Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Muzium Senibina Malaysia Melaka – Keindahan Bangunan Ikonik Malaysia bawah Satu Bumbung

Bandar Hilir Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah menarik untuk dilawati. Sekiranya anda berjalan kaki menerusi Jalan Kota dari Stadthuys Red Square menuju ke Kota A Famosa, di sepanjang jalannya ada beberapa muzium yang boleh anda singgah bersama anak-anak. Salah satunya ialah Muzium Senibina Malaysia Melaka yang bertempat di sebuah bangunan 2 tingkat berwarna merah yang dahulunya merupakan salah satu bangunan pentadbiran pihak Belanda pada pertengahan abad ke 18.

Berjalan pada waktu tengahari sekitar Bandar Hilir Melaka boleh berpeluh juga jawabnya. Jadi kalau nak berteduh & rehat sekejap di kawasan yang sejuk, apa kata ke muzium ini yang menempatkan pelbagai replika model bangunan ikonik popular di Malaysia. Jom Baca: Senarai Tempat Sejarah di Melaka


Harga tiket Muzium Senibina Malaysia, waktu operasi & lokasi

muzium senibina melaka

  • Harga Tiket: Percuma untuk semua lapisan masyarakat termasuk pelancong asing. Hanya perlu daftar nama di kaunter masuk.
  • Waktu Operasi: 9.00 am – 5.30 pm setiap hari
  • Lokasi: Muzium Senibina Malaysia Melaka terletak di Jalan Kota di antara dataran Studthuys ke Kota A’ Famosa.
  • Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • Peta: Google Map
  • Waktu lawatan: 7-10 minit

Muzium yang percuma tetapi tetap menarik

muzium percuma senibina malaysia

Kalau dah alang-alang ke Bandar Hilir Melaka, rugi sangat kalau tak masuk ke muzium ini. Bukan kena bayar pun & siap ada aircond lagi. Walaupun harga tiket masuk adalah percuma namun tidak bermakna kondisi dalamannya tidak terjaga. Malah kesemua pameran yang ada di sini lengkap dengan informasi secara detail seperti berkunjung ke muzium yang berbayar. Dari luar bangunan nampak seperti semuanya konkrit tetapi sebaik berada di dalam, berasa seperti berjalan di rumah kayu orang kampung terutamanya di tingkat dua.


Destinasi ideal lawatan sambil belajar

tempat sejarah menarik di melaka

Muzium ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar terutamanya mereka yang minat dalam bidang kejuruteraan awam dan bercita-cita nak jadi arkitek. Di aras satu Muzium Senibina Malaysia ini menempatkan 3 bahagian galeri utama yang umumnya berkenaan dengan sejarah & perkembangan senibina di Malaysia.

Dan yang ramai orang tak tahu, rupa-rupanya ada banyak senibina-senibina di negara kita yang mempunyai kepercayaan masing-masing yang merangkumi budaya kaum-kaum utama di Malaysia. Ada yang berunsurkan mitos, agama & ada juga yang berunsurkan elemen alam semulajadi.


Senibina bangunan ikonik di Malaysia

tempat menarik percuma melaka

Tarikan di aras atas lebih menarik terutamanya di ruangan galeri yang memaparkan pelbagai replika bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti Menara Condong Teluk Intan, Masjid Kapitan Keling, Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu, Gereja St. Andrews dan sebagainya. Di setiap replika juga memaparkan informasi panjang lebar tentang sejarah & senibina asalnya.


Rahsia ketahanan kubu Portugis

tempat sejarah melaka yang percuma

Kebanyakan tempat-tempat menarik di Melaka yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia merupakan tapak & kubu peninggalan tentera Portugis yang dibina setelah menawan Melaka pada tahun 1511. Sehingga kini, kubu seperti Kota A Famosa & Gereja St Paul masih kukuh berdiri yang mencecah lebih 500 tahun usianya. Bahan binaan yang digunakan oleh tentera Portugis merupakan batu laterit atau batu lada yang dipercayai dipotong & dipahat di Pulau Upeh. Kenyataan ini selari kerana sehingga kini masih terdapat kesan-kesan potongan batu lada di Pulau Upeh.

Yang menghairankan, bagaimanakah pada tahun 1500 mereka boleh memotong batu-batu besar ini dengan jumlah yang begitu banyak sekali dan dibawa ke kawasan muara sungai Melaka. Dan bagaimana mereka boleh tahu batu-batu jenis ini tahan lasak sedangkan banyak batu lain yang ada di Melaka. Adakah mereka sudah ada makmal & cara-cara membuat analisa ketahanan batu pada zaman itu?


Keunikan motif yang halus seninya

bercuti ke muzium melaka bajet

Di aras dua juga terdapat ruangan galeri yang menunjukkan peralatan-peralatan pertukangan lama yang sering digunakan pada masa dahulu untuk menghasilkan ukiran kayu dengan seni atau motif yang begitu halus sekali. Di sini pengunjung juga boleh melihat banyak motif-motif dan bongkah ukiran kayu yang sangat unik serta menggunakan cara tradisional untuk penghasilannya.

Tidak hairanlah ramai yang sanggup menghabiskan wang dengan jumlah yang tinggi semata-mata nak dapatkan koleksi pintu atau ukiran kayu yang cantik dengan cara tradisional yang menggunakan tangan. Bayangkan kalau di pantai timur penghasilan songket guna tangan boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit berbanding songket yang dihasilkan menggunakan mesin.


Keseluruhannya, Muzium Senibina Malaysia di Melaka ini memang best kalau anda pandai menghayati seni & ingin lebih mengetahui dengan lanjut tentang sejarah senibina di negara Malaysia. Sekian & wassalam.

4.4/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Top 16 Homestay Di Melaka- Klasik dan Moden

Seperti yang kita tahu, Melaka merupakan sebuah bandar yang bersejarah. Terdapat tempat-tempat tinggalan sejarah yang menarik yang boleh anda lawati apabila ke Melaka. Tidak...

Muzium Istana Kesultanan Melaka – Hub Ilmu Kesultanan Melayu Melaka

Destinasi ini antara tempat bersejarah di Bandar Melaka yang sangat ideal untuk pelancong mempelajari tentang Kesultanan Melayu Melaka & banyak sejarah-sejarah dalam pendekatan yang...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
5 years ago

Visitor Rating: 4 Stars

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x