Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Shah Alam

Kesesakan jalan raya merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi penduduk Shah Alam. Maka, ramai yang memilih untuk menaiki motosikal demi memudahkan perjalanan. Oleh itu, penunggang motosikal perlu memastikan motosikal anda dalam keadaan yang terbaik untuk keselamatan. Bagi anda yang sedang mencari kedai motor di sekitar Shah Alam, jom lihat 9 kedai motor yang memberi servis terbaik untuk anda.

9 Kedai Motor di Shah Alam


1. YQS Berjaya Mega Motors (BMM) Yamaha, Setia Alam

YQS Berjaya Mega Motors (BMM) Yamaha, Setia Alam

Yamaha merupakan jenama motosikal yang popular di Malaysia. Nama YQS merupakan singkatan bagi Yamaha Quality Service di mana anda boleh mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan barangan yang tulen. 

YQS Berjaya Mega Motors (BMM) sentiasa memberi servis terbaik untuk motosikal Yamaha. Staf mereka juga mesra pelanggan dan mempunyai mekanik yang sangat berpengalaman. 

Jika anda baru mula berjinak dengan bidang permotoran, jangan risau! Mereka akan menerangkan bahagian mana yang perlu ditukar atau diservis kepada anda dengan terperinci. Selain itu, jika anda perlukan pinjaman untuk membeli motosikal, proses permohonan juga akan dilakukan dengan cepat di sini. 

Alamat: No 13 & 15, Jalan Setia Utama AW U13/AW Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-221 1250

WhatsApp YQS BMM


2. Ceria Rider @ Sri Muda, Taman Sri Muda

Ceria Rider @ Sri Muda, Taman Sri Muda

Ditubuhkan sejak tahun 1984, kedai motor ini merupakan pakar motosikal SYM, Modenas, Benelli, Yamaha, Honda dan WMoto di Shah Alam. Selain perkhidmatan menjual dan servis motosikal, kedai ini turut menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans dan roadtax.

Staf mereka mesra pelanggan dan sangat berpengalaman dalam bidang permotoran. Tempat menunggu di sini juga selesa dan turut disediakan minuman untuk para pelanggan. Jadi, anda bolehlah bersantai sambil menunggu motosikal anda siap diservis.

Alamat: 62, Jalan Murni 25/61, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5525 2658

WhatsApp Ceria Rider


3. Syarikat Motor Kemuning Sdn. Bhd. Jalan Bukit Kemuning

Kedai Syarikat Motor Kemuning Sdn. Bhd. Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam

Kedai Syarikat Motor Kemuning di Shah Alam ini menjual produk dengan jenama seperti Racing Boy, Uma Racing, TSR, AGV Helmet, Motul, dan Castrol. Bagi anda yang minat dengan jenama-jenama tersebut, anda perlu datang ke sini. Di sini juga terdapat banyak pilihan aksesori motor yang dijual dengan harga berpatutan!

Alamat: No 5G, Jalan G25/G, Jalan Bukit Kemuning, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5122 0033

WhatsApp Syarikat Motor Kemuning


4. Sri Semangat Azam Motor Motorcycle Workshop, Kampung Melayu Subang

Kedai Sri Semangat Azam Motor Motorcycle Workshop, Kampung Melayu Subang, Shah Alam

Kedai motor yang terletak di Kampung Melayu Subang ini mampu membaiki pelbagai jenis motor, tak kira motor biasa atau superbike. Staf kedai ini juga sangat ramah dan berpengalaman. Mereka melakukan kerja dengan cermat, teliti dan pantas. Harga ditawarkan juga berpatutan dengan servis yang diberikan.

Alamat: Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 6.00 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-217 9358

WhatsApp Sri Semangat Azam Motor


5. KST Bikers Sdn. Bhd. Taman Sri Muda

KST Bikers Sdn. Bhd. Taman Sri Muda

Kedai KST Bikers yang terletak di Taman Sri Muda ini menjual pelbagai jenama motosikal terkenal. Selain itu, anda juga boleh trade-in motosikal anda di sini. Staf mereka sangat mesra dan sedia membantu anda untuk memiliki motosikal idaman anda.

Alamat: No 15 & 17, Jalan Teraju 25/67, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5121 9891

WhatsApp KST Bikers


6. Chear Motor (Shah Alam) Sdn Bhd, Seksyen 15

Kedai Chear Motor (Shah Alam) Sdn Bhd, Seksyen 15, Shah Alam

Kedai motor di Shah Alam ini merupakan salah satu cawangan di bawah Chear Motor. Mereka menyediakan perkhidmatan menjual motosikal, alat ganti, aksesori, pembaikan, tuntutan insurans, pembaharuan insurans, roadtax, pinjaman sewa beli dan lain-lain.

