao Nang Krabi (Halal Restaurant).

Jika berminat boleh berjalan-jalan sekitar Pantai Ao Nang untuk bersantai.

Hotel Terdekat


3. Hari Ketiga

itinerari-5-hari-krabi
Kredit Gambar: Google Maps

Pagi:

  1. Sarapan
  2. Bertolak untuk Tiger Cave & Emerald Pool Jungle Tour.
    • Tiger Cave & Emerald Pool Jungle Tour merangkumi:
      • Lawati Krabi Rainforest.
      • Nikmati ketenangan bersantai di Hot Spring Waterfall.
      • Terokai Nature Trail.
      • Lawati Emerald Pool.
      • Lawati Tiger Cave Temple (Wat Tham Suea). 

Tengah Hari:

3. Makan tengah hari (termasuk dalam pakej Tiger Cave & Emerald Pool Jungle Tour)

Petang/Malam:

4. Kembali ke hotel untuk berehat.

5. Makan Malam di De’ Fish Seafood Restaurant (Halal Restaurant).

6. Berehat.

Jika berkesempatan, anda boleh bersiar-siar sambil menikmati suasana malam dan membeli belah cenderamata tempatan yang unik.

Hotel Terdekat 


4. Hari Keempat 

plan
Kredit Gambar: Google Maps

Pagi:

  1. Sarapan sebelum bertolak ke destinasi pelancongan.
  2. Bertolak untuk Phi Phi Island Day Tour.
    • Phi Phi Island Day Tour merangkumi:
      • Lawati Bamboo Island untuk aktiviti berenang & snorkelling.
      • Menerokai Tonsai Beach & Monkey Beach serta nikmati makan tengah hari di Beachside Restaurant berdekatan.
      • Terokai lautan biru dalam dengan melawati Viking Cave & Pi Leh Bay (Pi Leh Lagoon)
      • Lawati Loh Samah Bay untuk melakukan aktiviti snorkelling di dalam lautan air yang jernih.
      • Akhiri Day Tour dengan menerokai Maya Beach, yang pernah menjadi pemandangan latar belakang untuk filem terkenal “The Beach” karya Leonardo DiCaprio. 

Tengah Hari:

3. Makan tengah hari di Beachside Restaurant (termasuk dalam pakej Phi Phi Island Day Tour).

Petang/Malam:

4. Kembali ke hotel untuk berehat.

5. Lawati Ao Nang Landmark Night Market untuk bersantai, membeli-belah, atau food hunting.

Jika berkesempatan, anda boleh bersiar-siar sambil menikmati suasana malam dan membeli belah cenderamata tempatan yang unik.

Hotel Terdekat 


5. Hari Kelima

plan travel
Kredit Gambar: Internet

Pagi:

  1. Sarapan.

Tengah Hari:

2. Check-out dari tempat penginapan & bergerak pulang.

Hotel Terdekat 


Percutian selama 5 hari dan 4 malam di Krabi ini bukan sahaja akan memberi pengalaman percutian yang luar biasa, tetapi juga mencipta kenangan manis yang penuh keseronokan bersama keluarga atau rakan-rakan. Kami harap panduan dan cadangan yang kami berikan dapat membantu perjalanan memuaskan untuk semua ahli keluarga atau rakan serta memberi kepuasan hati yang terbaik semasa bercuti di destinasi yang menakjubkan ini!

Baca juga:

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

8 Destinasi Berbaloi Menerokai Keindahan Alam Di Krabi

Keistimewaan di Krabi adalah keindahan alam semula jadinya. Dikelilingi oleh pantai-pantai yang cantik, tebing-tebing batu kapur yang megah, dan hutan-hutan bakau yang subur, Krabi...

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam Buat Mereka Yang Melancong Ke Krabi

Jika anda merancang untuk ke Krabi, tetapi tidak tahu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sana, kami telah menyediakan cadangan itinerari 3...

Kenali 8 Bandar Menarik Berdekatan Krabi Berbaloi Dilawati

Thailand merupakan sebuah negara di benua Asia Tenggara yang bersempadan dengan negara Malaysia, India, Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara ini yang terdiri daripada beberapa...

Top 10+ Hotel Honeymoon Special di Krabi!

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Semasa percutian ini, semestinya anda menginginkan percutian yang perfect dan sepadan...

Cadangan Itinerari 4 Hari 3 Malam Buat Pelancong Yang Ingin Bercuti Di Krabi

Percutian bersama keluarga dan rakan boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik di Krabi. Dalam itinerari ini, kita akan memberikan cadangan destinasi yang menawarkan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x