Nasi Berlauk Mek Wok

kedai makan sedap mek wok

Table of Contents

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan sampai tengahari. Ramai rakan-rakan yang dari KB cakap dan rekemen kedai makan ni best. Was was juga aku bila sampai kedai ni.

CD sampai di kedai pada pukul 11 pagi dan ternyata masih ramai orang yang sedang bersantap di kedai ini. Nasi Mek Wok ni mempunyai beberapa cawangan di Kelantan dan dikatakan merupakan kedai warisan keluarga. Nak kedai ni tak lah susah sangat. Ianya terletak di belakang Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Korang hanya perlu masuk lorong selepas KBMC dan drive dalam 4-5 minit maka sampai lah di situ.

nasi berlauk mek wok sedap

Pekerja yang membungkus kat sini memang lawa..hehe..maklumlah org ckp gadis negeri Che Siti Wan Kembang ni cun-cun. Betul ke ?? Antara lauk pauk yang ada kat sini seperti biasalah, ayam gulai dan ayam goreng berempah. CD mencuba Nasi Berlauk Mek Wok Biasa.

restoran mek wok kb

Ni lah dia ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil yang selalu menjadi sebutan orang KB. Sedap ke tidak kena lah rasa. Nampak simple je, tapi apa yg membuatkan Nasi Mek Wok ini begitu lagend sekali ye?

kedai makan sedap mek wok

Yang menariknya di sini, semua nasi sama ada take away or having there akan dibungkus mcm ni.. Mungkin ini salah satu alternatif utk menjimatkan air dan juga sabun untuk basuh pinggan ?? :)

Apa yang boleh CD katakan tentang nasi ayam Mek Wok ni ialah, not bad !! Nasi dia memang lembut. CD syak depa ni menggunakan beras dari siam. Lembut dia macam makan nasi kukus pun ada. Ayam goreng kecil-kecil ni memang terbaik !! Rempah dia memang lain daripada kebiasaan yang kita makan, Ditambah pula kuah gulai ayam dan sambal lada yang kaw2 habis, membuatkan CD makan sampai berpeluh habis.

nasi berlauk kelantan kb sedap

Apa yang membuatkan CD rasa kurang senang di sini ialah, kedai dia memang panas !! patut pasang aircond !! atau letak kipas yang ada semburan air tu…dah la makan sambal pedas, panas pulak tu..minum pulak air panas..memang CD PANAS je lepas makan kat sini..

tempat makan menarik kb nasi

Bagi CD, kalau anda nak merasa keenakan nasi berlauk di Kelantan, jangan lupa singgah di Kedai Makan Mek Wok di KB ni. Harganya memang berpatutan. Sebungkus nasi ayam mek wok biasa + air nescafe ais, cuma kena RM6.50 sahaja.

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Car Rental Kuala Lumpur

destinasi wajib kalau ke kota bharu..slalu mkn kt jalan doktor sbb dekat dgn ofis member :)

Stuwie
12 years ago

Mek Wok ni memang femes pun. Tapi ada yang lagi femes, namanya Kak Wok. Lagi satu, jangan lupa singgah makan Nasi Kukus Suriani depan Klinik Kesihatan Bandar Kota bharu. Sedap yummehhh!

Panduan Exam
12 years ago

Emm dah lama tak makan lauk macam ni..memang best..hehe

profhariz
12 years ago

Mek wok? First time dengar ni.

farra
farra
12 years ago

Sgt seddap…simple tp seddap…atau mungkin sbb pekerja dia cun..sbb tu lagend

Abdur Rozak
Abdur Rozak
12 years ago

Menu kampung memiliki rasa yang berbeza dibandingkan makanan barat.Bagi saya rempah yang digunakan memiliki tempat tersendiri bagi peminat Makanan.

Azman Ismail
12 years ago

Demo buat kawe terliur hehehe

Baca Lagi

  • 12 Nov, 2013
Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk...
  • 27 Feb, 2014
Kesedapan dan kehangatan mee chambol special  di kedai Kak Yam di Pengkalan Kubor, Kelantan masih terngiang-ngiang di benak...
  • 10 Mar, 2014
Nasi Ayam Kampung Chabang 4 merupakan salah satu destinasi sarapan pagi yang agak popular di Daerah/Jajahan Tumpat. Lokasi...
  • 11 Mar, 2014
Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa...
31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination