Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing. Begitu juga di Melaka yang turut mempunyai Masjid Selat Melaka yang terletak di pulau buatan manusia di Pulau Melaka.

Masjid terapung Melaka yang cantik & indah ini yang dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong pada tahun 2006 bukan sahaja menjadi tempat ibadah orang Islam malah turut menjadi satu mercu tanda baru untuk sektor pelancongan negeri di Melaka.


Lokasi masjid terapung Melaka yang dekat

masjid terapung melaka menarik

Dari Bandaraya Melaka, lokasinya sangat mudah & dekat untuk diakses yang hanya memakan masa 3-5 minit memandu. Walaupun ianya terletak di Pulau Melaka namun tidak bermakna pelancong perlu menaiki bot untuk sampai ke sini. Pulau Melaka yang merupakan pulau buatan manusia boleh dilalui dengan kenderaan baik kereta atau bas menerusi jambatan menuju ke kawasan pulau. Kemudahan pengunjung untuk sesebuah masjid juga sangat lengkap dan sesuai dijadikan tempat untuk rehat seketika sambil menunaikan kewajiban solat berjemaah.

Antara kemudahan yang ada di Masjid Selat Melaka:

  • Kawasan parking yang luas & percuma
  • tandas yang bersih
  • tempat wudhu khas
  • bangku rehat
  • cafe kecil tepi laut

Panorama Masjid Selat Melaka memang menawan

masjid selat melaka pulau melaka

Sekiranya anda ingin melihat keindahan panorama Masjid Selat Melaka, waktu terbaik untuk ke sini adalah lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu Maghrib. Panorama masjid ini yang dilimpahi dengan cahaya matahari jingga memang sangat memukau ditambah pula dengan pancaran neon-neon hiasan warna warni di sekeliling masjid yang pasti membuatkan anda tak sabar-sabar nak ambil gambar untuk dijadikan kenangan. Masjid terapung di Pulau Melaka ini turut menjadi tumpuan pelancong asing & bukan agama Islam yang banyak bergambar di perkarangan masjid.


Suasana yang menenangkan

masjid melaka yang cantik

Landskap taman di masjid ini sangat terjaga & bersih serta kemudahan benteng & jujuran bongkah batu besar ini menambahkan lagi suasana tepi laut seperti di sebuah jeti. Setiap petang sementara menunggu waktu Maghrib yang akan tiba, memang ramai yang santai melayan perasan sambil melihat keindahan ciptaan Ilahi. Nun di hujung lautan pengunjung boleh melihat kapal kargo besar yang berlayar menyusuri perairan Selat Melaka.


Kemudahan kafe tepi pantai

kafe masjid selat di melaka

Seperti yang dikatakan tadi, masjid ini sangat sesuai juga untuk dijadikan tempat R&R kerana mempunyai kemudahan tempat makan di kawasan kiosk ala-ala kafe kecil. Kalau nak makanan berat, boleh tapau dari restoran-restoran di Bandaraya Melaka dan makan di sini atau wakaf di sekitar masjid sambil menunggu masuknya waktu solat. Kalau penat satu badan kerana memandu jauh, di dalam masjid juga menempatkan kerusi urut berbayar seperti yang selalu kita lihat di kebanyakan shopping mall. Bayaran kerusi urut ini pun berpatutan cuma RM 2 untuk 4 minit & RM 5 untuk 10 minit.


Elemen senibina masjid moden

senibina masjid selat melaka

Menurut sumber senibina Masjid Selat Melaka ini adalah berkonsepkan Islam moden yang menggabungkan elemen senibina Melayu & juga Timur Tengah. Ruangan dalam masjid ini pula tidaklah terlalu besar yang boleh memuatkan beribu-ribu jemaah pada sesuatu masa. Tetapi lebih dari cukup untuk menampung jemaah yang ada di sekitar Pulau Melaka ini walaupun ketika ramai pelancong yang datang. Kemudahan tandas di sini juga bersih & besar serta mempunyai tempat ambil wudhu yang selesa walaupun waktu ramai orang.


Masjid yang menjimatkan elektrik

masjid tarikan pelancongan melaka

Memandangkan lokasi masjid betul-betul di tepi Selat Melaka, maka angin yang bertiup kencang sehingga ke dalam ruangan masjid boleh anda rasai terutamanya pada bahagian kiri pintu masjid yang mengadap laut. Tak perlu susah-susah AJK masjid di sini untuk buka & tutup suiz stand fan kerana memang sentiasa ianya berpusing secara sendiri disebabkan angin laut yang kuat. Di ruangan atas kubah masjid yang besar & cantik ini juga menempatkan 3 kipas gergasi untuk memberi keselesaan untuk jemaah terumanya pada waktu angin laut tak bertiup kencang.


Ruangan kanak-kanak

tarikan pelancongan melaka baru

Satu pedekatan yang bagus yang ada di masjid ini untuk menarik minat kanak-kanak supaya berada di luar dan tidak mengganggu jemaah di dalam masjid. Di bahagian belakang masjid terletak juga ruangan untuk kanak-kanak bermain yang dihiasi dengan lukisan mural yang cantik.

Sesuailah untuk dilepas anak-anak untuk bermain seketika di sini dengan pengawasan orang dewasa sementara menunaikan solat. Bersebelahan dengan ruangan ini juga terletaknya kerusi-kerusi urut moden yang boleh si bapa layan urutan untuk hilangkan lenguh badan sementara memerhati anak-anak bermain-main di sini.


Masjid Selat Melaka memang boleh dikatakan destinasi wajib untuk datang lawati kalau bercuti di sekitar Bandaraya Melaka. Sesudah penat bejalan melawati muzium-muzium & destinasi sejarah, waktu petangnya pula bolehlah menunaikan kewajiban kita sebagai seorang muslim di sini. Semoga memberi anda satu idea mana nak R&R apabila melawat Bandaraya Melaka kelak. Wassalam.

4.7/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Top 16 Homestay Di Melaka- Klasik dan Moden

Seperti yang kita tahu, Melaka merupakan sebuah bandar yang bersejarah. Terdapat tempat-tempat tinggalan sejarah yang menarik yang boleh anda lawati apabila ke Melaka. Tidak...

Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam...

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...

Top 10 Tempat Penginapan Tepi Pantai Best di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah semestinya tempat percutian kegemaran rakyat Malaysia jika bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Disebabkan lokasinya yang terletak hanya beberapa jam sahaja dari...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
AZIM Mutawwif Umrah
AZIM Mutawwif Umrah
6 years ago

Ada hotel atau chalet tak sebelah masjid ni?

Alez
Alez
6 years ago

Boleh dapat tahu masa yang boleh non muslim visit. Supaya tak ganggu masa sembayang. Hari Ahad, tengah hari boleh masuk untuk visit?

Zul
Zul
6 years ago
Reply to  Alez

Hari ahad boleh lepas zohor..lebih kurang pukul 2 petang

EMEE AIDA BINTI TALIB
EMEE AIDA BINTI TALIB
6 years ago

terima kasih atas perkongsian.
Ada no tel pihak masjid selat untuk jemaah surau nak buat lawatan.

saya dah google tapi tak jumpa.

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x