Pagi ini CD sempat bersarapan dengan menu nasi dagang Terengganu yang sebenar di salah sebuah kedai sarapan pagi yang popular di Kuala Terengganu iaitu di Nasi Dagang Mak Ngah.
Kalau korang masih ingat isu nasi dagang kepala ikan tongkol sehingga RM40, inilah kedainya. CD rasa ini hanyalah salah satu strategi Mak Ngah nak mempromosikan nasi dagangnya. hehe, gurau je Mak Ngah jangan marah. Sejujurnya, CD memang tak pernah makan nasi dagang di Kedai Mak Ngah ni, sebab bagi CD nasi dagang yang sedap senang je nak cari di Terengganu.
Namun, terdetik di hati nak mencuba nasi dagang Mak Ngah yang sering digembar gemburkan sebagai nasi dagang Terengganu yang paling sedap di alam ini. Betul atau tidak kenalah rasa.

Lokasi Nasi Dagang Mak Ngah ni terletak berdekatan selepas Jambatan Kuala Ibai. Kalau korang dari bandar Kuala Terengganu, destinasi nasi dagang Mak Ngah ni terletak selepas Masjid Sultan Ismail.

Lokasi kedai Mak Ngah juga terletak berdekatan dengan taman rekreasi petang-petang iaitu di Taman Rekreasi Chendering dan juga Taman Lagun Kuala Ibai. CD tiba di sini seawal pukul 9.30 pagi, tengoklah kereta berderet di tepi jalan. Punyalah ramai peminat Nasi Dagang Mak Ngah. Maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah, mungkin ramai orang luar kot yang singgah.
Memang tak syak lagi, deretan kereta di tepi jalan memang hajat mereka nak singgah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah. Nak cari tempat duduk pun payah. Terpaksalah CD tunggu sekejap menunggu orang lain selesai makan.
Kalau tengok kat sini, selain nasi dagang Terengganu ada juga menu sarapan pagi lain seperti mee hoon, keropok lekor dan lain-lain.
Sedap ke Nasi Dagang Terengganu Kedai Mak Ngah ni?
Dari segi presentation memang menyelerakan. Dilapik dengan daun pisang dan kuahnya terus diletak di atas nasi dagang ni. Yang paling atas sekali tu ialah kalau tak silap CD ialah buah belimbimg muda dan rasa dia masam. Sesetengah orang ada juga letak buah mempelam putik sebagai ganti kepada buah belimbing ni.
Saksian pemain bola sepak Terengganu Issey Nakajima mencuba Nasi Dagang di sini. Apa katanya.
sumber video: TFA TV
Nasi Dagang Mak Ngah best ke?
Sebagai orang Terengganu, bermacam-macam jenis nasi dagang dah CD rasa. Secara peribadinya, apa yang boleh CD cakap tentang Nasi Dagang Terengganu Mak Ngah memang not bad !
Nasi dia lembut dan kuahnya boleh tahan juga sedap. NAMUN !! kalau tanya CD, nasi dagang yang paling sedap dan paling power ialah di Warung Nasi Dagang Pak Din di Dungun. Nasi Dagang Terengganu di Warung ini lebih kenyal dan lebih wangi kalau nak banding nasi dagang Mak Ngah ni. Dan kuahnya pula lebih likat dan rempahnya lebih keras ( p/s Warung Pak Din ni bukan sedara atau kawan CD punya yer :) )
Mungkin selera CD lain sket daripada peminat-peminat tegar Nasi Dagang Terengganu Mak Ngah. Apa-apa pun, korang kena cuba kedua-dua kedai ni dan nilai sendiri mengikut rasa dan selera masing.
Walaupun Nasi Dagang Terengganu di Warung Power masih terngiang-ngiang di tekak CD, namun habis licin jugak pekena nasi Dagang Mak Ngah ni ! hehe
Kalau rasa teringin nak pergi ke Nasi Dagang Mak Ngah ni, masukkan sahaja koordinat ini lat/lng: 5.274467,103.17423 ke dalam Waze. Insyaallah jumpa !!
Memang menyedapkan tu,walaupun dapat tengok dari gambar sahaja
hehe..memang seddapp..klo rasa boleh mengigauu :)
Ok..nampak sedap jer..serius..tak pernah sampai lagi kat sini..mungkin leh cuba gak nanti..hehe
rasa pun boleh tahan jugak sdap bro..hehe
Nampak gayanya, kalau tersesat ke Terengganu, nak kena cari nasi dagang mak ngah dan juga rasa nasi dagang warung power di dungun tu..
** saya tak pernah lagi rasa nasi dagang yang diletakkan belimbing. :-)
rasa dia biasa je..kalau gigit buah tu baru rasa masam…:) pembuka selera
Bila tengok artikel ni terus teringat yang dah lama saya tak makan nasi dagang.
hehe…klo dtg terengganu meh la sini…atau kat dungun tu…
Nasi dgg mak ngah..antara feveret ambe jugak…ada lagi 1 kedai…sblum masjid tu..nasi dgg alias..sdp jugak
Apapun..mmg selera msg2…janji habis..hehe
P.s..lokasi kdai mk ngah..rasanya same sjk dulu…cuma mgkin dah rasa jauh sbb jalan dah diperbesar…hihi
oo yake…boleh try kedai tu pulak..tq…
sama ek? sy pegi hari yg ada signboard nasi dagang mak ngah tu tutup..bile ke depan sket dlm 100m gitu..baru jumpa…bila tnya kedai mak ngah ke..dia ckp yer..huhu…
mesti sedap ni, alas daun pisang lagi, aromanya yang tak boleh tahan tu..
aroma dia mmg seddap tuan…sepinggan mmg xckupp :)
Sikitnya nasi dagang ni. Mana kenyang. hehehe
cukuplah sekadar utk sarapan..huhu