Terdapat pelbagai pilihan motosikal di sini, termasuklah superbike. Jadi, bagi anda yang minat dengan motor yang mempunyai CC besar, bolehlah datang ke sini. Staf mereka sangat mesra dan akan memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan. 

Alamat: No 42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 57.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5888 9669

WhatsApp Chear Motor


7. KST Motorrad Sdn Bhd, Taman Sri Muda

KST Motorrad Sdn Bhd, Taman Sri Muda

Kedai motor yang terletak di Taman Sri Muda ini menjual pelbagai jenama motosikal yang terkenal. Antara jenama tersebut adalah seperti Honda, Yamaha, SYM, Modenas, Kawasaki dan lain-lain. Jadi, anda akan mempunyai banyak pilihan motosikal mengikut kegemaran anda.

Selain perkhidmatan menjual motor, KST Motorrad juga menyediakan perkhidmatan membaiki motosikal, menjual alat ganti dan aksesori motosikal, pembaharuan insurans dan cukai jalan, skim pembayaran mudah, dan banyak lagi perkhidmatan lain. Jadi, mudah untuk anda menyelesaikan apa-apa sahaja masalah yang motor anda alami.

Alamat: No 11 & 13, Jalan Gigih 25/41, Taman Sri Muda, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5121 7871

WhatsApp KST Motorrad


8. Emmbe Motor & Supply, Batu Tiga

Kedai Emmbe Motor & Supply, Batu Tiga, Shah Alam

Kedai motor Emmbe ini menjual motosikal baharu atau terpakai dengan harga yang berpatutan di Shah Alam. Terdapat pelbagai jenis motosikal di sini dan anda memang akan rambang mata memilih motor yang menarik perhatian anda.

Tambahan pula, staf di sini sangat mesra pelanggan dan akan memberi layanan yang terbaik untuk anda. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan di sini, kami yakin anda pasti akan berpuas hati!

Alamat: 1, Persiaran Jubli Perak, Batu Tiga, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 

  • Isnin – Khamis & Sabtu (9.00 am – 6.00 pm)
  • Jumaat (2.00 pm – 7.00 pm)
  • Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-270 2121

WhatsApp Emmbe Motor


9. YQS – Soon Chye Motors, Seksyen 17

YQS - Soon Chye Motors, Seksyen 17

Kedai motor ini juga merupakan salah satu kedai yang menyediakan perkhidmatan YQS di Shah Alam. Jadi, sudah tentu barang motor di sini tulen dan terbaik. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk membeli alat ganti motor atau aksesori motor di sini!

Walaupun kedudukan kedai motor ini agak terasing dari jalan besar, ia masih mudah dijumpai. Ruang kedai ini juga luas dan selesa bagi anda yang perlu menunggu motor anda siap diservis.

Alamat: No 2, 4, 6 & 8, Jalan Toman Dua 17/58b, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5541 2496


Berikut merupakan 9 pilihan kedai motor di Shah Alam yang memberi servis terbaik untuk pelanggan. Jadi, kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan berdasarkan bajet dan kemampuan anda.

Namun, jika anda mahu mencari kedai motor lain, mari lihat artikel kami tentang 10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor. Semoga artikel ini dapat membantu anda!

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Kedai Tayar di Rawang Dengan Servis Tiptop!

Anda perlu lakukan alignment dan balancing untuk tayar kereta? Tapi terlalu banyak kedai tayar di Rawang sehinggakan anda tidak tahu nak pilih yang mana...

10 Kedai Tayar Murah di Klang yang Anda Perlu Tahu!

Bila tiba waktu hujung minggu, mesti ada perancangan untuk bersiar-siar dengan keluarga atau rakan-rakan, kan? Tapi, kekadang, masa itu jugalah tayar kereta perlu ditukar...

7 Kedai Tayar Terbaik di Bangi Anda Patut Cuba!

Keadaan tayar yang baik, berbunga tebal dan alignment yang seimbang amat penting. Sekiranya anda mendengar bunyi pelik atau anda merasakan sesuatu tidak best semasa...

7 Kedai Cermin Kereta Terbaik di Petaling Jaya, Selangor!

Pasti anda berasa susah untuk fokus semasa memandu apabila cermin kereta anda retak, bukan? Anda ingin ke kedai cermin kereta tapi tidak tahu di...

TOP 10 Kedai Tayar Puchong Terbaik

Puchong, sebuah kawasan yang padat di Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai sebuah destinasi yang mempunyai banyak tawaran komersial, tetapi juga sebagai tempat di mana...

Best Perkhidmatan Towing & Tow Truck di Sekitar Klang Valley

Apabila anda berada dalam situasi kecemasan di jalan raya, anda memerlukan perkhidmatan towing yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Jangan teragak-agak dengan Papa Callman,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x