Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar Bandaraya Melaka adalah Muzium Kastam Melaka. Samaada anda bercuti ke Bandar Hilir Melaka secara solo, berkeluarga ataupun mungkin berkumpulan bersama pelajar-pelajar, terdapat banyak benda yang boleh dipelajari di sini yang umumnya melibatkan sejarah, kejayaan operasi & hal ehwal Kastam Malaysia.

Destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong kerana lokasinya yang sangat strategik & tarikan utamanya sudah tentu untuk melihat koleksi harta rampasan kastam yang sememangnya sangat susah untuk dilihat di tempat lain.


Harga tiket, waktu operasi Muzium Kastam Melaka

muzium kastam diraja malaysia melaka

  • Lokasi: Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak hanya bersebelahan dengan Muzium Samudera & Jeti Melaka River Cruise di Bandaraya Melaka. Sambil menunggu giliran naik cruise bolehlah masuk ke dalam lihat pameran menarik.
  • Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Harga Tiket:  Percuma untuk semua peringkat umur. Hanya perlu daftar nama & asal negeri di bahagian kaunter masuk.
  • Waktu operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9.30 am – 5.30 pm
    • Sabtu-Ahad & Cuti Am: 9.00 am – 6.00 pm
  • Parking kereta: Terdapat banyak kemudahan parking berbayar yang dekat area bangunan Muzium Kastam Melaka. Ada yang menggunakan kupon parking yang boleh di beli di Medan Selera Samudera & ada yang bayar untuk sekali masuk.
  • Masa diperlukan: Sekitar 10 minit untuk habiskan lawatan ke semua koleksi sambil baca gitu-gitu sahaja.

Apa menarik di Muzium Kastam Diraja Malaysia ini

muzium kastam melaka 2017

Muzium Kastam di Melaka ini terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya merupakan sebuah gudang simpanan barangan perdagangan. Bangunan lama ini dibina sejak tahun 1890 an oleh British & telah melalui beberapa fasa pembaikan untuk mencantikkan lagi keadaannya. Di dalam muzium ini menempatkan pelbagai infomasi yang rata-ratanya berkaitan dengan sejarah penubuhan, tugas kastam, pencapaian terbesar kastam & yang paling menjadi tumpuan adalah koleksi harta rampasan kastam yang sangat unik & boleh dikira antik untuk tatapan umum. Di bahagian dalam muzium satu tingkat ini menempatkan beberapa galeri seperti galeri sejarah, galeri alatan kastam yang lama, galeri rampasan senjata, rampasan patung, kulit binatang, dadah & sebagainya.


Perkakasan antik Jabatan Kastam

barangan antik kastam melaka

Sebaik memasuki galeri pertama, anda boleh melihat pelbagai koleksi barangan & peralatan lama yang pernah digunakan oleh pihak kastam untuk menjalankan tugas seperti alat pengukur waktu, kompas, mesin taip, stamper, basikal lama, teropong & sebagainya. Kebanyakan barangan ini kebiasaannya boleh dilihat dalam cerita-cerita lama 50-70 an & di sini pengunjung boleh lihat sendiri di depan mata tanpa warna hitam putih. Sesuai sangat sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk sekolah atau mungkin anda boleh membawa datuk nenek ke sini untuk mengimbau kembali nostalgia lama.


Rampasan senjata-senjata eksotik

tempat lawatan sambil belajar melaka
adakah ini keris hitam bersepuh emas?

Sejak dahulu sampailah sekarang, peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam menapis kemasukan barangan berbahaya ke dalam negara kita adalah salah satu cabang tugas yang sangat mencabar. Bukan sahaja kerana bahaya senjata itu sendiri malah untuk mengesannya juga sangat sukar maklumlah dahulu mana ada teknologi imbasan x-ray & sonar. Kebanyakan pameran senjata-senjata yang dirampas sekitar 70 an di sini memang sangat eksotik & unik yang boleh anda lihat seperti keris/kerambit yang bercetakkan ayat-ayat suci Al-Quran, pedang samurai, senapang lama, pistol berukir & sebagainya.


Koleksi rampasan patung ‘ehem-ehem’

muzium patung menarik melaka

Dalam satu bahagian berkaca di dalam muzium ini, terdapat satu ruangan yang menempatkan beberapa biji patung ukiran kayu & logam yang dikategorikan oleh kastam sebagai lucah. Sekali imbas dari jauh patung-patung ukiran hiasan ini mungkin anda tidak perasan ianya agak ‘ehem-ehem’ kerana mukanya bukanlah seperti patung manusia normal seperti barbie doll. Namun setelah membaca infomasi yang disediakan & perhatikan patung ini dengan lebih dekat, memang sah ada unsur-unsur ‘ehem-ehem’. Tidak hairanlah ada patung yang terpaksa ditutup dengan kain bagi menjaga auratnya menjadi tatapan umum.


Teknik simpanan rahsia penyeludup

peti simpanan rahsia muzium

Satu lagi tempat yang mencuri tumpuan adalah pengunjung boleh melihat beberapa almari & peti besi yang mempunyai tempat simpanan rahsia yang bertujuan untuk menyembunyikan barangan terlarang seperti dadah & candu. Siapa sangka almari yang dari luar nampak biasa seperti di dalam dapur ini mempunyai tempat yang agak tidak dijangka-jangka untuk sembunyikan sesuatu barang. Banyak lagi pameran lain di sini yang menunjukkan teknik-teknik licik sebegini rupa.


Rampasan penyeludupan kulit binatang

galeri muzium kastam di melaka

Di sepanjang galeri sebelum sampai ke pintu akhir pameran, terdapat pelbagai kulit-kulit & beberapa binatang yang diawet untuk tujuan pasaran gelap yang dipamerkan dalam galeri berkaca. Antara koleksi rampasan yang ada di sini ialah kulit harimau bintang, kulit kangaroo, bulu-bulu burung, tanduk rusa,  penyu yang diawet dan sebagainya. Sangat menyedihkan terutamanya apabila melihat arca penyu spesis Karah di dalam kaca sebenarnya merupakan penyu yang sebenar & telah diawet untuk pasaran gelap. Jom Baca: Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka


Sebelum tamat lawatan pengunjung juga sempat melihat beberapa kenderaan berkuasa tinggi seperti motor Suzuki 1000 cc dan ATV yang turut menjadi barangan rampasan kerana tiada permit import. Keseluruhannya, Muzium Kastam Melaka merupakan satu tempat menarik di Melaka yang sangat best untuk dilawati kerana terdapat pelbagai koleksi unik & eksotik yang boleh pegunjung kenali dengan lebih dekat. Dan yang paling penting, masuk ke sini adalah percuma sesuai untuk mereka yang bercuti secara bajet ke Negeri Melaka. Wassalam.

4.5/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul...

Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan...

10 Homestay yang Selesa di Sekitar Pengkalan Balak untuk Anda!

Melaka merupakan bandar bersejarah dan sering menjadi tumpuan pelancong kerana budaya dan keunikan yang ada di negeri ini. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai...

Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka

Bercuti ke kebanyakan tempat menarik di Melaka seolah-olah kembali pada zaman kegemilangan Negeri Melaka yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan bersejarah yang diiktiraf dunia....

10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet

Melaka merupakan bandar yang bersejarah dan mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong. Oleh itu, terdapat banyak hotel dan rumah penginapan yang murah dan selesa di...

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x